Ahli kumpulan De Fam iaitu Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin nampak semakin manis apabila mengambil keputusan untuk berhijab baru-baru ini.
Tetap setia meneruskan perjuangannya bersama kumpulan tersayang, penampilan isteri kepada Syazmin Firdaus ini mencuri perhatian ramai kerana gayanya yang ringkas namun tetap stailo.
“Orang kata, orang rendah jangan pakai baju oversized nanti nampak pendek. Manggis kata, pakai apa yang awak selesa.” 😋
Cantiklah gaya Cik Manggis ni. Memang sekarang knitwear dan sweat shirt menjadi trend yang hangat di pasaran. Sis janganlah takut nak pakai baju oversized, tengok Cik Manggis pakai cun je! Bukan sahaja nampak lebih sopan, malah bertambah cute tau!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak lima tahun kebelakangan ini, fesyen Muslimah menjadi trend yang berkembang pesat malah menawarkan kepada wanita lebih banyak pilihan dan kebebasan untuk mereka tampil ‘fashionable’.
Menarik lagi pelbagai jenama antarabangsa terulung seperti Louis Vuitton menghasilkan rekaan bercirikan modest sesuai digayakan wanita muslimah.
Gelanggang arena sukan pula, Nike memperkenalkan pakaian sukan khusus untuk wanita berhijab. Koleksi yang dinamakan Nike Pro Hijab. Sejajar itu pelbagai jenama sukan tempatan mahupun jenama tudung mengeluarkan pakaian sukan untuk hijabi sepeti Tudung People, Nealofa, Raqtive dan juga jenama sukan terkenal Under Amour.
Hijabi yang gemar mengayakan pakaian sukan bukan hanya untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah, malah mereka gemar untuk mengayakannya ke mana sahaja. Tampak kasual dalam berpakaian sukan atau lebih dikenali sebagai Athleisure. Gabungan kasual dan gaya athelic menjadi kegemaran hijabi yang aktif.
Baju panas yang biasanya dihasilkan menggunakan fabrik kashmir, wool mahupun kain kapas ini menjadi kegilaan ramai. ‘The it sweater’ tren gaya modest untuk hijabi terkini, Halima Aden mengayakan Nike Pro Hijab dipadankan dengan sweet shirt. Onz kan lepas aktiviti di gym terus sarungkan sweat shirt.
Tumit tinggi akan menampakkan kaki anda langsing apabila disarung di kaki, tambah stail apabila digayakan dengan suit satin jongging pant. Gaya ini akan bertambah LIT! apabila dipadankan dengan sneakers bertapak tinggi ilusi yang sama tapi gaya yang bebeza.
Nike mengeluarkan kasut Air Max eksklusif wanita pertama: Air Verona. Nike mengilhamkan rekaan untuk 30 tahun akan datang dengan gabungan siluet yang bertitikberatkan rekaan untuk wanita, termasuk Nike Air Max Thea dan Nike Air Max Dia, Nike Sportswear membayar penghormatan kepada wanita dengan memperkenalkan kasut Air Max Verona.
Air Max Verona meminjam elemen-elemen dari koleksi Air Max 90 dan rekaan kasut ini teserlah dengan rekaan sebuah tumit yang dibesarkan, rupa baru yang unik. Siluet wanita terbaru dari Nike Sportswear juga menekankan keselesaan sebagai permaisuri dengan unit Air Max 200, yang dipamerkan bagi semua untuk melihat dengan tingkap 200 peratus lebih besar daripada unit penglihatan sisi tradisional. Nike Air Max Verona yang berharga RM495 melancarkan secara global pada 15 Februari, dengan warna tambahan dikeluarkan pada 5 Mac.
Hari yang bermalasan, outfit ini pilihan yang tepat. Warna macromatic, warna yang selamat tak perlu berlebihan hanya tambahkan aksesori seperti baseball cap dan sunglasses. OOTD tetap on point!
Yoga aktiviti santai yang paling disukai para hijabi. Langkah yang ringan dengan lentur tubuh yang lembut. Hijabi selalu menggunakan outfit yang ringkas seperti yoga pant dan shirt berlengan panjang dan dipadankan dengan sport hijab. Transformasi gaya Athleisure dengan tambahan skirt dari Nike Women. Over sized zip yang memudahkan pengerakan hijabi melangkah. Nice!
Biar aktiviti sukan anda menjadi satu legendary untuk di kenang tapi penampilan selepas bersukan yang akan menjadi ikutan hijabi girl gang fit.
Padanan jumpsuit dan sneakers satu kelainan untuk anda seorang legend. Pemilihan yang tidak terlalu menonjol dan kebiasaanwarna seperti putih, hitam dan kelabu menjadi pilihan.
Mengorak langkah dan mula mengukir nama sebagai model muslimah, sebelum namanya menjadi tular dek kerana mempunya rupa paras persis pelakon jelita, Mira Filzah.
Nama pelakon yang masih hijau, Qasrina Karim semakin mendapat perhatian di dalam industri seni Malaysia, malah kian memuncak setelah membintangi drama bersiri, berjudul My Famous Ex-Boyfriend yang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria satu ketika dahulu.
Qasrina yang lebih mesra disapa sebagai Qas bukan sahaja menjadi perhatian orang sekeliling dengan wajah yang manis dan ayu. Ramai yang mengidolakan gadis ini kerana keterampilannya sebagai wanita hijabi yang sopan dan cantik.
Pasti ada dikalangan Hijabi khususnya, gegadis diluar sana yang ingin mengetahui rutin kecantikan Qasrina, yang sentiasa tampil elegan dan ‘on point’ meski pun sedang sibuk melunaskan tanggungjawab kerjaya. Apa agaknya rahsia Qas ya?
Ketika ditemubual, Qas menjelaskan bahawa dia tidak pernah culas melakukan rutin kecantikannya, walaupun sibuk. Katanya, itu merupakan satu investment jangka panjang bagi kekalkan kecantikan diri sebagai seorang selebriti dan juga Public Figure.
“Kecantikan ini satu investment jadi saya amat pentingkan penjagaan kulit wajah.
“Walau sibuk macam mana pun, skincare is a must kerana itu satu kepentingan dalam menjaga kecantikan diri.” ujarnya.
Apabila disoal mengenai tip atau bahan alami yang digunakan, Qasrina akui dia mengambil suplemen untuk membantu mengekalkan kemulusan kulit wajahnya seperti vitamin C selain untuk kekal bertenaga.
Malah, dia juga gemar mengambil buah-buahan sebagai bahan semula jadi untuk tubuh badannya.
“Suplemen yang saya ambil adalah Vitamin C, tak perlu tambahan yang lain kerana ia cukup berikan kecergasan buat badan sebab sering rasa penat bila shooting.
“Saya juga suka makan buah-buahan seperti Blueberi, Strawberi dan juga Salad. Ia menjadikan diet seimbang untuk tubuh badan dan kulit wajah!” katanya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Kini kita dapat melihat ramai golongan selebriti khususnya yang berhijab bergelar usahawan. Malah, mereka ini berjaya mengorak langkah dalam bidang perniagaan.
Nycta Gina antara salah seorang usahawan selebriti Indonesia yang berjaya mengusahakan perniagaan tudung dan busana Muslimah yang stylish serta berkualiti.
Wanita berstatus isteri dan ibu ini menunjukkan keberanian dan kreativitinya dalam menerokai dunia perniagaan fesyen tudung.
Selain bergelar selebriti dan pengacara, Nycta Gina yang lebih dikenali sebagai Jeng Kelin ini melancarkan jenama tudung peribadinya, Trinycta pada 2018.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.