Sebut sahaja Rizman Ruzaini pasti terbayangkan rekaan gaun pengantin yang elegan dan tampak eksklusif hasil sentuhan tangan, gandingan serasi dua anak melayu Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil yang telah membina empayar selama 17 tahun, hingga jenama ini sering kali menjadi pilihan para selebriti tanah air.
Bagaimanapun, pada tahun ini dua pereka terkemuka ini memberikan kelainan apabila menyediakan satu ‘line up’ pakaian pengantin yang menawarkan harga ‘mampu milik’ hasil sentuhan tangan seorang anak muda lelaki berasal dari Sandakan Sabah, iaitu ‘Junior Designer’ dikenali sebagai Akmal Hakim Ajirul.
Menurut Rizman dan Ruzaini, impian untuk melihat penerimaan jenama ini diterima dengan cukup meluas dalam kalangan rakyat Malaysia telah tercapai.
RR Perkenal Junior Designer Bagi Rekaan Mampu Milik
Justeru, bagi mencapai impian kedua iaitu melihat setiap bakal pengantin di Malaysia menggayakan busana perkahwinan jenama mereka, antara langkah pertama yang diambil jenama ini adalah dengan memperkenalkan Junior Designer yang akan membantu merealisasikan ‘impian’ ini.
“Ini bukan perkara baharu dalam dunia fesyen antarabangsa, malah jenama terkenal lain memang mempunyai pereka muda sebagai pelapis. Di Rizman Ruzaini sendiri kami mahu menuju ke destinasi yang lebih jauh dan mempunyai seseorang yang akan membawa aspirasi kami pada waktu ini sangat penting.
“Bukan satu kerja mudah, dalam tempoh pencarian ini juga, elemen utama yang kami ambilkira adalah Junior Designer yang bakal dipilih memahami DNA Rizman Ruzaini. Alhamdulillah selepas hampir setahun, kami dipertemukan dengan Akmal yang kami yakin mampu menyempurnakan setiap rekaan dengan sentuhan Rizman Ruzaini,” katanya.
IKLAN
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh gandingan pereka duo, Rizman dan Ruzaini ketika ditemui pada majlis ‘RR Bridal ’23’ yang diadakan di Rizman Ruzaini Couture di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota baru-baru ini.
Tambah, Rizman lagi, kehadiran Akmal adalah sebagai penanda aras kepada perniagaan mereka agar boleh menghasilkan produk dengan harga yang mampu dimiliki oleh rakyat marhaen.
Namun, meskipun ia menggunakan hasil sentuhan tangan Junior Designer, sepenuhnya Rizman menegaskan bahawa setiap rekaan masih akan dipantau teliti oleh dirinya dan Ruzaini agar nilai estetik dan kualiti yang sentiasa dititikberatkan dalam jenama RR dapat dikekalkan.
Tawaran Harga Serendah RM 4,000 Bagi Busana RR Hasil Tangan Akmal
IKLAN
“Kami berhasrat mahu menjadi sebahagian daripada hari penting setiap pengantin di Malaysia, memang itu yang menjadi impian kami berdua sebenarnya. Namun kita perlu bersikap realistik. Bagi saya soal kadar bayaran masih menjadi agenda utama pengantin di luar sana.
“Jadi kehadiran junior designer ini adalah solusi daripada kami buat semua bakal pengantin. Dengan harga permulaan hanya dari RM4,000 tidak mustahil lagi buat mereka untuk menyarung busana jenama Rizman Ruzaini si hari bersejarah mereka. ” jelasnya.
Sekadar info, Junior Designer di bawah jenama RR tidak hanya dinilai berdasarkan kreativiti semata-mata, malah gaya persembahan diri serta kemampuan berkomunikasi yang baik dengan pelanggan juga dinilai sebelum diterima sebagai Junior Designer jenama ini.
IKLAN
Mengulas perkara sama, Akmal turut berkesempatan menzahirkan rasa syukur apabila diberi tanggungjawab menggalas jawatan Junior Designer dan menjelaskan bahawa dirinya cukup bertuah untuk berada di bawah kelolaan dua pereka terkenal negara ini.
Selain itu, anak jati kelahiran negeri di bawah bayu itu juga berazam akan memberikan sentuhan terbaik bagi setiap rekaan hasil sentuhan tanganya serta menyalurkan kreativiti yang mampan agar selari dengan setiap rekaan jenama ini.
“Saya ingin berterima kasih kepada Rizman dan Ruzaini kerana mempercayai bakat yang saya ada.
“Bukan mudah sebenarnya saya membawa jenama sebesar ini, justeru apabila diberi peluang saya fikir ini adalah masa yang terbaik untuk saya mencabar diri,” jelasnya.
Wanita mana yang mahu kedutan tampak jelas pada kulit wajah? Biarpun pelbagai produk didatangkan khas dengan magis untuk mengurangkan kedutan, namun jika rutin harian anda masih tidak tepat, ia boleh menjadikan kedutan masih jelas di wajah!
Oleh itu, untuk melambatkan kesan masa pada kulit anda, apa kata anda cuba lakukan amalan ini!
PENGAMBILAN IKAN/OMEGA
Pakar mengatakan bahawa asid lemak menyuburkan kulit dan menganjalkan kulit agar lebih muda.
KACA MATA
Terlebih guna otot muka kala membuat ekspresi yang sama berulang kali boleh membentuk alur di bawah permukaan kulit. Guna cermin mata ketika membaca dan cermin mata hitam untuk melindungi sekitar mata.
ALPHA-HYDROXY ASID (AHA)
Membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan kemunculan liang roma, garis-garis halus dan kedutan permukaan, terutamanya di sekitar mata. AHAs membantu meningkatkan pengeluaran kolagen.
DON’T OVER WASH
Usah membasuh muka terlalu kerap, wash your face too often, and you wash away its protection.
SOYA
Untuk kulit, soya boleh meningkatkan penampilan kulit anda dan mungkin juga melindunginya. Kajian menunjukkan soya digunakan untuk kulit atau diambil sebagai makanan tambahan boleh membantu melindungi atau menyembuhkan beberapa kerosakan akibat selaran matahari. Dan ia juga telah dibuktikan untuk memperbaiki struktur kulit dan ketegasan.
KOPI
Kajian mendapati koko mempunyai dua anti oksidan (epicatechin dan catechin) melindungi kulit daripada kerosakan matahari, aliran darah bertambah baik ke sel-sel kulit, menghidrat, membuat kulit lebih licin dan lembut.
AMALAN ASAS
Gunakan pelindung matahari juga kenakan pakaian pelindung matahari. Jangan merokok dan usah lupa menyapu pelembap muka setiap hari.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pengaruh drama Korea memang memberi impak yang hebat pada diri kita. Apa yang mereka makan dalam drama, itu jugalah yang kita nak. Cara marketing mereka benar-benar hebat sehingga kita terliur sama lalu mengidam sekali!
Tidak lagi sukar untuk dicari, kita dapat lihat pelbagai jenis hidangan Korea terjual di negara kita terutamanya di pusat membeli-belah. Nak makan apa sebut je, pasti ada terjual.
Dalam banyak-banyak makanan Korea, di sini Hijabista senaraikan antara hidangan dari sana yang terkenal dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Korean Fried Chicken
2. Tteokbokki
3. Ramyeon
4. Jjajangmyeon
5. Corn dog
Haih, tiba-tiba lapar pulak rasanya lepas tengok gambar-gambar makanan ni. Mana satu kegemaran anda?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui perkahwinan di antara Marcell dan Rima Melati pada 2009 menimbulkan tanda tanya apabila perkahwinan yang dilangsungkan dalam suasana berbeza agama.
Namun ternyata, tiga tahun selepas berkahwin penyanyi bersuara lunak ini telah mememeluk agama Islam. Kongsinya, “Orang ucap tahniah saya masuk Islam ternyata ramai tak tahu saya dah peluk Islam sejak 2012.”
Marcell akui selama ini ramai yang tidak pasti dengan pegangan agamanya. Menurut penyanyi berusia 45 tahun itu dia bukan sengaja menyembunyikan perihal berkaitan kepercayaan agama atau spiritual itu, sebaliknya dia akui bukan mudah buat dirinya berkongsi secara terbuka.
“Pertama kali berpuasa pada tahun 2012 setelah menganut agama Islam, sejak dahulu, pencapaian spiritual itu bukan sesuatu yang bukan saya boleh kongsi dengan kebanyakan orang.
“Apatah lagi, saya jenis orangnya banyak belajar latar agama dan kepercayaan. Saya mempelajari banyak kebaikan-kebaikan dari setiap kepercayaan.
“Jadi, untuk berkongsi perkara seperti ini tidak gampang (mudah). Tidak semua orang boleh terima,” katanya ketika ditemubual oleh Astro Gempak.
Tutup diri dengan kesombongan
Suami kepada pelakon asal Singapura, Rima Melati itu memberitahu Islam akhirnya membuka jalan dirinya bertemu ketenangan hidup. Untuk pengetahuan pembaca Hijabista, hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata.
“Kita harus buka membuka itu (tenang) untuk datang. Kalau kita sudah menutup diri dalam erti dengan kesombongan dan ketikdakikhlasan, ketenangan tidak akan datang.
“Percayalah. Jangan sampai kita anggap bahawa kedamaian jiwa, kebahagiaan bahkan kasih sayang sesuatu yang patut dikejar. Ia ada di mana-mana. Hanya tinggal kita buka ‘jendela-jendelanya’, ia akan datang dengan sendiri.
“Kalau jendela yang saya maksudkan itu dibuka, bermakna kita sudah ikhlas melepaskan. Kita perlu nikmati ibadah kita. Dalam solat, tahajud atau apapun atau puasa, nikmati momennya.
“Puasa itu tidak bermakna menahan lapar. Solat itu bukan hanya satu rutin yang dilakukan depan sejadah. Atau fikir surah al-Fatihah itu hanya sekadar surah pembuka al-Quran,” ujarnya bagaimana agama mengajar mencari ketenangan dan erti reda.
Penyanyi terkenal Indonesia ini berkongsi mengenai perkara tersebut semasa sidang media konsert Marcell Dua Dekade Live in Kuala Lumpur di ibu negara, semalam. Konsert anjuran The Jay Events & Media itu bakal berlangsung pada 9 Disember 2022 bertempat di Zepp KL.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.