Wow! Usia Baharu Menginjak 21 Tahun, Masya Masyitah Sudah Berjaya Beli Rumah Keduanya

Share

Biarpun usianya baharu sahaja menginjak 21 tahun, penyanyi yang juga juara Ceria Popstar musim kedua, Masya Masyitah telah berjaya memiliki rumah keduanya dengan hasil titik peluhnya sendiri selama bergelar anak seni.

Memuat naik fotonya menerima kotak ‘fuse cutout’ di hadapan rumah baharu, ramai yang memberikan ucapan tahniah buat dirinya kerana bijak mengumpul aset di usia yang muda.

Bangga dengan awak Masya!

Sebelum ini, penyanyi yang pernah mengharumkan nama negara di China ini pernah mengejutkan ramai apabila membeli rumah pertamanya iaitu sebuah kondominium berharga RM300 ribu secara tunai di usia 19 tahun.

IKLAN