Wow! NKF Beri Kesedaran Pentingnya Penjagaan Buah Pinggang Melalui Larian Neon

Share

Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) telah bertukar menjadi tempat yang penuh bercahaya dengan simbahan warna neon untuk acara NKF Glow yang menyeronokkan pada 20 Julai yang lalu.

Diadakan bersempena dengan ulangtahun ke 50 National Kidney Foundation of Malaysia, acara itu menampilkan pelbagai aktiviti dan yang paling utama semestinya larian 5 kilometer yang dipenuhi dengan cahaya neon di mana 3000 orang peserta telah mengambil bahagian dalam acara itu.

NKF Glow Run diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya penjagaan buah pinggang kita bagi mengelakkan daripada penyakit kronik.

Baru-baru ini juga NKF telah mengadakan NKF Patient Forum yang merupakan sebuah inisiatif dan platform bagi menyebarkan informasi merangkumi pelbagai topik bagi merawat penyakit berkaitan buah pinggang. Bukan satu perkara baru, forum ini sebenarnya telah diadakan sejak dari tahun 2003 lagi.

Forum yang menampilkan lima ahli nefrologis dan pakar diet itu telah berkongsi maklumat berguna mengenai buah pinggang dan bagaimana cara bagi merawat pesakit dialisis. Selain itu, mereka juga turut memberi ilmu kepada penjaga bagaimana untuk memberikan rawatan yang sebetulnya pada mereka yang memerlukan.

IKLAN