Wow, Fareeda Ada Keluarkan Tudung DC Comics Super Heroes. Mana Satu Pilihan Hijabi?

Share

Jenama Fareeda bukanlah satu jenama hijab yang asing dalam kalangan hijabi. Malah, jenama ini pernah mencipta fenomena satu ketika dahulu. Hingga kini, Fareeda masih mengeluarkan pelbagai jenis rekaan tudung mengikut permintaan para pelanggan.

Terbaru, Hijabista ternampak satu post di akaun Instagram Mawar Karim, isteri kepada Fizo Omar yang juga anak kepada pengasas jenama tudung Fareeda yang berkongsi tentang kolaborasinya bersama DC Comics Super Heroes.

Wow, nampak macam menarik! Antara super heroes yang diketengahkan adalah Wonder Women, Batman dan Superman. Jadi, hijabi bolehlah memilih super heroes yang anda suka. Hijabista merasakan ia satu idea yang kreatif.

Namun, terdapat segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan kolaborasi ini dan merasakan ia agak memalukan untuk dipakai. Malah, ada juga yang mengutuk rekaan tudung ini. Mungkin ia nampak pelik tapi siapa tahu ia akan jadi fenomena satu hari nanti?

Walau apa pun, ia merupakan satu inisiatif yang belum pernah lagi dilakukan oleh mana-mana jenama tudung. Good job Fareeda!

Foto: Instagram Mawar Karim & Fareeda Group

IKLAN