Rumah adalah keperluan hidup. Perkara paling penting untuk golongan muda membeli hartanah adalah pengurusan kewangan. Seeloknya wanita berusaha untuk membeli sebuah kediaman sebelum mendirikan rumah tangga.

10 tip beli rumah pertama yang newbie wajib tahu seperti yang dikongsikan oleh Harith Faisal.

Rumah Pertama Rumah Pelaburan
Kalau rumah pertama tu anda beli untuk duduk sendiri, agak sukar nak tambah rumah lagi. Lagi-lagi kalau rumah tu makan sebahagian besar gaji. Rumah pertama untuk pelaburan, hasil sewaan dikira sebagai pendapatan tambahan.

Rumah Pertama Bukan Rumah Idaman
Semua orang teringin nak rumah besar, senibina moden, ruang tamu yang luas dan perabot yang mahal. Tapi cuba fikir rasional. Mampu beli sekarang dengan gaji RM2,500? Kalau belum mampu, beli rumah kecil pun tak mengapa. Takkan nak tunggu harga rumah naik lagi.

Rumah Pertama Kecil Tidak Mengapa
Rumah besar, modal deposit dan kos-kos lain pun besar juga. Sekurang-kurangnya 15% daripada harga rumah. Secara asasnya, rumah kecil RM100,000 perlukan modal RM15,000 sahaja. Rumah RM300,000 pula perlukan modal RM45,000. Keluarga kita pun kan kecil lagi. Mengapa bayar lebih untuk bilik yang tidak berpenghuni.

Rumah Pertama Bawah Harga Pasaran
Pasaran pada masa ini memihak kepada pembeli. Tuan rumah ada yang terdesak menjual rumahnya. Pembeli kena bijak nego selagi boleh untuk dapatkan harga terbaik. Elak beli rumah atas harga pasaran. Nanti anda yang merana nak keluar modal.

IKLAN

Rumah Pertama Bukan Maksimum Kelayakan
Kalau layak rumah harga RM300,000, carilah rumah berharga RM250,000. Supaya mudah dapat kelulusan bank. Bagi ruang sedikit kepada DSR (Debt Service Ratio). Lain bank, lain cara kiraan kelayakan pembiayaan. Takut bank A sahaja kata layak RM300,000. Bank B, C, D, E cakap RM260,000 sahaja.

Rumah Pertama Beli Dengan Ejen
Ejen Hartanah akan bantu mendapatkan rumah yang sesuai dengan bajet anda. Lebih-lebih lagi jika anda memang zero bab hartanah. Jangan percaya mitos “beli dengan ejen, harga rumah jadi mahal”. Ejen hari-hari berurusan jual beli rumah. Kita pula nak beli rumah setahun sekali pun belum tentu. Gunakan kepakaran mereka.

Rumah Pertama Sebelum Berkahwin
Beli rumah di pasaran subsale sekurang-kurangnya 15% di bawah harga pasaran. Lepas tu kahwinlah. Bakal pak mertua pun seronok bila tahu bakal menantunya dah ada rumah. Terus green light. Rumah dapat, orang rumah pun dapat. Bijak!

Rumah Pertama Sebelum Kereta
Beli 2 buah apartmen dengan masing-masing ansuran RM700 dan keduanya disewakan pada kadar RM900. Dapat aliran tunai positif RM400 daripada dua rumah, boleh pakai Proton Saga Plus percuma. Nak pakai Honda City percuma macam mana pula? Ini ideanya sahaja. Jangan lurus bendul. Ambil kalkulator, kiralah sendiri.

Rumah Pertama Dengan Modal Minima
Beli rumah murah-murah sudahlah, nego dengan tuan rumah bagi deposit rendah atau beli rumah daripada pemaju dengan entry cost mudah dan guna pakej 100% pembiayaan bagi yang layak. Saya kata modal minima, bukannya modal langsung tak perlu ada.

IKLAN

Rumah Pertama Bukan Beli Ikut Nafsu
Pembeli rumah pertama biasa teruja dengan pelbagai iklan dan tawaran. Itu macam bagus. Ini pun macam bagus. Jangan ikut nafsu, tapi ikut ilmu. Ilmu bukan datang bergolek tapi perlu dicari.

Sebelum melabur pada hartanah, lebih baik melabur dahulu pada ilmu. Takut-takut nanti duit untuk melabur entah je mana. Duit ‘melebur’ lagi adalah. Kita mungkin tak boleh berkongsi harta dengan kawan kita. Tapi kita mesti boleh berkongsi ilmu dengan mereka. Kerana ilmu yang dikongsikan tidak akan berkurangan. Malah dapat pula pahala yang berpanjangan.

Berikut perkongsian Azizul Azli Ahmad

MENGAPA WANITA PERLU BELI RUMAH AWAL?

IKLAN

Bila zaman telah berubah dan 48% wanita jelita hari ini telah bekerja.  Ini sebab mengapa wanita perlu ada rumah sendiri.

1. Pendapatan Tambahan Pelaburan
Rumah boleh disewakan dan jadi pendapatan tambahan lepas kahwin, tak semua orang dapat suami kaya raya. Maka belilah sebuah rumah dan jadikan pendapatan keluarga.

2. Waktu Tak Terduga 
Kita tak tahu suami yang kacak macam Nepal itu sayang kita sampai bila. Jika ditinggalkan pergi, bila mereka terjumpa Gadis Tik Tok setidaknya ada rumah sendiri.

3. Bukan Harta Sepencarian?
Rumah yang dibeli sebelum kahwin, bukannya harta sepencarian. Jika berpisah ia tetap hak isteri tersebut.

4. Bantu Suami
Masalah kewangan selepas kahwin biasanya semakin sukar. Jika sesuatu berlaku boleh refinance atau pendapatan sewa bantu suami tercinta dan hidup bahagia selamanya.
Cari dan belilah sebuah rumah kecil agar bahagia dan sempurna sebelum bencana.

Sumber kredit: Azizul Azli Ahmad dan Harith Faisal

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI