A post shared by Imam Muda Hassan (@imammudahassan) on Jun 16, 2020 at 7:37am PDT
Teman listkan beberapa perkara yang boleh kita buat pada waktu #PAGI supaya lebih banyak connection terbentuk pada brain kita:
1. Mesti kena ucapkan #SYUKUR. Ini #wajib. Ini Nabi ajar kat kita semua. Baca doa bangin tidur dan pahamkan maknanya. Sebab bersyukur ni boleh menyalakan bahagian hadapan otak kita.
Bahagian depan otak ni sangat crutial sebab ia mengawal emosi, cognitive skills, percakapan kita dan pelbagai lagi. So kalau kita dah betulkan emosi in the right way, in shaa Allah sepanjang hari kita akan rasa seronok dan akan menghargai apa yang kita ada di sekeliling kita.
2. Cuba buat perkara-perkara yang rare dan jarang-jarang sangat kita buat. Tapi pastikan yang tak mengarut la ye. Contoh mudah, kalau pagi-pagi selalu kita mandi air panas, cuba tukar pulak mandi air sejuk. Ataupun boleh tukar-tukarkan suhu air, kejap panas kejap sejuk…
Otak kita akan aktif dan adapt benda baru. So otak akan lebih aktif. Contoh lain, boleh juga gosok gigi guna tangan kiri, tapi make sure mulakan dengan tangan kanan dulu, then tukar tangan kiri pula. Memang susah kan, tapi paling tidak kita dah bagi otak kita suatu pengalaman yang baru.
3. Lepas solat Subuh, bacalah Al Quran. Bila kita baca Al Quran bertajwid ni akan membuatkan otak kita mengira panjang pendek ayat, baris bawah, atas, depan, yang mana perlu dengung mana yang tak boleh dengung, huruf nak keluar kat mana, bibir ke, rongga mulut ke, halkum ke, so memang amazing, tanpa kita sedar otak kita sedang ligat bekerja.
Thats why kebiasaannya orang yang rajin baca Al Quran dia susah nak dapat penyakit nyanyuk bila dah tua nanti, sebab otak dia sudah aktif sejak dari dulu lagi. Jadi, wajibkan pada diri untuk membaca Al Quran selepas solat Subuh. Dan kalau lebih baik sebelum Subuh lagi kita dah baca Al Quran
OK setakat itu dulu ya. Pagi esok dah boleh cuba.
Sumber kredit: Instagram Imam Muda Hassan Adli
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular satu video di Tiktok pengantin lelaki yang berasal dari Jepun telah melafazkan ijab kabul dengan menggunakan bahasa Jepun dan telah menarik perhatian ramai. Memang luar biasa!
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW yang dituntut dan digalakkan oleh Islam bagi mereka yang berkemampuan serta cukup memenuhi syarat. Dalam Islam, perkahwinan bukan hanya semata-mata sebagai penyatuan dua jiwa dan soal cinta, tetapi ia merupakan ibadah dan kepentingan untuk memikul tanggungjawab di antara suami dan isteri.
Antara syarat sah yang juga menjadi rukun nikah dalam Islam adalah lafaz akad nikah. Di Malaysia, lafaz tersebut kebiasaanya dilafazkan menggunakan bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu. Namun berbeza buat pasangan ini!
Video yang tular baru-baru ini telah dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @Ajwad Azizan, iaitu abang kepada pengantin perempuan tersebut. Video perkahwinan yang ‘luar biasa’ ini juga telah mendapat perhatian netizen serta meraih lebih 1.1 Juta tontonan dan 99.3K kesukaan.
Video yang dikongsikan mempamerkan momen ketika adik perempuannya sedang bernikah bersama dengan pasangannya yang berasal dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Pasangan tersebut kelihatan begitu manis berpakaian putih sedondon.
Dalam video tersebut, kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Yoshiki sedang bersalaman dengan bapa pengantin perempuan sambil melafazkan akad dengan menggunakan Bahasa Jepun menandakan bahawa bermulanya kehidupan baru mereka sebagai suami isteri.
Disebabkan perbezaan bahasa, majlis perkahwinan itu menggunakan perkhidmatan ‘translator’ atau penterjemah bagi memastikan majlis itu berlangsung dengan lancar.
“Nikah dengan orang Jepun akad kena ada translator (penterjemah bahasa). Abang ipar dua orang pandai cakap jepun, sorang terjemah sorang lagi jadi saksi,” kata Ajwad.
Ajwad turut memaklumkan bahawa mas kahwin yang diterima oleh pengantin perempuan juga berbentuk duit Jepun (Yen). Tambahan itu,terdapat juga netizen yang gigih menukar semula nilai mata wang kepada Ringgit Malaysia.
Ketika ditanya mengenai momen perkenalan pasangan tersebut, Ajwab menyatakan bahawa pasangan tersebut bertemu buat kali pertama ketika adiknya bekerja di Jepun.
“Tahniah!”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira dan teruja melihat penyatuan pasangan tersebut. Ramai yang mengatakan ia merupakan sesuatu yang “rare” serta sempat berseloroh menggunakan bahasa Jepun.
Netizen juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah dan turut mendoakan agar hubungan pasangan ini kekal ke Jannah.
“Seronok kahwin campur ni. boleh belajar budaya dan bahasa lain…”
Pelawak Amir Raja Lawak menyatakan solat dan sedekah setiap hari di waktu subuh adalah antara amalan yang dianggap sebagai pembuka pintu rezeki terutama dalam kehidupan berniaga.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 34, yang mengusahakan perniagaan air jagung sejak 2017, mengakui memulakan harinya dengan amalan seperti berdoa, berdoa dan bersedekah.
Menurut Berita Harian, bagaimanapun Amir yang turut menyertai program realiti Raja Lawak musim ketiga pada 2009 berkata, dia mengikut perancangan yang diatur oleh Yang Maha Esa hanya dalam soal sara hidup.
“Permulaan hidup setiap hari pada waktu pagi. Memang betul apabila orang dahulu kata bangun pagi atau subuh, rezeki akan dimurahkan.
“Sedekah sahaja seberapa banyak yang kita mampu dan niatkan baik-baik,” katanya kepada salah satu portal tempatan.
Lama kelamaan, jelas Amir, dia turut menghulurkan sumbangan kepada pusat pendidikan atau Tahfiz di kawasannya.
“Selain masjid, saya juga sedekah ke rumah tahfiz berdekatan termasuk memberikan air jagung untuk pelajar kerana mereka memang sukakannya.
“Cuma, apa saya boleh katakan solat pada pagi setiap hari adalah kuncinya.
“Mungkin amalan dan doa orang ramai juga menjadi pembuka laluan untuk Allah berikan rezeki kepada saya,” katanya ditemui pada sidang media program Astro, Mega Spontan 2023, baru-baru ini.
Mengulas mengenai penerusan perniagaan air jagung di ibu pejabat Amirreka, Amir berkata, dia akan sentiasa cuba merebut peluang terbaik untuk mengembangkan perniagaannya.
Sebagai seorang Muslim, tahukah kita kenapa berselawat itu amat ditekankan dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang tak perasan, kita sebenarnya berselawat dalam setiap kali solat (ketika bacaan tahiyat) serta setiap kali memulakan dan mengakhiri doa. Selain itu, kita digalakkan untuk berselawat pada bila-bila waktu di luar solat dan apabila nama Baginda disebutkan.
7 Kepentingan Selawat Yang Ramai Terlepas Pandang
1. Ia Adalah Perintah Allah
Anjuran untuk berselawat adalah sesuatu yang dirakamkan di dalam Al-Quran. Dalam surah Al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.”
Sedangkan Allah serta para malaikatNya juga sentiasa melahirkan rasa hormat dan kasih sayang kepada baginda, apatah lagi kita sebagai hamba yang serba kekurangan ini.
Oleh sebab itu, berselawat ke atas Rasulullah adalah salah satu cara kita menurut perintah Allah di samping mengingati segala jasa baginda dalam memperjuangkan Islam serta peribadinya yang unggul.
2. Allah Membalas Selawat HambaNya
Walaupun berselawat nampak mudah, namun fadhilatnya besar sekali bagi mukmin yang melaziminya. Allah mengasihi hambaNya yang sentiasa meletakkan Rasulullah di dalam hati.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR Muslim]
Jika kita berzikir dan berselawat dengan memohon supaya Allah melimpahkan kemuliaan, kehormatan, dan kepujian kepada Nabi Muhammad, Allah pula membalas selawat kita dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada kita.
3. Membuang Kerisauan
Selawat adalah jaminan terpelihara dan terselamatnya kita daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkan dari perkara dunia dan akhirat. Seperti yang disebutkan dalam sebuah Hadis Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim:
Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya:
“Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda s.a.w bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;
Aku berkata:
“(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu …”
4. Diampunkan Dosa
Allah amat menyenangi hambaNya yang sentiasa mengingati Nabi Muhammad serta menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Allah turut menjanjikan pengampunan dosa bagi hambaNya yang rajin berselawat kepada Rasulullah.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [HR An-Nasaie]
Sebagai seorang hamba, kita tidak pernah terlepas dari melakukan kekhilafan. Oleh itu, berselawat boleh membantu kita menghapuskan dosa-dosa.
5. Rasulullah Membalas Ucapan Salam
Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah, seorang mukmin sejati perlu menghidupkan rasa kerinduan terhadap Nabi sama seperti Nabi yang sentiasa kasih akan kita iaitu umat selepas zamannya.
Selawat merupakan cara istimewa buat umat Nabi Muhammad menyampaikan kata salam dan doa kepada Baginda. Setiap selawat yang dialunkan akan dikirimkan ke Rasulullah melalui malaikat. Rasulullah pula membalas ucapan salam tersebut.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [HR Abu Daud dan Ahmad, Riyadus Solihin]
6. Meraih Syafaat Daripada Rasulullah Di Akhirat
Selain mengamalkan sunnah dalam rutin harian serta menteladani pekertinya yang mulia, berselawat kepada baginda juga dituntut terutamanya pada hari Jumaat. Ini kerana Rasulullah lebih dekat dengan hambaNya yang sentiasa berselawat untuknya.
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti). [HR Abu Daud]
7. Doa Mudah Terkabul
Allah juga menyalurkan banyak cara supaya doa lebih mudah diterima, dan salah satunya adalah dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.” [HR Imam Ath-Thabrani]
Hidupkan Sunnah!
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Semoga usaha kita mengingati Rasulullah dengan sentiasa mengalunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta turut mendapat rahmat daripada Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jika lihat di ruang akaun Instagram miliknya, setiap satu hantaran yang dimuat naiknya pastinya terselit tentang aktiviti-aktiviti melibatkan kecergasan ini.