Walaupun Sedang Sarat Hamil, Memey Suhaiza Tetap Tampil Cantik Dan Manis Sekali Menerusi #OOTD-nya.

Share

Isteri kepada pelakon terkenal, Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza sedang sarat mengandung anak ketiganya. Dia yang kini menunggu detik untuk melahirkannya yang dijangka pada bulan hadapan tetap kekal anggun dan menjaga penampilannya. Dia juga kekal aktif mempromosikan butiknya di laman sosial instagramnya @memeysuhaiza.

Abby Abadi juga turut tidak ketinggalan memberi sokongan kepadanya. Jelas terpancar seri ibu di wajah Memey. Jom kita lihat gambar-gambarnya!

Anggunnya Memey mengenakan busana hitam ini…

Sweet in pink !

Pandai Memey cover perut. Tak nampak macam sedang hamil pun.

Sering mengenakan jubah dalam kehidupan sehariannya kerana lebih selesa dan praktikal dengan keadaannya.

Bersama Abby Abadi yang sememangnya rapat dan sudah dianggap seperti seorang kakak.

Berlaga perut bersama adiknya yang juga bakal melahirkan cahaya mata tidak lama lagi.

Bersama keluarga tercinta di pagi Syawal.

Pejam celik pejam celik tidak sampai sebulan lagi Memey akan melahirkan anaknya. Hijabista mendoakan agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan untuk Memey dan keluarga. Pasti anak yang bakal lahir nanti comel seperti ibunya juga bukan ?

 

IKLAN