Sejak drama bersiri Nur bersiaran di TV3 awal Ramadan lalu, popularitinya meniti di bibir peminatnya. Ternyata drama yang sarat dengan mesej ini berjaya menarik perhatian ramai sehinggakan menjadi trending di kaca TV. Selain dibintangi oleh Amyra Rosli dan Syafiq Kyle, pelakon Noorkhiriah yang memegang watak Aishah juga turut menjadi perhatian. Wataknya yang dilabelkan wanita memakai tudung labuh bidang 60 tetapi hati begitu busuk dan penuh hasad dengki begitu menjadi.
Lakonan sebagai Aishah cukup menjadi.
Malah pelakon ini juga turut menerima pesanan dari netizen yang mengakui begitu membenci dirinya dalam drama berkenaan.
Namun sebenarnya itu bukanlah sikap sebenar pelakon serba boleh ini. Noorkhiriah yang terkenal sebelum ini dengan watak komedi adalah seorang pelakon yang sangat komited dengan kerja
Sebelum melakukan penghijrahan pada tahun 2011, dia memang dikenali sebagai pelakon berimej seksi dan jahil mengenai bab agama. Apa yang dia ketika itu tahu hanyalah dunia lakonan.
Walaupun ketika itu sudah berkahwin dan disuruh suami untuk memakai tudung, tetapi dia mengambil sikap acuh tak acuh. Ini kerana memikirkan tiada orang yang akan mengambil dirinya berlakon nanti.
Namun hidayah Allah itu belum terlambat walaupun dia menerimanya ketika berusia 35 tahun. Menurutnya dia berfikir positif kenapa Tuhan berikan detik penghijrahan di usia lewat.
Hikmahnya mungkin kerana tidak mahu dirinya terperanjat dengan perubahan dilakukan dan menanggalkan semua tudung kerana tidak puas dengan dunia lakonan ketika itu.
Penghijrahan ini menurut Noorkhiriah kerana merasakan dosa bagi mereka yang tidak memakai hijab itu akan ditanggung oleh ayah (jika belum berkahwin) dan suami jika sudah mendirikan rumah tangga.
Namun sejak berhijrah sekitar tahun 2011 itu Noorkhiriah terus kekal istiqomah berhijab. Walaupun tahu peluang bagi pelakon bertudung agak berkurangan, tetapi dia tetap merasakan rezeki Allah itu ada di mana-mana.
Ads
Setelah melakukan penghijrahan, dia dilihat sering menyampaikan dakwah bermesej kepada followernya di laman instagram.
Sebelum ini dia yang sudah hampir 20 tahun lebih dalam bidang seni memang ada mengumumkan untuk bersara dari dunia lakonan kerana kecewa dipermainkan. Tetapi drama Nur di bawah produksi Radiusone mengembalikan semula namanya.
Serbuk BB Ponds mempunyai kesan siap yang sangat halus. Sangat ringan apabila digunakan dan menghalang minyak pada wajah. Warna nude yang sebati dengan warna kulit menjadi kegemaran ramai.
Bedak tabur Ponds, adalah salah satu bedak popular yang wajib anda cuba. Serbuk ini mula diedarkan di Thailand dan pada masa ini sangat disyorkan oleh ramai vlogger kecantikan di negara ini. Terdapat tiga varian Ponds Magic Powder yang anda boleh cuba kerana setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza.
Nak tahu apa jenis dan fungsi bedak Ponds Magic Powder? Ayuh, lihat penjelasan berikut.
Ponds ada 5 varian loose powder yang anda boleh cuba. Kesemuanya mempunyai manfaat untuk memberikan rupa yang lebih penting dengan kawalan minyak yang tahan lama. Sangat sesuai untuk anda gunakan untuk set mekap supaya nampak lebih flawless, tidak merekah dan tidak mudah luntur.
Setiap varian juga mempunyai keistimewaan atau kelebihan tersendiri. Bermula dari yang memberi kesan kabur pada pori-pori muka, mengawal sebum berlebihan untuk menjadikan wajah lebih cerah dan glowing serta merta. Anda cuma perlu memilih jenis atau varian mana yang paling sesuai dengan keperluan kulit wajah anda.
Ponds BB Magic Powder mempunyai kebaikan untuk menjadikan wajah lebih halus dan licin tetapi masih kelihatan natural. Terdapat kandungan titanium dioksida dan talc yang mampu memberi kesan lebih cerah, meratakan tona kulit dan mengawal minyak berlebihan pada kulit wajah.
Serbuknya berwarna coklat susu dan mengandungi kilauan yang sangat kecil dan halus. Warna bedak akan sebati dengan kulit dan foundation tanpa menukar warna asal. Formulanya sangat ringan dan mempunyai litupan yang ringan, tetapi cukup berkesan untuk menutup bintik hitam dan parut jerawat serta menyekatakan tona kulit wajah!
Sesuai untuk semua jenis kulit, untuk anda yang kulit berminyak, daya serapan dan rintangan minyak adalah cukup tinggi untuk menjadikan kulit wajah bebas bersinar. Jika jenis kulit anda berjerawat atau mempunyai jerawat yang meradang, formula serbuk ini juga selamat untuk menutupnya.
Anda boleh menggunakan bedak ini sebagai bedak tetapan atau hanya salutan ringan. Dengan menggunakan Bedak Ajaib BB Ponds, anda akan mendapat hasil solekan yang natural, segar dan matte tetapi tidak rata.
Jika varian yang satu ini sesuai untuk kulit kering dan kusam dan anda yang ingin mendapatkan wajah glow natural. Berbeza dengan Serbuk Ajaib BB Ponds, formula serbuk sudah mengandungi perlindungan UVA dan UVB yang boleh melindungi kulit anda daripada kerosakan matahari.
Serbuknya juga berwarna merah jambu yang cantik yang memberikan hasil semula jadi. Bedak ini lebih sesuai untuk pemilik tona kulit wajah cerah seperti zaitun atau sejuk berbanding kulit coklat.
Formula serbuk mampu memberikan hasil yang tidak terlalu matte, tetapi lebih ke arah dewy. Walaupun begitu, kulit berminyak masih boleh menggunakan bedak ini kerana keupayaannya menyerap minyak tidak kurang dari BB Ponds Magic Powder.
Bedak yang satu ini dirumus khas untuk anda yang inginkan solekan kelihatan matte. Bedak ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya jenis kulit yang sangat berminyak. Formulanya lebih padat sedikit daripada dua varian sebelumnya.
Kerana fungsinya untuk menghasilkan rupa matte, bedak ini mempunyai kuasa kawalan minyak yang terbaik. Serbuknya berwarna kebiruan, tetapi sebati dengan warna kulit dan asas semula jadi, jadi ia tidak menjadikan tona kulit kelihatan kelabu. Sama seperti BB Ponds Pinkish Glow, bedak ini juga mengandungi perlindungan UVA dan UVB, jadi ia sesuai untuk anda yang mempunyai banyak aktiviti luar.
Serbuk Ponds ini adalah jenis lut sinar dan tidak berwarna, jadi ia boleh sedikit sebati dengan warna asal kulit anda dan menjadikannya kelihatan semula jadi. Pun begitu, Ponds in loose powder mempunyai formula penapis kabur dengan teknologi ‘soft blur’ yang mampu menjadikan penampilan pori-pori wajah tersorok supaya kulit wajah kelihatan lebih licin, lembut dan flawless.
Selain itu, bedak ini juga mempunyai fungsi kawalan minyak yang tahan lama, dan tidak akan membuatkan wajah anda kelihatan kusam. Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit dan warna. Bedak ini juga mampu menjadikan foundation dan primer lebih set, tidak mudah bergeser, merekah atau luntur.
Serbuk Ponds ini dirumus dengan Teknologi Stardust yang menjadikannya mempunyai zarah serbuk yang lebih kecil. Zarah serbuk yang lebih kecil ini mampu memberikan rupa yang licin, semula jadi dan tidak bertompok sama sekali.
Dalam butiran serbuk terdapat shimmer yang mana kesannya akan membuatkan wajah kelihatan lebih cerah dan glowing serta merta apabila digunakan. Baunya lembut seperti susu dan memberikan kemasan matte yang tahan lama.
Anda boleh menggunakan Ponds loose powder untuk set makeup base iaitu selepas menggunakan foundation, BB Cream atau pun hanya menggunakan moisturizer dan sunscreen. Untuk hasil terbaik, sapukan bedak tabur Ponds menggunakan berus untuk bedak dengan dap perlahan-lahan pada seluruh muka.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: Repost by AM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tahun ini adalah satu sejarah di mana Jemaah haji hanya dalam skala kecil. Cukup bertuah insan yang menjadi tetamu Allah untuk menjalani ibadah haji dalam suasana penuh SOP dengan selesa.
Pengarah keselamatan awam Arab Saudi, Khalid bin Qarar Al-Harbi menjelaskan bahawa, bilangan jemaah dihadkan adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko penularan pandemik COVID-19. Bahkan, para jemaah yang terlibat perlu jalani ujian saringan sebelum tiba di sana dan menjalani perintah kuarantin selepas selesai menunaikan ibadah haji.
Menerusi twitter Faisal Rahim @acaiijawe perkongsian beliau suasana jemaah Haji yang berada di Mekah.
Di khabarkan hari ini, 8 November, akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Penuh pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu dengan jarak 404,923km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di negara Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta pada sebahagian utara dan timur Eropah.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru semua masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mengadakan jemaah solat sunat dan khubah gerhana bersempena fenomena hari ini. Kenyataan itu dimuat naik di laman rasmi Twitter sekaligus memaklumkan gerhana bulan penuh akan berlaku pada jam 6.45 petang hingga 8.49 malam.
Perkongsian mengenai gerhana bulan penuh ini telah dimuat naik di laman sesawang Agensi Angkasa Malaysia – MYSA, fenomena ini berlaku apabila cakera Bulan berpaksi pada bayang umbra bumi yang berada di pertengahan bayang itu. Keadaan ini juga pernah berlaku dua kali pada tahun 2018.
Malaysia juga tidak terlepas untuk menyaksikan fenomena ini. Ia akan mula terlihat pada jam 4.02 petang dan akan berakhir pada jam 9.56 malam mengikut waktu tempatan. Namun, kita tidak dapat menyaksikan permulaan fasa gerhana penumbra dan separa yang berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.
Jangan risau! Masyarakat di Malaysia juga berpeluang untuk menyaksikan fenomena ini apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak. Bagi mereka yang duduk di kawasan Semenanjung Malaysia, fenomena tersebut hanya akan mula terlihat sewaktu fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 9.56 malam.
Sudah menjadi kepastian untuk umat Islam mengerti kekuasaan Allah SWT yang mencipta sekalian alam. Maka, ini merupakan salah satu tanda fenomena yang mengukuhkan lagi Allah SWT menguasai segala-galanya.
Usaha dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengajak hampir seluruh masjid dan surau di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk adakan solat sunat dan khutbah gerhana bulan penuh. Ia bagi mengimarahkan orang ramai untuk mensyukuri serta mengagungkan kekuasaan Allah SWT.
Susulan Fenomena Gerhana Bulan Penuh yang dijangka berlaku pada 8 November 2022 (Selasa) jam 6.54 petang hingga 8.49 malam, JAWI menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan solat sunat serta Khutbah Gerhana pic.twitter.com/t0PJ4jf3q0
Di fahamkan lagi, solat sunat dan khutbah Gerhana Bulan Penuh ini dilakukan seusai solat Maghrib untuk di Semenanjung. Manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan pula perlu melaksanakan selepas solat Isya’ pada hari ini. Ada juga di selitkan cara melakukan solat sunat ini pada laman sosial media Twitter.
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
1.Niat & Takbiratul Ihram
2.Baca Al-Fatihah & Surah Lain
3.Ruku’ Yang Panjang
4.Iktidal, Baca Al-Fatihah & Surah Lain
5.Ruku’ Yang Panjang & Iktidal
6.Sujud Yang Panjang
7.Duduk Antara 2 Sujud
Jelas di sebut tentang kebesaran serta kekuasaan Allah SWT yang meliputi segalah aspek kehidupan Manusia. Mengikut Firman-Nya yang di sebut dalam al-Quran:
Maksudnya :“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kekuasan Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”
Selendang atas kepala di majlis kahwin jadi perbincangan hangat apabila gaya tetamu dikatakan boleh menenggelamkan seri pengantin. Ini adab yang wajar dijaga.