Walau Dikutuk, Veil Digayakan Izara Bakal Jadi Trend. Datuk Rizalman Dedah Rahsia Di Sebalik Rekaannya!

Share

Semalam telah berlangsung majlis akad nikah pasangan pelakon Izara Aishah dan juga Adib Khalid. Ramai memuji penampilan Izara yang begitu cantik, anggun dan penuh mempesona. Dari top to toe, semuanya nampak ‘perfect’ dan begitu cocok sekali dengan Izara yang jelita. Baju nikah Izara berwarna ‘off white’ ini adalah hasil kreativiti pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim. Ada kisah menarik di sebalik busana anggun ini. Bukan calang-calang buatannya kerana ia hasil kerja keras pereka yang memang sangat dikagumi kreativitinya.

Menurut Rizalman dalam posting di laman IGnya, beliau mengembara seluruh dunia untuk mencari inspiprasi bagi mereka busana pengantin Izara yang berkonsep Sopan Couture dan Future Classic. Bukan itu sahaja beliau memulakan pembacaan dan mencari sejarah seawal abad ke 18 dari dalam dan luar negara. Dari muzium ke istana.

Bukan itu sahaja, Rizalman turut mencari material terbaik dan mencuba melaksanakan teknik couture baru dalam menghasilkan karya cukup hebat ini. Usaha pereka ini juga harus dipuji kerana beliau turut menghadiri pelbagai teater di luar negara dan belajar kesan pementasan dan pencahayaan untuk mewujudkan elemen nikah dan drama.

Apa yang lebih mengharukan Rizalman semalam apabila Izara yang menangis di bahunya  sambil mengucapkan terima kasih

kepada beliau atas segala-galanya. Momen itu mengingatkan pada Rizalman bahawa Izara pernah berkata “’cek takmau kawen klw abang Rizalman tak mau buat perkahwinan cek’ Sebab tu la cek pon tak kawen pasai takdak RIZALMAN boleh buat perkahwinan”

Walaupun ada sedikit kontroversi mengenai veil yang digayakan Izara, tetapi kebanyakan follower pereka ini memberi reaksi positif dan memuji penampian Izara malam itu memang sangat cantik bagaikan puteri dalam persalinan tradisional yang indah. Namun ada elemen trendy dan veil ini dikatakan akan jadi ikutan bakal pengantin nanti.

@an_azrin Genius!!!! The veil and the baju, the veil especially! extremely fashion forward! And it fits izara’s personality like a glove!!!

@Namasaya_sue izara pakai apa pun tetap cantik… actually baju nikah dia cantik sgt nmpk simple tapi mmg cantik sgt..

@fadidarwaty_ahmad seriously this bju n veil sngt cntik..and izara mmg cantik

@afzansyukran Super cantik! Super unik! Super traditional! Kena akui @izaraaishahofficial sangat menawan sebagai permaisuri sehari. Nampak lain daripada biasa yang kita tengok. Kerja seni yang sangat hebat @rizalman71.

@iceeyes78 So trendy….never before seen any weddings in Malaysia like this

Sebelum itu pasangan sama cantik sama padan ini sah diijab kabulkan hanya dengan hanya dengan sekali lafaz di sebuah lokasi di Damansara jam 9 malam semalam.

Dalam majlis itu, Izara menerima wang mas kahwin RM700 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Majlis diadakan secara tertutup dan dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat terdekat.

Selamat pengantin baru dan meniti fasa sebagai suami isteri admin ucapkan. Diharapkan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.

IKLAN