Kecantikan

Wajah Lebih Runcing & ‘GlOWY’ Dengan Urutan Mudah Ini. RUGI Kalau Tak Cuba!

Share

Apabila kita sebut sahaja urutan, pasti akan terbayang urutan badan atau kaki. Ia tidak salah tetapi HIJABISTA mahu mengenengahkan urutan wajah. Jika dilakukan secara konsisten anda akan dapat hasil yang tidak mengecewakan. 

Tahukah anda urutan wajah banyak kebaikannya?

  1. Meningkatkan peredaran darah dan membuang toksin pada wajah yang memberikan natural glow
    pada pipi.
  2. Mengurangkan tanda penuaan dan membantu anda de-stress serta menghilangkan puff di bawah mata.
  3. Cara yang bagus untuk menguruskan wajah dan emphasis tulang rahang.

Sumber: Youtube (Glamrs.com)
Anda boleh lakukan senaman ini di mana sahaja, tidak kira di pejabat atau rumah. Kekerapannya boleh dalam sehari atau seminggu.

Tip HIJABISTA: Pastikan anda mencuci tangan anda sebelum urutan untuk mengelakkan semua bakteria pada tangan hinggap ke wajah. Gunakan pencuci wajah, moisturiser atau oil cleanser sebagai pelincir untuk memudahkan urutan.

Pastikan urutan yang anda lakukan cukup lembut namun memberi kesan kepada wajah. Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan: Bentuk muka runcing tanpa sebarang suntikan no 10 sesuai untuk hijabi yang suka sorok dagu berlapis sebalik tudung.

 

IKLAN