“Vladimir Putin Masa Kecil Ke Ni?” Muka Iras Presiden Rusia, Anak Anzalna Raih Perhatian Netizen

Share

Baru-baru ini pelakon jelita, Anzalna Nasir menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik foto memaparkan wajah anak keduanya, Mohamad Emirhan yang kini sudahpun berusia enam bulan.

Namun, apa yang mencuit perhatian adalah apabila wajah anak Anzalna itu dikatakan tidak ubah seperti wajah Presiden Russia, Vladimir Putin versi bayi.

Kemain Emirhan Orang Samakan Rupa Dengan Presiden!

“Happy 6 Monthd old Emirhan! Ramai betul orang cakap muka Emirhan macam president of Russia versi baby.. 😅 Kemain Emirhan orang samakab rupa dengan presiden! hahahahhahahaha..” tulis Anzalna pada ruangan kapsyen di hantaran berkenaan.

Menerusi tinjauan Hijabista di ruangkan komen, rata-rata wargamaya bersetuju bahawa muka anak kedua Anzalna itu mirip wajah presiden Rusia itu.

Malah, kebanyakkan netizen begitu teruja melihat kecomelan wajah Emirhan yang putih gebu ditambah pula bentuk wajahnya yang tembam, bulat dan berkepala botak, memang membuatkan wargamaya tak keruan melihatnya.

Artikel berkaitan: “Anak Kami Pun Keluar Mengejut!”- Tak Sangka Bersalin Awal, Anzalna Syukur Anak Selamat Dilahirkan Di Hari Jumaat!

“Betul macam Presiden Rusia puan. Tapi ni versi comel. Geram tengok muka dia.”

“😂😂😂😂 Comel apa. Kecik-kecik dah president.”

“Putin masa kecik ke nie 😂😂😂😂😂😍.”

“Kenapa baby ni cute gila dowh putih handsome uish 😍😍😍❤❤❤❤.”

Sekadar info, pada Februari 2016 Anzalna Nasir telah diijabkabulkan bersama jejaka pilihan hatinya, Hanif Zaki. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahayamata lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Sumber: Instagram Anzalna Nasir

Artikel berkaitan: Hidung Mancung Jadi Pujian Netizen, Putera Kedua Anzalna & Suami Diberi Nama Mohamad Emirhan!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN