Pesona Nama Wanita Melayu Lama, Pilihan Vivy Yusof Sambut Hari Kemerdekaan Dengan Koleksi Shawl Terbaru

Share

Menyambut hari kemerdekaan Malaysia ke 62, ramai menjangkakan jenama tudung dUCkscarves akan mengeluarkan tudung rekaan khss seperti tahun-tahun sebelumnya.

Namun ramai yang tidak menjangka pengasas jenama ini Datin Vivy Yusof mengeluarkan ‘The Merdeka Duck Shawl’ dengan pilihan nama wanita Melayu lama.

Mengetengahkan 6 variasi warna yang bermotifkan flora koleksi ini mempunyai nama tersendiri iaitu Azizah, Latifah, Juwita, Faridah, Saloma dan Zaiton.

Istimewanya lagi ‘The Merdeka Duck Shawl’ bermotifkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya dan setiap rekaan bunga mempunyai personaliti tersendiri.

Adaptasi ini telah diangkat sempena hari kemerdekaan yang membawa identiti negara kita ke dalam rekaan.

Lebih menarik lagi koleksi indah ini mempunya variasi warna dari yang rona terang sehingga pastel.

Koleksi ‘The Merdeka Duck Shawl’ ini boleh dibeli di semua store duCK bermula 24 Ogos 2019.

 

IKLAN