Semalam telah tular mengenai video boba pearl menjadi keras macam batu apabila dibiarkan seharian di tengah panas terik cahaya matahari. Mesti semua ada menerima video itu dalam group chat Whatsapp bukan?
Pasti panik rasanya apabila melihat situasi itu. Mesti kita akan terfikir apalah jadi dengan perut kita yang sudah selalu sangat menelan boba pearl. Memanglah boba pearl itu kurang baik untuk kesihatan namun tidaklah sehingga mengeras di dalam perut kita. Dah salah fakta tu!
Mak aku forward video ni kat WhatsApp gp. Sengaja je kan taknak kasi aku minum boba.🥺 pic.twitter.com/stykp2XeUd
Haaa sekarang kita dah tahula kan sebabnya! Zaman sekarang memang banyak fakta palsu yang tersebar yang membuatkan kita mudah percaya dengannya. Jangan cepat terpengaruh sis. Selidiklah dahulu kebenarannya sebelum mempercayainya bulat-bulat.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata kerajaan New Zealand akan menanggung segala kos pengebumian mangsa serangan bersenjata yang berlaku di masjid pada Jumaat yang lalu.
Berkata kepada sebahagian ahli keluarga 49 orang mangsa yang terkorban dalam kejadian berdarah itu, beliau memberikan mereka jaminan bahawa kerajaan juga akan memberikan bantuan kewangan kepada keluarga walaupun berstatus imigran.
“Kami sangat fokus dalam memastikan anda mendapat sokongan yang diperlukan dalam waktu ini dan pada masa akan datang.
Kebanyakan daripada mereka yang terkorban merupakan insan yang mencari nafkah buat keluarga mereka. Insan yang menjadi kebergantungan keluarga dan pasangan mereka. Saya mahu memberikan jaminan bahawa melalui sistem di New Zealand, melalui ACC, ada peruntukan yang disediakan untuk keluarga-keluarga tersebut.
Peruntukan itu wujud tidak kiralah status imigran mereka samada yang terkorban mahupun ahli keluarga mereka. Ini termasuklah kos pengebumian dan juga sokongan dari segi kewangan untuk jangka masa yang lama. Saya boleh berikan jaminan itu.”
Ternyata Jacinda telah menunjukkan sisinya yang bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Beliau juga telah mengenakan hijab sebagai tanda hormat sewaktu melawat keluarga mangsa.
Strong leadership: New Zealand Prime Minister @jacindaardern visits grieving Muslim families, wearing hijab as a sign of respect.
Setelah hampir seminggu melahirkan, ramai yang tidak sabar untuk melihat secara rasmi wajah baby #comelpipimerah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa. Maklumlah kelahirannya memang ditunggu-tunggu selama ini dan peminat Siti tidak sabar untuk menatap wajah baby ini. Walaupun ada gambar yang tersiar sebelum ini, tetapi secara rasmi belum lagi dipaparkan oleh pasangan ini. Baru-baru ini Siti ada muat turut suara tangisan bayinya dan mendapat hampir 1 juta view di laman instagramnya. Kemudian Siti juga turut memuatkan foto jari kecil baby yang mendapat pelbagai komen dari followernya.
Dengan caption bertulis ‘selamat malam sayang ibu…#comelpipimerah tak sabar nak jumpa esok’ ternyata Siti membahasakan dirinya sebagai ibu kepada anak sulungnya ini.
Ramai memberi reaksi komen positif pada gambar yang dimuat turun. Status ini sahaja mendapat hampir 3 ribu komen yang rata-rata cukup gembira dengan perkongsian gambar dimuat turun walaupun hanya menampakkan jari si kecilnya sahaja.
ubariani86 Tahniah…kirim salam kat baby comel pipi merah yea…muah..
rozijafri Tahniah. Rase complete je hidup dgn adanya sikecil disisi
puansrihalijah Setinggi2 tahniah Datuk Siti Norhaliza dan suami di atas kehadiran Putri yg comil dan cantek saperti ibu dan ayah nya moga2Allah menambahkan lagi kebahgiaan dunia dan akhirat Amin yra
ririnleeoppa Knp lom dikasih lht wajahnya..Penasaran wajah baby nya mirip siapa..pasti cantik n menggemaskan…
yennisri96 Selamat ya buat bunda @ctdk atas kelahirannya…@fatiha_auladina do’akan semoga babynya jadi anak yang sholeha, cantik, dll…..
fathiayasmin Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat❤️haven’t seen how she looks like but we’ve already fallen in love with @babyctdk …
zara6119 Alhamdulillah..jari2 merah comel dn gebu yg d nanti..
thira.nayla987 Tgk tngan baby pon da comel . Ni belom lgi tgk muka baby mesti tersangat comel..tahniah @ctdk
sakinatulmawaddah2012 Alhamdulillah, Allahumma faqqihha fiddin wa’allimha takwil.. Tahniah Dato Siti, Selamat berpantang? Hai baby Al Humaira (Pipi kemerahan) Moga menjadi ank yang solehah, cantik paras rupa dan cantik akhlaknya? cantik nama Aisyah Al-Humaira
riarahay Doakan aku ya dato’ @ctdk agar aku bisa hamil juga karna sudah 4 tahun pernikahan ku belum kunjung jua
yanieothmanAssalammualaikum @ctdk .. kak iti .. ini yang dikatakan nikmat pemberian / kurniaan Allah yang tidak terkira … tahniah n syukur kerana kak iti antara yang merasa nikmat .. kak 🙁 .. mohon doakan kak long saya kak .. mana tau berkat doa ibu lepas bersalin .. kak long saya n abg ipar sudah mendirikan rumah tangga selama 17 thn .. belum ada rezeki kurniaan Allah SWT untuk mereka marasai nikmat kurniaan yang x terhingga ini .. doakan untuk kak long saya ye kak iti .. 🙁 .. (nak nangis .. huhuhu..) .. didoakan hanya yang terbaik untuk kak iti n baby comel pipi merah .. bye n hugs for kak iti n baby .. harap kak iti baca .. 🙁 …
nurtasbeeh Salam dato’ jaga diri dlm pantang, muga sihat selalu,
qimmymelanie Feeling bawa balik baby dari hospital tu one of a kind. Bahagia sgt. Enjoy the moments. Selamat berpantang buat tok ti & #comelpipimerah
Khabarnya juga pasangan ini nanti akan melakukan majlis aqiqah dan taknik buat puteri mereka ini dalam masa terdekat. Kita nantikan mungkin di majlis ini nanti Siti dan Datuk K akan memperlihatkan wajah anakanda kesayangan kepada semua peminat Siti. Insya-Allah.
Dunia digital buat kita alpa dengan kewujudan naskah-naskah buku yang menjadi bahan bacaan berzaman lagi. Malah kanak-kanak sekarang kurang peka dengan bahan bacaan seperti ini malah mereka lebih tertarik dengan tablet atau pun telefon mudah alih.
Peluang Tanam Minat Membaca
Jangan gusar untuk bahan bacaan yang mahal di pasaran, sempena sambutan ulang tahun ke-10, Jualan Buku Big Bad Wolf terbesar ini menjanjikan senarai judul buku yang lebih banyak dari sebelumnya serta pelbagai elemen menarik dengan tema Grand Carnival pada tahun ini Jualan Buku ini akan berlangsung selama 24 jam sehari bermula dari 6 – 16 Disember 2019 dan selama 11 hari. Bertempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa The Mines (MIECC), Selangor, Jualan Buku ini memberi tawaran diskaun dari 75% hingga 95% daripada harga runcit yang disyorkan dan masuk adalah PERCUMA. Kunjungi jualan hebat ini untuk permulaan kita menanam minat untuk membaca.
Tambah Koleksi Untuk Pencenta Buku
Dengan lebih daripada 4.5 juta buah buku ditawarkan, Jualan Buku Big Bad Wolf menjadi rebutan sama ada dalam kalangan pencinta buku tempatan mahupun antarabangsa. Jualan Buku ini menawarkan pelbagai kategori untuk bahan bacaan kanak-kanak, fiksyen dan bukan fiksyen seperti kisah romantik, buku bergambar timbul, kesusasteraan, bantu diri, sejarah, seni bina dan reka bentuk. Terdapat juga buku cerita, buku aktiviti, buku kertas tebal, buku bergambar dan buku interaktif. Selain daripada itu, terdapat juga pelbagai pilihan buku keluaran penerbit tempatan termasuk Kualiti Books, Sasbadi, Karangkraf PTS, Penerbitan Pelangi, Buku Fixi, The Patriots dan Kanyin Publishing.
Harga Mampu Milik Pelbagai Bahasa Utama
Meraikan 10 tahun penganjuran Jualan Buku Big Bad Wolf, yang dilihat telah berjaya dalam misi mewujudkan buku-buku dengan harga mampu milik serta mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat. Jacqueline Pengasas dan Ng, Pengasas Bersama jualan buku terbesar di dunia ini mempunyai impian untuk mengubah dunia melalui satu buku pada satu masa dan hasilnya Jualan Buku Big Bad Wolf telah berjaya menjelajah ke lebih 32 bandar di 10 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Korea, Taiwan, Filipina, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu dan Sri Lanka.
Teknologi AR Tarik Minat Kanak-kanak Membaca
Tumpuan utama pada Jualan Buku kali ini adalah judul buku kanak-kanak yang ekslusif dan unik atau turut dikenali sebagai Magical Book. Buku-buku bawah judul ini menggabungkan teknologi melalui pembacaan dan menghasilkan satu pengalaman Realiti Terimbuh (AR) yang luar biasa buat kanak-kanak. Buku-buku dalam judul Magical Book turut hadir dalam siri pembelajaran prasekolah dan bahan cerita waktu tidur yang merangkumi teknologi terkini bagi merevolusi bahan bacaan generasi akan datang yang membuka ruang kepada kanak-kanak untuk bernyanyi, belajar dan membaca. Tajuk buku kanak-kanak yang popular seperti Little Red Riding Hood dan Lets Learn Alphabet ABC adalah antara 15 judul yang diperkenalkan pada pesta jualan tahun ini. Amat sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 5 tahun, siri Magical Book ini akan menwujudkan satu pengalaman membaca yang interaktif dan mengasyikkan.
Kurang Berkemampuan Berpeluang Membaca Buku
“Sebagai tanda sokongan kepada literasi, kami akan memastikan bahawa ada sesuatu untuk semua orang. Kami ingin menggalakkan pembaca generasi baru, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Ini adalah penting bagi peringkat umur tersebut untuk menjadi pembaca melalui keseronokan membaca. Sebagai usaha memupuk budaya membaca dari usia muda, kami secara konsisten mencari tajuk-tajuk menarik yang mampu melibatkan mereka dalam pelbagai aspek ketika proses membaca,” kata Andrew Yap, Pengasas Bersama Big Bad Wolf Books.
Jualan Buku Big Bad Wolf percaya dengan memberi kembali kepada masyarakat yang kurang berkemampuan menerusi bantuan Tanggungjawab Sosial Korporat – Red Readerhood. Kami percaya semua lapisan masyarakat tanpa mengira status mempunyai hak untuk memperoleh ilmu melalui bahan bacaan. Oleh itu, Jualan Buku Big Bad Wolf KL 2019 akan bekerjasama dengan badan organisasi bukan untung tempatan serta para pengunjung dengan cara membeli sambil menderma buku-buku di sudut Red Readerhood ketika pesta jualan berlangsung.
Selain itu, para pengunjung juga turut boleh menuntut tawaran-tawaran eksklusif pada Jualan Buku dengan mendaftar sebagai ahli Wolf Pack. Bagi mereka yang ingin mengetahui perkembangan terkini dan peraduan yang ditawarkan ketika Jualan Buku, sila ikuti laman media sosial Jualan Buku Big Bad Wolf melalui pautan berikut di www.bigbadwolfbooks.com atau lawati laman Facebook bbwbooks serta Instagram @bigbadwolfbooks.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di