Siapa tidak kenal dengan pelakon jelita, Anzalna Nasir yang juga isteri kepada haniff zaki yang sering menjadi sorotan terutamanya setelah berhijab.
Terbaharu, Anzalna sekali lagi menjadi sorotan netizen dengan sikap murah hatinya, yang tidak lokek menghulurkan bantuan kepada seorang bapa tunggal yang amat terdesak memerlukan barangan keperluan bayi.
Perkara berkenaan dikongsikan Anzalna sendiri, menerusi satu hantaran video yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Rakaman video berkenaan memaparkan Anzalna yang sedang membeli-belah bersama bapa tunggal bertuah tersebut.
Malah, apa yang lebih membuatkan netizen sebak, apabila lelaki itu turut mengendong anaknya kecilnya bersama
sambil membuat pilihan produk bayi seperti alatan permainan, makanan, bahan mandian dan bahan pencuci pakaian bersama Anzalna.
Ads
Menerusi video sama, dapat dilihat gelagat dan telatah anak sulubg Anzalna, Eidress yang teruja memegang dan mencium tangan bayi itu.
“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Kali ini Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat kegemaran Anzalna,” ujar Anzalna.
Hijabista difahamkan bahawa selepas ini Anzalna akan meneruskan usaha murni ini, dengan terus membawa keluarga-keluarga yang tidak bernasib baik, dan memerlukan bantuan untuk membeli-belah barang kelengkapan anak mereka.
Ads
“Insya-Allah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang bayi,” katanya lagi.
Usaha Murni Anzalna Sentuh Hati Netizen
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran tersebut, rata-rata wargamaya turut sebak melihatkan keadaan insan lain yang jauh lebih dhaif, dalam masa sama, netizen meluahkan rasa terharu, sebaik sahaja melihat video kemuliaan hati Anzalna Nasir.
Ads
Selain itu, kebanyakkan diantaranya berterima kasih kepada Anzalna dan mendoakan agar aktress jelita ini istiqamah dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan ini.
Memetik daripada perkongsiannya itu, cara pemakaian untuk nampak mahal, high class dan tanpa perlu berbelanja lebih ialah memilih kain atau fabrik jenis berkilat.
Contohnya satin, organza atau chiffon. Namun begitu, elakkan fabrik yang terlalu berkilat.
“Kalau satin tu pilih yang matte satin ok.”
Wawa turut mencadangkan baju yang hendak dipakai nampak terletak dan tidak berkedut-kedut. Barulah penampilan seseorang itu akan nampak mahal.
Seterusnya, hijabi boleh mengenakan makeup yang ada kesan glossy.
“Boleh add-on makeup yang ada glossy effect contohnya pakai lip gloss.
“Bibir tu nampaklah berkilat sikit tapi janganlah all over nampak macam baru lepas makan ayam.”
Wawa turut mencadangkan pemakaian eyeshadow yang memberi kesan glamor. Namun jangan pula berlebihan.
“Pakai eyeshadow yang ada elemen glitter or shimmer. Tapi jangan terlalu berkilat, risaulah takut dah jadi macam lampu disko lah pula mata korang nanti.”
Untuk info, Wawa Idris merupakan usahawan dan perunding imej profesional yang aktif memberikan latihan di organisasi korporat dan agensi kerajaan.
Beliau juga sering melatih usahawan dalam aspek personal branding, pemasaran dan strategi media sosial.
Wawa Idris turut menjadi tetamu jemputan di televisyen dan radio, serta pernah ditemu bual dan menulis di ruangan khas majalah.
Blackhead? Setiap orang mempunyainya, bahkan mereka yang mempunyai kulit yang licin dan bebas dari cela. Kita semua bersalah kerana memicit liang pori berulang kali untuk melihat apa yang keluar (jika tidak, anda berbohong), tetapi masalahnya timbul apabila terdapat lebih daripada itu.
Apa yang anda lakukan apabila rutin penjagaan kulit biasa anda nampaknya tidak membantu? Sudah tentu, melabur dalam penghilang bintik hitam terbaik. Berbicara mengenai produk blackhead sebenar yang membantu menghilangkan kekotoran dan mencegah ia kembali. Bunyi seperti sesuatu yang anda perlukan?
Sama ada anda memakai solekan dengan kerap, liang pori anda mudah tersumbat, mempunyai jenis kulit berminyak, berjerawat atau hanya mempunyai bintik hitam lebih banyak daripada biasa, maka penghilang bintik hitam mungkin merupakan perkara yang anda hilang punca. Terutamanya jika anda ingin meningkatkan kekebalan kulit. Mungkin anda terfikir sudah memiliki produk penjagaan kulit yang terbaik tetapi, usaha untuk menghilangkan titik-titik hitam yang menjengkelkan dari kulit anda pasti akan menjadi usaha tambahan.
Di samping mencuci muka dengan pembersih terbaik, penghilang bintik hitam akan memastikan tidak ada kotoran yang hilang. Anggaplah ia sebagai langkah antara membersihkan wajah dan menyegarkan diri dengan toner, serum wajah dan pelembap. Rutin rawatan diri yang lebih panjang? Ya sudah pasti.
Sekiranya anda pernah mengalami salah satu blackhead yang berada dalam kedudukan yang dalam (atau yang tidak boleh dikeluarkan) atau berada di sana untuk sementara waktu dan kurang senang dimanipulasi sehingga tidak bergerak, maka perkara terbaik yang perlu dilakukan ialah mengukus wajah anda. Pukulan udara yang hangat dan basah akan membuka liang pori dan melembutkan kerana bintik hitam menjadikannya lebih mudah dikeluarkan. Sebaik sahaja anda mengukus wajah anda, gunakan alat pengekstrak dan mengelupas.
FOREO LUNA fofo Smart Facial Cleansing Brush
FOREO LUNA fofo adalah alat pembersih wajah pintar 2-in-1 yang kalis air sepenuhnya yang digabungkan dengan aplikasi yang direka khas untuk memberikan anda rutin penjagaan kulit yang disesuaikan untuk anda dan profil kulit anda yang unik. Bulu silikon bergetar semasa anda membersihkan, jadi sangat sesuai untuk menghilangkan kotoran yang terperangkap dalam liang.
Jalur pori Bioré menghilangkan kotoran, minyak dan blakhead dengan cara yang berkesan dan selamat dengan bertindak sebagai magnet dan menempel pada kekotoran. Apabila digunakan seminggu sekali, ia akan membantu mengurangkan penampilan liang.
Membantu membersihkan liang-liang kotoran dan puing-puing yang menyumbat liang, formula kaya mineral ini dibuat dengan tanah liat Umbria yang berusia berabad-abad yang membantu menyeimbangkan, membersihkan dan membersihkan.
Pembersih Blackhead Solutions Clinique diperkaya dengan asid salisilik untuk membersihkan kulit sel kulit mati, sementara silika dan tanah liat kaolin membantu menghilangkan minyak dan serpihan kotoran. Ini telah dirumus khusus dengan menghilangkan blackhead dengan mensasarkan bahgian muka yang tepat.
Neutrogena Visibly Clear Spot Proofing Daily Wash
Blackhead diciptakan apabila pembentukan sebum dan kotoran bergabung, jadi menjaga kebersihan kulit anda adalah langkah pertama untuk mencegahnya. Pembersih tanpa minyak ini berfungsi untuk membantu membersihkan bintik-bintik dan melindungi daripada jerawat baru termasuk blackhead.
Sesuai untuk kulit jenis rawan, berminyak atau gabungan, formula tidak kasar ini diikat dengan asid salisilik BHA untuk menghilangkan sel-sel kulit mati di permukaan kulit dan di dalam liang.
Cecair ini adalah larutan pengelupasan yang disuntikkan dengan 4% BHA semula jadi (asid beta hidroksi) untuk membantu menghilangkan pori-pori dan mengurangkan pembentukan bintik hitam. Ia bebas dari paraben, pewarna tiruan, trietanolamin dan phthalein.
Topeng berangin ini menggunakan formula aktif yang mengaktifkan semasa aplikasi, membantu membuka liang dan menguraikannya dari bintik hitam yang menyebabkan bakteria yang menumpuk.
Melicinkan dengan mudah ke permukaan kulit, topeng ini sampai ke dalam liang pori untuk menghilangkan blackhead dan membuang bakteria, membantu mencegah jerawat di masa akan datang. Ia juga membantu menambah kelembapan penting untuk menghentikan kulit kering, meninggalkan wajah yang jelas, halus dan sihat. Sempurna.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam zaman serba moden ini ramai di kalangan hijabi yang memilih kerja. Kalau boleh mahukan kerja dengan gaji yang lumayan, kerja senang dan kalau boleh mahu terdedah dengan dunia glamour. Tetapi gadis berusia 19 tahun ini tidak berfikiran begitu. Walaupun Sri Mahyuni Munif memiliki semua pakej itu (punya personaliti cantik dan menarik), tetapi dia lebih senang berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah. Tidak kisah di pandang rendah asalkan kerja yang dilakukan halal dan yang penting dapat menyara keluarga.
Menyedari nasib keluarganya tidak semewah orang lain, gadis yang senang membahasakan diri sebagai Yuni ini terpaksa menamatkan persekolahan hanya sehingga tingkatan dua semata-mata untuk membantu menyara keluarga.
Anak sulung daripada dua beradik ini terpaksa berbuat demikian kerana kasihan pada bapanya yang mempunyai masalah kesihatan selepas terbabit dalam satu kemalangan.
Walaupun mendapat tentangan ayahnya, Yuni terpaksa lakukan demi menyara keluarga. Tidak sanggup dia melihat ayahnya bekerja dalam kesakitan demi mencari sesuap nasi di kota besar ini.
Pernah membuat bermacam-macam kerja seperti juruwang, jurujual dan pembantu kedai fotostat sebelum dia mengambil keputusan bekerja sebagai pengawal keselamatan awal tahun lalu untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk persekolahan adiknya yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.
Yuni mengakui seronok dengan kerja dilakukan sekarang, tambahan pula dia memang gemarkan kanak-kanak. Walaupun kerjayanya sekarang sangat mencabar dan banyak dugaan termasuk menepis tohmahan dilemparkan segelintir masyarakat yang memandang rendah kerja sebagai pengawal keselamatan ini.
Walaupun dikecam segelintir netizen kerana tidak memilih kerja walaupun mempunyai rupa paras menarik, tetapi bagi Yuni menerimanya dengan positif dan memberi motivasi untuk bekerja dengan lebih kuat lagi.
Sebagai gadis remaja, Yuni juga sebenarnya gemar mengambil gambar selfie dan juga bermekap. Ini boleh kita lihat dalam laman sosial miliknya. Sekali pandang seperti ada darah campuran dan senyumannya memang menawan sekali.
Admin harap Yuni akan terus bersemangat untuk membantu keluarga dan nawaitu untuk melihat kejayaan adik-adiknya dalam pelajaran akan dimakbulkan oleh Tuhan.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.