Perasaan dapat menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Quran memang sangat mengujakan apatah lagi jika berjaya khatam di bulan Ramadan.
Bersyukur dengan rezeki yang diberi, pelakon yang juga usahawan berjaya, Datin Fouziah Gous meluahkan rasa terharu apabila dapat khatam kali kedua di bulan Ramadan pada hari Jumaat yang lalu.
اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ Segala puji pujian bagi Mu Ya Allah. Hari Jumaat terakhir di bulan Ramadan(25) dengan izin Allah SWT selesai khatam untuk kali kedua di bulan Ramadan 😭. Tak pernah saya rasa perasaan syukur seperti ini.
اَلْحَمْدُلِلّهِ 🤲😢.
Sebenarnya,saya khatam jam 3 pagi tadi ketika semua sedang tidur. Excited sangat ,terus bagi tahu suami, keluarga dan ustazah. Pada waktu yang sama serba salah nak kongsi di IG. Saya hanya ingin berkongsi kegembiraan dan kenangan di sini. Bila ada throwback 5 -10 tahun akan datang sekurang kurangnya bolehlah refer di sini untuk dilihat. Saya doakan semoga kita semua terus istiqomah bersama Al Quran إن شاء الله #fouziahgous
Ads
Sebelum ini, pelakon filem Sifu & Tongga ini pernah berkongsi rasa gembiranya apabila hajatnya untuk khatam pada hari Nuzul Quran yang lalu dimakbulkan Tuhan. Beliau juga turut berterima kasih kepada Ustazah Fadzilah yang sentiasa ada dengannya bagi memperbaiki mutu bacaan Al-Qurannya.
Ads
اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ Dengan Izin Allah SWT seperti yang dihajatkan untuk Khatam di Ramadhan dan Nuzul Quran di makbulkanNya😭. Official khatam 💯 bersama Ustazah Fadzilah . Terima kasih ustazah kerana sanggup ikut kehendak saya. Sanggup drive datang rumah, sanggup layan mengaji dalam phone selama sejam, sanggup korbankan tidur , sanggup ikut masa saya dan banyak lagi. اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ
One picture for my feed untuk kenangan yang paling indah dalam hidup. Segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH. 🤲😢
Ads
Dihujani banyak ucapan tahniah daripada rakan artis serta peminatnya, Fouziah telah berkongsikan tipnya untuk khatam Al-Quran apabila ditanya oleh peminatnya di ruang komen. Jelasnya, dia juga telah memperuntukkan lebih kurang 2 jam sehari waktunya bagi mengaji Al-Quran.
Kebelakangan ini seluruh negara digemparkan dengan berita yang membuatkan para isteri tak senang duduk dan ‘panas hati’ apabila tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pempengaruh TikTok, yang dikenali sebagai Abang Tesla apabila dia mengumumkan bahawa dirinya sudah berbini dua.
Lebih membuatkan wargamaya tidak puas hati khususnya kaum hawa apabila, isu poligami ini seolah dijadikan sebagai kandungan (content) di aplikasi TikTok, malah rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pempengaruh itu yang dilihat seakan ‘bangga’ meskipun berjaya mendapat restu dari isteri pertamanya, tiga jam sebelum menikah satu lagi.
Justeru, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan semula satu potongan video berhubung poligami yang di sampaikan oleh penceramah dan perunding motivasi terkenal, Dr. Robiah Kulop Hamzah yang membincangkan isu ini menurut perspektif Islam.
Mengulas berhubung isu ini, Dr Robiah dalam ceramah berkenaan menjelaskan bahawa hukum berpoligami adalah diharuskan dengan beberapa syarat di dalam Islam. Namun, ia bukanlah satu perkara yang digalakkan.
“Poligami merupakan benda yang dibenar bukan digalak. Dibenar pun dengan syarat.
“Satu, gila. Kedua, kusta. Ketiga, sakit tak boleh sembuh. Keempat, tak ada anak. Kelima, meroyan. Ertinya apa? Ertinya semua kes-kes yang saya sebutkan itu tadi semuanya kes-kes besar,” katanya.
Jelasnya lagi, Poligami tidak hanya bersangkut paut dengan kemampuan dari segi harta, nafkah zahir dan batin sahaja, tetapi seorang suami haruslah mampu serta mempunyai keupayaan untuk membimbing kesemua isterinya menuju syurga Allah.
“Bukannya sekadar cakap, ‘Alah saya mampu’. Bukan mampu itu dengan sekadar kata-kata tetapi mampu tak nak bawa isteri-isteri tu masuk syurga?
Selain itu, Dr. Robiah berkata, kaum adam yang mengamalkan poligami ini juga tidak akan terlepas dari dihisab dan dipersoalkan di akhirat kelak, jika mereka gagal menjalankan tanggungjawab dan berlaku adil kepada isteri-isteri mereka.
“Sebab itu kalau dia (suami) tak adil, esok (di akhirat) tersungkur dia di sana.
“Tak adil nafkah, tak adil dalam memberi nasihat, tak adil dalam memberi ilmu. Oh letih, jangan main-main.
“Sebab itu saya pesan pada orang yang nak berpoligami, awak belajar dulu. Saya tak kata awak tak boleh kahwin tapi belajar dulu apa ada dalam poligami,” tegasnya.
Apabila sudah sepakat untuk hidup bersama maka bersatulah dua jiwa dengan ikatan perkahwinan. Majlis pernikahan tentunya menjadi momen paling indah buat setiap pasangan.
Maka sebab itulah kedua pasangan bakal mempelai perlu membuat persediaan yang cukup. Bakal pengantin lelaki seharusnya membuat lebih persediaan.
TIP UNTUK BAKAL PENGANTIN
1) Simpan semua dokumen keperluan dalam satu sampul dan kemudiannya disimpan dalam satu kotak bersama barang kemas/cincin, duit mas kahwin dan sebagainya agar tiada yang tercicir.
2) Perlu tidur awal kerana ianya memberi kesan terhadap emosi anda pada keesokan harinya. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi agar anda nampak lebih selesa dan ceria. (Nak masuk gambar, seeloknya kenalah nampak ceria..Hahaha)
1) Cuba selesakan diri (ambil mood). Pastikan sentiasa ada teman berborak agar anda tidak terlalu memikirkan tentang majlis supaya anda tidak terlalu gemuruh.
2) Ketika berdepan dengan Imam/Juru Nikah. Sentiasa senyum dan cuba untuk bertenang. Ketika khutbah nikah dibacakan, beri perhatian dan sentiasa senyum.
3) Akad Nikah (ijab dan kabul). Jangan risau. Kebiasaannya wali akan membuat percubaan sebelum membacakan ijab yang sebenar. Pengantin lelaki tidak perlu mejawab tergesa-gesa sambil menahan nafas. Pada ketika ini, tetamu-tetamu yang hadir juga haruslah mengawal anak-anak untuk tidak berbuat bising dan menangkap gambar terlalu dekat sehingga mengganggu perhatian pengantin lelaki. Kebiasaannya jurugambar terlatih akan mengambil moment pengantin berjabat tangan dengan wali pada permulaannya dan berhenti menangkap gambar untuk memberi ruang pengantin lelaki menjawab qabul dalam keadaan tidak terganggu.
(selesai part ni pengantin lelaki dah buat muka lega dah..hahaha..tapi kena ingat, bacaan taklik pulak lepas ni)..
4) Bacaan Taklik. Jangan risau. Kebiasaannya ada disediakan teks bacaan taklik dalam tulisan rumi. Walaubagaimanapun, ada juga imam yang menyediakan teks dalam tulisan jawi.
Ni contoh bacaan taklik bagi negeri Perak:
“Bahawa adalah saya…….. dengan ini bertaklik jika saya tinggalkan isteri saya….. selama empat bulan qamariah atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama yang tersebut pada hal dia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badanya atau saya tidak mempedulikannya selama empat bulan atau lebih kemudian ia mengadu kepada kadhi/ hakim syariah dan manakala sabit aduannya dan ia memberi kepada kadhi/ hakim bagi pihak saya sebanyak RM 10.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu talak khuluk.”
6) Bersalam-salaman dengan ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.
7) Penyerahan Mas Kahwin dan Pembatalan Air Sembahyang. Jangan risau, start dari sini semuanya akan di “guide” oleh jurugambar sehinggalah tamat Majlis Bersanding dan sesi Outdoor.
Memegang Ubun-ubun Isteri.
Doa: Allaahumma innii as-aluka khayraha wa khayra maa jabaltahaa ‘alaihi wa a’uudzu bika min syarrihaa wa min syarri maa jabaltahaa ‘alaihi
Maksudnya : Ya Allah sesungguhnya aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan apa yang Engkau ciptakan pada dirinya.
Perkara yang kadang-kadang nampak remeh tapi memberi kesan kepada seseorang pengantin kerana perkahwinan mungkin hanya berlaku sekali untuk seumur hidup dan kita mengharapkan perkara tersebut satu kenangan yang indah untuk dikenang.
Persediaan untuk mencapai sekali lafaz akad nikah:
1. Sebutan nama pasangan
Wajib. Wajib hafal nama bakal isteri/nama pengantin perempuan dengan tepat supaya tidak mengganggu atau tidak menjarakkan sebutan kerana kurang yakin dengan nama yang tepat.
2. Cuba kawal rasa gemuruh
Tidak dinafikan. Rasa gemuruh pasti ada kerana anda sedang berdepan dengan antara perkara penting yang ingin disempurnakan dalam hidup.TIPS. Untuk kurangkan rasa gemuruh, jangan hirau orang ramai yang berada di sekeliling. FOKUS. Fokus antara kita dengan wali/imam yang menjadi wakil wali sahaja. Jika merasakan diri gemuruh, jangan pandang orang di sekeliling atau kawan-kawan yang sedang mengusik di belakang. Hahaha. Pandang imam, bersedia dengan lafaz akad nikah seperti yang dipraktikkan sebelum hari sebenar.
Apa yang penting adalah lafaz perlulah TEPAT, JELAS dan TIDAK TERSEKAT-SEKAT/LANCAR untuk tempoh yang lama.
Sekiranya lafaz TEPAT , JELAS & LANCAR pasti anda berjaya menyempurnakan lafaz ijab kabul/akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.
Begitulah serba sedikit tips yang ringkas tetapi boleh memberi sedikit gambaran kepada bakal pengantin lelaki supaya lebih fokus apa yang lebih penting untuk dipraktikkan.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat dijadikan sumber pengetahuan yang boleh diaplikasikan dalam majlis sebenar kelak.
Perkembangan pesat teknologi kini membolehkan kita untuk melakukan apa sahaja. Siapa sangka hanya melalui laman media sosial, kita juga boleh bersedekah dan menyebarkan kebaikan. Semuanya kini hanya dihujung jari.
Baru-baru ini telah tular video seorang pemuda yang menjadi ‘pengantara’ menginfakkan makanan melalui Tiktok. Awal kisahnya, pemuda ini melakukan siaran langsung (live) Tiktok semasa sedang berniaga. Kemudian, ada seorang wanita memberikan gift dan sebagai balasan, dia meminta pemuda tersebut menginfaqkan makanan kepada pelanggan. Selepas itu, pemuda itu dihubungi lebih ramai insan yang mahu bersedekah.
Ini merupakan kisah mengenai seorang graduan bidang Syariah iaitu Ahmad Azmeer Saihon yang berusia 24 tahun. Dia kini berniaga di sebuah gerai makanan sementara menanti tawaran kerja tetap. Menerusi temubualnya bersama mStar, Azmeer mengakui seronok dengan bidang kerja itu, malah menjadikannya sebagai platform terbaik untuk menimba pengalaman.
Pemuda ini turut mengakui bahawa aplikasi TikTok ada manfaat dan kebaikan buat semua. Dia juga sudah biasa menggunakan medium Tiktok semenjak tahun 2020.
“Pada waktu itu, saya fokus pada diri sendiri dan berkongsi video motivasi. Kemudian baru saya hasilkan video berniaga. Saya cuma nak berkongsi pengalaman dan tunjukkan realiti sebagai peniaga. Nak tunjuk kepada masyarakat kaedah untuk berniaga mengikut cara Nabi Muhammad.
Tambahan itu, dia turut berkongsi cerita mengenai videonya yang tular di laman TikTok yang kini telah mendapat lebih 77.K kesukaan.
“Ketika saya buat live hari tu, ada seorang kakak bagi gift untuk minta saya infak makanan. Jadi saya infak kepada peniaga gerai sebelah. Kemudiannya, ramai juga yang mesej di Instagram. Mereka transfer duit kepada saya untuk infak makanan. Alhamdulillah, baru-baru ini 200 bungkus infak ke kilang dan masjid.
“Kemudiannya ada orang infak 200 bungkus beriani untuk kami hantar ke rumah anak yatim, tahfiz dan madrasah. Saya hanya tunaikan hajat mereka semua. Saya akan laksanakan dengan jujur dan amanah.” sambungnya lagi.
MasyaAllah, sunggah menginspirasikan. Sedikit sebanyak mengenai dirinya, Azmeer berkata dia telah jatuh cinta terhadap dunia perniagaan yang kini sudah sebati dan menjadi rutin hariannya.
“Mak kata saya ada sijil dan kelayakan, jadi dia suruh mohon kerja. Saya memang dah mohon, cuma belum dapat lagi. Sementara belum dapat tawaran kerja, saya ambil peluang ini untuk berniaga bersungguh-sungguh…Sejujurnya saya minat berniaga. Pada masa sama, saya nak kerja dalam bidang yang dipelajari. Kalau boleh saya nak grab dua-dua bidang. Bidang Syariah ni luas. Apabila berniaga pun saya dapat praktikkan apa yang saya belajar dulu,” ujar graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu.
Pemuda ini turut mengatakan bahawa dia tak berniat untuk tular dan hanya berkongsi video tersebut sebagai tanda penghargaan buat individu yang infak. Dia akui terkejut dan terharu dan ramai yang yang memberikan sokongan serta kata-kata semangat.
“bagus..contoh yg baik..tlg org yg disekitar kita dlu..biasa sesetengah org cari2 spe dia nk infak..tahan kereta tahan motor..tp abg ni bagus”
“akak pulak yg berair mata tgok dik..…semoga dik murah rezeki dunia akhirat”
“semoga dipermudahkan urusan dan limpah kan rezekk ke dua² nya”
“muka berseri manis je..Bak kata org..ade nur..teruskan usaha bang..insha Allah..Allah Maha Pemurah..dan pemberi rezeki utk hambaNya yg berusaha..”
“Tik Tok ni…mudah je nk kumpul Pahala…Nk Bersedakah…. hulur kan bantuan….cara mcm ni pun BOLEH… Tahniah…”
Alhamdulillah, Team Hijabista turut mendoakan yang terbaik buat pemuda ini dan semoga dimurahkan rezeki yang berlipat kali ganda. Usahanya dalam menjadi pengantara dan secara tidak langsung menggalakkan netizen untuk bersedekah ini wajar dipuji. Semoga kisahnya ini menjadi inspirasi buat anak muda yang lain. Tahniah juga buat netizen yang turut sama bersedekah. Betul lah kata pepatah, ‘dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain’.
Untuk pengetahuan anda, gerainya terletak berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Batang Benar, Negeri Sembilan dan dibuka dari pukul 11 pagi sampai 5 petang. Di antara menu yang dijual adalah nasi beriani ayam masala, daging masak hitam, kambing kurma bersama kuah asam kerisik dan juga nasi dengan ayam goreng kunyit. Ha… yang tinggal berdekatan boleh lah singgah!
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.