Kulit kita mempunyai beberapa jenis seperti normal, kombinasi dan juga berminyak. Dan kulit berminyak ini sangat cenderung terhasilnya jerawat. Oleh sebab itu apabila sebum atau kilang minyak ini mengeluarkan minyak pada kadar yang tidak terkawal, debu atau kekotoran senang nak melekat pada kulit muka.
Dan bila sudah melekat bakteria pun akan mudah membiak dan akan menyebabkan liang pori mudah tersumbat. Bila tersumbat maka jerawat pun dengan mudah akan terhasil. Jadi disebabkan itu minyak pada kulit kita hendaklah dikeluarkan dalam keadaan terkawal.
Perkongsian dari pengguna laman sosial di Instagram @raidatulzahraahijab memberi tip jus campuran dari timun dan aloevera untuk mereka yang ada kulit muka berminyak untuk menyelesaikan masalah ini.
Aloevera sangat membantu menjaga kulit kulit u’olls dari terhidrasi tanpa menyekat liang-liang pori.
Ads
Zink yang terdapat dalam aloevera jugak membantu mengecilkan liang-liang pori u’olls supaya mengurangkan pengeluaran sebum (kilang minyak).
Digabungkan dengan jus timun sebab kulit berminyak sangat cendurung kepada jerawat. Maka jus timun ni akan bantu melindungi kulit dari timbul jerawat dan mengurangkan keradangan bila jerawat terhasil.
3️. Kemudian bilas dengan air suam sehingga bersih dan ulang setiap hari sekali dalam masa seminggu untuk nampak kesan yang optimum.
Kalau jus timun dan aloevera membantu, WDTA jugak sangat membantu untuk mengatasi masalah kulit berminyak dengan hanya melalui sapuan pada 3 point nadi sahaja. Dah beribu feedback kami terima dari pengguna, bangun pagi mesti rasa segar sebab dah tak berminyak lagi. Alhamdulillah. Ape pun jangan lupa tag kawan kawan dan mencuba tips ni tau. Semoga bermanfaat u’olls
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pagi ini seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan berita duka pemergian ibu kepada chef selebriti tersohor negara, Datuk Redzuan Ismail atau lebuh mesra disapa Chef Wan.
Khabar duka berkenaan diumumkan sendiri oleh Chef Wan untuk berkongsi berita duka kehilangan ibu tercinta, Noraini Abdullah atau lebih dikenali Cik Ani kira-kira pada jam 5 pagi tadi.
Berikut merupakan hantaran mesej yang diterima kenalan rapat daripada Chef Wan menerusi aplikasi Whatsapp.
“Ibu sudah meninggal dunia, pada pukul 5 pagi tadi,” katanya.
Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya, setelah 10 hari dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur di usia 93 tahun.
Sebelum ini, Chef Wan, 64, memaklumkan di laman Instagram bahawa belia telah versepakat bersama ahli keluarga yang lain untuk membawa pulang ibunya ke rumah atas selepas mendengar penjelasan dan nasihat doktor berhubung kondisi ibunya.
Bagaimanapun, dia tidak yakin dapat menjaga ibunya dengan baik kerana bimbang rawatan yang diberikan di rumah tidak sebaik di hospital.
“Doktor memberitahu saya dengan membawa ibu pulang ke rumah, dia boleh mendapatkan penjagaan yang lebih berkualiti dengan keselesaan di rumah saya.
“Tapi kan, jauh di dalam sudut hati saya masih bimbang untuk membawanya pulang dan kami tidak boleh memberikannya penjagaan paliatif dengan baik,” ujarnya.
Malah, pada 4 Januari lalu, Chef Wan juga telah berkongsikan perancangan mahu mengebumikan jenazah ibunya di Cyberjaya, apabila insan tersayang itu sudah kembali ke rahmatullah.
Keputusan itu menerima kata sepakat dan persetujuan bersama ahli keluarga, bertujuan memudahkan urusan pengurusan jenazah kelak.
Untuk rekod terdahulu, Chef Wan memaklumkan bahawa ibunya merupakan penghidap kanser payudara tahap empat dan beberapa komplikasi penyakit lain.
Selain menderita kanser, Cik Ani juga berdepan beberapa penyakit lain seperti Alzheimer dan Dementia.
Sambal Kuah Kacang antara menu wajib yang perlu ada di pagi raya. Sedap dimakan bersama ketupat nasi mahupun ketupat pulut. Ada juga yang gemar mencicahnya dengan lemang.
Rahsia Sambal Kuah Kacang yang sedap mestilah seimbang rasa masam, manis, masin dan pedasnya. Sebenarnya ada rahsia untuk menjadikan Sambal Kacang jadi lebih sedap. Caranya ialah dengan menambah daging di dalamnya. Jom kita cuba resipi Sambal Kacang Daging yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri ini.
BAHAN-BAHAN:
½ kg kacang tanah
½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis.
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
2 sudu makan udang kering (boleh juga guna udang geragau)
1 cawan cili kisar
2 sudu kicap manis (optional)
Air asam jawa
Gula melaka
Gula putih
CARA MEMBUAT:
1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
TIP: Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.
3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
4. Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Selepas itu masukkan pula daging. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna.
6. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat. Bolehlah dihidangkan bersama nasi impit.
NOTA: Kalau kisar kacangnya, jangan pula terlalu halus, nanti hilang pula kepuasan ketika menikmatinya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Suatu tika dulu ramai yang tidak berkesempatan untuk bercuti ke luar negara kerana kekangan bajet atau kesukaran mendapatkan tempat atau soal pengangkutan. Tetapi dalam dunia yang mana segala info di hujung jari, segalanya menjadi lebih mudah termasuklah jika mahu pergi bercuti. Pelbagai aplikasi digunakan seperti booking.com, expedia, agoda atau juga menggunakan travel agen yang bertauliah.
Sempena Edisi Travel kali ini, Hijabista berkongsi pengalaman hijabi yang masih muda tetapi sudah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke negara orang. Bagi usahawan muda, Nor Ezzatul Dyana Ismail berkongsi pengalaman melawat ke benua Eropan membabitkan lima buah negara, iaitu London, Paris, Belgium, Switzerland dan Amsterdam selama 13 hari.
Bukan itu, sahaja, dia juga pernah melawat Itali, Hanoi, Krabi, Korea Selatan dan juga Bali. Namun Dyana begitu terua berkongsi pengalaman tika bercuti ke benua Eropah yang disifatkan momen cukup menarik untuk dikenang.
“Kebanyakan negara yang saya lawati dirancang sendiri dan tidak melalui travel agen. Untuk urusan tiket kapal terbang saya banyak survey menggunakan apps seperti skyscanner ataupun expedia.
“Manakala untuk urusan hotel pula saya lebih senang cari melalui aplikasi agoda dan juga booking. Untuk urusan itinerary serta info berguna yang boleh kita jadikan panduan sepanjang percutian saya banyak cari di laman sosial facebook melalui group Backpackers Buddies Malaysia” ungkap Dyana memulakan perbualan.
Menurutnya kekerapan bercuti ke luar negara menyebabkan dia tidak terkecuali berdepan dengan pelbagai pengalaman menarik.
“Antara pengalaman bercuti yang tidak dapat dilupakan adalah apabila mengalami kejadian pickpockets di Venice Itali. Waktu itu passport sekeluarga dan kad kredit dicuri dari handbag. Alhamdulillah, duit cash yang ada pada suami cukup untuk tambang kami ke kedutaan Malaysia di Rome untuk proses buat passport kecemasan dan cukup untuk kami beli tiket baru untuk balik ke Malaysia.
“Sepatutnya selepas habis trip ke Italy kami akan sambung perjalanan ke Dubai selama tiga hari. Namun oleh kerana passport hilang dan emergency passport yang ada tidak dibenarkan untuk singgah ke negara lain kecuali negara sendiri. Jadi kami terpaksa beli tiket baru untuk balik Malaysia terus,” tambahnya yang juga tidak melupakan pengalaman menarik ketika di Korea.
“Saya juga paling suka perjalanan ke Korea Selatan. Ini kerana masa itu anak kami sudah lincah dan sentiasa berminat untuk mencuba benda baru. Jadi itu adalah pertama kali kami bawa anak berjalan ketika musim sejuk untuk merasai pengalaman main salji, main sled, dan zoo tour di everland,” cerita Dyana yang memberitahu sepanjang bercuti ke luar negara tidak sukar untuk mencari makanan halal.
“Bagi kami sekeluarga yang merupakan tekak Melayu dan mahu menjimatkan kos, biasanya saya akan bawak rice cooker travel friendly, beras, sambal ikan bilis, dan serunding. Saya juga akan memilih hotel yang ada kemudahan microwave atau dapur dan saya boleh beli barang dapur di mini market berdekatan hotel dan masak sendiri di hotel.
“Itu bab makan, tapi soal shopping saya paling suka ketika bercuti ke London. London sememangnya paling seronok untuk bershopping sebab semua barangan yang kita mahu ada mengikut bajet masing masing. Semurah-murah barang boleh cari di primark dan semahal-mahal barang boleh dapat di Harrods/Selfridge.
“Manakala Korea pula syurga membeli belah untuk barangan penjagaan wajah sampai rambang mata untuk pilih sebab menarik dengan diskaun yang ditawarkan serta berbagai-bagai free gift ditawarkan peniaga,” jelasnya lagi.
Tambah Dyana penerimaa masyarakat untuk setiap negara yang dikunjungi juga berbeza-beza.
“Bagi saya masyarakat London sangat mesra dan begitu membantu dengan tourist. Begitu juga dengan rakyat di Korea Selatan. Mereka di sana sangat mesra dan membantu walaupun terhad kerana tidak fasih berbahasa English.
“Dan saya juga seronok berada di Korea sebab rasa ‘selamat’ untuk dikunjungi pelancong selain negara Jepun. Berada di sana saya tidak perlu risau dengan masalah penyeluk saku seperti beberapa negara lain.
“Manakala rakyat di Itali pula agak sedikit sombong. Kita perlu sentiasa menjaga barangan peribadi terutama di tempat tumpuan pelancong kerana penyeluk saku ada di mana-mana dan sangat cekap bertindak,” ujar Dyana yang tidak lupa membelikan barangan cenderahati untuk teman-teman jika berkunjung ke luar negara.
“Biasanya saya akan beli barangan yang murah, kecik dan tak makan banyak ruang dalam luggage seperti keychain dan fridge magnet. Saya memang suka belikan mereka door gift setiap kali bercuti kerana mahu berkongsi keseronokan bercuti bersama mereka.
“Insya-Allah kalau ada rezeki saya bercadang untuk melawat Turki pula. Paling menyeronokkan apabila dapat bercuti bersama-sama keluarga. Memang cukup terhibur dengan keletah anak kami yang baru berusia tiga tahun.
“Maklumlah apabila sampai di tempat baru banyak benda baru yang kita mahu cuba. Antaranya seperti bermain salji di Mount Titlis, main sled di Nami Island dan juga beri itik makan di Hyde Park London. Lagi satu paling best apabila kita cuba menggayakan diri kita dengan anak lari dari kebiasaan kerana perbezaan suhu. Misalnya pakai parka atau trench coat dan tampak cantik bila kita selfie,” tambahnya yang turut memberi sedikit nashi buat hijabi yang mahu rancang bercuti ke luar negara.
“Nasihat saya rancang pakaian mengikut suhu di negara yg dilawati. Lebih baik jika boleh bawak pakaian yg boleh di ‘mix and match’. Pilih kasut yang selesa dan sesuai. Dalam keseronokan kita berjalan jangan lupa faktor keselamatan lebih lebih lagi barangan peribadi. Saya nasihatkan pakai money belt untuk simpan barang berharga seperti passport dan duit.
“Jangan lupa juga untuk bawa fotostat passport untuk simpanan sendiri dan ada alamat serta nombor telefon kedutaan Malaysia di negara yang dilawati untuk rujukan jika berlaku apa apa yang tidak diingini.
“Lagi satu sentiasa apply sunblock dan jangan luoa untuk bawak losyen atau moisturiser terutamanya ke negara musim luruh/salji. Perubahan cuaca boleh buat kulit kering dan mengakibatkan kita gatal gatal sepanjang percutian nanti,” ujarnya yang juga tidak melepaskan peluang untuk merakamkan momen indah tika bercuti.
“Biasanya sebelum pergi, saya memang akan buat homework awal-awal. Cari rujukan orang lain yang sudah pernah pergi ke destinasi yang kita mahu. Jadi kita akan dapat buat gambaran awal untuk mengambil gambar dari sudut masa sekalipun. Kalau pergi bersama teman-teman, cari kawan yang tabah dan redha melayan kita selfie atau ootd.
“Kita juga perlu invest sedikit untuk membeli barangan gajet yang memudahkan untuk kita ambil gambar atau videa. Macam saya antara list gajet wajib bawak ketika travel adalah iphone, dji osmo mobile, Bluetooth remote, dan gopro. Saya siapkan dengan mounting yang boleh attach dengan stroller anak supaya lagi mudah untuk mengambil gambar,” jelas Dyana yang turut rajin mencari rujukan dengan melihat selebriti yang rajin bercuti.
“Saya juga akan luangkan masa mencari rujukan dari selebriti atau hijabista model yang pernah ke negara yang kita nak pergi atau ke negara yg berlainan musim. Jadi kita ada idea utk mix and match baju atau cara posing. Sumber inspirasi saya dari selebriti adalah Neelofa manakala untuk model hijabista pula saya suka Nabila Asyikin.
Dyana juga turut menitipkan pesan buat hijabi yang membawa anak kecil bercuti agar sentiasa bekerjasama dengan pasangan. Kalau boleh bahagikan kerja supaya segala yang dirancang berjalan lancar.
“Untuk hijabi yang bercuti dengan membawa anak-anak agar bijak menyusun masa. Seperti saya, suami akan menyiapkan anak setiap hari supaya saya tidak terkejar masa untuk sediakan sarapan, bersiap mekap dan memakai tudung.
“Dan biasanya selepas selesai berjalan dan kembali ke hotel, barulah saya pula akan pikul tanggungjawab selesaikan urusan anak untuk dia tidur dan suami akan siapkan makan malam,” ceritanya lagi mengakhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.