Ramai yang tertawan apabila melihat penampilan anak-anak gadis Abby Abadi yang sentiasa tampil sopan di khalayak ramai.
Sering ditanya bagaimana mendidik anak perempuan untuk menutup aurat seawal usia remaja, pelakon drama Gerak Khas itu telah berkongsikan caranya di laman instagram miliknya.
Kenalkan ALLAH seawal usianya masih bayi lagi…
Didikan awal ❤️
🦋Kenalkan anak perempuan kita dengan ALLAH sejak baby lagi
Ads
Ada yg tanya pada Sy mcmana Sy didik anak2 perempuan buleh bertudung/menutup aurat seawal usia. Serba sedikit yg Sy buleh kongsikan: Jika nak anak perempuan kita berjaya di dunia dan akhirat, wajib kita sbg Umat ISLAM perkenalkan ALLAH kepada anak kita seawal baby lagi.
Bagaimana caranya? Bila tidurkan anak, dodoikanlah anak dengan zikir, selawat, dan lagu-lagu nasyid yang memuji ALLAH. Apabila selalu disebut & didengarkan dengan nama2 ALLAH, anak perempuan kita akan mengenali dan mencintai ALLAH 😘
Anak kedua dan ketiga Abby Abadi bersama Norman Hakim, Marissa Dania Hakim & Maria Danisha Hakim.
🦋Pakaikan anak perempuan kita dengan pakaian yang sopan sejak kecil
Ads
Seawal anak kita kecil lagi, elakkan dari memakaikan baju yg keterlaluan. Ajar anak kita untuk memakai baju berlengan panjang. Nanti bila anak semakin besar, mereka akan malu sendiri utk berpakaian seksi…🤭
🦋 Menutup aurat /Bertudung Buleh mula ajar anak untuk bertudung sedari kecil, tiada masalah..tp jgn terlalu memaksa
Paling penting: Hantar ke sekolah yg baik & memberi pendidikan dunia akhirat juga. Sebab akan jadi rutin anak2 bila sentiasa belajar tentang ALLAH, Muhammad & ISLAM, akan terbentuk lah peribadi Umat Muhammad inshaallah bila kita usaha sebaik & semampu kita, ALLAH akan permudahkan & bg jalan 😘😇
Ps: Sy jual half pleats satin, inner neck. handsock. click link di bio IG utk terus order k. Semua Sy jual pun sbb galakkan Sy dan anak2 pakai yg terbaik utk jaga diri . Semoga ALLAH redha & sentiasa memayungi kita dengan rahmatNYA.. Amin 😘
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masih terbayang betapa glamour majlis perkahwinan pelakon, Syida Melvin, 22 tahun awal tahun ini. Walaupun masih muda dalam melayari alam perkahwinan, tetapi bagi Syida dia mempunyai cara tersendiri untuk menambat hati suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen dalam mengukuhkan hubungan suami isteri.
Menurut Syida yang juga adik kepada Tilla tip yang dikongsi diperoleh dari perkongsian pengalaman ibunya sendiri serta adik beradik lain yang sudah mendirikan rumah tangga.
“Tidak ada masalah jika seseorang mahu berkahwin dalam usia muda. Apa yang penting kita dan pasangan sama-sama memahami dalam meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.
“Bagi Syida tip pertama paling mudah diamalkan adalah kena jaga perut suami. Sebagai isteri kena rajin masak untuknya kerana dari air tangan kita itulah boleh menambat hati suami.
“Perlu adanya sikap bertolak ansur dengan pasangan. Lagi-lagi yang baru berkahwin macam kami ini. Maklumlah bila sudah berkahwin, kita mempunyai dua buah keuarga.
“Keluarga mentua dan keluarga kita sendiri. Jadi kena bijak ‘balance’ dalam apa yang dilakukan agar tidak menyinggung hati mana-mana pihak,” ungkap Syida ketika ditemui dalam satu sesi fotografi.
Menurutnya juga dalam menjaga hubungan rumah tangga itu perlu elakkan sikap negatif vibes bagi mengelakkan berlaku sebarang pergaduhan antara suami isteri.
“Jangan sesekali ada negatif vibes dalam hubungan sedia ada. Kalau boleh bajai rumah tangga dibina dengan perkara positif yang menggembirakan. Lagi satu kita sebagai isteri juga jangan sesekali bersangka buruk dengan suami.
“Misalnya kita tanya dalam kedaan marah kenapa dia balik dan mula akan fikir bukan-bukan. Kalau boleh bagi ruang untuk berehat (selepas balik kerja) dan tanam kepercayaan pada suami kita sendiri.
“Tip terakhir yang Syida boleh kongsi adalah jaga kebajika suami kita. Malah sebagai isteri memang jadi tanggungjawab kita untuk menjaga segala urusan makan pakai suami itu. Walau sibuk mana sekalipun, kebajikan mereka perlu kita jaga sebaiknya,” ujar Syida sambil tersenyum.
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan awal Januari di di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Jangkitan virus Covid-19 semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Kerisauan sudah mulai melonjak dalam kalangan masyarakat kerana ia sudah mula merebak pada orang sekeliling.
Berikutan baru-baru ini, perkongsian Che Ta mengenai anaknya, Aaisyah Dhia Rana, telah disahkan terjangkiti virus Covid-19. Kegusarannya membuatkan ramai juga bersimpati dan lebih waspada dengan penularan wabak ini.
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan membuat perkongsian di laman sosial media miliknya tentang keadaan anak perempuannya yang kini sedang rehat kerana dijangkiti virus Covid-19. Aaisyah disahkan menghidap virus itu pada hari ulang tahun kelahirannya yang kelapan iaitu 1 November 2022 (hari ini).
Melalui posting itu, Aaisyah kelihatan sedang terbaring lemah dan hanya merehatkan diri oleh kerana wabak tersebut. Tidak kesampaian hati melihat keadaan itu, Che Ta menitipkan semangat untuk anaknya melalui posting di ruangan Instagram.
“Hari ini hari jadi princess Aaisyah Dhia Rana, tapi kesian sayang mummy kena covid,
“Dah sihat kita celebrate all out ya sayang.” tulisnya di ruang kapsyen.
Sepatutnya menjadi majlis sambutan hari lahirnya anak perempuannya itu, kini dia terpaksa tunda dan menanti sehingga Aaisyah pulih seperti sediakala. Sayu hati melihat video yang dikongsikan itu, ramai yang mendoakan kesejahteraan serta ucapan selamat ulang tahun pada si kecil Aaisyah.
“Alahai kesian, get well soon babygirl! Happy birthday!!”- Catriona Ross
“Alah, sian. First time kena ye…semoga Aaisyah cepat sembuh ye…” – Sharifah Shahirah
“Happy birthday beautiful girl…get well soon. Moga menjadi anak yang solehah, berjaya selalu amin” – Erra Fazira
Begitulah komen yang dikongsikan oleh rakan-rakan artis apabila Che Ta memuatnaik video tersebut. Ramai yang risau akan keadaan Aaisyah, insyaAllah bila dah sihat, boleh tengok Aaisyah pakai cantik-cantik dan celebrate birthday!
Sebut sahaja nama Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra disapa sebagai Faz, pasti ramai dikalangan hijabi yang mengenali bintang wanita yang cemerlang dalam bidang perniagaan mahupun lakonan ini. Meski, namanya berdiri sama tinggi dengan pelakon ternama yang lain, Fazura sentiasa menunduk ke bumi sejak di awal kemunculannya di layar skrin sehingga kini.
Usai dua dekad menabur nama dalam industri seni tanah air, wajah aktres jelita ini kini dilihat sudah jarang kali menghiasi di kaca televisyen. Adakah dia terasa hati mahupun kecewa dengan industri?
Menurut tuan empunya badan sendiri, bukan enggan membuat kemunculan semula menerusi naskhah tempatan, namun dek kerana streotaip jalan cerita yang sama membuatkan pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ini lebih selektif dalam memilih karakter untuk dilakonkan.
“Tidak dinafikan banyak juga, sedihlah setiap kali dapat tawaran saya gembira sangat, nak berlakon. Tetapi bila dapat skrip, alamak sama sahaja berebut lelaki. Agak terkilan sedikitlah. Itulah sebabnya saya sudah tidak lama berlakon. Jadi saya buatlah produksi sendiri sekarang, bolehlah buat apa-apa yang saya nak.
“Pastinya Fazura Pictures Sdn Bhd ini kita memang rancang untuk berkembang lagi. Faz pun sudah lama tidak berlakon kerana mungkin watak-watak yang diberikan adalah sama sahaja. Kebanyakan naskhah sekarang pun dua wanita berebut lelaki, jadi saya tidak mahu lakukan itu.
“Selain ramai peminat yang merindukan lakonan saya, itulah bukan tidak mahu berlakon tetapi karakter yang saya dapat sememangnya apa yang saya cakap tadi iaitu saya tidak mahu buat. Takkanlah dua perempuan asik nak berebut lelaki sahaja. Jadi dengan produksi ini, saya nak buat apa yang saya nak,” katanya ketika ditemu bual.
Di samping itu, dengan memiliki produksi sendiri iaitu Fazura Pictures Sdn. Bhd, isteri kepada aktor terkenal, Fattah Amin ini bebas untuk berkarya selain ingin mengangkat berkaitan women empowerment menerusi karya seterusnya yang bakal diterbitkan bagi ‘memecahkan’ stigma sedia ada dalam naskhah yang sama disajikan pada masa ini.
“We like that in Malaysia. Seperti yang saya cakap, sedih sebenarnya melihat industri kita terlalu banyak mengeluarkan filem-filem atau naskhah yang berulang kali jalan ceritanya sama sahaja. Setiap hari kita tonton drama itu terlalu banyak di kaca televisyen. Tidak tahulah bila mahu berubah.
“Jika kita lakukan benda yang sama, bagaimana kita mahu kembangkan minda penonton-penonton kita. Jika lakukan yang sama, sebab itulah tercetusnya perkara yang tidak sepatutnya berlaku pada masa ini. Saya harap ramai lagi penerbit di luar sana yang berani keluar dari zon selesa itu bikin cerita yang berbeza untuk kita boleh mendidik penonton selain alihkan stigma yang sama kepada stigma yang baharu.
“Bagi saya bila kita mengangkat martabat wanita? Jadi ya, Insya-Allah itu adalah matlamat saya untuk memartabatkan lagu kaum wanita, women empowerment ini memang tujuan saya. Jadi untuk produksi saya ini, saya mahu hasilkan lebih banya lagi cerita-cerita yang memang saya nak lakukan sendiri dengan menghasilkan cerita berbeza sebelum ini. Ya Insya-Allah dapat hasilkan lebih banyak lagi,” ujarnya.
Sebagai pemilik sebuah produksi, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menetapkan syarat untuk mengutamakan khidmat pelakon berbakat selain pendatang-pendatang baharu yang benar-benar komited untuk menggilap kebolehan.
Katanya, bukan mahu bersikap selektif, tetapi dia percaya ramai pelakon berbakat wajar diberi peluang untuk menyinar asalkan mereka sedia berusaha ke arah itu.
“Sudah pastinya saya memang bercadang akan libatkan dengan pelakon lain. Projek seterusnya nanti saya nak melibatkan semua rakan wanita saya dalam industri ini. Saya buka juga kepada sesiapa saya, tentunya yang berbakatlah Insya-Allah.
“Tetapi pelakon-pelakon baharu pun saya terbuka dan beri peluang kepada mereka. Pada masa sama mungkin dapat bantu mereka untuk dari segi lakonan. Selain itu, mereka ada usaha untuk belajar, bukannya datang ke set.
“Tetapi nak jaga rupa tetapi lakonan whatever whatever sahaja. Itu yang paling penting, asalkan ada usaha kesungguhan dan niat yang baik,” katanya.
Hijab di tempat kerja kembali menjadi perhatian selepas dakwaan syarat memakai turban kepada pekerja wanita berhijab tular. Ustazah Asmak Husin tampil mengulas isu hak beragama dan diskriminasi pekerjaan.