Kebelakangan ini, banyak kita lihat iklan-iklan kecantikan yang menawarkan rawatan kecantikan sehingga mengubah ciptaan asal dari Allah SWT, malah perkara ini seakan trend yang semakin diterima oleh masyarakat termasuk di kalangan wanita Islam.
Malah, trend rawatan kecantikan seperti Filler bibir dan hidung, rawatan peruncingan bentuk dagu V (V shape treatment) serta rawatan pemutihan kulit secara suntikan ini kian rancak dan sering dikongsikan di laman sosial.
Tapi tahukah hijabi, apakah hukum sebenar jika kita terlalu taksub atau obses untuk cantik sehingga mengambil rawatan yang boleh mengubah ciptaan yang maha esa.
Ubah Bentuk Wajah Melalui Kaedah Moden? Ini Hukumnya!
Tak sanggup berdiam diri melihat kebatilan dan kemungkaran yang terus menerus membelenggu masyarakat khususnya umat Islam. Penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil memberi teguran dan peringatan menerusi satu hantaran di laman Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.
“Semakin ramai wanita Islam mengubah bentuk wajah, melalui pembedahan atau kaedah moden.
“Seperti suntikan ‘filler’ (pengisi), botox, sama ada untuk runcing dagu, ‘V shape’, tinggikan hidung dan lain-lain tanpa mengambil peduli tentang hukum yang digariskan oleh agama.
“Mengubah bentuk wajah, melalui pembedahan atau kaedah moden adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Hukumnya adalah haram,” tegas Asma’.
Mengulas isu sama, Asma’ turut memohon orang ramau agar berhenti bersubahat dengan menyebarkan tentang perkara tersebut, sehingga menarik minat mahupun memberi pengaruh buruk kepada masyarakat khususnya mereka yang beragama Islam.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata pengikut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih apabila akhirnya ada golongan agamawan yang bersuara dan menjelaskan kekeliruan berhubung perkara ini.
Ads
Malah, perkongsian ustazah mengenai isu ini dilihat sangat berguna dan rata-ratanya berharap dapat perkongsian ini memberi manfaat dan menyedarkan umat Islam agar lebih cakna dan tidak keterlaluan dalam mengejar kecantikan hingga ada yang tergamak menggunakan alasan untuk suami sebagai ‘tiket’ untuk mengubah paras rupa.
Sebagai seorang individu Islam, kita digalakkan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai dalam melakukan kebaikan dan perubahan dalam kehidupan. Namun, yang sedihnya apabila masyarakat kini gemar mengkritik antara satu sama lain sehingga menimbulkan aura yang negatif.
Jangan begitu! Ia merupakan aktiviti yang tidak sihat hingga boleh mencetuskan pergaduhan. Perkara ini perlu dihentikan kerana ia memberi impak yang tidak baik seterusnya membuatkan orang ramai memandang rendah terhadap Islam.
Tetapi tahukah anda bahawa terdapat beberapa individu Islam berpengaruh yang berjaya mempengaruhi kehidupan individu lain dan dalam masa yang sama memberi impak positif kepada orang ramai terhadap Islam. Ayuh kenali mereka.
Dilahirkan di Amerika Syarikat, Noor Tagouri merupakan salah seorang graduan lulusan universiti Kewartawanan yang terkemuka sewaktu berusia 20 tahun dan kini sedang berusaha menggapai impiannya untuk menjadi penyampai berita Muslim berhijab yang pertama di Amerika Syarikat.
Dia kini bekerja sebagai wartawan di Newsy, sebuah rangkaian berita dan video berasaskan Missouri yang menyediakan berita di seluruh Amerika Syarikat.
Noor menggalakkan orang ramai untuk memecahkan segala halangan dan membantu orang ramai untuk mengenal nilai sejati dalam masyarakat yang berbilang budaya. Baru-baru ini, Noor telah melancarkan #TheNoorEffect, rangkaian pakaian yang memperkasa wanita dan memerangi perdagangan seks.
Sekiranya anda merupakan peminat sukan kriket, anda pasti mengenali seorang yang digelar “the beard that’s feared”, iaitu Moeen Ali yang merupakan pemain kriket antarabangsa untuk England.
Sentiasa memberi pencapaian yang luar biasa hingga menjadi bualan hangat dalam dunia sukan kriket dan dianggap sebagai salah seorang pemain kriket terbaik di England, Moeen datang jauh daripada kampung halamannya di Birmingham.
Selain daripada menjadi hero dalam kriket, Moeen juga merupakan duta bagi StreetChange, mengajar dan bermain kriket bersama kanak-kanak daripada kawasan miskin di sekitar UK dan duta jenama global untuk NGO Orphans antarabangsa di Need – malah dia juga mempunyai logo di kayu kriketnya.
Harry Fear merupakan seorang wartawan penyiaran yang telah memenangi anugerah, pembikin filem dokumentari dan penceramah awam. Dia dikenali menerusi liputan unik video live streaming terhadap konflik Gaza – Israel pada tahun 2012, di mana dia telah tercalon di dalam pelbagai anugerah.
Dia juga telah mengembara ke lebih daripada 29 buah negara dan merupakan seorang jurugambar: sempena musim panas ini, dia telah mengembara ke Cairo dan berkongsi kisah pengembaraannya di Instagram (@harryfear) dan Facebook. Harry telah berkongsi gambar-gambar masjid yang cukup indah yang telah dikunjunginya.
Muniba Mazari merupkan seorang artis, model, pengacara televisyen, aktivis dan penceramah motivasi. Selepas mengalami kemalangan kereta yang menyebabkan dia lumpuh ketika berusia 21 tahun, dia tekad untuk tidak menjadikan ia sebagai alasan yang melemahkan semangatnya, memberi ceramah yang digelar sebagai TED Talk di mana dia berkongsi tentang bagaimana pengalaman itu mengubah dirinya.
Menjadi model Pakistan pertama yang berkerusi roda serta pembaca berita untuk televisyen kebangsaan Pakistan, dia pastinya telah membunuh segala stereotaip berkaitan dirinya.
Muniba juga merupakan duta PBB pertama Pakistan untuk wanita, sanggup menghabiskan waktunya untuk berkhidmat kepada orang ramai dan membantu negara luar yang datang daripada dunia gelap untuk kembali mencari sinar dalam kehidupan dan cinta.
Dilahirkan di Somalia, Yasin merupakan seorang jurugambar berusia 25 tahun di Toronto. Karyanya berkisar tentang krisis kemanusiaan global membuatkan dia menjadi tumpuan antarabangsa dan pada tahun 2016, dia telah tersenarai sebagai salah seorang pencetus perubahan Toronto yang layak dicontohi.
Dengan meminjam kamera telefon ibunya, Yasin mula memotretkan gambar kejiranannya, kawasan yang dikenali dengan kemiskinan, keganasan dan dadah.
Pada tahun 2015, Yasin memulakan projek #ShootForPeace – permainan perkataan yang bijak! Menggunakan segala ilmu dan cintanya terhadap kamera, dia telah mengajar dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk mengambil gambar yang hebat seperti dirinya, sambil berkata: “Anak-anak dalam komuniti ini mempunyai banyak sokongam dan saya ingim melihat mereka mengekspresikan diri mereka secara kreatif dan berkongsi beberapa emosi yang ada di dalamnya. Disebabkan fotografi merupakan kegemaran saya, saya tidak dapat memikirkan medium lain untuk mengekspresikan diri.
Anda boleh lihat laman webmya atau follow dia di media sosial (@yescene / @shootforpeace) untuk mengetahui perkembangan terbarunya.
Lagu debut Mona yang hebat bertajuk ‘Wrap My Hijab’ menjadikan ia disenaraikan sebagai 25 lagu feminis terkemuka! Lebih menakjubkan lagi adalah dia sedang hamil 8 bulan dalam video tersebut. Wow!
Sejak dari usia muda lagi, Mona sememangnya suka berpuisi. Video muzik itu tercipta selepas terjadi satu insiden negatif di dalam pesawat – hingga menyebabkan dia menterjemahkan insiden itu kepada sebuah seni yang cukup mengagumkan. Sejak daripada itu, Mona menjadi idola bagi wanita Islam yang berhijab untuk memakai hijab dengan bangga dan tanpa sebarang penghakiman.
Semak videonya di YouTube di sini!
Mona bukan sahaja dikenali menerusi muziknya. Malah dia mula dikenali apabila namanya mula viral melalui satu inisiatif dikenali sebagai “Ask A Muslim” bersama-sama suaminya, menawarkan kopi, donut dan bunga secara percuma kepada semua individu yang lalu di hadapannya demi menyebarkan persepsi positif terhadap agama Islam sebagai saah satu cara memerangi Islamophobia.
Selain itu, dia juga mengadakan kelas tentang kerohanian Islamik, penulisan kreatif dan puisi.
Seorang intelektual yang rendah diri, lucu dan genius yang kreatif – Riz Ahmed mencipta sejarah ketika dia menjadi orang Asia dan Muslim pertama yang membawa pulang Lead Actor Emmy Award. Dalam kebanyakan filemnya, beliau sering menangani isu-isu yang berkaitan dengan keganasan. Walaupun dia tidak berada di skrin besar, dia telah melakukan rap bersama pasangannya bertajuk ‘The swet shop boys’.
Dia juga terlibat secara mendalam terhadap penyebab kemanusiaan global, bergabung dengan DEC untuk mengumpul dana bagi krisis Rohingya dan berjaga mengumpul lebih daripada $200,000 untuk pelarian Syria pada Hari Pelarian Dunia 2017.
Tahun lepas, beliau telah dijemput ke Parlimen UK untuk menyampaikan kuliah kepelbagaian tahunan dan memberi ucapan yang penuh bersemangat mengenai kepentingan perwakilan Islam di dalam media.
Amani adalah seorang yang berwawasan apabila berkaitan dengan hal yang menyokong wanita Islam. Sebagai seorang guru teknologi, dia telah mencipta satu website, “MuslimGirl.net” sewaktu berusia 17 tahun. Bermula dengan hanya hits 1000 sebulan, kini dia berjaya mencecah 100 juta hits setahun.
Segala kerja yang dilakukannya berkembang di Amerika Syarikat, di mana ia merupakan satu kesusahan bagi Muslim – terutamanya bagi golongan muda dalam mengharungi perjalanan mereka melalui zaman remaja. Beliau telah menerbitkan buku pertamanya bertajuk ‘Muslim Girl – A Coming of Age’ pada Oktober 2016.
Beliau juga telah mencipta Hari Wanita Islam – 27 Mac 2017; di mana beberapa platform media termasuk; MTV, Teen Vogue & Cosmo telah memenuhi internet dengan cerita positif dan kepelbagaian tentang wanita Islam.
Paul Pogba merupakan antara pemain bola sepak termahal di dunia. Ibunya, Yeo Mariba, yang merupakan seorang ibu tunggal telah membesarkan dia dan adik-beradik kembarnya. Yeo telah diangkat oleh Paul sebagai sumber inspirasinya – dia memeluk agama Islam selepas diperkenalkan oleh ibunya.
Beliau merupakan sebabagian daripada kempen respect UEFA yang mempromosikan kemasukan, kepelbagaian dan aksesibiliti dalam bola sepak. Membanteras segala bentuk perkauman merupakan asas daripada kempen tersebut.
Dia mempunyai 18.9 juta pengikut di laman Instagram (@paulpogba), dan sering berkongsi gambarnya di masjid, mesej tentang Ramadan dan beberapa gambar yang mengagumkan ketika sedang menunaikan haji.
Tengku telah disenarai di Forbed 30 di bawah 30 untuk usahawan sosial Asia, untuk pengasas bersama Skolafund, laman web crowdfunded dengan misi untuk menjadikan pendidikan tinggi dapat diakses untuk semua orang. Ini merupakan kemudahan kepada para pelajar, terutama yang memerlukan, menggunakan dana untuk membiayai yuran mereka ke universiti.
Skolafund bercita-cita untuk menjadi platform kewangan terbesar di Asia dengan memberikan pelajar alternatif kepada penyelesaian kewangan, dan mereka sememangnya berada dalam keadaan yang baik: laman web ini dimulakan pada tahun 2015 dan berjaya meraih lebih daripada USD5000 dalam tempoh masa 4 bulan untuk 6 orang pelajar!
Bayangkan jika semua Muslim muda yang hebat ini berada di dalam sudut yang sama – ia akan mengubah dunia! Pengaruh positif yang dibawa oleh mereka tidak dapat dinafikan, dan ini menjadi sumber inspirasi untuk generasi akan datang.
Sumber: Have Halal, Will Travel
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa yang tidak stress jika wajah yang sebelum ini elok tetapi kemudiannya dipenuhi jerawat kecil hingga menyebabkan masalah breakout dan kulit jadi merah serta pedih. Berkat hasil usaha akhirnya masalah kulit berjaya dipulihkan setelah berjumpa produk bersesuaian. Seorang pengguna laman sosial di twitter yang juga doktor gigi menggunakan nama akaun @nrhamimi berkongsi pengalamannya mengalami masalah jerawat ini dan produk sesuai digunakan untuk memulihkannya.
Menurutnya kulitnnya tidak begitu ‘flawless’ tetapi masalah jerawat itu sudah lenyap dari wajahnya. Rahsianya dia hanya memakai produk murah yang hanya boleh didapati di drugstore sahaja.
Malah dia juga tidak membelinya secara online dan menurutnya produk yang disyorkan ini sangat sesuai untuk mereka yang simple dan bersikap malas sepertinya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak menghairankan, pakaian dan fabrik mempunyai simbol pada label penjagaan pakaian. Simbol menunjukkan bagaimana fabrik mesti dibasuh atau dijaga.
Ramai yang mengabaikan label ini yang boleh menyebakan baju baharu nampak lama. Untuk mengelakkan ini terjadi, jom bersama prihatin dengan symbol yang terdapat di label pakaian.
Label penjagaan? Anda mungkin fikir anda tahu cara membasuh pakaian, jadi mengapa pakaian anda memerlukan label penjagaan? Pengilang melampirkan label penjagaan pada pakaian untuk memberitahu cara terbaik untuk mencuci item tersebut, termasuk detergen terbaik untuk digunakan, suhu air yang ideal, sama ada untuk mengeringkan atau menggunakan pengering dan sebagainya.
Lagipun, anda tidak mahu mencuci dan mengeringkan sweater kasmir kering-bersih sahaja. Ia akan mengecut dan anda tidak akan dapat memakainya lagi. Di situlah label penjagaan itu berguna.
Peraturan Pelabelan Penjagaan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) memerlukan pengeluar menggunakan label penjagaan pada pakaian dan FTC menguatkuasakan peraturan tersebut. Kebanyakan pakaian dan fabrik memerlukan label dengan pengecualian untuk sarung tangan, topi, kasut, sapu tangan, tali pinggang, ampaian dan tali leher.
Anda mungkin pernah melihat tag ini pada pakaian anda sendiri dan perasan ia berbeza dari pakaian ke pakaian lain. Satu tag mungkin mempunyai lebih banyak simbol daripada yang lain, ada yang mempunyai simbol dan teks. Jadi bagaimana anda tahu apa yang maksud simbol.
Persatuan Pengujian dan Bahan Amerika (ASTM) mencipta simbol untuk Panduan Standard untuk Simbol Penjagaan untuk Arahan Penjagaan pada Produk Tekstil. Mereka serupa dengan yang digunakan oleh banyak negara Eropah. Kedua-duanya menggunakan lima simbol yang dipaparkan dalam susunan yang sama dari kiri ke kanan:
Menambah garisan, titik dan tanda lain pada simbol asas ini menambahkan lebih banyak maklumat. Contohnya, X besar melalui simbol menafikannya atau menawarkan amaran, manakala simbol kosong selalunya bermaksud bahawa mana-mana versi yang diwakili oleh simbol itu OK untuk digunakan.
Oleh itu, kerana segi tiga mewakili pelunturan, jika dipalang itu bermakna “jangan peluntur”, manakala segi tiga standard menandakan pelunturan adalah OK pada pakaian itu. Simbol tumble dry standard bermakna mana-mana tahap haba adalah baik, tetapi bulatan pepejal bermakna tiada haba langsung.
Sesetengah tag menggunakan tangan kecil untuk menandakan ia memerlukan cuci tangan. Dan senarai itu diteruskan. Apabila anda mula melihat lima simbol asas tersebut, anda akan melihat bahasa yang hampir mula terbentuk.
Jelas sekali, simbol penjagaan membungkus banyak data ke dalam ruang kecil, tetapi pakar bersetuju bahawa terdapat ruang untuk penambahbaikan. Ramai orang masih tidak memahami simbol dan kekurangan piawaian global menjadikan penyediaan label penjagaan mahal dan sukar dari segi logistik.
Tetapi jika anda memberi perhatian yang teliti pada label penjagaan pada pakaian anda dan mengikut arahan mereka, anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengekalkan pakaian anda dalam keadaan yang hebat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di