Tular perkongsian trailer video filem ‘PULAU’ yang mempamerkan sedikit babak lucah sehingga mencetuskan diskusi di rata-rata sosial media.
Ekoran hal itu, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun mengutarakan pendapatnya tentang filem tersebut. Tambahan lagi, cara promosi mereka juga kurang sesuai untuk umum.
Filem Seram Atau Sebaliknya?
Ustazah Asma’ Harun membuat hantaran di Instagram dengan menasihati cara mereka promosi dan elemen yang digunakan. TKatanya juga, penerapan budaya asing juga tidak menghormati masyarakat di Malaysia.
“Sungguh, saya runsing memikirkan tentang trailer filem Pulau yang secara terang-terangan mempromosikan babak ‘soft porn’ dan mempamerkan nilai budaya barat dan langsung tidak menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia,
“Ia jelas menunjukkan filem ini berselindung di sebalik genre seram tetapi mempromosikan babak-babak panas yang memualkan.” katanya.
Pendakwah bebas itu juga memberikan nasihat serta beberapa hadis Nabi yang menolak perbuatan sedemikian. Ini juga satu peringatan buat penggiat seni lebih peka apabila berkarya, terutama sekali menjaga sensitiviti budaya dan agama dalam kalangan masyarakat.
“Perlu diketahui menonton atau melakonkan watak yang berunsur lucah adalah haram dan ia tergolong dalam sesuatu yang dikeji dan tercela, sama ada yang ringan atau berat,
Maksudnya: “Seseorang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka berkata-kata keji dan buruk.” (HR Tirmidzi, hadis sahih)
“Bukan semudah itu kita hanya pejam mata, tolong lihat sudut pandang yang lebih luas kerana industri filem ini di tonton oleh semua lapisan masyarakat,
“Buat para penggiat seni, saya nasihatkan jika kalian ingin berjaya dalam industri ini, hidangkan karya yang menjaga sensitiviti budaya dan agama serta sarat dengan mesej yang baik kepada masyarakat,
“Sungguh, kalian bukan sahaja berjaya membawa perubahan ke dalam jiwa orang ramai bahkan turut didoakan dan mendapat pahala yang mengalir sampai bila-bila. SubhanAllah, besarnya ganjaran orang yang mempunyai kesedaran tentang perkara ini.” ujarnya lagi.
Anda pasti pernah mengalami masalah warna corak batik seluruh kain ‘turun’ warna bukan? Memang rasa sedih dan kecewa apatah lagi jika kain tersebut merupakan kain kesayangan anda atau baru sahaja dibeli.
Nanti! Jangan dibuang pakaian yang mengalami masalah ‘turun’ warna itu. Sebenarnya ada cara untuk menghilangkan kesan tompok-tompok yang ada pada pakaian yang turun warna.
Melalui perkongsian Faryna Mohd Khalis dia berjaya mengatasi masalah pakaian yang ‘turun’ warna dengan beberapa langkah mudah. Hanya menggunakan bahan yang memang sedia ada di rumah.
Paling utama, warna dan corak asal pada kain masih elok dan cantik. Jadi tidak perlulah membazir apabila terjadinya masalah pakaian ‘turun’ warna. Pastinya ramai pernah mengalami masalah ini. Kini, anda mampu mengatasinya dengan mudah!
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Sedikit sabun serbuk
Air panas
Air paip
Nota: Kain turun warna milik wanita ini jenis daripada kain kapas. Tidak pasti sama ada jenis kain lain atau material yang jenis nipis sesuai atau tidak untuk direndam dalam air panas)
CARA-CARA:
1. Rendam pakaian yang telah turun warna itu selama lebih kurang 5 hingga 10 minit.
2. Tompokan kesan ‘turun warna’ pada kain terus sahaja hilang di bahagian kain yang putih.
3. Akhir sekali bilas dengan air bersih dan sidai. Mudah sahaja bukan. Jadi selepas ini tiada lagi masalah perlu buang pakaian yang mengalami masalah ‘turun’ warna.
HIJABISTA: Tip ini boleh juga digunakan untuk pakaian warna putih yang mengalami masalah turun warna. Gunakan bahan dan cara yang sama.
Raja Putri Atilia Raja Haron atau nama pentasnya Atilia Haron, bukanlah nama yang asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Mula berkecimpung dalam arena seni sejak tahun 1998, seawal usia 14 tahun. Anak kepada primadona Salamiah Hassan ini masih kekal relevan dan dikenali sehingga kini.
Mengulas perkembangan terbaharu, Atilia berkata menginjak usia 50 an ini. Dirinya sedang berada di fasa pra-menopaus dan sedang menyelesakan serta mempersiapakan diri menghadapi fasa berkenaan.
Atilia memaklumkan perkara berkenaan ketika ditemubual oleh team NONA dalam sebuah majlis di ibu kota baru-baru ini!
“Saya sekarang sedang melalui, proses pra-menopaus. Sebab tu saya potong rambut pendek, sebab malam selalu tidur berpeluh.
Dua tiga tahun lepas, saya berada dalam fasa boleh menjadi kemurungan sebab saya tidak mempunyai anak, pada umur yang sebegini. Saya tidak mempunyai suami diumur yang sebegini,” ujarnya.
Ketika ditanya adakah dia merasa sunyi kerana tidak ditakdirkan mempunyai rezeki sama seperti wanita-wanita seusia denganya. Atilia akui dia juga tidak terlepas dari merasa kesunyian, terutamanya apabila membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain.
“Sunyi lah kan. Jadi saya selalu relate diri saya dengan kebiasaan orang lain. Contohnya, pada usia macam ni, kita kena ada ini,” katanya.
Menurut Atilia, setelah mengalami fasa hampir kemurungan itu. Dia akhirnya dapat melihat dengan jelas, bahawa kehidupanya tidak perlu sama seperti apa yang orang lain miliki. Kerana jika dilihat dari sudut positif kebahagiaan boleh dikecapi dan bermula dengan diri kita sendiri!
“Sebenarnya tak perlu pun. Sebab kebahagiaan tu datang daripada diri sendiri. It doesn’t matter you single ke, you tiada anak ke, as long you pandai cari kebahagiaan diri sendiri dan positifkan diri InshaaAllah okay.
“Jadi sekarang saya dah mula sedar yang it’s okay kita ada ahli keluarga yang lain.
Bagi saya secara peribadi, asalkan dalaman kita baik, hati kita okay, benda-benda yang baik akan ikut kita nanti,” jelasnya.
Mengulas berhubung penghijrahan ibunda tersayang, biduanita Salamiah Hassan yang kini sudah mengenakan hijab dan berjinak-jinak untuk menutup aurat dengan sempurna. Ini respon yang diberikan Atilia.
“Jadi InshaaAllah satu hari nanti saya akan pakai tudung. Tapi buat masa sekarang ni saya rasa macam saya sendiri lebih selesa begini. Mama pun cakap, kenapa mama bertudung ni jadi isu. Biar je lah, memang dah sampai dah waktu dia bertudung.
“Alhamdulillah.. Mama rasa tiada orang paksa, dan dia gembira. Jadi dia nak perkara yang sama juga dengan anak dia. Tak nak paksa saya, dia nak saya sendiri ada keinginan untuk bertudung. Jadi doa-doakan lah,” kata Atilia lagi.
Sekadar info, pada penghujung tahun ini, Atilia memaklumkan bahawa dia akan melancarkan satu single duet bersama ibunda tercinta yang berjudul ‘Age is nothing but a number’, yang ditujukan khas buat peminat yang telah lama menantikan duet dua beranak ini.
Hari ini secara rasminya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismailmenjalankan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apa yang menarik perhatian selain penampilan cukup sederhana, beliau juga begitu menjaga auratnya. Dilihat isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ini memakai sarung tangan dalam apa jua majlis bagi bersedia jika ada yang menghulurkan salam padanya.
Dalam status terbaru yang dimuatkan dalam instagramnya, Dr Wan Azizah telah secara rasmi bertugas pada hari pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri di pejabatnya.
‘Orang nombor dua’ dalam negara ini juga kelihatan cukup tenang dan terserlah keceriaan di sebalik senyuman yang terukir di bibirnya. Malah wanita hebat ini juga kelihatan manis mengenakan kurung moden berbunga dan juga sarung tangan bagi menjaga auratnya.
Bukan hari ini sahaja beliau dilihat memakai sarung tangan berkenaan, tetapi sebelum itu pun ibu kepada enam cahaya mata ini sentiasa memakainya. Ini bagi memudahkan beliau menyambut huluran salam tangan bukan muhrim sebagai tanda hormat.
Caranya ini mendapat reaksi positif dari netizen yang memuji keperibadian Dr Wan Azizah dalam menjaga auratnya. Selain itu ramai juga turut mengucapkan tahniah atas perlantikan ini dan berharap beliau akan dapat menunaikan tanggungjawab diberi dengan sebaiknya.
@aznira Bagusnya TPM..pakai sarung tangan utk bersalam…terbaiklah..contoh pimpinan
putehsalmi Tangan bersarung.. Alhamdulillah..sejuk mata memandang
Ada juga yang menjadikan Dr Wan Azizah sebagai contoh dan sumber inspirasi dan diibaratkan seperti kebangkitan isteri Nabi, Saidatina Aisyah.
@eyeshahasiah Tahniah.. Alhamdulillah.. Semoga allah permudahkan segala urusan dato sri amin.. Kaulah impirasi wanita.. Hpy dan terasa kebangkitan isteri nabi syaiditina aisyah.. Luv
@haizan_mnasir???? Alhamdulillah satu contoh yang sangat baik..
@mr.syahad.d@emadamia perlu d jadikan idola pmimpin muslimah ..dan sikapnya sbg ibu yg brsopan santun dan lemah lembut…
@theebanselva_1003 Congratulations Madam Our Beloved TPM… great inspiration to All the women’s and all Malaysians as well…
@irisya_ann CONGRATULATIONS Dr. Semoga dipermudahkan segala urusan . .. Aamiin…
@noriza7408 Wanita yg berjiwa kental dan kuat semangat. Contoh wanita islam yg sangat kuat ugama walaupun suami tiada waktu dlm kesusahan. Moga Allah beri kekuatan pada nya.
Melihat pada penampilannya dari dulu hingga sekarang tidak jauh berbeza. Selesa menggayakan kurung sahaja yang dipadankan tudung empat segi polos dengan kelepet melekap di dahi. Hanya solekan nipis tetap menyerlahkan aura beliau kala berada di khalayak.
Seperkara yang menarik lagi, ada kalanya wanita yang hampir 20 tahun terpisah dengan suaminya ini turut membawa kipas hikmatnya ke mana-mana sahaja.
Dr Wan Azizah yang lahir pada 3 Disember 1952 di Singapura ini juga merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent St. Nichlas, Alor Setar sebelum meneruskan pengajiannya di Kolej Tunku Kurshiah.
Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya di Dublin Ireland dan mendapat ijazah dalam bidang Obstetric dan Gynecology. Merupakan pelajar terbaik (Gold Medal) di Royal College of Surgeon pada tahun 1977.
Berkahwin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu berusia 23 tahun. Setelah hampir 39 tahun mendirikan rumahtangga, mereka dikurniakan enam cahayamata, lima wanita dan seorang lelaki. Anak sulungnya Nurul Izzah juga turut aktif terbabit dalam politik dan juga menang bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU baru-baru ini.
Hijab menurut Ustaz Wadi Annuar bukan sekadar fesyen, sebaliknya perlu menutup leher dan dada mengikut tuntutan syarak sebagaimana diperintahkan dalam Surah al-Nur ayat 31.