Tular baru-baru ini perkongsian oleh seorang penyanyi dangdut menangis ketika berjumpa dengan pendakwah bebas. Ifa Raziah berkongsi perasaan sebak dan terharu di akaun Instagram miliknya ketika berjumpa dengan Ustazah Asma’ Harun.

Menerusi video yang di kongsikan oleh Ifa Raziah, dia kelihatan terkejut apabila melihat kelibat Ustazah Asma’ kearahnya. Perkongsian itu banyak mendapat perhatian orang ramai, ada juga memberikan komen positif dan juga negatif.

Sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu

Melalui perkongsian oleh Ifa Raziah di video posting pada akaun Instagram, dia tidak menduga untuk berjumpa dengan Ustazah Asma’ Harun ketika berada di satu majlis baru-baru ini. Menurutnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima teguran daripada mana-mana pihak jika ia berkaitan dengan kebaikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

“Saya nak sangat berjumpa dengan ustazah depan-depan, tapi tak ada sesiapa pun yang nak bawa saya. Selepas itu, saya terfikir, eh ada Anugerah Nona Superwoman, masa ini lah peluang saya untuk berjumpa dengan ustazah.

“Saya juga pernah minta untuk buat photoshoot bersama ustazah semata-mata tak sabar nak jumpa. Sebenarnya, siapa tegur saya okay je sebenarnya, itu adalah kebaikan sebab kita nak masuk syurga kan? Kalau betul salah, saya mintak maaf,” katanya lagi.

Namun begitu, perkongsian milik penyanyi dangdut itu telah meraih banyak reaksi dari warganet. Tambahan, ada juga yang menyatakan komen yang tidak manis oleh kerana di anggap hanya sekadar tujuan ‘publisiti murahan’.

Walaupun begitu, ramai juga yang memberikan sokongan buat Ifa Raziah atau nama sebenarnya, Dato’ Saripah Raziah binti Mustapha, 46, supaya lebih memandang kepada arah positif. Mereka juga mendoakan yang terbaik buat Ifa Raziah.

“Alhamdulillah, semoga mendapat keberkatan kasihnya Allah SWT, saya pun pernah terjumpa Ustazah Asma’ Harun dan ia adalah rezeki terbesar saya ketika itu.”

IKLAN

“Syukur Ya Allah…menitis air mata saya, You are amongst the artis yang cakap lepas…but what have you done today…MasyaAllah…syukur  yang teramat. Terharu I tengok pelukan you ikhlas…” ujar salah seorang daripada warganet melalui ruangan komen.

Artikel berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran, Jangan Beri Hadiah Yang Tidak Senonoh Pada Pengantin

Sekadar propaganda sahaja?

Semestinya, pasti akan ada desas desus dari segelintir masyarakat yang memberikan komen yang negatif tentang sesuatu perkara. Meski pun perkara itu mempunyai niat yang baik dan ikhlas, ada sahaja yang ingin di perkatakan oleh mereka.

Walaupun pertemuan Ifa Raziah dan Ustazah Asma’ Harun mendapat banyak komen yang positif tetapi ada sahaja yang mengatakan macam-macam mengenainya. Banyak juga negatif komen yang di berikan, namun, Ustazah Asma’ tidak berdiam diri sahaja.

Ustazah Asma’ telah menaikkan satu posting di akaun media sosialnya untuk memberikan keterangan mengenai perjumpaannya bersama Ifa Raziah. Sama sekali ia tidak di rancang atau bertujuan untuk meraih publisiti murahan.

IKLAN

“Pertemuan saya dengan Ifa Raziah tidak di rancang. Sama ada oleh pihak Ifa Raziah…ada Al-quran di depan saya,

“Orang fitnah ustazah ini banyak drama. Lepas dia kecam-kecam buat pertemuan macam ini, boleh percaya ke,

“Daripada awal lagi saya dah berniat, Ya Allah, temukanlah di mana-mana dengan kak Ifa Raziah saya nak settle. Sebab dalam hati tiada niat untuk membenci.” ujar Ustazah Asma’.

Ustazah Asma’ juga menjelaskan bahawa dia bertemu bersama Ifa Raziah tidak di rancang dan ianya sama sekali tidak juga berkaitan dengan teguran yang pernah di berikan sebelum ini. Namun, segalanya hanya secara kebetulan dan menjadi takdir untuk berjumpa.

Artikel berkaitan: Trend Baju Selak Pep*T, Ustazah Tegur Gaya Yang Tak Elok Boleh ‘Tong Sampahkan’.

IKLAN

Tambahan lagi, menurut pendakwah bebas itu, dia menjelaskan isu tegurannya kepada penyanyi dangdut itu hanya sekadar tugasnya untuk menegur akhlak sesama manusia, bukan untuk membenci. Dia juga berkata warganet perlu tahu perbezaan antara menghukum dan menegur.

“Saya tak kisah saya di fitnah atau di sangka buruk. Tetapi yang lebih utama adalah berkenaan dengan pendidikan akhlak ummah,

“Mungkin di sebabkan itulah kekuatan. Bukan untuk membela diri saya tetapi saya perlu menulis bukan atas nak membersih dan menyucikan diri, tetapi atas sebab tuntutan agama itu sendiri.” katanya lagi.

Pertemuan antara Ifa Raziah dan Ustazah Asma’ Harun telah membuka mata ramai orang untuk sentiasa bersangka baik dan tidak menuduh tanpa sebarang usul periksa. Apa yang penting adalah untuk memastikan anda menegur daripada menghukum.

Sumber: Ifa Raziah dan Ustazah Asma’ Harun

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI