10 barangan ini paling dekat dengan hijabis, malahan menjadi barangan peribadi yang wajib ada. Namun hijabis harus lebih berhati-hati dengan 10 barang ini ada kesan negatif yang mungkin kita tidak sedar.
1. Sabun mandi jenis buku/ bar
Dalam satu kajian 2008 University of Florida pemain bola sepak, mereka yang berkongsi sabun lebih cenderung mempunyai jangkitan berulang Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), pelindungan antibiotik untuk jangkitan Staph. Ia mungkin kerana sabun jenis ini biasanya tidak kering sepanjang penggunaan, terutamanya pada bahagian bawah, yang membawa kepada pengumpulan bakteria, kulat dan yis yang boleh dipindahkan dari seorang ke seorang.
2. Deodoran
Deodaran dicipta untuk mencegah bau badan yang berpunca daripada bakteria. Ini bermakna ia mengandungi ciri-ciri antimikrob. Deodoran anda hanya berfungsi untuk memperlahankan penghasilan peluh dan bukannya membunuh bakteria, jadi bakteria tersebut masih berkemungkinan akan melekat pada roll atau stick deodoran. Pertama, berkongsi deodoran boleh memindahkan bakteria kepada orang lain dan kalaupun anda terlepas daripada perkara tersebut, sisa bulu bawah lengan dan sel kulit anda masih melekat di situ. Bukankah sangat menggelikan?
BACA ARTIKEL INI:
3. Topi, helmet, sikat rambut
Selain berisiko untuk mendapat jangkitan kutu, kuman yang terlekat pada rambut ketika anda baring di bantal atau kusyen juga boleh berpindah.
Ads
4. Pisau cukur
Kes kajian terdahulu menunjukkan pisau cukur berpotensi untuk memindahkan jangkitan hepatitis B, C, malah HIV, dan tentunya juga jangkitan bakteria dan kulat.
5. Tuala
Berkongsi tuala kotor boleh menyebarkan jangkitan penyakit mata (pink eye) kepada gonorea terutama tuala yang basah atau lembap.
6. Berus gigi
Ads
Tahukah anda, ketika anda memberus gigi, tahap bakteria dalam darah anda akan meningkat untuk sementara waktu. Tambahan pula, ia boleh menyebarkan jangkitan darah yang terlekat pada berus gigi termasuklah jangkitan HIV.
7. Pengetip kuku
Jangkitan kulat kuku, bakteria, yis ,virus dan Hepatitis C juga boleh berpunca daripda perkongsian alatan ini.
8. Gincu bibir
Kalau tak nak bibir anda dijangkiti penyakit seperti virus herpes simplex yang menyebabkan kulit bibir kering dan berpecah-pecah serta selsema, elakkan dari berkongsi gincu bibir. Boleh kata ramai juga wanita yang tak kisah berkongsi lipstik dengan sahabat karib sedangkan banyak bakteria yang terkumpul pada bibir.
Ads
9. Berus solekan
Bayangkan bakteria yang terkumpul di dalam berus solekan, tak akan anda mahu kongsi? Senang kata, kalau sahabat anda mempunyai masalah kulit berjerawat, kebarangkalian anda akan mempunyai masalah yang sama juga tinggi.
10. Earphone
Penggunaan earphone terlampau lama juga boleh mengumpul dan menyimpan bakteria di situ. Jadi hati-hati dan fikir semula untuk meminjam earphone orang lain jika tidak mahu terkena jangkitan pada telinga. Menggunakan headphone terlalu lama mungkin akan menyebabkan blackhead dalam telinga.
Blackhead boleh terhasil kesan daripada penghasilan minyak daripada kelenjar sebaceous yang juga ada dalam telinga.
Headphone yang kotor dan tidak bersih boleh menjadi punca kepada penghasilan blackhead ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wajah yang berseri dan awet muda sememangnya menjadi idaman ramai wanita. Maka sebab itulah ramai wanita sanggup berbelanja lebih bagi mendapatkan kulit wajah yang cantik.
Sebenarnya selain mengamalkan rutin penjagaan yang konsisten sepanjang hari, hijabi juga boleh mengamalkan doa-doa. Ia boleh digabungkan dengan perawatan yang hijabi sedia lakukan.
7 Amalan Doa Agar Wajah Awet Muda, Mempesona & Menawan
Dalam Islam sendiri ada amalan doa agar wajah awet muda, mempesona dan menawan dalam Islam. Semua orang pasti menginginkan wajah yang kelihatan awet muda muka sepanjang hari .
Tentu semua orang, baik wanita mahupun lelaki pasti menginginkan wajahnya tetap terlihat muda, walaupun sebenarnya mungkin umurnya sudah tidak muda lagi, namun saat dilihat orang lain masih terlihat muda.
Ramai orang yang mencari resepi rahsia agar tetap terlihat awet muda, cantik dan tampan apabila dilihat oleh orang, sehingga mereka menghabiskan wang yang banyak asalkan namapk cantik dan muda.
Sebenarnya ada amalan wirid sehari-hari dalam islami.
Wajah tetap awet muda itu sangat penting sekali, terutama bagi seorang wanita yang selalu rajin untuk merawat wajah agar tetap cerah, berseri, bersinar dan bersih. Tentu seorang wanita juga akan memikirkan cara agar tetap terlihat awet muda untuk mempertahankan kecantikannya yang telah dimiliki bagi seorang wanita muslim islam.
Kita ketahui bahwa seperti kecantikan wajah seorang wanita itu begitu sangat penting, misal bagi anda wanita yang sudah berumah tangga, tentu akan membuat suami anda senang jika istri tercinta tetap terlihat awet muda walaupun mungkin sudah mempunyai 2 maupun 3 anak.
Nah bagi anda baik wanita maupun pria yang ingin wajah agar terlihat tetap muda, maka cobalah untuk mengamalkan doa agar awet muda, mempesona dan menawan dibawah ini :
AMALAN WIRID PERTAMA:
Ya Allah dibaca 3 kali
Ya Badiyah dibaca 1 kali
Ya Hadi dibaca 1 kali
Ya Nur dibaca 1 kali
CARA MENGAMALKAN:
Amalan dzikir diatas dibaca setiap selesai sholat wajib 5waktu lalu tiupkan ke telapak tangan dan usap ke muka.
CARA MENGAMALKAN:
1. Niat dalam hati ingin mengamalkan
2. Ambil satu gelas air putih
3. Bacalah surat Al Fatihah 1 kali
4. Bacalah ayat kursi 1 kali
5. Bacalah surat Al Waqiah diatas 7 kali
Kemudian tiupkan pada gelas yang berisi air putih tadi untuk diminum lakukan amalan ketika sesudah sholat shubuh dan sholat Isyak.
AMALAN WIRID KETIGA:
Bacalah shalawat Nabi sebanyak 7 kali setiap pagi, lalu tiupkan telapak
tangan raupkan ke wajah, niatkan dalam hati agar diindahkan wajah
seperti Nabi Yusuf as.
AMALAN WIRID KE EMPAT:
Rajin mengamalkan sholat malam seperti sholat tahajud, insyaAllah wajah berseri-seri dan terlihat tambah muda.
AMALAN WIRID KE LIMA:
Rahsia wajah agar terlihat awet muda dalam Islam:
1. Menjauhi perbuatan maksiat kerana perbuatan tersebut boleh menggelapkan wajah dan hati kita.
2. Mengerjakan solat 5 waktu secara rutin.
3. Membiasakan untuk berwuduk, kerana berwuduk akan membuatkan wajah kita kekal lembab dan berser-seri secara semula jadi.
4. Biasakanlah rajin untuk membaca Al-Quran.
5. Membiasakan melakukan solat Tahajud.
6. Jangan terlalu makan berlebihan kerana ia tidak baik untuk kesihatan.
7. Membiasakan puasa sunnah Isnin dan Khamis.
8. Jangan sering berjaga larut malam, sebaiknya dapatkan waktu tidur yang cukup.
AMALAN KE ENAM:
Rahsia wajah agar terlihat awet muda dalam Islam di bawah ini:
Seorang wanita muslimah ketika ditanya mengenai alat kosmetiknya ia menjawab :
Alat kecantikanku ialah:
Selalu membaca Al-Qur;an untuk suaraku
Selalu berbicara jujur untuk bibirku
Selalu berbuat kebaikan untuk tanganku
Dengan kasih sayang serta rahmat untuk mataku
Dengan istiqomah untuk tubuhku
Dengan ikhlas karena Allah untuk hatiku
InsyAllah anda seorang wanita akan terlihat awet muda, menarik, mempesona dan menawan. Agar amalan wirid anda lebih maksimal juga wajib mengamalkan amalan dibawah ini :
AMALAN KE TUJUH:
Mewiridkan zikir asma Allah Ya Hamiidu sesudah selesai mengerjakan solat Subuh sebanyak 99 kali, lalu tiup kedua telapak tangan di usapkan ke muka secara istiqamah.
Bila mengamalkan amalan awet muda di atas, InsyaAllah anda akan mendapatkan khasiat atau manfaat seperti :
1. Wajah lebih menawan
2. Wajah lebih terlihat awet muda
3. Wajah terlihat lebih segar
4. Wajah lebih mempesona
5. Energi luar dan dalam
6. Manjaga kecantikan wajah
7. Memunculkan inner beauty
HIJABISTA: Ayuh kita jadikan amalan harian.
Sumber kredit: Facebook Ijazah Ilmu Dan Berbagi Amalan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melihat kemesraan dan kebahagian pasangan yang sama cantik dan sama padan ini sentiasa bersama bagaikan ‘belangkas’, ramai tertanya-tanya adakah mereka tidak dilanda masalah di dalam rumahtangga.
Menjadi lumrah rumahtanga pasti ada pasang dan surutnya, menjalani kehidupan bersama perlu ada sokongan kedua-dua belah pihak. Aeril Zafrel akui 12 tahun perkahwinan, fasa yang dijalani sekarang hanya untuk anak-anak dan perniagaan.
“Kita hanya fikir untuk besarkan anak bersama, rumah, besarkan perniagaan seperti tambah cawangan di Sabah,” ujar Airel. Tambah Wawa lagi, kesibukan yang mereka lalui tiada ruang untuk mereka bergaduh. Malah, menjaga hubungan rumahtangga ini kunci rezeki mereka mencurah-curah.
Bercakap soal poligami, pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi itu tidak melulu membantah sebaliknya berpendapat bahawa asalkan perkahwinan tersebut direstui oleh individu yang terlibat. Baginya enggan ‘serabut’ untuk memiliki isteri lagi meskipun poligami tidak dilarang dalam agama Islam.
“Saya sebenarnya tak nak pening. kalau kita ada orang lain, bertambah pening. Ada satu pun dah pening. “Saya ni jenis lelaki yang bukan tak ambil kisah tapi banyak lagi benda yang nak difikirkan. Dengan anak-anak lagi.
“Ada kucing lagi. Kalau tambah bini, ‘confirm’ sakit kepala. Rambut dah baik-baik lebat sekarang, nanti botak pula,” kongsinya.
Menurutnya lagi, dia juga mempunyai anak perempuan takut kifarah berbalik kepada keluarganya sedangkan dia juga tidak jamin hubungan bersama akan kekal hanya dengan izinNya semua itu akan terjadi. Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan empat anak iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzikyaa, 7, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 2.
Sebagai wanita pastinya pelakon dan usahawan yang berusia 32 tahun ini terasa bahangnya jika ini terjadi padanya. Namun Wawa Zainal menasihat wanita di luar agar jaga perangai, penampilan dan banyak aspek lagi. Dia juga menasihatkan golongan wanita yang ingin mendirikan rumah tangga agar tidak ‘terjatuh’ hati terhadap lelaki yang memegang status suami orang. Mereka sepatutnya menghormati hati dan perasaan sesama kaum tanpa menghancurkan kebahagiaan orang lain.
“Mana-mana perempuan di luar sana tu, janganlah ‘merenyam’. Kalau dah tahu suami orang, janganlah kacau sebab kita sepatutnya memahami isi hati sesama perempuan,” katanya lagi.
Di majlis yang serba ringkas dan indah, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin bersama pempengaruh TikTok Rozyana Roslan telah melancarkan minyak wangi terbaharu. Kolabrasi kedua Lagenda Kembali WAWA X ROZYANA Asmaradana (edisi terhad) dijual dengan harga mampu milik RM39 dalam saiz yang lebih besar juga mempunyai 3 varian iaitu Seri Pagi, Syurga Malam dan Mengundang Cinta.
Kolabrasi bersama pempengaruh adalah satu strategi pemasaran yang dapat membantu melariskan produk disamping dapat mengembangkan idea dengan pelbagaikan promosi tidak bergantung pada penglibatan Wawa Zainal seratu peratus sebagai muka depan untuk menaikkan penjenamaan jenama Wawa Cosmetics. Pada masa akan datang berkemungkinan Wawa Cosmetics akan bekerjasama dengan selebriti tempatan bagi mengembangkan lagi strategi pemasaran perniagaanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rawatan Estetik Muka tidak lagi menjadi rawatan orang kaya dan terkenal, kini lebih merangkumi dan meluas lebih dari sekadar suntikan ke dahi untuk menghilangkan garis-garis atau permasalahan wajah yang lain.
Ketika mempertimbangkan jenis rawatan kulit, terumatanya rawatan wajah, anda haruslah memilih klinik estetik yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan estetik menular di pasaran sekarang dan bukan kesemuanya adalah klinik yang menawarkan rawatan yang tulen, tepat atau efektif. Adalah penting untuk meneliti latar belakang klinik dan doktor estetik dan berbincang secara lanjut mengenai masalah kulit atau wajah anda, sebelum membuat keputusan untuk menjalani sebarang rawatan.
Menariknya perkongsian hijabista bersama Dr Chin dari TrueClinic yang mempunyai lulusan dari Rusia pada tahun 2012 dan menjalani perkhidmatan wajib selama 4 tahun di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), untuk mempelajari teknik dan cara betul melakukan rawatan estetik. Elak teperdaya dengan pengiklanan di media sosial, penting anda tahu langkah-langkah ini:
Apabila bercadang melakukan rawatan estetik, anda perlu tahu fungsi dan beza antara rawatan klinik atau rawatan spa. Tawaran mungkin kedengaran sama tetapi keberkesanan dan keselamatan perlu diberi keutamaan. Menurut Dr Chin, “anda dinasihati memilih klinik medikal yang sah untuk rawatan wajah dan kulit, kerana peralatan dan mesin yang digunakan di klinik telah mendapat perlesenan dan pengesahan daripada badan-badan yang berkenaan. Klinik yang sah juga mempunyai doktor pakar estetik yang berlesen yang dilatih dalam bidang estetik”.
Klinik biasanya menawarkan khidmat nasihat secara percuma kepada pelawat mereka yang ingin mengetahui lebih mengenai rawatan estetik. Ini merupakan cara terbaik untuk meneliti klinik dan doktor. Datang dengan banyak soalan dan perhatikan sama ada kakitangan dapat menjawab soalan-soalan tersebut.
Anda perlu meneliti latar belakang klinik atau spa yang menawarkan rawatan estetik, “Satu senario yang mengelirukan pengguna adalah nama pelabelan pusat itu sendiri, di mana kebanyakkan spa kecantikan akan meletak perkataan ‘estetik’ dalam nama mereka,” ujar Dr Chin. Sebaiknya carilah rawatan estetik di sebuah klinik berlesen dan bukannya di pusat rawatan spa.
Di kebanyakan pusat rawatan estetik, anda boleh mudah terpedaya dengan hasil yang dijanjikan dari pusat rawatan tersebut mahupun bukan klinik estetik. Berhati-hatilah dengan mana-mana pusat rawatan yang tidak mahu berbincang mengenai kesan sampingan sebarang rawatan, komplikasi, jangkaan tempoh rehat selepas rawatan, dan kos perkhidmatan. Anda harus diberitahu dengan mendalam dan memahami segala risiko dan faedah setiap rawatan.
“Terdapat dua perbezaan klinik estetika di Malaysia ini yang dapat saya perhatikan, satu adalah jenis yang bertujuan komersial dan satu lagi bertujuan untuk merawat masalah kulit anda”.
Salah satu langkah yang penting agar anda tidak tersilap membuat keputusan, penting anda teliti masalah kulit yang dhadapi dan juga apakah harapan hasil rawatan yang anda jangkakan.
“Sebaiknya jika anda berjumpa dengan pakar atau doktor kecantikan, tidak perlu tanya apa yang anda perlu buat, yang penting adalah untuk pastikan keputusan yang hendak dicapai dengan sebarang rawatan, dan bersetuju dengan doktor tentang program atau pelan rawatan (treatment plan) yang dicadangkan,” sarankan Dr Chin.
Secara lazim, doktor pakar estetik akan tanya anda soalan-soalan berikut sebelum mencadangkan rawatan yang sesuai untuk anda. Sebagai contoh:
Bertukar dari rawatan muka seperti produk tradisional ke estetik, pasti anda mempunyai pelbagai tanggapan pantang atau tabo. Seperti yang dibincangkan, tidak semua rawatan estetik menggunakan jarum, sebaliknya rawatan estetik bergantung pada permasalahan kulit atau wajah yang anda alami.
Satu soalan paling gemar diajukan pada pakar kecantikan: adakah rawatan estetik berbentuk laser boleh menipiskan kulit? Ini tidak dinafikan oleh Dr Chin, tetapi ia bergantung kepada permasalahan kulit anda, kekerapan anda menjalani rawatan, serta jenis rawatan yang dijalankan. Bukan semua rawatan laser adalah sama, terdapat banyak jenis mesin yang direka khas untuk menangani masalah-masalah kulit tertentu. Teramat penting jika anda tahu mesin apa yang digunakan sebelum membuat rawatan estetik.
Kenalilah DiscoveryPico – laser Picosecond paling berkesan di pasaran! DiscoveryPico berfungsi dengan memancarkan teknologi laser nadi ultra pendek yang menembusi lapisan luar kulit, memecah pigmen kulit yang lebih gelap tanpa merosakkan tisu kulit di sekitar kulit yang dirawat.
DiscoveryPico sesuai untuk peremajaan kulit, pembentukan semula kulit yang rosak, menghilangkan parut jerawat, masalah pigmentasi, dan bahkan cukup berkuasa untuk memadamkan tatu dan tanda lahir. Yang pentingnya DiscoveryPico hanya boleh dikendalikan oleh doktor yang berkelayakan dan terdapat di klinik terpilih. Laser inovatif ini boleh digunakan pada wajah dan badan, sesuai untuk wanita atau lelaki, dan juga untuk jenis dan warna kulit (termasuklah kulit gelap)! Dengan mengurangkan penampilan tisu kulit yang rosak, kulit kelihatan lebih licin dan lebih cerah sejurus selepas rawatan.
Perkhidmatan estetik boleh jadi mahal, itu kenyataan. Anda harus memastikan bahawa hasil yang ingin anda kecapi, bernilai pelaburan kewangan yang anda bayari, di samping itu masa dan emosi yang juga anda laburkan berbaloi dengan keseluruhan prosedur. Kenal pasti klinik atau doktor yang berbincang dengan anda mengenai kos rawatan. Mereka juga boleh memberi beberapa pilihan yang berlainan dalam julat harga yang berbeza. Oleh itu, penting untuk memahami kos rawatan secara keseluruhan, serta jangka masa yang berpatutan, untuk mencapai hasil yang anda inginkan.
Pakar estetik perubatan harus menasihati anda mengikut bajet dan jangkaan anda, serta memberi saranan mengenai rawatan yang bersesuaian untuk mencapai hasil yang terbaik. Pelan penjagaan kulit yang komprehensif biasanya merangkumi anggaran selama beberapa bulan atau bahkan setahun. Daftar untuk mendapatkan buletin klinik dan tanyakan apakah prosedur tertentu yang akan muncul dengan harga istimewa dalam beberapa bulan akan datang.
Secara keseluruhan, cara terbaik untuk memastikan anda mencari klinik yang berlesen dan terkenal yang sesuai dengan keperluan anda, adalah dengan membuat kajian teliti. Ini termasuklah mengkaji laman web mereka, laman media sosial dan bertanya sendiri mengenai konsultasi dan rawatan yang ditawarkan. Pastikan anda sentiasa merasa selesa dengan kakitangan klinik dan semua soalan anda telah dijawab dengan puas hati.
Konsultasi yang menyeluruh dari doktor boleh mendedahkan pilihan yang ideal dan sesuai untuk anda, seterusnya membolehkan anda menyesuaikan tahap keselesaan dan anggaran mengikut kehendak hati.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.