Siku dan lutut merupakan bahagian tubuh badan yang mudah kering. Terutamanya bagi anda yang bekerja di ruangan berhawa dingin atau ketika cuaca panas tidak menentu seperti El Nino yang sedang melanda negara ketika ini. Hingga mengakibatkan kulit mengalami dehidrasi.
Malah, siku dan lutut antara anggota yang paling cepat terkesan. Siku dan lutut yang kering akan mengalami kulit pecah serta menimbulkan rasa perit. Mesti hijabi pun pernah ada pengalaman seperti ini kan? Oleh itu, Hijabista mahu berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan untuk merawat siku dan lutut yang kering!
1. Aplikasikan Vaseline Pada Siku & Lutut
Pertama sekali, untuk merawat masalah kulit bahagian siku dan lutut yang pecah. Hijabi boleh memanfaatkan petroleum jelly atau Vaseline yang banyak dijual di pasaran. Ini kerana, petroleum jelly ini mampu merawat siku dan lutut dari rasa kering, sekaligus menjadi lembab dan lembut. Ini merupakan cara lama yang biasa dipakai oleh orang-orang terdahulu. Petua orang lama gittew!
Anda hanya perlu sapukan petroleum jelly pada siku dan lutut yang kering sebelum tidur. Kemudian balut bahagian siku dan lutut menggunakan kain suam. Kerana ini dapat melindungi bahagian siku dan lutut dengan baik semasa anda tidur. Dalam masa sama ia akan mengembalikan lembapan kulit pada bahagian yang kering itu.
Rutin melakukan perawatan seperti ini dapat membantu menjaga kelembapan kulit. Namun perlu diingat, petroleum jelly boleh menyumbat liang pori dan memberi iritasi terhadap individu yang mempunyai gangguan kulit seperti psoriasis dan sebagainya.
Beberapa pakar menyarankan untuk menggosokkan kulit pisang pada kulit siku dan lutut yang kering. Ini kerana menerusi hasil kajian saintifik dari Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, pisang merupakan buah yang kaya kandungan vitamin C, dan kulitnya telah tebukti secara klinikal mengandungi kebaikan anti-kulat dan antibiotik. Hijabi hanya perlu gosokkan kulit pisang dengan gerakan mengikut arus kulit untuk mengurangi rasa kering pada siku dan lutut.
Ads
3. Gantikan Losyen Dengan ‘Emollient Cream’
Body butter dah tak berfungsi untuk mengubati rasa kering pada siku dan lutut? Cuba hijabi gantikan dengan emollient cream. Kerana, Emollient merupakan jenis pelembap yang sering digunakan untuk menjaga hidrasi kulit dan memberikan skin barrier (lapisan pelindung) yang baik pada kulit.
Selain itu, emollient juga membantu mengurankan trans-epidermal water loss (kehilangan air trans-epidermal) sehingga membantu kulit terlihat dan terasa lebih halus. Jika hijabi ingin membeli emollient cream, pilih produk yang mengandung sunflower seed oil (minyak biji bunga matahari), soy sterol, lanolin, atau glycerol stearate.
Itulah cara merawat siku dan lutut yang kering. Malah, boleh juga diaplikasikan pada bahagian tubuh yang lain, seperti tumit yang cenderung mengalami kering dan pecah-pecah. Lakukan beberapa tips di atas untuk dapat mengatasi dan merawat kulit kering, selamat mencuba!
Dalam dunia ini ada pelbagai ragam manusia. Ada yang berhati baik, selalu menolong orang, ikhlas dan jujur. Tetapi ada juga sebaliknya yang hati memang kotor dan penuh hasad dengki.
Perkongsian daripada pengguna laman sosial ini boleh kita ambil iktibar. Betapa jahat dan kotornya yang dinamakan penyakit Ain (mata).
Daripada matalah segalanya boleh terjadi perkara yang tidak elok. Ini kerana dengan pancaindera yang satu itu kita melihat segala kebaikan dan keburukan orang lain.
Berjaga-jaga dengan pandangan kita kerana boleh melontarkan diri ke lubuk paling dalam. Boleh berlakunya pujian dan kemudiannya melahirkan sifat dengki melihat paparan kebahagiaan di media sosial contohnya.
Sebaiknya jagalah mata dengan sebaik-baiknya dan jangan salah guna nikmat Tuhan yang satu ini. Bahaya penyakit Ain seperti diceritakan oleh Cik Puan Syarifah Furaiha ini begitu menakutkan hingga boleh bawa maut.
Ini perkongsiannya dari Fara yang mengakui dirinya juga alpa suatu ketika dulu.
Dulu Fara adalah seorang yang sangat berpegang dengan scientific evidence. Tanpa bukti, susah percaya.
Kemudian Allah izinkan Fara melalui pengalaman yang tak tergambarkan. Bertahun saya dengan guru saya, kami dinasihat agar menjaga adab. Simpan kemas rapat rapat segala nikmat yang Allah kurniakan.
Tapi yelah, saya masih muda dan mentah. Nasihat syeikh kami terbang bagaikan angin yang berlalu.
Syeikh pesan, kita jaga adab jangan tayang muka cantik kita. Kita ada suami baik,hensem dan soleh tak perlu tayang kebahagiaan rumah tangga kita. Kita ada anak gebu, comel, tak perlu dipuji anak kita yang comel itu di media sosial.
Ini tidak, anak umur sehari pun dah tayang macam macam lepastu pelik kenapa anak asyik sakit, lemah badan dan menangis. Peluk dengan suami, happy sana sini semua tunjuk, lepastu gaduh tak berhenti.
Sabda nabi, pada setiap nikmat ada hasad.
Tapi saya mana dengar nasihat tu semua. Kalau boleh semua nak share dengan orang sebab kita tengah bahagia.
Tahukah anda dulu ada sorang kakak ni cantik sangat, semua lelaki berebut dan suka dengan dia. Disebabkan muka dia cantik dan menjadi igauan para lelaki,ramai sangat perempuan yang kenal dengan akak tadi hasad gila dengan akak yang tadi.
Tak lama lepas tu,tanpa sebab tak pasal pasal mulut akak tadi jadi herot, senget. Inilah penyakit ain tuan puan.
Berapa ramai perempuan yang muka asalnya cantik bebas setitik noda pun tapi tiba tiba jadi menggerutu dan buruk bila terkena ain orang.
Penyakit yang berasal dari pandangan benci orang kepada kita atas nikmat yang kita ada yang boleh menyebabkan bukan takat hancur kehidupan kita bahkan boleh membawa maut. Pandangan hasad adalah sangat kuat dan berbahaya.
Ada kes kedua, di Tarim. Ada sorang pelajar ni rambut dia sangat cantik. Lebat,hitam,lurus dan lawa. Habis satu asrama puji rambut pelajar tadi.
Tak lama lepastu, kepala perempuan tadi jadi bernanah dan buruk. Mengeluarkan bau nanah yang masyaAllah sangat busuk. Habis rambut tadi gugur.
Di Tarim, baby yang baru lahir akan ditulis ibu bapanya dengan tulisan Allah atau MasyaAllah pada dahi baby tadi agar tetamu yang datang melihat,jika baby tadi gebu dan comel, mereka akan memuji Allah dan menjauhkan penyakit ain tadi yang boleh menyebabkan bayi tadi sakit dan meninggal.
Segala sandaran dan pujian disandarkan kepada Allah. Penyakit ain bukan hanya datang dari mata yang hasad dan benci bahkan dari pujian yang terlalu mengagumi susuk tubuk seseorang.
Pujian yang terlalu kagum dan fanatik tadi bila tidak disandarkan kepada Allah akan menyebabkan tuan punya badan yang dipuji tadi jatuh sakit teramat teruk tanpa sebab.
Tak perlu argument, penyakit ain ini pernah terjadi pada sahabat Rasulullah yang dipuji keelokkan tubuh badannya yang menyebabkan beliau jatuh pengsan sejurus dipuji. Boleh rujuk ustaz.
Di Mesir, jarang kita tengok kereta berkilat (selain faktor debu), ramai antara mereka dengan sengaja membiarkan calar dan kotor pada kereta bahkan ada yang sanggup mencalarkan kereta baru masing masing kerana takut penyakit ain dari jiran yang akan menyebabkan kereta tadi asyik accident sahaja bahkan boleh membawa maut.
Semua cerita di atas adalah benar. Berapa ramai sebenarnya yang didepan kita sentiasa memuji dan mengagumi kita tapi dalam hati mereka ada dengki yang menyebabkan kita terkena ain.
Saya fikir kembali, bagaimana dengan orang yang ada sangat banyak nikmat pada dirinya, kekayaan yang melimpah ruah, murah rezeki, muka atau fisikal cantik, pasangan baik dan hubungan bahagia, anak yang comel dan bijak dan lain lain nikmat dunia yang Allah kurniakan.
Apa yang saya kongsikan adalah cuma setitik dari apa yang kita alami.
Saya dulu pun pernah buat silap. Di usia muda, Allah kurnia nikmat sangat banyak yang tak ramai orang dapat.
Saya dulu terlupa, bila saya share masing ramai antara kita yang tidak mendapat nikmat itu. Saya yang tidak beradab.
Kita fikir kembali dan perbetulkan yang mana patut. Moga Allah lindung kita kerana Allah lah sebaik pelindung. Bantulah saya kongsi nasihat ini.
Syeikh pesan, banyak hati hati dengan hasad dengki orang dan banyak kunci mulut melainkan bercakap/tunjuk apa apa sahaja yang buat orang lain suka juga. Moga bermanfaat.
Orang Malaysia jarang tahu tentang penyakit ain seperti di tanah arab, well known. Yang kita tak tahu tak bermakna salah dan tak wujud. Belajar dulu ya.
Yang cantik itu kita simpankan
Yang banyak itu kita sorokkan
Yang bahagia itu kita rahsiakan
Penyakit ‘ain adalah thabit di dalam nas-nas syara’. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian),
Surah al-Qalam (51)
Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) “Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat)
Di dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sasaran dan pengaruh “mata” benar-benar nyata adanya atas perintah Allah SWT. Sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis yang diriwayatkan dari pelbagai jalan yang banyak. (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 8/260)
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
الْعَيْنُ حَقٌّ
Maksudnya: “Al-‘ain itu adalah haq (benar).”
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah.
Riwayat Muslim (5831)
Imam al-Nawawi berkata: “Pada hadith ini terdapat ithbat keimanan pada takdir Allah SWT dan benarnya perkara ‘ain (penyakit ‘ain) dan bahawa ia sangat berbahaya.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 7/328)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani pula berkata: “Maknanya ialah orang yang ditimpa bahaya kerana sesuatu yang telah Allah SWT tetapkan ketika seseorang memandangnya, hakikatnya terjadi dengan takdir Allah SWT yang telah ditetapkan sebelumnya, bukan sesuatu yang baru sahaja diciptakan oleh orang yang memandang terhadap yang dipandang.”
Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.
Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.”
Beliau turut berkata: “‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).” (Lihat Fath al-Bari, 10/203-205)
Sekiranya seseorang terkena penyakit ‘ain, berubatlah dengan rawatan secara syar’ie, iaitu:
Daripada Buraidah bin Al-Husyaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:
لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَة
Maksudnya: “Tidak ada ruqyah (yang lebih bermanfaat), kecuali untuk penyakit ‘ain, atau penyakit yang diakibatkan sengatan binatang berbisa..”
Riwayat al-Bukhari (5705) dan Muslim (220)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, beliau berkata: Amir bin Rabi’ah melewati Sahl bin Hunaif ketika dia sedang mandi, lalu Amir berkata: “Aku tidak melihat seperti hari ini, kulit yang lebih mirip (keindahannya) dengan kulit wanita yang dipingit.” Tidak berapa lama kemudian Sahl terjatuh, lantas beliau dibawa kepada Nabi SAW, lalu dikatakan: “Selamatkanlah Sahl yang sedang terbaring sakit.” Baginda SAW bersabda: “Siapa yang kamu curigai telah menyebabkan ini?” Mereka berkata: “Amir bin Rabi’ah.” Baginda SAW bersabda:
Maksudnya: “Kenapakah salah seorang daripada kamu membunuh saudaranya? Seharusnya apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu pada diri saudaranya yang menakjubkan, hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya.”
Kemudian Baginda SAW meminta air, lalu menyuruh Amir untuk berwudhu’. Amir mencuci wajahnya, kedua tangannya sampai ke siku, dua lututnya dan bahagian dalam kainnya. Nabi SAW memerintahkannya untuk menyiramkan (bekas air wudhuknya) kepada Sahl. Sufyan menyebut, Ma’mar berkata, daripada al-Zuhri: “Baginda SAW memerintahkannya untuk menyiramkan air dari arah belakangnya.”
“Cara pengubatan ini tidak akan dapat mengambil manfaatnya bagi orang yang mengingkarinya, orang yang mempersenda-sendakannya, orang yang meragukannya atau yang melakukannya sekadar cuba-cuba tanpa meyakini.” (Lihat Fath al-Bari, 10/205)
Berlindung Dari Terkena Penyakit Ain
Berusaha berlindung daripada penyakit ain adalah dibolehkan serta ia tidak menafikan konsep tawakkal. Ini kerana tawakkal adalah bergantung kepada Allah SWT disertai dengan melakukan asbab perkara yang diharuskan atau diperintahkan dengannya.
Berlindung kepada Allah SWT merupakan pencegahan terbaik daripada terkena penyakit ‘ain malah daripada segala mara bahaya. Nabi SAW memperlindungkan al-Hasan dan al-Husin R.Anhuma sepertimana dalam hadith Ibn Abbas R.Anhuma, Baginda SAW bersabda:
Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.”
Riwayat al-Nasa’ie (7679), Abu Daud (4737),
Ibn Majah (3525), dan al-Tirmizi (2060)
Akhir kalam, kami juga mengajak kepada pembaca untuk mengamati dan tadabbur surah al-Falaq serta mengamalkannya supaya terhindar daripada penghasad dan pendengki. Makanya kami akhiri perbincangan ini dengan surah al-Falaq:
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1) “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2) “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”
Surah al-Falaq (1-5)
SUMBER: Pejabat Mufti Wilayah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fibroid rahim dikenali sebagai Leiomyoma atau Myoma yang tumbuh di dinding rahim atau pada otot-otot di sekitar sistem reproduksi wanita. Kebanyakan wanita yang memiliki masalah ini tidak menunjukkan sebarang simptom. Ia biasanya dikesan secara tidak sengaja seperti ketika melakukan pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.
Fibroid biasanya hadir dalam bentuk yang keras berupa sel-sel otot dan tisu yang berkembang. Ia boleh membesar daripada saiz kacang kepada sebesar limau gedang kecil.
Rawatan fibroid rahim yang disarankan di seluruh dunia adalah melalui pembedahan, namun pesakit akan diberi pilihan sama ada untuk menjalani pembedahan membuang fibroid (myomectomy) atau membuang rahim (hysterectomy) bagi yang sudah berkeluarga.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Yulianty Arifuddin berkata, meskipun terdapat kaedah rawatan yang melibatkan ubat, namun ia hanyalah sekadar men- gurangkan pendarahan semasa haid, mengecilkan saiz fibroid atau menjadikan fibroid tidak aktif (statik) sahaja.
Tambah beliau, hanya dengan melalui kaedah pembedahan myomectomy sahaja dapat membuang fibroid secara keseluruhan.
“Jika pesakit mahu mengandung lagi, inilah kaedah yang selalunya disarankan kepada mereka, berbanding ubat-ubatan dan suntikan yang lebih cenderung menun- jukkan gejala menopaus dan mendedahkan pesakit kepada risiko osteoporosis iaitu masalah tulang rapuh apabila digunakan dalam jangka masa yang lama,” katanya.
Terdapat teknik kedua iaitu dengan kaedah suntikan. Kaedah ini dikenali sebagai Gonadotropin-Releasing Hormone Agonist (GnRH Agonist) dan biasanya menjadi pilihan pesakit.
“Bagi rawatan suntikan, pesakit akan diberikan suntikan selama tiga hinga enam bulan. Saiz fibroid akan di lihat semakin mengecil sehingga 50 peratus daripada saiz asal terutamanya selepas suntikan ke-tiga hingga ke-enam. Dalam tempoh rawatan ini pesakit akan mengalami gejala menopaus sementara iaitu berhenti haid,” katanya.
“Suntikan GnRH Agonist akan men- gurangkan penghasilan hormon-hormon terutama estrogen yang menyuburkan fibroid rahim. Pada masa sama hemoglobin pesakit akan meningkat kerana pendara- han terhenti,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, GnRH Agonist mempunyai kesan sampingan seperti rasa panas dan berpeluh-peluh seakan-akan gejala menopaus. Sekiranya suntikan ini diberikan secara berterusan sehingga setahun kesan sampingan seperti tulang rapuh akan berlaku.
“Namun begitu, GnRH Agonist bukanlah rawatan kekal kerana fibroid akan kembali membesar selepas suntikan terakhir diberikan. Oleh itu, pembedahan sebaiknya dilakukan segera setelah fibroid mengecil atau selepas suntikan ke-tiga atau ke-enam.
Baru-baru ini sejenis ubat untuk merawat fibroid rahim telah diperkenalkan di Malaysia. Ia dikenali sebagai Selective Pro- gesterone Receptor Modulators (SPRMs). SPRMs merupakan ubat oral pertama di Malaysia dan telah diguna pakai di beberapa buah negara lain seperti Eropah, Hong Kong dan Taiwan.
“Melalui dapatan kajian yang diperoleh, rata-rata pesakit yang mengamalkan SPRMs amat berpuas hati dengan perubahan fibroid masing-masing. Bukan itu sahaja, pendarahan teruk yang disebabkan oleh fibroid rahim juga dapat dikurangkan dalam tempoh 10 hingga 14 hari selepas pengambilan ubat ini. Selain itu, risiko menopaus dan osteoporosis juga agak rendah,” katanya.
“Cara pengambilan SPRMs tidak sama seperti ubat-ubatan lain. Ia perlu di ambil sekali sehari selama tiga bulan dan pesakit perlu memberhentikan pengambilan sebulan sebelum meneruskan semula selama tiga bulan dan seterusnya mengikut nasihat atau preskripsi yang ditetapkan oleh doktor.
“Kajian menunjukkan bahawa rawatan ini dapat dilanjutkan sehingga dua tahun dengan kesan sampingan yang minima.
Bagaimanapun, SPRMs ini lebih mahal berbanding rawatan lain dengan kos sekitar RM1,300 bagi tiga bulan bekalan,” jelasnya.
Ujarnya, selepas menggunakan SPRMs, risiko fibroid membesar semula tetap ada, Cuma lebih lambat bergantung pada tubuh individu terbabit.
Terdapat sesetengah pesakit di mana fibroid tidak membesar (statik) atau mengecil meskipun pengambilan ubat telah lama dihentikan.
“Jika pesakit bercadang untuk hamil, pengambilan ubat berkenaan boleh dihentikan sama ada setahun atau selepas dua tahun bergantung kepada tindak balas tubuh pesakit dan atas nasihat pakar.
Fibroid boleh membesar dan tumbuh di dalam dinding rahim (Submucosal fibroid), di otot rahim (Intramural fibroid), di pangkal rahim (Cervical fibroid) dan di lapisan luar dinding rahim (Subserosal fibroid).
Menurut Dr. Yulianty, pesakit yang mengalami uterine fibroid simtomatik simptom-simptomnya lebih menyakitkan dan pesakit akan berasa tidak selesa.
“Mereka lazimnya akan mengalami haid yang lebih banyak, kerap membuang air kencing, perut membuncit atau terasa senak di bawah abdomen, mengalami masalah kemandulan dan sukar hamil,” katanya.
Sehingga ke hari ini punca fibroid masih tidak diketahui dan pengkaji percaya ia mempunyai hubung kait dengan masalah genetik.
“Anak perempuan pesakit mempunyai risiko sehingga tiga kali ganda untuk mempunyai fibroid di masa akan datang. Namun begitu, ia bergantung kepada tahap hormon estrogen yang terdapat dalam diri seseorang.
Fibroid rahim adalah benigna (bukan kanser) dan tidak meningkatkan risiko kanser rahim. Namun, jika ia menjadi kanser, ia dikenali sebagai Leiomyosarcoma. Bagaimanapun, ia amat jarang terjadi.
“Simptom-simptom Leiomyosarcoma seperti mengalami perut buncit dengan cepat, susah buang air besar, badan susut, hilang selera makan dan pendarahan yang teruk. Sekiranya terjadi, pesakit dinasihat- kan membuang rahim, ovari dan pangkal rahim,”katanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Suplemen minyak ikan atau fish oil bukanlah asing lagi dalam kalangan masyarakat. Malah ia dikatakan sebagai suplemen yang paling banyak diambil oleh manusia di seluruh dunia. Apa yang sangat istimewa tentang minyak kan sehinggakan ia mendapat sambutan sebegitu hangat?
Ramai yang tahu minyak ikan ini banyak kebaikannya pada kulit tetapi ramai juga yang tidak sedar selain merawat kulit, dapat menajamkan minda malah dapat membantu masalah gangguan jiwa.
Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh manusia dan ia mengandungi banyak asid lemak omega-3.
Kesihatan kulit boleh menurun terutamanya semasa usia sudah meningkat atau selepas pendedahan matahari yang terlalu banyak. Manfaat daripada suplemen minyak ikan, termasuk psoriasis dan dermatitis. Kulit anda boleh rosak akibat pendedahan matahari yang terlalu banyak atau semasa usia tua. Suplemen minyak ikan boleh membantu mengekalkan kulit yang sihat.
Otak anda terdiri daripada vampir 60% lemak, dan kebanyakan lemak ini adalah asid lemak omega-3. Oleh itu, omega-3 adalah penting untuk fungsi otak normal.
Sebenarnya, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa orang yang mengalami masalah mental mempunyai tahap darah omega-3 yang lebih rendah. Kajian menunjukkan bahawa suplemen minyak ikan boleh menghalang permulaan atau memperbaiki gejala gangguan mental. Sebagai contoh, ia boleh mengurangkan risiko gangguan psikotik pada mereka yang berisiko. Di samping itu, dengan menambah minyak ikan dalam dos yang tinggi dapat mengurangkan beberapa gejala skizofrenia dan gangguan bipolar.
Begitu juga dengan otak, lemak omega-3 membentuk sebahagian penting struktur mata. Bukti telah menunjukkan bahawa orang yang tidak mendapat cukup omega-3 mempunyai risiko penyakit mata.
Kesihatan mata mula menurun pada usia tua, yang boleh membawa kepada degenerasi makula yang berkaitan dengan usia (AMD). Makan ikan sekurang-kurangnya membantu mencegah AMD. Satu kajian mendapati bahawa mengambil minyak ikan yang tinggi untuk empat setengah bulan meningkatkan penglihatan pesakit AMD.
Tahukah, kemurungan diramal menyadi penyebab utama peyakit kedua di dunia pada 2030.
Menariknya, orang yang mengalami kemurungan mempunyai tahap darah omega-3 yang lebih rendah. Kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan dan suplemen omega-3 dapat memperbaiki gejala kemurungan. Selain itu, beberapa kajian menunjukkan bahawa minyak yang kaya dengan EPA membantu mengurangkan gejala kemurungan lebih daripada DHA.
Asma, gangguan paru-paru yang boleh menyebabkan bengkak pada paru-paru dan sesak nafas.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan boleh mengurangkan gejala asma, terutamanya di peringkat awal. Satu kajian melibatkan hampir 100,000 orang dan mendapati bahawa pengambilan ikan atau omega-3 dapat mengurangkan risiko asma pada kanak-kanak sebanyak 24-29%. Tambahan pula, suplemen minyak ikan pada ibu hamil boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.
Di usia tua, tulang boleh mula kehilangan mineral penting, menjadikannya lebih cenderung untuk rosak. Ini boleh menyebabkan penyakit seperti osteoporosis dan osteoarthritis.
Kalsium dan vitamin D diketahui sangat penting untuk kesihatan tulang, tetapi beberapa kajian menunjukkan bahawa asid lemak omega-3 juga boleh memberi manfaat. Pengambilan omega-3 yang lebih tinggi dan tahap darah mungkin mempunyai kepadatan mineral tulang yang lebih baik – bone mineral density (BMD). Walaubagaimanapun, tidak jelas sama ada suplemen minyak ikan meningkatkan BMD.
Jika anda bukan penggemar makan ikan, anda mungkin boleh mendapat manfaat daripada mengambil suplemen minyak ikan untuk mendapatkan omega-3 yang cukup.
SUMBER: WANISTA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.