Terdahulunya hangat diperkatakan walau bagaimana imej yang berani atau imej daring seseorang itu pasti akan mempunyai titik perubahan ke arah yang lebih baik. Namun sesungguhnya Allah adalah sebaik perancangan dan mampu mengubah hati manusia di muka bumi ini.
Benarlah orang kata, usaha dalam mencuba sesuatu terutama sekali memakai hijab dengan niat yang betul pasti akan merasakan ketenangan dan doa yang baik buat dirinya.
Bagi yang meminati musik hip hop dan pernah mendengar lagu “Eh atau Naketanak” pasti mengenali penyanyinya si cantik manis ini, iaitu Zizi Kirana. Merupakan seorang penyanyi yang terkenal dan berbakat besar ini mula berhijab pada tahun 2021 sekaligus mengubah pandangan negatif warganet yang selalu memandang enteng diri Zizi Kirana yang mempunyai imej menjolok mata sebelum ini.
Suami pendorong perunahannya..
Sebelum ini ada yang mengatakan bahawa suaminya Yusuf yang membuatkan dirinya berubah seperti itu tetapi Zizi Kirana tidak menafikannya kerana perkara tersebut perkara yang baik dan mereka lakukannya bersama. Selain itu, Zizi Kirana dikatakan berubah 180 darjah dari dirinya dahulu dan menurutnya banyak menerima doa indah yang tidak putus dari keluarga terdekat, sahabat, pasangan dan peminatnya.
Ads
Sebagai seorang selebriti untuk kekal istiqomah didalam industri bukanlah perkara yang mudah. Justeru, Zizi Kirana banyak memperdekatkan dirinya kepada orang orang yang beragama. Dari situ jugalah dia dapat terus kekal istiqomah. Selain itu, dengan sokongan suaminya Yusuf Bahrin juga merupakan seorang pelakon membuatkan wanita ini semangat. Tambahan Zizi Kirana, berhijab tidak menghalang dirinya untuk melakukan lebih banyak kebaikan.
“Semuanya di luar jangkaan saya dan saya percaya itu adalah rezeki yang diaturkan oleh Allah buat saya sepanjang pandemik ” kata Zizi
Bukan sahaja pandai menyanyi tetapi Zizi Kirana dengan kemerduan suaranya mengaji Al-Quran dan bertaranum juga menarik perhatian orang ramai. Sangat berbakat wanita ini. Juara tilawah Al-quran peringkat antarabangsa juga mengakui akan kemerduan suara Zizi itu. Selain dari itu, Zizi Kirana juga mempunyai niat untuk memberi inspirasi kepada anak muda dan golongan artis untuk mengikuti program keagamaan. Menariknya, Zizi Kirana pandai menggunakan akaun sosial medianya untuk mengajak lebih ramai mengikuti “Live” yang dilakukan seperti sesi mengaji, bertaranum dan berborak tentang agama bersama ustaz dan ustazah sosial media.
Ads
“Saya yakin orang lain pun boleh buat juga. Masih ada yang takut nak mengaji terutama sekali depan TV dan depan ustaz ustaz tetapi tidak salah untuk kita terus belajar dan memperbaiki ilmu agama.” Zizi Kirana
“Saya akui sebelum ini saya memang seorang yang tidak sabar dan cepat marah. Jadi bila ada yang cakap saya nampak lebih tenang saya sendiri rasa beryukur.” Zizi Kirana
Ads
Macam macam perkara baik yang telah dilakukan Zizi Kirana dan terbaharu ini dia telah menarik minat serta pujian dari orang ramai apabila Zizi Kirana bersama suami tercinta, Yusuf Bahrin menaik muat video di YouTube mereka berselawat “Thola’al Badru ‘Alaina” Bersama. Video selawat menjadi tumpuan ramai dan menerima banyak komen yang positif lebih lebih lagi apabila pasangan itu melakukan perkara yang menuju ke arah kebaikan.
“SubhanaAllah, terbaik Zizi dan suami. Semoga terus beristiqomah hendakNya. Moga kehidupan mereka penuh keberkatan dengan memberi selawat yang tak putus putus” komen salah seorang penonton di YouTube.
Semoga Zizi Kirana dapat menjadi inspirasi anak muda diluar sana dan kekal beristiqomah berhijab mahupun dalam ilmu agama. Sama sama kita doakan kebaikan buat mereka yang memberi kebaikan kepada jalan Allah.
https://youtu.be/56nQrka4s8k
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bukan senang untuk kita sebagai suami isteri mempertahan sebuah perkahwinan yang dibina. Pastinya pelbagai ranjau dan onak duri yang perlu dihadapi sepanjang usia perkahwinan. Perlu ada sikap tolak ansur, saling sayang menyayangi dan kerjasama agar hubungan yang terjalin kekal hingga ke jannah. Suami sebagai ketua keluarga perlu memainkan peranan yang sangat penting. Jangan anggap isteri sebagai hamba abdi, atau orang suruhan kerana wanita inilah yang akan menjaga zuriat hasil perkahwinan anda berdua. Kalau sayang, layan dan belailah mereka seperti seorang Raja.
Perkongsian lelaki ini di laman sosial ini juga boleh dijadikan panduan buat pasangan yang baru berumah tangga atau yang sudah lama berkahwin. Pesanan Mizan Dzai memang cukup menyedarkan bahawa isteri itu insan paling mulia dan jangan memperlakukan sesuka hati. Tanpa kehadirannya hidup berumah tangga seperti tidak lengkap dan tiada indahnya.
KENA KONGSI SEGALANYA
Sebenarnya, perkahwinan dan kehidupan aku tak seindah yang kau orang sangkakan. Bohong kalau aku tak pernah bergaduh dengan isteri, bohong kalau aku sentiasa berduit, bohong kalau bisnes-bisnes aku tak pernah ada masalah.
Ramai orang PM aku bertanyakan tips, nampak hidup aku indah, kononnya aku suami yang penyayang dan ada bisnes-bisnes yang maju, katanya aku ada anak-anak yang comel ikut El yang berkacukan Arab.
Orang nampak kita senang, orang tak tahu susah kita macam mana. Hidup ni bukan seindah drama pukul 7 tapi hidup ni cukup indah kalau kita bersyukur dengan cabaran dan dugaan yang mendatang. Bagi aku, kunci kebahagiaan dan kejayaan adalah bermula dengan bersyukur.
PERNAH GADUH BESAR
Siapa kata aku tak pernah bergaduh besar dengan El? Dia jenis yang tak banyak cakap, susah nak membebel dan dia akan pendam kalau terasa dengan aku sampai aku jadi bengang kekadang.
Mana taknya, aku dok fikir apa salah yang aku buat sampai salam yang patutnya cium tangan pakai mulut tapi dia pakai dahi. Cramp otak aku asik fikir apa aku buat, aku ada pergi rumah urut tanpa sedar ke apa semalam?
Untunglah kalau kau ada pasangan yang suka membebel atau meluahkan perasaan sebab mudah untuk kau tahu apa masalah atau kesalahan yang perlu kau baiki. Macam aku ni, sampai ke lubang cacing kena korek sendiri.
Menurut Ustaz Abdullah Khairi, kaum wanita ni bercakap 26,000 patah perkataan sehari tapi El 260 patah perkataan je sehari aku rasa. Dia lain, sebab tu aku cintakan dia sangat-sangat.
Kekadang sampai menangis El aku paksa bagitahu apa salah aku. Tak adil untuk aku dihukum tanpa aku tahu cerita sebenar atau disedarkan bahawa aku dah buat silap atau benda yang dia tak suka.
KENA UTAMAKAN KELUARGA
Nak kata aku tak utamakan keluarga, sebelum ayam habis aku dah topap yang baru termasuk kepala dengan tongkeng sekali. Nak kata susu Farrel habis, aku jenis yang beli satu kotak terus.
Nak kata barang makeup habis, aku simpan wax dan sikat dalam beg makeup El supaya aku tahu apa bekas yang dah ringan dan perlu aku tanya bila nak pergi beli. Tekan punya tekan, rupanya aku balik lambat dan asik pegang phone memanjang. Alahai sayang.
Perempuan ni tak faham yang kita sibuk sekarang sementara masih muda dan kuat supaya nanti ada masa untuk keluarga, untuk kesenangan mereka. Tapi menjadi tugas kita sebagai suami untuk bagi dia faham.
Mana dia nak faham, kau kerja asik stalk Instagram ex girlfriend kau, asik like, PM yang bukan-bukan dan komen kat Facebook awek lain. Perempuan gila je boleh faham sebab apa yang kau buat tu kerja gila bang walaupun bagi kita yang lelaki ni sekadar berkawan, sekadar mengusik.
Dia takkan faham kalau kau kantoi karaoke sambil peluk rama-rama kanan kiri sambil bergesek atau pergi Crown berkali-kali bang. Sudah-sudahlah, kalau roger aku sekali tak apa juga kah kah.
Bukan tak nak bagi berdikari tapi aku jarang bagi El keluar kecuali ada teman terutama beli barang keperluan dia atau rumah secara sendirian. Selalu aku minta untuk tunggu aku sebab lunyai dia kena belasah dengan Farrel nanti.
Anak aku, aku tahu lasak dia MashaAllah! Kalau tangan dia pun dia boleh masukkan dalam ekzos kereta lepas tu jilat, kalau iPhone 7 Plus Red Edition bini aku pun aku boleh jumpa dalam air baldi mop, kau rasa mak dia kena lanyak macam mana nanti?
PENAT URUS RUMAH TANGGA
Bukannya sebagai beban tapi terkial-kial dia nanti nak jaga anak-anak kat luar, bukan senang dengan stroller 4mom Origami yang macam motor LC 135 beratnya.
Nak topap bekas susu, pampers, baju spare, air panas air suamnya lagi, kena make sure atau tunggu anak-anak berak dulu sebelum keluar supaya tak cranky dalam kereta, dalam mall nanti. Kalau kau yang bekerja kata sibuk dan tak ada masa, aku jamin aku 5x lagi sibuk dari kau.
Cuma kita sebagai suami kena ingat, kita terlalu meremehkan hal-hal di dalam rumah seperti tentang perkembangan anak-anak, kepenatan isteri jaga makan pakai kita, barang mandi atau perhiasan isteri dah habis, stokin dan spender campak merata dll.
Penat weh urus rumahtangga sebenarnya, dulu masa Farrel lahir aku jaga El pantang dan uruskan hal rumah pun penat. Sekarang bila Aldric lahir, aku uruskan Farrel yang cranky gila sebab ada adik plus El tengah berpantang lagilah 10x ganda penat.
Tapi itulah kita sebagai suami, kalau tak bersedia nak berkorban jangan gatal nak anak orang. Ingat, lelaki dilahirkan untuk berkorban dan berjuang. Jangan asal balik kerja balik melepak, kau goyang kaki goyang telor, tau-tau semua dah terhidang.
Tengah malam yang kau tahu nak pakai isteri. Dia separuh nyawa bersilat dari siang sampai ke malam kau tak fikir? Time ni pandai pula cakap isteri walau atas unta sekalipun wajib layan suami.
Habis tu sediakan keperluan, mengemas, memasak kau ingat dalam Islam tugas isteri? Banyak kau punya lawa ya, tugas isteri ni melayan suami dan anak-anak je sebenarnya bang.
Bawa-bawalah kurangkan melepak malam kalau tak mendatangkan faedah. Apa yang kau nak malu sangat member cakap #SalamGari atau bini singa? Bukan member basuh spender kau bang. Bukan member yang tahan lapar bila kau tak ada duit nak beli barang dapur.
ISTERI BUKAN HAMBA
Suka aku pesan, member ada hadnya. Member ada tempatnya. Isteri bukan hamba tapi adalah separuh jiwa. Kau abaikan isteri sama macam kau tengok bapak kau abaikan mak kau. Suka?
Kalau kau tak ada member yang dok sindir, yang tak nak paham tugas sebagai suami tu, kau tak rugi satu sen pun bang. Jangan kawan dia. Kalau dok ejek kau juga, kau starlight kan je. Bangang.
Anak-anak tengok layanan kau pada isteri, dia orang ingat macam mana kau buat pada mak dia orang. Dah tua esok, nangis air mata darah pun dah tak guna kalau anak anak ketepikan kau dan utamakan member-member dia yang tak ada masa depan dan bawa pengaruh yang buruk.
Belum terlambat untuk kita buat isteri kembali tersenyum macam mula-mula kahwin dulu. Tiada istilah terlambat selagi nyawa masih dikandung badan, belum terlambat selagi pernikahan masih halal dan penceraian belum difailkan.
Bahagia ni bila kau bertolak ansur, bahagia ni bila saling memahami satu sama lain dan bahagia ni bukan hanya suami yang bersenang-lenang. Ianya bukan sekadar kau cantik, bukan sekadar kau hebat berniaga.
Kau kongsilah segalanya dengan pasangan terutama dari segi kewangan. Ini sangat penting supaya suami atau isteri faham situasi dan gelora yang sedang melanda keluarga. In shaa Allah segalanya akan dapat diatasi.
Kalau bukan kebahagiaan untuk kedua-dua pihak yang kau cari, tanya diri sendiri untuk apa kau berkahwin kerana sesebuah perkahwinan itu adalah satu perkongsian.
Kau patut bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri dan ibu yang baik lagi penyayang. Betul kata Nabi, pilihan yang mendapat restu ibu bapa dan Ilahi akan membuahkan keberkatan. Dia seorang yang penyabar.
TAK PUTUS BAGI SEMANGAT
Kesabarannya itu menyebabkan banyak perubahan dalam kehidupan kau bang. Dia mula sanggup berkongsi masa dengan kerja, kawan atau hobi kau tanpa mengeluh.
Dia sanggup menunggu kepulangan kau walaupun telah larut malam demi kelangsungan periuk nasi keluarga dan mereka-mereka yang bekerja dibawah kau.
Dia tak pernah putus memberi semangat dan nasihat kepada kau hinggalah ke saat ini. Kita sebagai suami banyak terhutang budi dengan isteri.
Allah, peliharalah permaisuriku Eleena Arif ini, panjangkan umurnya, murahkan rezekinya dan bahagiakan kami seperti mana kau bahagiakan ibu bapa kami hingga ke syurgaMu.
Kalau ini pun kau tak boleh baca sampai habis, macam mana kau nak harap isteri faham dengan diri kau? Lapangkan dada, baca dengan fikiran yang positif in shaa Allah semoga ada manfaat untuk kita semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Wanita adalah sebahagian keindahan dunia yang diciptakan Allah SWT. Namun, wanita jualah yang boleh menjadi penyebab kepada kerosakan dan kemusnahan di dunia ini. Allah SWT menjadikan wanita untuk menghiasi bumi dan untuk dijadikan pasangan kaun Adam.
Sebagaimana Nabi Adam AS memohon kepada Allah SWT agar menciptakan seorang teman untuknya berbicara, bergurau senda dan membina sahsiah dirinya, maka terciptalah Siti Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adan AS. Antara ciri gadis solehah idaman lelaki soleh adalah:
1. BERPEGANG KEPADA AGAMA
Gadis sebegini mempunyai peribadi yang unggul. Ciri-ciri ini jelas terpancar melalui wajah dan akhlaknya. Dia akan sentiasa memelihara batas-batas syariat dalam pegangan agamanya. Dia sesekali tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.
2. TIDAK PAMERKAN KESEKSIAN
Jika dilihat, lelaki di luar sana memang suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita tetapi tidak suka untuk menjadikannya isteri kerana melihat gadis seperti itu seolah-olah barang hiasan atau pameran untuk mata lelaki lain.
3. KECANTIKAN DALAMAN
Fitra wanita dijadikan lemah lembut, namun gadis ini mempunyai prinsipnya tersendiri. Inilah kecantikan dalaman sebenar yang dicari oleh lekai soleh. Dia tidak akan tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
4. MEMAHAMI LELAKI
Anda dikatakan mempunyai gerak hati yang kuat jika kita berupaya memahami hati lelaki. Lelaki mengimpikan gadis yang memahaminya. Merasai suka dukanya. Tanpa bersuara pun, isi hati lelaki itu mampu kita terjemahkan. Itulah yang mampu menghiburkan atau memberi kekuatan sebenar kepadanya.
5. TIDAK CEREWET
Awas ya para gadis! Lelaki tidak suka kepada gadis yang cerewet. Cerewet boleh merimaskan dan membuatkan lelaki jemu denganmu. Jangan amalkan sikap mengkritik kepada sesuatu yang anda tidak gemari. Sebaliknya, berdiam adalah lebih baik.
6. MANJA
Lelaki menggemari wanita yang manja atau bersifat sedikit keanak-anakan. Ini kerana, lelaki suka untuk melindungi. Tetapi, jangan pula anda menunjukkan sifat manja atau keanak-anakan yang berlebihan. Takut pula lelaki akan lihat anda seperti kurang matang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebaik mengetahui dirinya hamil kembar, peminat pelakon Zizie Izette ini memang tidak sabar menanti kelahiran bayinya ini. Walaupun kini usia kandungan sudah memasuki 6 bulan, namun Zizie masih lagi cergas ke sana ke mari tanpa ada halangan. Baru-baru ini beliau mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga ke beberapa buah negara termasuk London dan Turki. Walaupun tanpa kehadiran suami, Zizie tetap enjoy dan bijak bergaya sambil bersantai di kota besar itu ditemani ibu tersayang, Khaty Fauziah dan juga anaknya, Nayla Nurjenna yang berusia 2 tahun.
Admin suka melihat foto yang dimuat turun oleh Zizie. Biarpun dalam keadaan hamil,dia tetap maintain menjaga penampilannya yang serba sempurna dari ‘top to toe’. Sememangnya Zizie antara kalangan artis yang bijak bergaya walau dalam apa situasi. Pelakon Hero Seorang Cinderella ini hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan Ahli Parlimen Kinabatngan, Datuk Bung Mokhtar Radin pada 2009.
Sebelum itu, mommy to be itu ada muat turut status memberitahu dia sedang hamil anak kembar dan rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan Zizie hingga saat melahirkan nanti. Dia dijangka melahirkan anak sekitar Disember atau Januari jika dipermudahkan oleh Allah nanti.
@amthaqshoppe Semoga Allah mudahkan urusan sebelum & selepas bersalin nanti sis @zizieizette . Orang kata byk bjln mudah bsalin. Have a safe journey to both u, jenna & babies?
@lengloy Mommy Cantikk & comel bby bump
@alizasyakira Npk perut mcm baby girl
@ena_krol78 Cantiknya ibu..@zizieizettemcm baby boy ja…ibu cantik sgt…
@nurakmar786 Luv yr style?mom n daughter n mom..simply awesome
Dalam pada itu, netizen juga tidak terkecuali memuji seri ibu mengandung ini. Rata-rata memuji stail Zizie yang bijak mix & match penampilannya sepanjang percutian ini. Beliau menyarung kemeja atau blaus yang dipadankan dengan jaket atau kardigan pelbagai saiz. Biarpun gaya selendang yang digayakan hanya terletak begitu sahaja di kepala, tetapi kelihatannya cukup stailo. Begitu juga dengan kasut, nampaknya Zizie senang memilih yang bersesuaian agar selesa untuk melangkah.
Melihat penampilan Zizie begitu, ada juga usikan nakal pabila melihat perut Zizie Izzete menyangka dia mengandung baby boy atau girl. Walaupun apa sekali jantinanya, rata-rata mengharapkan Zizie akan selamat melahirkan anak kembarnya itu nanti.
Siapa kata hamil tak boleh bergaya, foto-foto ini buktinya.
1. Selesa menyarung kemeja dan seluar slim rona hitam.
Bagaimanapun, perkara sama tidak menjadi sebarang masalah bagi pelakon genit asal kelahiran Kuala Selangor, Ardell Aryana. Malah Ardell dengan selamba memuat naik satu..