Tidak dinafikan jodoh itu rahsia Allah. Namun sebagai hamba-Nya kita boleh memohon pada Allah agar dikurniakan jodoh yang baik dan boleh membimbing kita hingga ke jannah. Seperti perkongsian Prof Muhaya yang mengingatkan supaya mencari calon suami yang menjaga solatnya untuk dijadikan sebagai Imam kita.
Menurutnya melalui posting di laman instagram, Prof Muhaya memberitahu sia-sia bagi seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah sekiranya tidak bersolat kerana tidak boleh membimbing keluarga ke syurga.
“Pada semua yang tidak solat, sila bertaubat kerana anda sepatutnya membawa anak isteri ke syurga. Suami yang tiada niat bawa anak isteri ke syurga, maka hidupnya akan sia-sia,” ujarnya.
Tambahnya lagi beliau turut mengingatkan wanita agar elakkan dari mencari lelaki yang malas dan hanya mahu mencari isteri yang berkerjaya dan rajin berdikari.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Lelaki jenis ini dibimbangi malas menjalankan tanggung jawab dan sekaligus tidak memberi nafkah sepatutnya pada isteri.
Perkongsian ini turut mendapat respon positif dari followernya. Masing-masing bersetuju apa yang dipesan oleh pakar motivasi ini.
Kewangan bukan semata-mata ilmu matematik. Sebenarnya ia jauh tentang hal mengurus emosi. Berjaya atau tidak dalam mempertahan kubu yang dibina, semuanya bergantung pada dalaman diri.
Selalu terjadi, kita gagal untuk menyimpan bukan kerana tidak cukup wang, tetapi tabiat diri dan desakan emosi yang menggagalkan kita untuk membuat simpanan.
Menurut Robert Kiyosaki dalam buku Rich Dad Poor Dad, orang kaya mengumpul harta dan mempertahankan harta sama ibarat sang tentera melindungi kubu dalam peperangan. Apa jua yang berlaku, kubu mestilah didahulukan.
Maka untuk menjadi kaya, perlulah kita mengawal emosi dan membiasakan diri dengan tabiat-tabiat yang boleh elakkan kekayaan atau kewangan kita daripada bocor.
Berikut merupakan antara 6 strategi penting yang boleh membantu:
Apabila mendapat wang, bayar diri sendiri dahulu dengan menambahkan wang simpanan. Selebihnya barulah berbelanja. Bukan berbelanja dahulu, kemudian ada duit lebih baru ingin memendam azam untuk menyimpan. Percayalah, jika ditunggu duit lebih, memang selamanya, kita tidak akan menyimpan wang kocek untuk hari esok.
Jika mempunyai duit simpanan jangka panjang, tukar duit tersebut ke dalam bentuk harta sebenar seperti jongkong emas, tanah lot atau rumah-rumah sewa. Usah biarkan duit itu terbiar dalam bentuk tunai kecuali duit simpanan kecemasan sahaja.
Kerat semua kad kredit kecuali satu. Kad kredit adalah lubang hutang paling mudah. Sememangnya tampak hebat jika memiliki kad kredit Platinum, tetapi ketahuilah bahawa kad kredit boleh menjadi ‘kanser’ kewangan sebab kita tidak menyedari duit sebenarnya sedang tiris. Apabila tersedar, hutang bertimbun menggunung. Dengan kadar faedah paling tinggi berbanding pinjaman yang lain, malah kadar faedahnya adalah pengkompaunan.
Jika ingin membeli barang, pastikan membeli secara tunai supaya kita betul-betul terasa setiap sen duit yang keluar. Jauhkan segala bentuk ansuran, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah, hatta ‘zero interest payment’ sekalipun. Walaupun mungkin ‘zero interest payment’ tu secara matematiknya seperti terlihat untung, akan tetapi ia secara tidak langsung memupuk tabiat suka berhutang. Dalam jangka panjang, ia musuh dalam selimut yang paling bahaya.
Apabila berniat untuk melangsaikan hutang, sasarkan untuk membayar hutang yang jumlahnya paling kecil dahulu kerana apabila satu hutang sudah selesai, ia menjadi motivasi untuk melangsaikan hutang-hutang lain. Pabila terang-terangan bebas hutang, kita pasti akan terasa cukup berat untuk berhutang lagi kecuali “hutang baik” yang membuatkan kita lebih kaya.
p/s: Andaikan ada dua hutang yang jumlahnya lebih kurang sama, apa kata selesaikan hutang yang berkadar faedah yang paling tinggi terlebih dahulu.
Jika kenaikan gaji sudah bertambah baik atau pendapatan sudah meningkat, manfaatkan kenaikan tersebut untuk membuat hutang-hutang baik seperti menambah rumah sewa, beli tanah dan sebagainya. Bukannya silih ganti kereta baru! Memang bukan senang untuk memaksa diri untuk menyimpan wang, namun jika berhutang, kita terpaksa langsaikannya! Walau apa pun, hutang piutang tersebut mesti diurus dengan baik, agar kita hidup tanpa himpitan hutang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan wanita De Fam yang lincah setiap kali berada di atas pentas. Dengan pilihan lagu-lagu yang cukup rancak pergerakan mereka sangat memukau sebagai satu kumpulan penyanyi professional.
Ketika nama mereka meniti dibibir pencinta muzik tanah air, salah seorang peserta kumpulan ini iaitu Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin telah mengambil keputusan untuk berhijab sejak empat bulan lalu.
Ramai berteka teki sama ada dia akan meneruskan karier bersama De Fam atau pun tidak dek penampilannya yang sudah berhijab. Dalam temubual bersama Hijabista, dia masih lagi bersama kumpulan itu hanya penampilan sahaja yang berubah, katanya berhijab bukan menjadi penghalang sebaliknya dia lebih berhati-hati dalam koreografi yang dipersembahkan supaya tidak keterlaluan dan sesuai mengikut penampilannya yang sudah berhiijab.
Dalam temubual itu, Hijabista ada bertanyakan apakah doa yang diamalkan oleh wanita berusia 31 tahun ini dan yang membuatkan kami kagum adalah bait-bait penyampaian yang cukup ringkas namun terkesan di hati.
“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Tuhan yang maha pengampun lagi maha mengasihani, ampunkanlah segala dosa kami, dosa suamiku, dosa kedua ibu bapaku, doa kedua mentuaku, adik-beradikku, saudaraku, sahabat-sahabatku, seluruh kaum muslimin dan muslimat, wal mukminin wal mukminat sekalian, roh-roh dan jasad. Ampunkan kami dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ya Allah Ya Rahman Ya Ghafur, masukkan kedua ibu bapaku dan kedua mentuaku di syurgamu tanpa hisab, termasuk diriku dan juga sahabat-sahabatku, adik beradiku dan sekeluargaku. Amin.”
Sedap doa yang dilantunkan Cik Manggis, meminta setiap keampunan untuk orang yang kita sayang. Mungkin doa ini Hijabi semua boleh ikut dan jadikan amalan setiap kali usai solat. Menuru wanita yang bijak berfesyen ini bila ditanya soal berhijab, “Manggis sebenarnya dah lama berhajat nak pakai tudung, cabaran sebenar adalah to prepare the inner self supaya boleh istiqamah sampai bila-bila. InsyaAllah”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Drama Melur Untuk Firdaus merupakan antara drama yang melonjakkan nama pelakon Anna Jobling dalam dunia seni tanahair. Jadi tidak hairanlah jika nama Anna Jobling kini meniti di bibir para peminat hingga di negara jiran, Indonesia.
Masih beraada pada fasa hijau di usia 23 tahun, pelbagai kejayaan sedikit demi sedikit mula ditempa Anna Jobling, sekaligus meletakkan namanya pada kelas tersendiri dalam industri hiburan tanahair.
Bagaimanapun, jelitawan yang masih muda ini, enggan hanyut dalam dunia glamor! Sebaliknya beliau lebih memikirkan masa hadapan miliknya dikemudian hari.
Anna Jobling berkongsi bahawa dirinya ada melantik Akauntan peribadi untuk menguruskan kewangannya sebagai persediaan di masa akan datang.
Anna Jobling mengakui dirinya tidak suka bersikap boros dan sedang menabung untuk menunaikan impian untuk memiliki kediaman sendiri di hari tua.
“Saya seorang yang mementingkan tentang masa hadapan dan simpanan. Saya tidak suka boros membeli barang. Cukuplah memiliki beberapa barangan berjenama. Tetapi selebihnya saya lebih suka menyimpan.
Saya rasa satu kemestian untuk memiliki seorang penasihat kewangan yang dapat membantu menguruskan pendapatan dengan lebih baik,” ujar Anna ketika ditemui di majlis sambutan hari jadinya yang diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 18 Ogos lalu.
“Jadual saya sememangnya amat padat sejak akhir-akhir ini namun pihak pengurusan tetap cuba untuk menganjurkan majlis istimewa ini untuk meraikan insan-insan istimewa dalam hidup Anna.
“Jika tahun lalu, saya diraikan di Jakarta, kali ini saya dapat meraikannya di sini,” ujar Anna.
Untuk rekod, majlis sambutan hari jadi Anna turut dihadiri rakan strategik perniagaan, rakan media dan peminat setianya.
Mengulas berkenaan perkembangan kerjaya miliknya, Anna kini sedang memberi tumpuan penuh terhadap penggambaran drama yang dilakukan di Bali, Indonesia dalam masa terdekat.
Sekadar info, artikel merupakan artikel olahan semula dari NONA