Bukan itu sahaja, sebuah lagi video selawat bersama Juara Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019, Farhatul Fairuzah juga telah menarik perhatian ramai. Ramai yang menyukai kolaborasi mereka berdua dan mengakui keindahan suara mereka.
Alhamdulillah , Rakaman Untuk Program“Rahsia Ramadhan” 🤍 Semoga Kita Di Panjangkan Usia Dan Dapat Bertemu Ramadhan Tahun Ini 🤲🏻 Thank You @shanellharun Kesayangan Untuk Abaya Cantik Ni😘 #KesayanganSia #EHZiziKirana #PurnamaZiziUnic
Difahamkan, Zizi telah membacakan ayat Al-Quran tersebut bagi sesi rakaman program kerohanian yang akan ditayangkan pada bulan Ramadhan nanti. Wah, tak sabar rasanya untuk meyaksikannya di kaca televisyen nanti!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setibanya seruan sampai, sudah tentu ramai individu yang akan menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci tidak kira mengerjakan haji mahupun umrah. Tuntutan itu adalah suatu amalan yang harus umat Islam tunaikan, dengan izin-Nya, segala urusan akan dipermudahkan.
Berkongsi pengalaman manis mengerjakan ibadah umrah di Makkah, isteri kepada pelakon Baim Wong, Paula Verhoeven, gembira dapat jejakkan kaki di Tanah Suci. Turut juga membawa dua orang anaknya, Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong.
Mendapat peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Paula Verhoeven, kongsikan bersama pengikutnya perjalanan dan momen di sana. Di samping itu, dia turut membawa kedua orang anaknya bersama-sama.
Isteri kepada pelakon Indonesia, Baim Wong, itu bukanlah keseorangan di sana bersama anak-anaknya. Baim Wong juga turut bersamanya menjalani ibadah umrah bersama dan kelihatan sangat gembira di sana bersama keluarga.
Paula juga menitipkan rasa bersyukur serta pengalaman yang penuh dengan pengajaran apabila mengerjakan ibadah serta mempunyai anak kecil disisi. Katanya, pengalaman itu mengajar wanita berdarah Belanda itu erti kesabaran.
“MasyaAllah Tabarakallah. Umrah bawa anak itu pengalaman yang luar biasa, ngelatih kesabaran.” tulisnya di ruang kapsyen.
Ramai juga pengikut Paula Verhoeven yang suka akan melihatnya bertudung dan menutupi auratnya. Memadankan niqab, tudung labuh, dan juga jubah cukup minimal namun masih kelihatan cantik.
Pengikutnya juga memberikan komen-komen yang positif serta mendoakan ibadah umrahnya sempurna. Mereka juga mengharapkan Paula juga akan mengenakan imej yang sopan itu balik ke Jakarta.
Mengerjakan umrah bukanlah suatu perkara yang kita anggap senang, malah banyak juga aspek penjagaan yang perlu dititikberatkan agar ibadah itu termakbul. Malah, banyak juga ilmu yang perlu di pelajari sebelum pergi ke Tanah Suci.
Alahai tak berkelip mata memandang, gaya Fazura & Fatima betul-betul undang pujian, cantik sedondon ibu dan anak dalam busana kurung serba ungu!
Bahagianya melihat keluarga kecil Faz sempena majlis #SilaturrahimRayaFAZURA 2024 yang berlangsung baru-baru ini. Berkonsepkan rumah terbuka, majlis yang berlangsung di The Starhill Dining, Kuala Lumpur itu kelihatan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan kenalan rapat usahawan tersebut.
Bersempena sambutan Hari Raya, Fazura yang baru selesai menjayakan drama ‘Lelaki Itu’ mengambil peluang beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Antara yang diraikan, ibu bapa, adik-beradik, sanak saudara serta sahabat handai mereka.
GAYA FAZURA & FATIMA
Memilih warna tema ungu, Fazura, Fattah Amin dan Fatima berbusana sedondon meraikan tetamu yang hadir. Paling menarik perhatian, pastilah penampilan Fazura yang tak pernah kalah dalam bergaya.
Pada usia 40 tahun, Fazura masih bijak memilih gaya yang sesuai dengan kejelitaannya. Hijab yang dipakai terletak kemas hasil sentuhan hijab stylist Syira Atiqah, manakala wajahnya dirias manis oleh MUA Rozlan Nasir.
Tak lengkap kebahagiaan si ibu tanpa anak kesayangan. Berusia 4 tahun, wajah comel Nur Fatima Aisya saling tak tumpah seperti ibu tercinta. Pandai bergaya dan mesra kamera, gaya Fazura dan Fatima undang pujian warga maya!
Dalam perkongsian Fazura, wanita yang juga pengasas empayar Fazbulous, Fazura Beauty, Fazura Skincare dan Tudung Fazura itu sempat menitipkan jutaan penghargaan.
“Terima kasih buat semua tetamu yang kami kasihi atas kesudian untuk hadir ke majlis #SilaturrahimRayaFAZURA 2024.
Semoga silaturrahim yang terjalin sentiasa dipelihara, dilindungi dan dirahmati Allah SWT. Andai ada kekurangan dari pihak kami, harap diampunkan,” tulis Fazura yang terkenal dengan sifat merendah diri.
Jadi pujian peminat, sememangnya gaya Fazura & Fatima yang berbaju sedondon serba ungu ini mencetus inspirasi buat hijabi ibu dan anak. Manis dan sopan kan!
Keringkam berusia 35 tahun milik Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dihadiahkan baginda kepada Muzium Sarawak untuk dipamerkan kepada khalayak.
Titah baginda, keringkam itu mempunyai nostalgianya tersendiri. Malah, baginda mahu agar nilai seni bertaraf tinggi seperti itu terpelihara dan dihargai oleh generasi baharu supaya tak lapuk ditelan zaman.
“Ini adalah hadiah perkahwinan dalam satu daripada 16 dulang yang saya dapat ketika berkahwin dengan suami saya, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Memandangkan ia adalah Keringkam Sarawak, hari ini saya mahu menyerahkan kepada kerajaan Sarawak untuk dipamerkan di muzium.
Baginda bertitah demikian sewaktu menghadiri majlis perasmian Lembaran Emas Siri 2: Simposium Tekstil Borneo.
Pada majlis sama, selaku Penaung Pusat Pengeluaran Songket Kontemporari Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) baginda turut menggalakkan para penenun untuk terus memantapkan kemahiran masing-masing.
Ini demikian kerana, Tunku Azizah cakna berhubung jumlah penenun berkemahiran negara yang semakin menyusut seiring waktu.
Malah, ramai diantara penenun mahir yang sudah tidak lagi bergiat secara aktif dalam bidang ini.
Justeru, amatlah dialu-alukan sekiranya penenun mahir mahu menjadi tenaga pengajar yang mewarisi kemahiran ini kepada generasi baharu.
“Kami dapati semakin berkurangan orang yang terlibat dalam tenunan dan kita mesti galakkan mereka kembali.
“Adalah penting bagi penenun untuk menurunkan pengetahuan mereka. Kita mesti pastikan ilmu dan warisan ini tidak luntur ditelan zaman.
“Para penenun mahir perlu menurunkan pengetahuan mereka agar dapat didokumentasikan setiap bahagian, dan diwariskan kepada generasi akan datang,” titah baginda.
Selain itu, Tunku Azizah menzahirkan rasa syukur apabila industri tekstil negara kini kian berkembang pesat.
Jelasnya, ini sekaligus mampu meningkatkan nilai eksport dan import serta membuka peluang dalam mempromosikan tekstil komuniti tempatan negara di persada antarabangsa.
Terdahulu, Lembaran Emas Siri 2: Simposium Tekstil Borneo 2022 dianjurkan bertujuan untuk memupuk hubungan antara masyarakat dan pemain industri tekstil.
Dalam masa yang sama ia menjadi platform pertukaran idea ke arah pemeliharaan dan kemampanan tekstil di seluruh dunia.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.