Memiliki kulit yang sempurna bukanlah perkara mudah untuk dilakukan. Apabila anda memiliki kulit yang tidak sempurna seperti jerawat dan jeragat, ia seolah-olah seperti menghilangkan keyakinan diri seseorang itu. Tambahan pula apabila anda mengalami masalah kulit gelap seakan berdaki di bahagian lutut dan siku, pastinya akan menjadikan anda stres apabila memikirkannya.

Sumber gambar: Klikbulukumba

Walaupun banyak krim pemutih ataupun suplemen tambahan dijual di farmasi yang kononnya mampu untuk mengembalikan tona kulit yang sekata, tetapi tidak semua memberi hasil yang berkesan dan efektif. Kali ini, team Hijabista akan kongsikan kepada anda senarai pilihan bahan semula jadi yang berkuasa untuk menghiangkan kesan gelap pada bahagian lutut dan juga siku. 

  1. Teh hijau 
Sumber gambar: Anna

Tidak hanya berfungsi sebagai sumber anti-oksidan yang terbaik, malah teh hijau dipercayai mampu untuk menjadikan kulit lebih cerah. Seperti yang anda tahu, produksi melanin menyebabkan kulit menjadi lebih gelap. Oleh disebabkan itu, gunakan teh hijau sebagai salah satu cara untuk mengembalikan tona kulit yang cerah dan sekata. Caranya, rendamkan 1 uncang teh hijau ke dalam air panas dan biarkan ia sejuk seketika. Selepas itu, celupkan kapas putih dan usapkan ke bahagian lutut atau siku. Lakukan selama dua kali sehari.

2. Gel lidah buaya  (Aloe Vera)

Sumber gambar: e.mounted

Lidah buaya dianggap dapat mencerahkan kulit dan berfungsi untuk meratakan tona kulit dengan cepat. Bagi anda yang ingin mencuba gel lidah buaya untuk mencerahkan kulit lutut dan siku, anda boleh sapukan gel lidah buaya ke bahagian lutut atau siku yang bermasalah. Sapukan dengan lembut dan urut perlahan selama 5 minit. Kemudian, cuci sehingga bersih. Lakukan cara ini sebanyak dua hingga tiga kali seminggu.

IKLAN

3. Kunyit 

Sumber gambar: Kaboompics

Kunyit bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan, malah ia juga boleh digunakan dalam aspek kecantikan. Ini adalah kerana, kunyit mengandungi sumber kurkumin yang dapat mengatasi masalah lebihan melanin dan mengurangkan hiperpigmentasi. Berikut ialah cara untuk menggunakan kunyit bagi mencerahkan lutut dan siku. Campurkan ½ kunyit dan 1 senduk yogurt atau madu. Sapukan pada bahagian lutut atau siku selama 1- hingga 15 minit. kemudian bilas hingga bersih. Lakukan cara ini selama dua hingga tiga kali seminggu.

4. Lemon 

IKLAN
Sumber gambar: Polinawhatever

Pasti ramai yang tahu tentang kebaikan lemon dalam dunia kecantikan, bukan? Ha! Tahukah anda, satu lagu fungsi lemon ialah dapat mencerahkan kulit gelap terutamanya di kawasan siku dan juga lutut! Kandungan asid yang tinggi berupaya untuk menjadikan tona kulit lebih sekata, bersih dan berseri. Caranya, potong lemon terlebjh dahulu menjadi dua bahagian. Kemudian, gosokkan pada lutut dan siku. Kemudian, biarkan selama 3 jam (lama tapi berbaloi!) dan bilas sehingga bersih. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan pelembap selepas membilasnya untuk memastikan kulit tidak terlalu kering.

5. Minyak kelapa 

IKLAN
Sumber gambar: izgubljenausvemiru

Bukan hanya baik untuk rambut, minyak kelapa juga dapat membantu mencerahkan kulit yang gelap kerana ia kaya dengan sumber vitamin E. Caranya, sapukan minyak kepala pada kawasan yang bermasalah dan biarkan selama 5-10 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Lakukannya semalam 2 kali sehari. Minyak kepala juga bukan sahaja mampu untuk memperbaiki sel kulit yang rosak malah ia dapat dijadikan sebagai bahan untuk melindungi kulit dari bahya sinaran matahari.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe