Pelakon yang popular dengan drama ‘Dunia Baru’, Anita Baharom telah selamat menjadi isteri yang sah kepada pilihan hatinya, Engku Isyamuddin Tuan Losin.
Anita dan pasanganya dinikahkan oleh abang kandungnya sendiri, Zulkifly Baharom bersaksikan beberapa wakil yang dilantink dalam majlis Ijab qabul yang berlangsung di Dewan Bizmilla Hall, One City, Subang Jaya pagi tadi.
Anita Terima Tiga Dinar Emas Sebagai ‘Mas Kahwin’
Walaupun sudah menginjak usia 39 tahun, Anita masih terlihat manis dan ayu dalam persalinan serba putih. Pada majlis penuh bersejarah itu Anita telah meberima mas kahwin bernilai tiga dinar emas daripada suaminya.
Majlis akad nikah yang dilakukan secara sederhana itu terlihat indah dengan hiasan bunga-bungaan yang mewarnai penyatuan kasih dua jiwa antara Anita dan engku.
Tetamu yang hadir menyaksikan momen indah berakhirnya zaman ‘solo’ Anita setelah setahun bergelar ibu tunggal.
Majlis yang penuh kemeriahan itu dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.
Antara rakan selebrit yang turut hadir bagi meraikan hari bahagia Anita Baharom adalah Yat Hamzah dan Abby Fana.
Ads
Untuk rekod, Anita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka yang dikenali sebagai Mohd Ismadi.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurnikan tiga orang cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar sebagai penyeri hidup mereka.
Namun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari, apabila perkahwinan yang dibina lebih 16 tahun itu menerima ujian getir dimana sang suami dijemput ilahi pada 1 Januari lalu.
Manakala pasangannya, ini bukan perkahwinan pertama bagi Engku Isyamuddin selepas berpisah dengan bekas isterinya.
Siapa tidak mengenali pengacara dan pelakon Dahlia Eleanor Iking atau lebih sinonim dengan nama Daphne Iking. Cuba untuk menjadi seorang mualaf baru yang betul-betul mendalami Islam dan kekal istiqomah. Salah satu caranya adalah dengan meninggalkan whatsapp group yang menurutnya tidak memberi faedah.
Figura ini sering menjadi pengacara di majlis pelancaran hijab dan majlis rasmi yang lain. Malah umum pastinya keliru dengan penampilan dan anutan beliau.
Berbicara secara dekat bersama Daphne membuat admin tertarik ingin tahu lebih dekat pendekatannya mengenai Islam dan cara beliau menguruskan diri sebagai seorang saudara baru. Juga bagaimana cara didikan beliau terhadap dua anaknya, Putera Iman 4 dan Puteri Isabell ketika di bulan Ramadan lalu.
Mula mendekati agama dengan mengikut kelas usrah dan mendalami Al Quran. Dengan pengalaman yang dilaluinya beliau merasakan cara menyampaikan agama Islam yang agak kasar tidak akan terkesan di hati bagi mereka yang baru menganut agama suci ini dan ia adalah pandangan peribadi Daphne.
Kristian adalah agama anutannya sebelum memeluki Islam dan mendalami Al Quran. Daphne juga pernah mendalami kitab bible dan seronok serta teruja untuk mendalami Al Quran kerana kedua-duanya mempunyai persamaan.
Setiap kali beliau mendalami baris ayat serta maksud Al Quran dan jika ada sesuatu berlaku yang memberi pengajaran untuknya, Daphne akan terus mendalami kita suci ini.
Pengajaran dari Surah An Nisa sendiri, kita tidak boleh ada private conversation dan mengatakan hal orang lain. Lalu Daphne mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari beberapa kumpulan whatsapp selain mendiamkan diri.
Ini adalah bagi mengelak dirinya dari terjerumus dan merosakkan ibadahnya. Melainkan kumpulan whatsapp yang disertainya itu bertujuan untuk charity, kebaikan dan menyatukan ummah.
Seringkali muncul di majlis-majlis pelancaran tudung berjenama terkenal seperti Duck Scarves dan Nealofar Hijab, seringkali juga soalan yang sama diajukan kepadanya. Daphne bila mahu berhijab? Jawapannya, “Ya umum tahu saya telah memeluk Islam dan sering muncul majlis seperti ini, bukan tidak bersedia lagi meskipun koleksi hijab penuh dua laci”.
“Satu lagi nasihat paling melekat di minda saya, apabila ustazah saya memberi teguran, sempurnakan solat dahulu insyallah perasaan untuk berhijab akan datang dengan semulajadi.” Kongsi Daphne ketika ditemui ketika majlis pelancaran Doily Duck baru-baru ini.
Mempunyai pelbagai koleksi dari pelbagai jenama seperti Duck, Cakenis, Nealofar dan pelbagai lagi, beliau tidak meletakkan standard dan gaya untuk berhijab. Sebagai pengacara non hijab wear adalah salah satu hint atau petunjuk untuk Daphne berhijab satu hari nanti, Insya-Allah.
Bagi Daphne mendidik anak untuk bermula puasa tidak menjadi masalah baginya kerana suami sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar. Belajar berpuasa sejak zaman di USM, “Memandangkan saya mempunyai rakan Melayu jadi tiada masalah untuk saya berpuasa”.
Beliau mula berpuasa sebagai Islam 8 tahun lalu, Daphane dan anak perempuannya Isabell yang kini berusia 11 tahun tidak menjadi masalah baginya. Namun lain pula ceritanya bagi anak lelaki beliau, Iman yang berusia 4 tahun.
Iman mempunyai semangat untuk berpuasa seperti Ibu dan ayah serta kakaknya. Rajin bangun sahur akan tetapi Iman tidak tahu lagi konsep puasa yang sebenar. Puasa yang pertama adalah yang paling bermakna buat beliau kerana masa berkumpul bersama keluarga amat berharga baginya.
Seperti muslim yang lain Daphne juga digalakkan oleh suami untuk mengerjakan terawih bersama. Beliau akui masih kurang pengetahuan mengenai Islam, terutama mengenai solat sunat mahupun solat wajib, tetapi suami mendorong untuk mengikuti apa yang dilakukan oleh jemaah lain, sedangkan Daphne hanya hafal surah Al-Fatihah.
Beliau sedar banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki, namun sebagai mualaf Daphne berharap orang di sekeliling memahami dan memberi dorongan serta teguran secara kasih sayang. Bercerita mengenai pengalamannya berterawih yang lalu, beliau rasa tersinggung dengan teguran seorang jemaah lain mengenai penampilannya.
Daphne akui ketika itu beliau tidak sempurna dan memakai pengilat kuku. Salah seorang jemaah terlihat lalu menegur secara kasar, “Ini tak sah, sembahyang tak sah ini”. Dengan nada penekanan dan sedikit kasar ketika itu saya begitu tersinggung dengan teguran itu”. Ada juga teguran lain yang mengguris hati saya sebagai saudara Islam yang baru menganut agama Islam.
Dengan perasaan berbaur sedih dan protes saya bercerita kepada suami. Mujur suami seorang yang positif, memujuk agar jangan tersinggung dengan perbuatan mereka. Bagi Daphane tidak salah menegur, tetapi harus dibuat dengan nada kasih sayang dan lembut bukan secara kasar.
Raya bagi Daphne untuk dia berehat dari sebarang aktiviti. Sepanjang raya selalunya tiada aktiviti yang memenatkan, cukaplah sahaja dengan berehat bersama keluarga atau bercuti bersama rakan terdekat.
Destinasi percutian selalunya jarang dirancang seawalnya kerana dia dan suami suka membuat keputusan saat akhir. Walau bagaimanapun persediaan wajib beraya tetap disediakan seawalnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Terpukau melihat kejelitaan wanita yang sentiasa melemparkan senyuman manis saat bersua muka. Memiliki wajah yang jelita dan lembut membuatkan Bella Dally sentiasa mencuri pandangan.
Malah, wanita asal kelahiran negeri di bawah bayu Sabah ini, punyai peronaliti yang sungguh ayu, sopan santun dan lemah-lembut saat mengatur bicara lantas menyerlah keperibadian seorang wanita Melayu yang beradab tutursusila.
Sepanjang bergelar selebriti wanita ini sentiasa tampil dengan imej yang bersih. Pernah suatu ketika dahulu bertanyakan Bella Dally tentang persoalan ini. “Saya seorang yang tak mencari masalah. Saya memang tak kacau orang.
“Selepas saya berhijab dahulu secara tak langsung cara saya berubah. Jadi tiada isu tiba-tiba nak jaga diri. Malah, ketika saya tidak berhijab dahulu saya bukan seorang gadis yang ‘nakal’ juga. Saya memang seorang ‘family girl‘ yang jaga nama baik keluarga dan tak kacau oarang pun. Mungkin sebab itu saya kurang kontroversi,” tutur Bella Dally.
Selain itu, percubaan HIJABISTA untuk mengcungkil rahsia bagaimana wanita ini menjaga penampilan khususnya kulit wajahnya yang bersih dan cantik itu, nyata berjaya.
Menurut Bella dia amat menitikberatkan penjagaan kulit wajah terutamanya penggunaan produk yang memfokuskan tentang penghidratan kulit, tambahnya lagi, ketika waktu senggang
“Saya suka pakai produk hidrasi. Sebab sebelum ini kulit saya bermasalah juga tapi selepas selalu pakai hydration mask serum kulit menjadi lebih baik.
“Sebelum ini saya suka pakai tiga benda ini sahaja pembersih, penyegar dan pelembap. Tapi bagi saya itu tidak cukup kena pakai topeng wajah dan serum baru nampak perubahan.
“Ketika photo shoot saya memang kena banyak mekap dan saya pastikan kulit benar-benar besih daripada sebarang solekan. Saya hanya pergi facial hanya bila perlu sahaja. Saya jaga makan dan bersenam. Siang saya makan nasi dan tak pernah sekat pengambilan makanan.
“Tapi saya kurangkan makanan segera serta makanan berminyak dan gula. Tubuh saya memang sensitif dengan gula. Jika terlebih gula memnag boleh rasa badan saya cepat naik,” ujar Bella Dally yang kini aktif dengan sukan berbasikal.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Kecuali kanak-kanak dan remaja, hampir semua orang mahu kelihatan lebih muda. Walaupun losen mahal dan rawatan kosmetik pasti boleh meningkatkan penampilan anda, pelaburan yang paling boleh diterima adalah dalam mengubah suai aktiviti harian.
Ternyata terdapat rahsia terbesar anti-penuaan mungkin dalam tabiat harian anda. Ini senarai kesilapan yang paling biasa yang harus anda hentikan jika ingin kekal sihat dan muda untuk masa yang lama.
Straw bukan sahaja memudaratkan alam sekitar, malah ia juga memudaratkan muka kita. Para saintis menunjukkan bagaimana penggunaan straw menggalakkan pembentukan garis-garis halus dan kedutan di sekitar bibir. Di samping itu, berulang kali menguncup otot yang sama mungkin merosot kolagen dari masa ke masa, yang mungkin membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.
Pastri bakar dan gula-gula selalunya mengandungi gula dan lemak tambahan yang tinggi, menyumbang kepada penambahan berat badan dan kesihatan mulut yang tidak baik. Selain menggalakkan mikrobiota yang tidak sihat, gula adalah pro-radang. Atribut ini boleh mempercepatkan proses penuaan, membuatkan anda kelihatan letih, bengkak dan berkedut.
Menurut kajian saintifik, tidur kurang daripada 7 jam setiap malam mungkin mengurangkan jangka hayat anda. Selain itu, ia akan menjadikan anda kelihatan dan berasa jauh lebih tua. Pertama, tidur yang tidak mencukupi melemahkan stamina mental dan fizikal yang diperlukan untuk melengkapkan hari biasa sehingga ke tahap yang boleh menjadikan kejayaan peribadi dan profesional sangat mencabar. Kedua, tidur yang tidak mencukupi memudaratkan badan, terutamanya jantung dan otak. Ketiga, hormon pertumbuhan manusia juga dicipta semasa tidur, menghasilkan nada otot yang sihat.
Walaupun cahaya di luar mungkin tidak kelihatan sangat terang, anda harus sentiasa memakai cermin mata hitam. Melindungi mata daripada matahari membantu dengan pemeliharaan penglihatan. Selain itu, kerap merenung dalam cahaya terang mempercepatkan pembentukan garis-garis halus dan kedutan di sekeliling mata dan dahi.
Kerana berjemur boleh memberikan cahaya yang kelihatan sihat, penyamakan telah menjadi agak popular. Walau bagaimanapun, pendedahan matahari yang berpanjangan ketidakteraturan pigmentasi, terutamanya di sekitar mata.
Diet ranap, walaupun memikat mereka, bukanlah idea yang baik. Ia bukan penyelesaian kekal. Menurut penyelidikan, berdiet secara mendadak mungkin membuatkan anda berasa lebih tua kerana ia merendahkan tahap tenaga, menjejaskan tumpuan dan menyebabkan kemurungan. Ketidakupayaan kulit untuk bertindak balas terhadap pengurangan berat badan juga boleh menghasilkan kedutan dan kendur. Kawalan berat badan adalah penting untuk kesihatan yang baik, tetapi anda tidak boleh cuba menurunkan lebih daripada 1 atau 2 paun setiap minggu.
Ini nampaknya sukar difahami oleh kebanyakan kita, tetapi realitinya ialah tiada siapa yang akan meluangkan masa untuk anda. Jadi ia adalah sesuatu yang anda mesti lakukan untuk diri sendiri dan ia merupakan langkah anti-penuaan yang penting. Mulakan dengan membangunkan rutin harian yang kecil-kecilan, seperti menulis catatan diari ringkas sebelum tidur atau berlari petang. Perbuatan ini menyumbang dengan ketara kepada kepuasan diri dan kesihatan jangka panjang.
Penyelidikan menunjukkan bahawa kemurungan mempercepatkan lesi otak, yang seterusnya mempercepatkan proses penuaan. Jadi, jika anda mengalami hari yang suram selama lebih daripada 2 minggu, anda harus mendapatkan bantuan profesional untuk kesihatan mental. Kegembiraan anda mungkin dipulihkan dengan lebih cepat jika menjalani terapi kognitif-tingkah laku.
Dengan seikhlas hati anda memutuskan untuk bersenam lebih banyak. Walau bagaimanapun, jadual terlalu sibuk sehingga bersenam telah gagal di tepi jalan. Malangnya, kekurangan aktiviti fizikal adalah salah satu cara paling cepat untuk menua badan. Berjalan-jalan, pergi ke gim, atau berlatih yoga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk melegakan ketegangan. Senaman yang berjaya semestinya memerlukan banyak usaha.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di