Kanta lekap atau lebih dikenali sebagai softlens merupakan antara alat bantuan penglihatan khusus bagi mereka yang mempunyai masalah rabun. Namun, terdapat juga individu yang menggunakan softlens untuk tujuan kecantikan dan stail kerana softlens mampu mengubah warna anak mata sekaligus memberi nafas baharu pada penampilan penggunanya.

Tetapi tahukah Hijabi bahawa penggunaan kanta lekap yang kerap dan terlalu lama bakal membuatkan mata letih dan terdedah dengan jangkitan kuman serta iritasi. Terutamanya, apabila cara pemakaian kanta lekap tidak benar-benar bersih dan hygienic! Lebih buruk lagi jika anda gemar menatarias wajah dengan solekan.

Malah, solekan pada bahagian mata berpotensi menjadi jangkitan kuman jika tidak dilakukan dengan teknik yang betul dan dicuci dengan cara yang wajar. Justeru, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan tip menjaga kebersihan mata meski memakai kanta lekap dan solekan agar tetap selamat dan bebas dari jangkitan kuman!

1. Pastikan Kebersihan Tangan Sentiasa Terjamin

Seperti yang sudah dijelaskan sebentar tadi, pengguna kanta lekap amat berisiko dan terdedah kepada iritasi dan jangkitan kuman pada mata sehingga menyebabkan mata ketumbit dan sakit mata. Oleh itu, sebelum menggunakan kanta lekap, adalah lebih baik jika anda mencuci tangan terlebih dahulu dan pastikan tanganmu kering sebelum memasukka softlens ke dalam mata. Ini demikian kerana, air juga mengandung bakteria dan mikroorganisme yang tidak dapat dilihat dan menyebabkan iritasi pada mata.

2. Pakai Softlens Terlebih Dahulu Sebelum Menatarias Wajah

IKLAN

Pastikan anda memakai softlens terlebih dahulu sebelum menatarias wajah, kerana pemakaian kanta lekap setelah menggunakan makeup akan menjadi sukar. Terkadang memakai softlens dapat membuat mata berair sehingga merosakkan solekan yang sudah siap ditatarias pasa wajah. Oleh itu, pakailah softlens terlebih dahulu sebelum mengaplikasikan solekan.

Artikel berkaitan: Mata Kering ‘Musuh’ Utama Wanita! Jangan Abaikan, Ketahui Cara Hindarinya

3. Gunakan Produk Bebas Minyak (Oil Free)

Dalam pemilihan alat solek pula, sebaiknya hijabi menggunakan alat solek yang bebas minyak atau mempunyai dasar air (water based). Tidak dinafikan produk makeup yang mengandung minyak sememangnya lebih mudah dikelola untuk digunakan.

IKLAN

Tetapi kandungan minyak yang terdapat pada makeup itu mampu memberi kerengsaan kepada mata terutamnya jika anda sedang menggunakan softlens. Kerana alat solek yang bertekstur krim kebiasaanya mengandung minyak dan mudah luntur dan masuk ke dalam mata. Hingga membuatkan softlens menjadi keruh dan mengganggu penglihatan, sekaligus mendedahkan mata untuk dijangkiti kuman serta berlaku iritasi pada mata.

4. Elakkan melukis ‘Eye Wing’ atau Tightlining

Eye Wing atauTightlining merupakan teknik makeup yang masih menjadi kegilaan hingga kini. Ia merupakan teknik melukis eyeliner pada bahagian antara bulu mata atas dan bawah. Menggunakan makeup pada area yang sangat dekat dengan mata, hingga menyebabkan mata berair, kering dan membuat softlens terdedah kepada kotoran dabln meningkatkan risiko iritasi pada mata.

5. Perhatikan Penggunaan Maskara

IKLAN

Selain penggunaan eyeliner yang perlu dititikberatkan dalam penggunaan makeup bagi anda yang gemar memakai kanta lekap, penggunaan maskara juga perlu diberi perhatian. Elakkan menggunakkan maskara yang menyebabkan gumpalan atau maskara yang memiliki bahan-bahan yang medatangkan kerengsaan pada mata. Gumpalan maskara yang kering dan mengeras mungkin berisiko jatuh ke dalam mata dan mengakibatkan mata mengalami jangkitan, iritasi dan gatal pada bebola mata dan juga ketumbit.

Dah tahukan beberapa proses yang perlu dilakukan sebelum memakai softlens atau kanta lekap, agar kebersihan dan kesihatan mata lebih terjamin. Semoga tip ini membantu dan memberi manfaat, selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Haram Guna Kaedah ‘Eyelash Extention’, Tiada Masalah! Ini Cara Halal Lentikkan Bulu Mata Secara Semulajadi

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI