“Yay! Akhirnya dah habis period tapi kenapa lepas beberapa hari dah habis ni masih ada darah sikit sikit yang keluar ni?”
Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa selepas habis sahaja haid dan ada darah sedikit yang masih keluar. Tentu banyak persoalan yang berada difikiran kita kan? Sebarang darah yang datang tanpa punca atau abnormal pasti menimbulkan rasa panik dan cemas pada kita. Manakan tidak, haid sudah habis tetapi selang beberapa hari masih ada lagi darah yang keluar. Pasti takut akan penyakit yang ada.
Marilah kita ketahui 8 sebab mengapa masalah ini sering terjadi terutama sekali buat wanita yang sudah habis haid dan masih ada darah yang terkeluar setelah beberapa hari atau dipertengahan bulan. Disini juga ingin menjelaskan kepada anda sama ada anda perlu jumpa doktor ataupun tidak.
Kenapa darah keluar selepas haid?
Selalunya darah yang keluar ini mempunyai banyak punca dan sebabnya. Akan tetapi, masalah pendarahan selepas haid ini kadang kala bukanlah masalah yang serius dan tidak diperlukan rawatan lanjut. Jadi, darah yang keluar ini dikenali sebagai metrorrhagia di dalam bahasa saintifiknya yang bermaksud pendarahan antara haid atau spotting.
Banyak punca-punca yang menyebabkan pendarahan selepas haid ini. Mari kita ketahui dengan lebih lanjut antara sebab sebab pendarahan selepas haid ini berlaku.
1. Pengunaan pil kontraseptif kecemasan
Pengunaan pil kontraseptif kecemasan boleh menyebabkan wanita itu mengalami pendarahan. Ini termasuklah dengan pengambilan “morning after pill” atau penggunaan IUD (alat dalam rahim). Logiknya, tekanan yang diterima selepas makan ubat-ubatan juga boleh menjadi antara punca utamanya.
2. Pendarahan implantasi
Pendarahan implantasi ini adalah apabila wanita mengalami spotting selepas mereka hamil. Ianya terjadi apabila ovum melekat pada dinding uterus. Tambahan pula, wanita tersebut akan merasakan sakit perut seakan-akan senggugut.
Keguguran
Kadangkala, pendarahan luar dari kitaran haid seseorang itu juga menandakan bahawa dia mengalami keguguran dan wanita juga boleh mengalami keguguran pada bila-bila masa sahaja. Malah, ada juga yang tidak sedar tentang kehamilan itu sendiri.
4. Mempunyai penyakit kelamin
Jangkitan kelamin atau STI boleh menyebakan pendarahan antara dua haid. Sebagai contoh, penyakit klamidia boleh menyebabkan pendarahan atau spotting. Dan tidak asing buat mereka yang menghidap penyakit ini untuk mengalami pendarahan selepas atau ketika melakukan hubungan seks. Kebanyakan mereka yang tidak menggunakan perlindungan akan berisiko untuk menghidap STI.
5. Luka kawasan dalam kelamin
Miss V wanita boleh tercedera ya! Terutama sekali apa melakukan hubungan intim. Selain itu juga luka juga boleh terjadi kerana keadaan vagina yang terlalu kering. Kebanyakan wanita yang mempunyai vagina kering adalah disebabkan perubahan hormon, diabetes, menopaus atau sedang melakukan rawatan kanser.
Artikel berkaitan: Letak Ais Pada Titik Feng Fu, Mampu Hilangkan Migrain & Bantu Lancarkan Kitaran Haid
6. Menopaus atau Pramenopaus
Selalunya menopaus terjadi buat wanita berumur 45 hingga ke 55 tahun. Seperti yang kita tahu wanita yang tidka datang haid selama setahun dikatakan mencapai menopaus. Selain itu, perubahan hormon juga menyebabkan mereka mengalami masalah kitaran haid yang tidak stabil. Jadi ia antara punca alami spotting atau pendarahan yang sangat berat.
7. Penghidap kanser tertentu
Salah satu sebab pendarahan antara haid boleh berlaku juga adalalah disebabkan pelbagai faktor dan kanser antara satunya. Malah, jarang sekali untuk masalah keluar darah sedikit, tetapi bukan haid berlaku disebabkan oleh kanser.
Kanser serviks juga bukan menyebabkan pendarahan sahaja tetapi menyebakan bau vagina yang pelik dan abnormal. Simptom seperti sakit ketika melakukan hubungan seks juga antaranya.
8. Pendarahan sebab PCOS
Buat mereka yang menghidap PCOS pasti akan selalu mengalami period yang tidak teratur. Jadi pendarahan sedikit itu juga disebabkan PCOS. Tambahan lain, PCOS juga boleh menyebabkan mengalami masalah kesuburan, naik berat badan dan mempunyai masalah kulit berjerawat dan berminyak.
Artikel berkaitan: Adakah Aku Penghidap Ovari Polisistik (PCOS)? Kenali Lebih Mendalam Mengenai Penyakit Merbahaya Ini!
Jika pendarahan tersebut kerap berlaku dan menyebabkan kesakitan yang lain. Lebih baik untuk berhati hati dan pergi berjumpa doktor. Kadang-kadang kita tidak sedar, pastikan sentiasa berwaspada. Antara simptom lainnya adalah seperti rasa sakit, penat dan sering letih, pening kepala dan juga demam panas. Jadi, anda dinasihatkan supaya berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah.
Kadang-kadang apa yang kita baca itu tidak sama seperti apa yang doktor akan cek. Pendarahan yang kerap atau abnormal juga dinasihatkan berjumpa doktor. Mungkin punca pendarahan tersebut adalah penyebab penyakit bahaya. Kita tidak mahu tiba-tiba terkena rawatan kecemasan. Jadi, cegah sebelum terlambat. Sayangi lah diri anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI