Video Tutorial: 4 Pelbagai Gaya Hijab Dalam Seminit, Sangat Simple Untuk Digayakan Rai Syawal Tahun Ni

Share

Sebagai wanita yang baru berhijab, pasti akan berhadapan masalah untuk menggayakan tudung dengan gaya bersesuaian. Masing-masing pasti ada citarasa tersendiri dalam memilih hijab untuk digayakan supaya stail kelihatan ‘on point’ setiap masa.

Namun sebenarnya tidak kira hijab instan, shawl

panjang atau empat segi, masih boleh kita gayakan mengikut keselesaan. Dan yang penting sentiasa nampak kemas dan cantik terletak kemas di atas kepala.

Jangan beri alasan tidak pandai gayakannya, ini kerana hijabi boleh belajar sendiri di laman youtube ataupun page dari mana-mana jenama hijab popular.

Ayuh, lihat video tutorial dari 4 gaya hijab dari tudung berlainan  hanya dalam masa 1 minit. Ini boleh dijadikan idea untuk anda gayakan ketika Syawal nanti.

VIDEO PENUH DI SINI:

KREDIT FOTO: INSTAGRAM RADIUSITE

IKLAN