Hijab dari fabrik satin memang sering jadi pilihan ramai. Ini kerana tudung jenis ini sangat selesa untuk dipakai disebabkan materialnya yang lembut dan tidak panas. Namun ada kalanya fabrik yang terlalu lembut menyebabkan agak sukar untuk digayakan dan perlu banyak penggunaan pin. Malah perlu lebih masa untuk berhias depan cermin.
Bagi penggemar tudung jenis satin, usah risau. Ini kerana anda masih boleh gayakannya dengan stail ringkas tetapi menawan hanya dalam singkat iaitu satu minit sahaja.
Hijab digayakan influencer terkenal, Adira Salahudi memberi idea gaya yang bersesuaian. sama ada untuk majlis santai atau formal. Malah hanya menggunakan satu pin, stail digayakan cukup ringkas dan mudah.
Ads
Ayuh kita lihat dua gaya hijab styling dari Adira yang memang gemar menggayakan stail begini kala bersantai bersama teman-temannya.
Walaupun ada pelbagai jenis tudung sehingga tak muat almari, tapi mesti sis ada satu tudung yang paling ‘favourite’ dan selalu jadi pilihan untuk di pakai kemana-mana kan?
Tapi sayang! Tudung kegemaran ni lama kelamaan akan nampak lusuh, pudar warna dan kusam, akibat dari kesan pemakaian yang terlalu kerap. Bila dah kepam tu, mula lah pertikaikan kualiti tudung kononnya diperbuat daripada material ‘murah’, tak melalui proses Quality Check dan sebagainya.
Walhal tudung berjenama mahal dengan kualiti terbaik dan High End sekalipun, akan memudar sekiranya tak dijaga dengan baik tau. Ni ada beberapa langkah penjagaan tudung, yang hijabi boleh praktikkan agar kesemua tudung kegemaran sis sentiasa kelihatan seperti baru, walaupun dipakai berulang kali tapi masih nampak macam di kedai tau!
Langkah pertama yang boleh diamalkan ialah rendam tudung kegemaran sis dengan pelembut fabrik pilihan masing-masing. Untuk dapatkan hasil lebih memuaskan, gunakan teknik rendaman ‘warm bath’. Selain itu, sis digalakkan juga untuk menggunakan sabun basuh jenis cecair, kerana sabun ini bersifat lembut dan boleh menembus jauh lebih baik kedalam fabrik.
Elakkan merendam tudung ‘Favourite’ anda terlalu lama, 15 hingga ke 30 minit je dah cukup, kesan merendam tudung terlalu lama akan merosakkan permukaan fabrik. Dah selesai rendam pastikan sis bilas tudung tersebut dengan air bersih sehingga kesan sabun dan pelembut fabrik tanggal dari tudung agar tudung tak kejung okay.
Sentiasa amalkan membasuh tudung dengan menggunakan teknik basuhan tangan, kalau boleh elakkan guna mesin basuh, khususnya bagi tudung yang diperbuat dari fabrik lembut seperti sutera.
Tapi kalau sis berdegil juga nak basuh gunakan mesin, bersedialah berdepan risiko tudung koyak, fabrik meregang atau benang tudung tertarik keluar dari fabrik. Nanti jangan nangis tepi bucu katil pula, bila tudung kesayangan dah tak boleh nak digayakan lagi.
Tip ketiga ni adalah ‘Big No’ ya! Jangan jemur tudung favourite korang tu secara direct di bawah panas matahari. Ini kerana cahaya matahari akan mengakibatkan tudung pudar warna dan kelihatan kusam serta tak menarik.
Jadi untuk mengekalkan warna fabrik tudung kegemaran sis tu, apa yang perlu sis lakukan adalah sidai tudung di tempat yang redup dan mempunyai separa cahaya. Lagi elok jika tempat itu mempunyai tiupan angin (Air Flow) yang baik. Tapi boleh je kalau sis masih nak sidai tudung di ampaian, cuma jangan lupa setkan masa ya.
Fabrik yang digunapakai untuk menghasilkan sehelai tudung selalunya datang dalam pelbagai variasi, ada tudung yang menggunakan fabrik lembut, kapas, sutera, chiffon, moss-crepe dan sebagainya. Jadi sebagai hijabi apa yang perlu anda tahu, adalah cara untuk menilai tahap kelembutan sesuatu fabrik dan gunakkan suhu yang sesuai sewaktu menggosok.
Tudung yang mempunyai fabrik lembut jenis chiffon dan sutera, perlu digosok dengan suhu rendah agar materials tudung tidak terbakar. Kalau nak selamat, baik sis gunakan steam iron suhu sederhana je, tudung pun lebih licin selepas digosok dan susah nak bekedut semula.
Penjagaan daerah intim sering diabaikan sehingga menyebabkan ia berbau. Seharusnya ia perlu dijaga dengan rapi untuk mengelakkan daripada sebarang jangkitan bakteria. Malah, anda juga akan berasa tidak selesa sekiranya ia berbau.
Ayuh sayangi bahagian intim anda dengan 5 tip ini.
Seluar yang ketat selalunya akan meningkatkan kelembapan pada daerah intim anda dan akan membiakkan infeksi dan bakteria.
Mungkin nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberi impak yang besar. Sebaiknya pilih seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas dan hindari daripada memakai seluar dalam berbahan lycra dan polyester kerana ia akan membuatkan Miss V menjadi terlalu lembap. Bahan-bahan tersebut tidak dapat menyerap peluh dengan baik.
Anda harus mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran seperti bayam, kangkung serta buah-buahan yang mengandungi vitamin C yang dapat meningkatkan imun pada Miss V.
Sekiranya anda sedang datang bulan, gantikan tuala wanita setiap 3 hingga 4 jam sekali. Kurangkan penggunaan pantyliner sekiranya anda tidak datang bulan kerana pantyliner dapat meningkatkan kelembapan pada daerah intim anda.
Bersihkan Miss V menggunakan air yang mengalir dan basuh dari depan ke belakang. Jangan gunakan tisu basah untuk membersihkan Miss V anda kerana ia akan menyebabkan Miss V bertambah lembap dan mudah dijangkiti bakteria.
Tahun lepas kisahnya viral gara-gara membeli barangan mekap sehingga RM10 ribu di US. Pelakon kecil molek ini memang obses dengan dunia kecantikan sehingga sanggup berhabis duit untuk tujuan itu. Bukan itu sahaja sejak berhijab, Elfira Loy juga bijak menggayakan tudung dalam pelbagai gaya. Baru-baru ini Elfira berkongsi tutorial hijab yang digayakan olehnya dengan pilihan hijab panjang rona terang. Tutorial yang dimuat turun ini mendapat perkongsian lebih 300 ribu tontonan dari followernya.
Tunangan kepada Sufian Suhaimi ini juga turut berkongsi tutorial hijab bawal yang digayakan untuk tujuan ke gim. Istimewanya Elfira tidak menggunakan kerongsang untuk dipin di bawah dagu, sebaliknya menggantikannya dengan jarum peniti.
Walaupun dikecam kerana tudung dipakai pendek dan tidak menutup dada, tetapi posting ini mendapat tontonan lebih setengah juta. Jom layan tutorial penuh hijab digayakan Elfira Loy. Cukup mudah dan sangat simple. Malah bawal yang digayakan menurutnya sentiasa dapat perhatian pencinta bawal dan ia bukan jenis bermusim.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.