Seperti mana pakaian, hijab atau tudung juga memerlukan penjagaan rapi. Jika sambil lewa sahaja, anda mungkin tidak berpeluang memakai tudung kesayangan anda itu lagi. Tudung juga datang dari pelbagai jenis fabrik. Jadi, cara penjagaannnya juga adalah berbeza. jangan nanti tak kena cara mencucinya menyebabkan tudung baru nampak kusam, pudar dan tidak menarik.
Amalkan basuhan tangan dan elakkan penggunaan berus kerana ia akan merosakkan urat benang sutera yang sangat lembut. Cukup dengan hanya rendaman dalam air bersih bercampur pelembut kain. Kalau anda nak tahu, pelembut pakaian dapat menjadikan sutera anda semakin lembut, bersinar dan menambah seri warna serta corak tudung. Sekiranya tudung sutera anda terkena kotoran, segeralah mencucinya. Elakkan daripada menggunakan peluntur kerana ia berpotensi untuk mereputkan sutera kesayangan anda.
Jika tudung anda terdiri daripada bahan fabrik tenunan, seeloknya elakkan daripada menjemurnya di bawah cahata matahari. Gunakan alternatif lain dengan menjemurnya di bawah kipas. Hal ini bertujuan untuk menjaga kualiti dan keaslian kain tenun. Segeralah mencuci tudung anda jika terkena kotoran kerana kotoran lebih mudah meresap pada kain tenunan. Cara mencucinya juga agak mudah. Anda hanya perlu merendam tudung anda dengan air bersih bersama bahan pencuci selama 20 minit kemudian bilas dengan air bersih dan perah.
Ads
Tudung Dari Fabrik Kapas
Tudung dari fabrik ini antara yang popular digunakan dan dijual di pasaran. Hal ini kerana jenis fabrik kapas yang lebih selesa dikenakan sesuai dengan iklim cuaca panas di Malaysia. Sewaktu mencuci tudung ini, elak menggunakan bleach atau bahan kimia lain selain dari pencuci biasa. Anda boleh membasuh tudung anda dengan tangan atau washing machine dengan air sejuk atau suam. Seeloknya tudung yang berlainan warna diasingkan bagi mengekalkan warnanya. Fabrik ini akan mengalami sedikit kecutan, jadi untuk mengatasinya semasa iron tudung tersebut, semburkan dengan air atau untuk lebih mudah gunakan sahaja steam iron.
Bagi pemakai tudung ini, penjagaannya agak mudah. Jika hendak mencuci tudung ini, rendamkan sahaja dengan air bersih bercampur sedikit pencuci selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan sedikit pelembut fabrik dan keringkannya di kawasan teduh. Elakkan dari menjemur terus ke pancaran terik matahari kerana ia berisiko untuk merosakkan fabrik tudung anda.
Mengetahui bentuk wajah anda dapat membantu mencari gaya tudung yang betul malah potongan rambut dan teknik solek yang tepat.
Seperti jenis darah dan intoleransi makanan kita, kebanyakan orang tidak tahu apa bentuk wajah mereka yang tepat. Mengetahui bentuk wajah anda dapat membantu mencari gaya rambut malah gaya tudung, cermin mata dan teknik kontur yang paling menarik, sebagai permulaan. Namun, mengetahui bentuk wajah anda tidak semudah melihat cermin dan mengenali sama ada wajah anda berbentuk hati, persegi mahupun bujur.
Selain itu, jarang sesetengah individu untuk masuk ke dalam satu kategori bentuk wajah, kerana setiap wajah adalah unik. Namun, kebanyakannya mempunyai beberapa ciri yang jelas yang di kategorikan salah satu daripada tujuh pilihan bentuk wajah. Teliti cara di bawah ini untuk mengetahui bentuk wajah anda.
Wajah anda mungkin jatuh ke dalam salah satu daripada tujuh bentuk wajah bujur, bulat, persegi, hati, berlian, pir dan bujur. Dengan semua pilihan dan persamaan antara bentuk, sukar untuk menentukan bentuk wajah anda. Tambahan, ia boleh berubah dari masa ke masa kerana faktor seperti penuaan dan kenaikan atau penurunan berat badan.
Inilah cara untuk menentukan bentuk wajah anda:
Setelah menggunakan 4 ciri ini, anda dapat menentukan bentuk wajah. “Sekiranya panjang wajah anda lebih panjang daripada lebar, anda akan jatuh lebih banyak dalam kategori berbentuk bujur, segi empat tepat dan mungkin berbentuk hati atau berlian. Melalui artikel yang disiarkan di laman sesawang yahoo pakar bedah plastik dan rekonstruktif Dr. Catherine Chang memberitahu “sekiranya panjang dan lebar sama panjang, anda akan jatuh lebih banyak dalam kategori segi empat sama atau bulat.”
Di bawah ini, beberapa ciri-ciri menentukan setiap bentuk wajah dan contoh yang boleh menentukan merujuk dengan tepat anda di ketegori yang mana.
Contoh selebriti: Satila Melvin, Tyra Banks
Satilla Melvin, Bella Hadid dan Tyra Banks semuanya mempunyai bentuk wajah bujur yang dapat dengan mudah dikenali sebagai lebih panjang daripada lebarnya. Bentuk wajah bujur memiliki garis rahang yang lebih sempit daripada tulang pipi. Mirip dengan bentuk wajah bulat, wajah bujur memiliki garis rahang dan dagu yang berbentuk lengkung lembut. Dalam bentuk wajah bujur, dahi sedikit lebih lebar daripada dagu dan panjang wajahnya kira-kira dua kali lebarnya.
Contoh selebriti: Hanna Delisa
Hanna Delisa yang berwajah bayi adalah contoh utama bentuk wajah bulat, yang “mempunyai garis rambut yang lebih lebar dan gebu di pipi, dengan pipi menjadi bahagian muka yang paling lebar. Semua ciri pada wajah bulat cenderung lebih lembut, termasuk garis dagu dan dahi. Secara umum, wajah bulat simetri panjang dan lebarnya. Rahang atau pipi tidak didefinisikan tetapi memiliki bentuk yang lebih halus dan lembut.
Contoh selebriti: Mira Filzah
Seperti wajah bulat, bentuk muka persegi juga sama panjang dan lebarnya dan ia terlihat pada selebriti seperti Mira filzah, Sandra Bullock dan Olivia Wilde. Namun, tidak seperti bentuk muka bulat, wajah segi empat pada umumnya lebih bersudut, paling ketara di garis rahang. Bentuk wajah persegi mempunyai garis rambut lebar dan garis rahang lebar. Terdapat lekukan minimal dalam bentuk wajah persegi. Dagu biasanya lebih lebar dan tidak sampai ke titik sempit seperti bentuk muka lain.
Bentuk muka segi empat tepat sering disebut bujur, bentuk wajah bujur mirip dengan bentuk wajah persegi kerana pipi, dahi dan dagu semuanya sama ukurannya dengan lekukan minimum. Wajah bujur berbeza dari bentuk wajah persegi kerana ia lebih panjang daripada lebar.
Contoh selebriti: Uyaina Arshad
Juga disebut bentuk wajah segitiga terbalik, bentuk wajah jantung dianggap ultra-feminin dan ditunjukkan dalam selebriti seperti Uyaina Arshad dan Rihanna. Bentuk muka jantung paling lebar di dahi dan secara beransur-ansur berkurang lebarnya sehingga garis rahang paling sempit. Bentuk wajah ini umumnya mempunyai dagu yang jelas. Garis rambut membentuk titik di tengah dahi, memberi wajah lebih berbentuk hati. Tanda lain dari wajah berbentuk hati,
Contoh selebriti: Noryn Aziz
Dengan tulang pipi yang tinggi dan jelas dan garis rambut yang sempit. Perbezaan antara bentuk muka jantung dan berlian adalah bahawa dalam bentuk wajah berlian, dahi dan garis rambut akan lebih sempit daripada pipi. Tambahan, sudut rahang bawah lebih sempit daripada lebar tulang pipi dan terus meruncing ke titik di dagu.
Contoh selebriti: Lisa Surihani
Bentuk muka pir, juga dikenal sebagai bentuk wajah segitiga, mudah dibezakan: Dahi lebih sempit daripada garis rahang dan boleh berbentuk sudut atau bulat. Garis rahang yang berbeza adalah tanda yang jelas dari bentuk wajah pir, tetapi wajah yang menyempit di tulang pipi dan pelipis juga memberikannya. Bersama dengan Kelly Osbourne juga mempunyai bentuk wajah pir.
Nah, dengan 4 langkah mudah dan berberapa contoh selebriti berhijab, mudah anda mencari gaya tudung dan solekan yag tepat sesuai dengan bentuk muka anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Buat wanita berhijab, ia adalah satu perkara yang ditakuti jika tudung atau hijab yang dipakai menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Terutama jika tidak sempat iron tudung baru dan terpaksa memakai tudung yang sebelumnya.Masalah ini sering berlaku di kalangan wanita yang berhijab terutama sekali ketika musim atau cuaca panas atau lembap.
Hijabista kongsikan kepada anda tip untuk mengelakkan tudung berbau yang boleh menyebabkan orang di sebelah rasa tidak selesa.
Ini adalah salah satu solusi yang paling mudah dan cepat. Apa yang anda patut lakukan adalah sesekali berikan sedikit pengudaraan di bahagian dalam hijab serta kibas untuk pengudaraan yang lebih sempurna.
Biarkan tudung anda digantung menggunakan penyangkut baju dan anginkannya dengan udara segar serta haruman gerobok baju semalaman untuk menghilangkan bau hapak. Atau yang sudah dibasuh dilipat cantik dan disusun kemas.
Dengan sekali semburan sudah cukup dan memadai untuk pastikan tudung dalam keadaan yang harum segar.
Dengan air sejuk, bilas tudung bersama sabun buku. Kemudian, perah air yang berlebihan pada tudung dan biarkan tudung anda mengering.
Untuk mengatasi masalah bau tudung yang sangat kuat, cuba taburkan serbuk penaik di atas tudung sehingga menutupinya secara menyeluruh supaya serbuk penaik tersebut boleh menyerap bau hapak yang ada pada tudung. Anda disyorkan untuk meletakkan tudung dan serbuk penaik di dalam sekeping beg plastik dan biarkan ia sehari.
Ambil sebuah kotak kosong dan titikkan beberapa titik minyak essential ke dalamnya. Simpan tudung di dalam kotak tersebut dan biarkan tudung anda menyerap bau harum dari minyak essential tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan mudah untuk menggayakan hijab apabila anda berkaca mata. Lebih-lebih lagi untuk memilih kaca mata yang sesuai dengan wajah anda.Jika salah pilih hijab digayakan akan menampakkan wajah anda tampak bulat, kembang atau hijab anda akan melekat pada dahi. Namun usah risau terdapat beberapa tutorial hijab yang menarik bagi hijabi yang berkaca mata. Apa yang penting pilih fabrik yang bersesuaian agar hijabi tampil menarik.
Gunakan alat mekap yang sesuai dengan kulit muka. Pilih yang sesuai dengan kulit wajah agar tidak rosak.
Elakkan mekap tebal kerana menenggelamkan sisi cantik hijabi. Cukup mengenakan pembayang mata yang bersesuaian.
Penggunaan maskara merupakan salah satu tip untuk mempercantik mata anda, walaupun menggunakan kaca mata.
Walaupun mata tertutup dengan kaca mata, anda juga perlu untuk menggunakan eyeliner. Cubalah untuk menggunakan eyeliner cair (liquid) untuk menyempurnakan keindahan mata. Ia sangat mudah diaplikasikan dan juga dapat meningkatkan kecantikan mata di sebalik kaca mata.
Gunakan pensil alis dengan warna yang natural seperti warna coklat, hitam, atau kombinasi di antara keduanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.