Bagi wanita berhijab, penggayaan tudung sangat penting dalam memberikan kesan yang on point, terutama ketika merakamkan gambar kenangan. Jika salah pilih tudung yang tidak kena dengan bentuk muka akan menyebabkan penampilan nampak hodoh dan tidak begitu stailo
Jadi sebelum menggayakan apa juga hijab, paling penting kenali dulu bentuk wajah. Pilih hijab yang sesuai dengan bentuk wajah dan hasilnya pasti akan membuatkan gaya anda sentiasa vass.
Penggaya hijab selebriti yang popular, Didiyana Ehsan berkongsi tip memperagakan tudung mengikut empat jenis bentuk wajah seseorang itu.
Wanita yang bermuka bujur memiliki ukuran vertikal wajah yang lebih panjang sedikit berbanding kelebaran wajahnya. Wajah bujur adalah bentuk muka yang universal dan ramai wanita memiliki bentuk wajah seperti ini. Anda bertuah kerana sesuai mengayakan semua jenis style hijab.
Jika anda memiliki muka yang lonjong pula, panjang ukuran vertikal wajah anda lebih ketara berbanding kelebarannya. Wanita yang berwajah lonjong harus elak mengenakan tudung yang mempunyai awning tinggi agar tidak membuatkan muka anda lebih panjang. Cuba gunakan inner untuk membuatkan bentuk muka anda kelihatan lebih seimbang.
Mereka yang bermuka bulat memiliki panjang dan lebar wajah yang sama dan tidak mempunyai suduh di bahagian rahang. Gaya tudung yang sesuai dengan anda adalah jenis flowy kerana dapat menyorok bahagian pipi dan penampilan akan lebih trendy jika dipadankan dengan sepasang cermin mata hitam.
Bentuk rahang pada wajah wanita yang memiliki bentuk muka petak agak tajam dan mereka mempunyai lengkok yang minimum di setiap ‘bucu’ wajah. Gunakan tudung daripada warna-warna pastel atau lembut untuk mengurangkan garisan rahang yang membuatkan wajah anda kelihatan maskulin. Anda juga boleh memakai tudung paling hampir dengan garisan dahi (sedikit tinggi) untuk menampakkan wajah lebih panjang.
Selain tujuan utama mengenakan hijab adalah untuk menutup aurat, golongan wanita juga harus bijak menyesuaikan gaya yang diingini dengan bentuk wajah mereka agar penampilan jadi lebih menarik.
Pemilihan gaya tudung yang sesuai akan menyerlahkan lagi keanggunan seorang wanita.Mudah-mudahan dengan petua ini, ia memberi panduan untuk anda memilih tudung sesuai. Tentu sekali suami atau si dia akan lebih terpesona dengan penampilan baharu anda bersama tudung yang sesuai.
Gadis ini Nik Yam Chik Zainab pernah berdepan dengan masalah apabila kulit wajahnya mengalami breakout, kusam dan tidak berseri. Ketika mengalami masalah ini usianya baru 15 tahun dan berlanjutan sehingga usianya mencecah 21 tahun. Malah dalam kalangan keluarganya, dia antara anak yang mempunyai wajah menggerutu.
Dia bukan tidak pernah berusaha untuk menjadi ‘cantik’. Malah pernah membuat ‘facial treatment’, berbekam dan juga bertemu doktor pakar. Tetapi semuanya tidak menjadi.
Namun tambahnya lagi satu hari dia terbaca posting seseorang yang sebelum ini mengalami masalah yang sama sepertinya tetapi lebih teruk lagi.
Dalam posting itu dia turut memberitahu caranya merawat masalah berkenaan dan testimoninya memang sangat mengujakan.
Dan setelah menggunakannya kurang dari setahun, hasil yang diterima sangat WOW. Walaupun posting ini sudah beberapa tahun, tetapi gadis ini bijak menjaga wajahnya dan masalah breakout tidak berulang.
Malah ketika majlis perkahwinannya awal tahun ini juga dirinya kelihatan sangat cantik dengan kulit flawless dan glowing.
Ayuh, ikuti perkongsiannya dan kepada yang ada masalah sama boleh cuba cara ini.
Assalamualaikum. seperti yang dijanjikan. Semoga bermaanfaat buat semua. In shaa ALLAH.
Sebelum tu nak bagitau yang muka selepas tu memang muka yang tak di edit langsung. Bukan guna kamera selfie. Harap tiada yang pertikaikan.
Untuk masalah muka. Mungkin segelintir daripada kita pernah mengalami benda ni kan? Kalau gemok nak kurus ubatnya diet. Tapi kalau muka berjerawat cuba banyak-banyak produk pon belum tentu sesuai. Kan?
Saya mula naik bendalah ni masa umur 15 tahun. Benda ni berlarutan hingga saya umur 21 tahun. Dalam tempoh naik tu tipu lah takdek yang komplen kan? Nak kata dalam keluarga mungkinlah muka saya paling menggerutu. Hehe.
Percayalah. Tak ada orang yang dambakan kulit muka yang macam ni. Banyak benda saya usahakan termasuklah facial treatment, berbekam, jumpa dr pakar.
Dan satu lagi, saya bukan jenis yang suka jadi bahan uji kaji cuba banyak produk nak-nak lagi produk yang muka putih tangan hitam. Jadi benda yang selalu saya calit kat muka madu, tepung ubi, serbuk kayu manis dan minyak gamat.
Pencuci muka banyak sangat da try. Garnier, Eversoft, Hada labo, clean n clear, dan seangkatan dengannya. Kononnya masa tu fikir muka boleh licin kalau pakai brand yang famous. Kroh kroh kroh.
Dan ternyata sangat tak membuahkan hasil. Masih lagi naik macam tanam rumput. At last, fedup. Lantak la nak naik ke. Nak turun ke. Makin jaga makin teruk.
Satu hari scroll fb terjumpa satu post dari seorang hamba Allah ni, bercerita perihal macam mana dia boleh rawat kulit dia. And to be honest, muka dia 3x lagi teruk dari saya.
Dalam post tu dia senaraikan produk yang dia pakai untuk rawat kulit dia. And testimoni nya sangat WOW! Dan dia bukan peniaga produk yang berjaya. Dia cuma pengguna yang tak lokek nak share ilmu. Sebab tu saya tertarik untuk ss post dia. Esoknya terus ke farmasi untuk cari benda-benda ni.
Alhamdulillah. Kurang dari setahun baru nampak muka manusia. No wonder la dulu ramai yang duk pertikaikan.
Setelah mengharungi onak duri, Benda-benda ni juga penyelamat saya. Dulu pandang tak nak. Tapi bila da try terus jatuh cinta.
Ok. Untuk pencuci muka, saya pakai safi gamat. Selalunya saya akan cuci muka 3x sehari termasuklah selepas bangun tidur dan sebelum tido. Nampak tak? Dulu sombong tak mau pakai produk tempatan. Tup tup Safi juga la yang banyak berjasa. Menyesal betul.
Kalau scrub safi saya cuma akan pakai every weekend. Lepas pakai scrub, saya akan terus pakai toner safi. Functionnya untuk tutup liang pori dan segarkan muka.
Dan dan dan, yang saya memang takkan menyesal sampai sekarang adalah Dalacin T. Benda ni the best ever yang pernah saya try. Untuk manusia yang tercari-cari produk apa uang sesuai untuk hilangkan jerawat kecik-kecik. yang sekali picit keluar ala-ala ulat tu, nahhh yang ni paling sesuai.
Dalacin T ni cuma ada kat farmasi je ye. sebab ni produk farmasi. Harga dari RM35-55. Harga saya dapat kat Tanjong Malim ni RM50. Kecil tapi berbisa. Hohoho. Tak payah fikir membazir ke apa. Sebab sebotol ni tahan setahun+-
Cara guna Dalacin T, pakai setiap kali sebelum korang pakai bedak. Dan kebiasaan nya saya akan pakai sebelum ke kelas. Jerawat besar naik, letak je benda ni. Tak sampai seminggu lesap sekali ngan parut. kalau tak percaya boleh tanya Mr. Google n tengok review orang-orang yang dah cuba benda ni.
Tak lupa juga air masak yang sangat membantu ni. Air masak penting ye. Minum air masak banyak-banyak tak payah nak beli produk untuk glowingkan muka sebab air masak ni dah cukup buat muka jadi glowing. Gittew.
Saya tak pernah pakai sebarang produk untuk hilangkan parut. Kalau dulu kat hidung ni paling parah. Whitehead, blackhead dan segala keturunan head ada. Tapi after consume semua ni dah tak ada dah masalah-masalah ni.
Lagi satu, untuk Siapa-siapa yang suka sangat pakai krim foundation, saya sarankan korang cuba ODF (oxygen doll foundation). Dengar kata sekarang ni dah ada pack kecik untuk yang baru nak try. Benda ni rawat sekali muka. Tak payah risau pasal pori tersumbat. Yang pasti bukan cantik masa pakai je, bangun tido muka serabai pon housemate puji muka glowing. Memang kulit muka jadi makin cantik. Betul-betul merawat kulit.
Jangan salah faham, saya bukan peniaga yang tengah nak lariskan jualan. saya cuma kongsi apa yang saya rasa perlu.
Dan terima kasihh sebab sudi baca post saya yang panjang lebar. Dengan lafaz Bismillah semoga ianya bermanfaat. Terima Kasih dan harap post ni menjawab segala persoalan dari pihak yang PM saya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gangguan personaliti histrionik (HPD) adalah sebahagian daripada kumpulan gangguan psikologi yang lebih besar, dipanggil gangguan personaliti “Kluster B”. Gangguan dalam kategori ini biasanya dikategorikan sebagai dramatik, emosi, atau tidak menentu.
Tular seorang pembantu pegawai perubatan tampil mengulas berhubung kelakuan Caprice yang dikaitkan gangguan personaliti menjadi perhatian warganet. Namun apa yang ingin dikupas bukan apa yang dialami oleh Azriz Ramli nama sebenar Caprice, Hijabista berminat mengupas apa sebenarnya HPD, mungkin juga anda di luar sana dan ahli keluarga juga menghadapi HPD.
Individu yang mempunyai HPD mempunyai imej mental yang herot tentang diri mereka sendiri. Mereka sering mengasaskan harga diri mereka pada kelulusan individu lain. Ini mewujudkan keperluan untuk diperhatikan. Disebabkan ini, individu yang mempunyai HPD mungkin menggunakan telatah dramatik.
Dalam situasi ini, wanita didiagnosis dengan HPD lebih kerap daripada lelaki. Ini mungkin kerana lelaki melaporkan simptom mereka kurang kerap berbanding wanita.
HPD bukanlah gangguan psikologi yang memusnahkan. Kebanyakan orang yang mempunyai HPD berfungsi dengan jayanya dalam masyarakat dan di tempat kerja. Malah, orang yang mempunyai HPD biasanya mempunyai kemahiran orang yang hebat. Malangnya, mereka sering menggunakan kemahiran ini untuk memanipulasi orang lain.
Menurut kajian, individu yang mengalami gangguan personaliti histrionik mempunyai sekurang-kurangnya lima atau lebih simptom berikut:
Jika anda mempunyai HPD, anda mungkin juga mudah kecewa atau bosan dengan rutin, membuat keputusan terburu-buru sebelum berfikir, atau mengancam untuk membunuh diri untuk mendapatkan perhatian.
Punca sebenar gangguan personaliti histrionik tidak diketahui. Para saintis percaya ia adalah hasil daripada kedua-dua faktor persekitaran dan genetik. Sesetengah keluarga mempunyai sejarah HPD, yang memberi kredit kepada teori bahawa keadaan itu mungkin dijelaskan sebahagiannya oleh genetik.
Sebaliknya, anak-anak ibu bapa dengan HPD mungkin hanya menunjukkan tingkah laku yang mereka pelajari daripada ibu bapa mereka. Mungkin juga kekurangan disiplin atau peneguhan positif tingkah laku dramatik pada zaman kanak-kanak boleh menyebabkan HPD. Seorang kanak-kanak mungkin mempelajari tingkah laku HPD sebagai cara untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka.
Tiada ujian khusus yang digunakan untuk diagnosis HPD. Jika anda bermasalah dengan gejala ini dan dapatkan rawatan perubatan, pembekal penjagaan utama anda mungkin akan bermula dengan mengambil sejarah perubatan yang lengkap. Mereka mungkin melakukan pemeriksaan fizikal untuk menolak sebarang masalah fizikal yang mungkin menyebabkan gejala anda.
Jika pembekal penjagaan utama anda tidak menemui punca fizikal untuk gejala HPD, mereka mungkin merujuk anda kepada pakar psikiatri. Pakar psikiatri dilatih secara khusus untuk mengenali dan merawat gangguan psikologi. Pakar psikiatri akan dapat menggunakan soalan pakar untuk mendapatkan pandangan yang jelas tentang sejarah tingkah laku anda. Penilaian yang tepat tentang tingkah laku anda akan membantu pembekal penjagaan utama anda mendiagnosis anda.
Walau bagaimanapun, kebanyakan individu yang mengalami keadaan ini tidak percaya mereka memerlukan terapi atau bantuan, menyukarkan diagnosis. Ramai individu yang mempunyai HPD menerima diagnosis selepas mereka menjalani terapi untuk kemurungan atau kebimbangan, biasanya berikutan hubungan yang gagal atau konflik peribadi yang lain.
Rawatan boleh menjadi sukar jika anda mempunyai HPD. Seperti kebanyakan orang yang menghidap HPD, anda mungkin fikir anda tidak memerlukan rawatan, atau anda mungkin mendapati rutin program rawatan tidak menarik. Walau bagaimanapun, terapi dan kadangkala ubat boleh membantu anda mengatasi HPD.
Psikoterapi adalah pilihan rawatan yang paling biasa dan berkesan untuk HPD. Terapi jenis ini melibatkan bercakap dengan ahli terapi tentang perasaan dan pengalaman anda. Perbincangan sedemikian boleh membantu anda dan ahli terapi menentukan alasan di sebalik tindakan dan tingkah laku anda. Ahli terapi mungkin boleh membantu anda belajar bagaimana untuk berhubung dengan orang dengan cara yang positif dan bukannya terus berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada mereka.
Ubat
Jika anda mengalami kemurungan atau kebimbangan sebagai sebahagian daripada HPD, pembekal penjagaan utama anda mungkin memberi anda antidepresan atau ubat antikecemasan.
Ramai individu yang menghidap HPD menjalani kehidupan seperti biasa dan boleh bekerja serta menjadi sebahagian daripada masyarakat. Malah, ramai orang yang mempunyai HPD melakukannya dengan baik dalam tetapan kasual. Ramai daripada mereka hanya menghadapi masalah dalam hubungan yang lebih intim. Bergantung pada kes, HPD mungkin menjejaskan keupayaan untuk memegang pekerjaan, mengekalkan perhubungan atau kekal fokus pada matlamat hidup. Ia juga mungkin menyebabkan anda sentiasa mencari pengembaraan, meletakkan anda dalam situasi berisiko.
Anda juga berisiko lebih tinggi untuk mengalami kemurungan jika anda mempunyai HPD. Gangguan ini boleh menjejaskan cara anda mengendalikan kegagalan. Ia juga boleh menyebabkan anda berasa lebih kecewa apabila anda tidak mendapat apa yang anda mahukan. Anda harus berbincang dengan pembekal penjagaan utama anda jika anda mempunyai simptom HPD, terutamanya jika ia mengganggu kehidupan seharian dan kerja anda atau keupayaan anda untuk menjalani kehidupan yang bahagia dan memuaskan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: Healthline
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perkhabaran atau berita tentang suatu perkara yang kurang pasti sudah tentunya akan menimbulkan banyak spekulasi. Ada juga yang sanggup menuduh tanpa soal selidik adalah suatu perbuatan yang tidak patut diamalkan dalam kehidupan sesama manusia.
Baru-baru ini, ramai yang pelik melihat pelakon Zarina Zainuddin apabila dia kelihatan agak ‘berbeza’ dari sebelumnya. Kini, Zarina tampil memberikan penerangan lebih lanjut tentang apa yang berlaku.
Kecoh di sosial media apabila melihat perkongsian terbaru Zarina Zainuddin mengenai pembukaan booth di sebuah ekspo baru-baru ini. Ramai yang tertanya apabila melihat wajah pelakon tersebut.
Menjadi rentetan warganet adalah hidungnya kelihatan ‘berbeza’ dari sebelumnya. Ada yang bertanyakan adakah itu filter atau Zarina melakukan sesuatu pada wajahnya sehingga nampak berlainan.
Ramai yang meninggalkan komen-komen di bawah hantaran di Instagram bertanyakan perubahan pada wajahnya. Ada juga yang menyatakan bahawa rupanya terdahulu lebih cantik berbanding sekarang.
Lantas pelakon itu juga memuatnaik satu hantaran yang menyatakan rata-rata video yang dibuat menggunakan filter pada telefon pintarnya. Dia juga menafikan sebarang perubahan yang dilakukan pada wajahnya.
Zarina juga membuat satu lagi hantaran yang menerangkan situasi yang dia alami. Dia membuat satu video yang menjelaskan lagi secara terperinci untuk memberi jawapan kepada semua yang tertanya-tanya akibat ‘perubahan’ di mukanya itu.
“Sebenarnya saya ada masalah sinus yang teruk sampai migraine! Sampai tahap saya rasa nak buka tudung sebab selalu sangat sakit kepala,
“Saya pergi berjumpa doktor dan membuat pembedahan untuk keluarkan bendalir yang terdapat di bahagian sini, jadi saya lakukan atas kerana medical reason.” katanya dalam video.
Zarina juga memberikan kenyataan pada ruangan kapsyen menyatakan dia berasa sedih ekoran komen yang diberikan oleh warganet tanpa usul periksa. Dia juga mengharapkan bagi mereka yang ambil berat tentang dirinya untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dirinya.