Penjagaan hijab adalah lebih kompleks dari pakaian harian kita yang lain. Terutamanya hijab dari fabrik yang lembut dan mudah koyak seperti sifon. Ayuh, ketahui cara untuk memanjangkan hayat hijab anda.
Hijab adalah perkara yang penting dalam kehidupan seharian. Cara penjagaan yang teliti mampu untuk mengekalkan jangka hayat hijab anda. Hijabista sarankan beberapa tip untuk kekalkan kualitinya.
1. Cuci hijab anda dengan cucian tangan. Jika anda tetap ingin menggunakan mesin pencuci, masukkan hijab anda ke dalam beg atau sarung bantal dahulu.
2. Cuci hijab yang berwarna gelap dahulu diikuti dengan hijab berwarna terang. Harus diingati untuk mencucinya secara berasingan.
Ads
3. Mencuci hijab adalah perkara paling mudah. Tidak perlu menggunakan air panas mahupun suam, hanya perlu menggunakan air sejuk.
4. Sabun pencuci hendaklah digunakan dalam kuantiti yang sedikit.
Ads
5. Elakkan menggunakan agen pemutih seperti peluntur dan sebagainya.
Jika perlu, gantilah peluntur tersebut dengan cuka putih. Hanya perlu tuang sedikit cuka ke dalam air cucian bagi menghilangkan kekuningan pada hijab anda.
6. Jemurkan hijab di luar, tetapi bukan di bawah mentari terik untuk mengelakkan daripada warnanya pudar.
Ads
7. Bentangkan ataupun sangkutkan hijab anda di penyangkut baju hingga kering untuk mengekalkan bentuknya.
Maka, selepas ini harapnya anda dapat memastikan jangka hayat hijab anda lebih panjang. Tidaklah perlu asyik membeli sahaja setiap bulan ataupun menangisi pengakhiran hijab kegemaran anda. Selamat mencuba!
Berat badan naik selepas Raya adalah perkara biasa yang dialami ramai, terutama apabila masuk minggu kedua Syawal. Selepas menikmati pelbagai juadah seperti lemang, rendang, kuih raya dan minuman manis, ramai mula perasan perubahan pada tubuh seperti baju terasa ketat, badan lebih berat dan wajah sedikit sembap.
Namun, keadaan ini sebenarnya normal dan tidak perlu terlalu dirisaukan. Musim perayaan memang masa untuk menikmati makanan bersama keluarga. Apa yang lebih penting ialah bagaimana kita kembali kepada rutin sihat secara perlahan tanpa menyeksa diri.
Kenaikan berat badan selepas raya bukan semata-mata disebabkan lemak. Ia juga boleh berpunca daripada pengambilan makanan tinggi garam dan gula, kurang minum air serta waktu tidur yang tidak teratur.
Dalam situasi berat badan naik selepas Raya, badan sebenarnya hanya memerlukan sedikit masa untuk kembali stabil. Oleh itu, penting untuk tidak panik atau terus menghukum diri dengan diet ekstrem.
Langkah pertama ialah bertenang. Jangan anggap kenaikan berat badan sebagai kegagalan. Sebaliknya, tukar mindset kepada usaha untuk memulihkan keseimbangan badan secara sihat.
Selepas raya, cuba susun semula waktu makan seperti biasa – sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Ini membantu badan kembali kepada ritma normal dan mengawal selera makan.
Apabila rutin makan lebih konsisten, kesan berat badan naik selepas Raya juga lebih mudah dikawal secara berperingkat.
Ramai melakukan kesilapan dengan terus berdiet secara ekstrem. Skip makan atau makan terlalu sedikit hanya akan membuatkan badan cepat letih dan emosi terganggu.
Sebaliknya, kurangkan secara sederhana seperti mengurangkan minuman manis, mengehadkan kuih raya dan memilih makanan lebih seimbang.
Air kosong membantu mengurangkan kembung dan menstabilkan badan. Ia juga membantu proses pencernaan dan mengawal keinginan makan berlebihan.
Dalam situasi berat badan naik selepas Raya, hidrasi yang cukup sangat penting untuk “reset” badan.
Tidak perlu terus bersenam berat. Mulakan dengan berjalan kaki, stretching atau senaman ringan di rumah. Konsistensi lebih penting daripada intensiti tinggi yang hanya bertahan sekejap.
Kurangkan makanan bergoreng dan terlalu manis. Sebaliknya, pilih makanan rumah seperti sup, sayur, buah dan protein yang seimbang.
Ini membantu badan rasa lebih ringan dan mempercepatkan proses pemulihan selepas berat badan naik selepas Raya.
Tidur memainkan peranan penting dalam mengawal selera makan dan tenaga badan. Kurang tidur boleh menyebabkan badan cepat lapar dan sukar fokus.
Elakkan menimbang berat setiap hari. Perubahan badan mengambil masa. Fokus pada bagaimana badan rasa, bukan sekadar angka.
Jika badan terasa berubah, pilih pakaian yang lebih selesa dan sesuai. Ini membantu meningkatkan keyakinan diri sementara kembali ke rutin asal.
Paling penting, jangan membenci diri sendiri hanya kerana perubahan kecil. Tubuh kita juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri selepas musim perayaan.
Dalam menghadapi berat badan naik selepas Raya, pendekatan yang lembut dan realistik adalah kunci kejayaan jangka panjang.
Perjalanan kembali sihat tidak perlu drastik. Mulakan dengan langkah kecil seperti minum air cukup, makan teratur dan bergerak setiap hari.
Berat badan mungkin naik sedikit, tetapi dengan pendekatan yang betul, anda boleh kembali rasa sihat, ringan dan yakin tanpa perlu menyeksa diri.
Selain penjagaan mencuci wajah dengan tiga langkah (pembersih, penyegar dan pelembap) pemakaian masker juga penting untuk membuat rawatan kecantikan sendiri di rumah. Tidak payah mengeluarkan belanja besar untuk membeli masker kerana anda boleh lakukannya sendiri di rumah. Perkongsian dari Puan Nor Noriah di laman sosial facebook ini juga memberikan cara bagaimana mahu membuat masker sendiri dari tomato dan juga tepung beras.
Masker ini sangat bagus untuk mengecilkan liang pori wajah, menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit wajah.
Ayuh kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya:
Sedikit tepung beras dalam 2/3 sudu besar, anggaran supaya bancuhan menjadi pes.
2. Bagus untuk jenis kulit kering kerana tepung beras dapat memberikan kelembapan pada kulit wajah.
3. Mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah.
4. Membuang kulit mati/memudarkan bintik hitam.
Tomato dipotong halus @ diblend bersama sedikit air untuk dijadikan pes.
Pes tomato + tepung beras tadi boleh di buat Masker @ di bekukan untuk dijadikan cube ais dan di sapu pada muka juga. bagus untuk kecilkan liang pori wajah, menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit wajah.
1. Menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata (mata panda/eyebag)
Hiris tomato secara nipis, kemudian celup ke dalam yogurt asli. Lekapkan pada bahagian mata. Cara ini membantu mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit tampak segar dan semakin cerah. Amalkan petua ini seminggu dua kali.
2. Kecutkan jerawat.
Lenyek atau kisar tomato sehingga hancur, jangan campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah. Biar ia kering, bilas dengan air suam. Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah. Jerawat akan beransur kecut dan hilang secara perlahan-lahan tanpa meninggalkan parut.
3. Jeragat jadi pudar.
Potong buah ini kepada dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan-lahan pada bahagian yang mempunyai pigmentasi. Lakukan setiap hari, pigmentasi akan semakin pudar dan kulit semakin cerah.
4. Kecilkan liang Pori wajah.
Bagi membantu wanita mengecilkan pori kulit, campurkan air perahan tomato dengan putih telur. Jadikan masker, sapukan pada wajah. Biarkan sehingga kering, bilas wajah dengan air perahan lemon diikuti dengan air suam.
5. Kulit wajah lebih lembap.
Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Kulit jelas kelihatan semakin lembap dan berseri.
6. Tona kulit sekata.
Campurkan jus tomato bersama madu asli, kombinasi ramuan ini dikatakan sangat efektif untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Jadikan sebagai masker, biarkan kering pada wajah. Kemudian bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan perahan limau nipis. Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan menjadi cerah sekata.
7. Rambut lebih sihat.
Caranya mudah, lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ini membuatkan rambut sihat dan bersinar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Maya Karin ini memang ada pesona tersendiri. Sesiapa saja yang pernah bertentang mata dengan figura ini pasti terpikat dek kecantikan semula jadi Maya. Sering tampil tanpa sebarang solekan, Maya tetap kelihatan yakin dengan diri sendiri.
Pemilik nama Maya Karin Roelcke ini dilahirkan pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Bavaria, Jerman dan bakal mencecah usia 44 tahun.
Bapanya, Gottfried Roelcke merupakan kelahiran Jerman. Sementara ibunya pula, Che Zan berasal dari Pulau Pinang. Patutlah cantik, ada darah campuran Jerman dan Melayu!
Difahamkan Maya membesar di Indonesia sehingga umur 17 tahun dan kemudian berhijrah ke Malaysia. Dia mempunyai kelulusan dalam bidang media dan pemasaran dari Lim Kok Wing University.
Maya merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan dia mula aktif menceburi industri hiburan sejak tahun 2001. Lakonan mantap Maya mendapat pujian ramai terutamanya menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam, Waris Jari Hantu, Majika, Ombak Rindu dan Munafik 2.
Selain bergelar pelakon, nama Maya juga dikenali sebagai pengacara, model dan duta produk. Malah, Maya sebelum ini pernah menerbitkan beberapa lagu termasuk Erti Cinta dan Teka-Teki.
Selebriti ini bukan hanya cantik dan berbakat besar dalam industri seni bahkan memiliki kepakaran dalam mengusahakan perniagaan. Sebelum ini Maya pernah terlibat dalam bidang hartanah dan berbakat dalam bidang masakan.
Lihat sahaja bagaimana dia mengendalikan bisnes Burger Bakar secara kecil-kecilan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak lama dulu, sampai berjaya membuka beberapa cawangan di Lembah Klang.
Namun, perancangan untuk mengembangkan perniagaan burger bakar tersebut ‘putus’ di tengah jalan selepas Maya mengakui ada pihak cuba mengambil kesempatan atas kejayaan itu.
Aktres jelita ini tidak sepenuhnya bergantung pendapatan sebagai pelakon dan penyanyi semata-mata. Sebaliknya, Maya kreatif menjana pendapatan daripada pelbagai bidang.
Paling penting, tiada sedikit pun istilah malu terbit dalam dirinya untuk mencari rezeki halal. Kagum! Malah, Maya turut mendedahkan pernah berkerja di sebuah kedai kek selepas tamat zaman persekolahan suatu masa dulu.
Sudahlah cantik dan pandai cari duit sendiri, karakter Maya yang penyayang juga dikagumi. Maya yang merupakan aktivis alam sekitar yang cukup merendah diri dan tidak kisah pergi ke sesuatu destinasi walau hanya menaiki pengangkutan awam.
Malah, dalam usia 40-an Maya masih kekal anggun dan menawan biarpun tanpa solekan tebal di wajah.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Benarkah gelas tembaga mampu mencantikkan kulit dan meningkatkan kesihatan? Ketahui fakta saintifik, manfaat sebenar, risiko serta cara penggunaan yang betul.