Uyaina Kongsi Mesej Positif, Ingatkan Netizen 3 Perkara Penting Dalam Hidup. Salah Satunya Bab Kesihatan!

Share

Agak menggemparkan juga, baru-baru ini apabila pengacara Pesona Pengantin, Uyaina Arshad, 27 tahun dikhabarkan sah penghidap sakit jantung. Setelah berehat dalam tempoh ditetapkan, dia dilihat sudah kembali bekerja.

Malah tetap positif meneruskan kehidupan dan urusan kerja seperti biasa. Dalam posting terbarunya, di laman Instagram Uyaina menitipkan pesanan positif kepada followernya.

Menurut Uyaina, ada tiga perkara penting dalam hidup kita. Pertama adalah kebahagiaan, kedua kesihatan dan ketiga adalah menikmati setiap detik penuh bermakna.

Perkongsiannya itu mendapat lebih 16 ribu butang like dan ramai juga turut memberi komen positif.

Sebelum itu perkongsiannya juga turut menyentuh hati apabila memberitahu bahawa  Allah tidak akan menguji seseorang itu di luar kemampuannya.

Ramai juga yang mendoakan kesihatan Uyaina agar dapat sembuh dari segala sakit yang dihadapinya.

Sebelum ini media melaporkan Uyaina disahkan mengalami penyakit Supraventricular tachycardia (SVT) dan heart valve. Dia disahkan penghidap kompilasi jantung setelah membuat pemeriksaan doktor apabila jatuh pengsan di rumahnya.

Menurut Uyaina yang juga aktif berlakon ini, dia perlu menjalani rawatan susulan secara berkala sebulan sekali.

“Doktor memberi dua pilihan iaitu mengambil ubat atau menjalani pembedahan.

“Buat masa sekarang, saya masih mendapatkan pandangan mana yang terbaik pada peringkat kesihatan sekarang. Doakan semoga semuanya okey,” katanya sambil memberitahu arwah datuk sebelah mak meninggal disebabkan penyakit jantung.

Artikel Berkaitan: Uyaina Menangis Tak Percaya Dirinya Hidap Sakit Jantung

KREDIT FOTO: INSTAGRAM UYAINA ARSHAD

IKLAN