Pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal berjaya menyentuh hati dan sanubari penonton yang hadir ke Konsert ‘Agungnya Cinta: Menyusuri Sirah Baginda’ sewaktu menyampaikan tazkirah pada konsert sambutan tahun baharu 2023.
Pada sesi tazkirah yang mengambil tempat di Pusat Konvensyen Sime Darby itu, Ustaz Don sendiri gagal menahan air matanya ketika sedang menceritakan kisah Rasulullah SAW sewaktu baginda menghadapi sakaratul maut dan kemudian wafat.
Pengunjung Konsert Titiskan Air Mata, Sebak Dengar Kisah Kewafatan Baginda SAW
Apa yang lebih memeranjatkan apabila, Ustaz Don tidak menangis keseorangan kerana ramai pengunjung dan penonton juga gagal mengawal emosi masing-masing.
Para Pengunjung turut menitiskan butir-butir air mata keinsafan, tatkala mendengar kisah perjuangan pemimpin terulung yang tiada tandingannya yang selayaknya menjadi inspirasi dalam kehidupan setiap umat Islam.
Menurut laporan akhbar tempatan, gaya dan penyampaian Ustaz Don pada konsert itu begitu juga memainkan peranan, terutama ketika berkongsi tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW.
Gaya penyampaian yang menarik ini, sekaligus berjaya memikat hati penonton tanpa mengira usia, malah rata-rata penonton yang hadir seramai 500 orang begitu tekun mendengar tazkirah yang disampaikannya.
Selain itu, ‘Konsert Agungnya Cinta: Menyusuri Sirah Baginda’ ini adalah satu inisiatif yang digarap untuk tampil dengan alternatif berbeza bagi meraikan sambutan ambang tahun baharu yang penuh dengan pengisian kerohanian.
Ads
Konsert ini berbeza dengan konsert sambutan tahun baharu yang lain kerana menampilkan bukan sekadar hiburan semata-mata, dalam masa yang sama konsert ini bertujuan mendidik hati setiap penonton agar mencintai Nabi Muhammad SAW.
Malah, selain pengisian kerohanian penonton yang hadir juga turut dihidangkan dengan pelbagai persembahan memukau daripada penyanyi nasyid terkenal tanah air seperti Raihan, UNIC dan Mirwana.
Penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel juga turut kelihatan bagi memeriahkan konsert yang berlangsung selama tiga jam itu.
Persembahan dan pengisian konsert itu, turut diselang-seli dengan tazkirah oleh dua pendakwah selebriti iaitu Ustaz Don Daniyal dan Imam Muda Megat Mohd Zaid.
Lebih menggamatkan suasana adalah penampilah khas, Man Raja Lawak juga melakukan sketsa dengan mendendangkan syair tradisi oleh Galuh Cendra Kirana.
Untuk rekod, konsert amal ini merupakan anjuran Afocus Media Ventures (AMV) dengan kerjasama Yayasan Unit yang berhasrat mahu meneruskan tradisi ‘konsert secara islamik’ penuh dengan perkongsian ilmu-ilmu ukhrawi sambil mendekatkan diri dengan sejarah para pemimpin Islam.
Ads
Justeru itu, sebarang acara yang memupuk semangat ‘mengenali Rasulullah SAW’ menerusi lagu mahupun tazkirah perlu dikekalkan dan terus disemai, agar kesedaran dikalangan orang ramai, khususnya umat Islam dapat dipupuk dalam diri individu dan juga masyarakat.
Menjawab salam yang diberikan sesama Muslim adalah wajib. Berdosa sekiranya salam diabaikan secara sengaja.
Lalu bagaimana pula hukum menjawab salam bertulis melalui mesej pesanan ringkas atau aplikasi whatsapp dan sebagainya? Adakah salam itu juga wajib untuk dijawab?
SOALAN:
Apakah hukum menjawab salam bertulis melalui mesej pesanan ringkas atau aplikasi whatsapp dan sebagainya? Mohon pencerahan.
Maksudnya: “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.”
Ayat di atas menjelaskan, apabila kamu memasuki sebuah rumah, tidak kira rumah tersebut berpenghuni ataupun tidak, maka sebahagian daripada kamu berilah salam kepada sebahagian yang lain dengan lafaz “السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ atau “السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ” sekiranya tiada seorang pun di dalam rumah itu. Ucapan salam ini telah disyariatkan oleh Allah SWT dan ia merupakan ucapan yang diberkati, yang menumbuhkan rasa kasih sayang dan cinta. Apatah lagi, ia disukai oleh orang yang mendengar.
Bukan itu sahaja, malah Ibn Juzai al-Kalbi menyebutkan, terdapat dalam kalangan ulama yang berpendapat ia tidak terhad hanya kepada rumah-rumah atau kediaman tetapi juga masjid-masjid. Kita diperintahkan untuk memberi salam kepada sesiapa yang ada di dalamnya. Sekiranya tiada sesiapa di dalamnya, berilah salam kepada Nabi SAW, para malaikat dan hamba-hamba Allah yang soleh.
HUKUM MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM
Pada asalnya, hukum memberi salam adalah sunat muakkad — yang sangat dituntut. Manakala hukum menjawabnya pula adalah wajib.
Imam al-Nawawi menjelaskan lagi perkara ini sebagaimana yang disebutkan dalam kitabnya bahawa hukum memulakan salam itu adalah sunat muakkad. Manakala hukum menjawab salam pula adalah fardhu atau wajib secara ijmak (sepakat para ulama). Sekiranya seseorang memberi salam kepada seseorang yang lain, maka orang yang kedua itu wajib menjawabnya sebagai fardhu ain. Jika diberi salam kepada sekelompok manusia, maka hukum menjawabnya pula menjadi fardhu kifayah. Jika salah seorang menjawabnya, maka sudah cukup dan gugur kewajipan menjawabnya bagi mereka yang lain, dan jika semua orang menjawabnya, maka semuanya dikira sebagai menunaikan perkara yang fardhu, sama ada mereka menjawabnya secara serentak ataupun tidak. Jika tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang menjawabnya, maka mereka semua dikira berdosa.
Penjelasan lanjut berkenaan hal ini, bolehlah merujuk kepada artikel kami yang bertajuk: #202 Memberi Salam.
CARA MENULIS DAN MEMENDEKKAN LAFAZ SALAM KETIKA BERMESEJ
Secara umumnya, para ulama berbeza pendapat mengenai hal ini. Ada yang membenarkannya dan ada juga yang melarang. Mereka yang tidak membenarkan untuk memendekkannya berhujah kerana ia adalah ibadah sepertimana yang disebutkan oleh Abu al-Hasan al-‘Adawi dalam hasyiahnya.
Manakala sebahagian ulama yang lain pula, mengharuskan lafaz salam diringkaskan hanya kepada “السَّلَامُ” atau “سَلَامٌ” sama ada ketika memberi salam atau menjawabnya. Bahkah Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin menyebutkan bahawa tidak mengapa memendekkan lafaz salam menjadi “السَّلَامُ” kerana Nabi Ibrahim A.S, ketika menjawab salam para malaikat Baginda menjawabnya dengan lafaz “سَلَامٌ” iaitu dengan makna “عَلَيْكُمْ سَلَامٌ” yang bermaksud “Ke atas kamu kesejahteraan”. Begitulah juga ketika memberi salam, tidak mengapa, jika seseorang memberi salam dengan lafaz “سَلَامٌ” iaitu dengan makna “سَلَامٌ عَلَيْكُم” yang bermaksud “Salam sejahtera ke atas kamu” atau dengan lafaz “السَّلَامُ” iaitu dengan makna “السَّلَامُ عَلَيْكُمْ” (Salam sejahtera ke atas kamu).
Pendapat mereka yang membolehkannya ini, dikuatkan lagi dengan sebuah hadith daripada riwayat Umar bin al-Khattab R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Amalan-amalan itu adalah berdasarkan kepada niat, dan bagi setiap orang apa yang dia niatkan.”
Justeru, tidak mengapa jika seseorang itu memendekkan lafaz salam dalam penulisannya di aplikasi whatsapp dan seumpamanya. Hal ini kerana dia tidak akan menulis atau memendekkan lafaz salam melainkan dia berniat atau bermaksud mahu memberi salam. Misalnya, dia menulis di awal mesejnya ‘salam’ atau ‘aslmkm’ atau apa-apa singkatan yang boleh difahami daripadanya bahawa penulis maksudkan sebagai memberi salam. Namun, jika lafaz salam tersebut dapat ditulis dengan penuh seperti ‘assalamualaikum’, maka itu adalah lebih baik dan keluar daripada khilaf. Penjelasan lanjut mengenai perkara ini bolehlah merujuk kepada artikel kami yang bertajuk: #522 Memendekkan Lafaz Salam ketika Bermesej.
HUKUM MENJAWAB SALAM YANG BERTULIS
Berbalik kepada persoalan yang telah ditanyakan, kami nyatakan bahawa seseorang yang mendapat mesej mahupun pesanan ringkas yang mengandungi lafaz salam, wajib menjawabnya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).”[10]
Selain itu, Nabi SAW juga pernah bersabda kepada Aisyah R.Anha:
Maksudnya: “Wahai Aisyah, ini Jibril. Dia mengucapkan salam kepadamu.” Lalu aku menjawab: “وَعَلَيْهِ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ” (Dan ke atasnya keselamatan dan rahmat Allah).” Nabi SAW melihat apa yang tidak aku lihat.”
Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadith di atas menyebutkan bahawa sesiapa yang telah sampai padanya salam daripada seseorang yang lain, hendaklah dia menjawabnya dan menjawab salam itu, hukumnya adalah wajib ke atas dirinya dengan segera. Begitu juga jika dia menerima salam menerusi kertas — yakni surat — daripada orang yang berada di jauh, maka hukumnya adalah wajib untuk dia menjawab salam tersebut secara lisan dengan segera ketika dia membacanya.
Perkara ini dikuatkan lagi dengan kaedah fiqh yang menyatakan:
الكِتَابُ كَالخِطَابِ
Maksudnya: “Penulisan sama kedudukannya seperti percakapan.”
Dr. Muhammad al-Zuhaili ketika mensyarahkan kaedah ini menyebutkan, penulisan antara orang yang tidak hadir sama seperti pertuturan sesama orang yang hadir. Hal ini kerana pen (atau alat-alat tulis lain) merupakan salah satu alat bicara — yakni untuk menyampaikan. Sesungguhnya Nabi SAW telah diperintahkan untuk menyampaikan risalah (yakni agama ini) kepada manusia seluruhnya. Ada kalanya Baginda SAW telah menyampaikan kepada mereka melalui penulisan (yakni perutusan surat) dan ada kalanya melalui pertuturan.
KESIMPULANNYA
Justeru, berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa hukum yang sama terpakai kepada mereka yang menerima pesanan ringkas daripada aplikasi whatsapp, SMS dan seumpamanya, atau membaca surat atau lain-lain, yang mana terkandung di dalamnya lafaz salam (yang ditujukan buat pembacanya), hendaklah dia menjawabnya kerana hukum pada penulisan sama kedudukannya dengan pertuturan. Jika menjawab salam yang dilafazkan itu, hukumnya adalah wajib, maka menjawab salam yang disampaikan melalui penulisan juga adalah wajib.
Selain itu mereka boleh memilih untuk menjawabnya secara lisan yakni sekadar menjawabnya secara lisan sahaja, tanpa membalas kembali lafaz salam itu, maka ia sudah memadai. Namun, afdhalnya adalah membalas kembali lafaz salam itu (yakni menjawabnya) dengan mengirimnya kembali melalui pesanan ringkas tersebut.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Wallahua‘lam.
Sumber kredit: Maktabah al-Bakri Top image: Photo by rodnae-productions from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat malam atau solat tahajjud merupakan satu peluang bagi umat Islam untuk mengeratkan hubungan dengan Allah. Secara zahirnya, tidak ramai individu yang mampu bangun malam dan menunaikan solat tahajjud.
Mungkin ia satu kesulitan bagi individu yang jarang melakukannya tetapi satu kenikmatan bagi mereka yang selalu menunaikan solat tahajjud.
Waktu paling mustajab untuk melakukan solat tahajjud adalah pada 1/3 malam. Ketika ini, malaikat akan turun ke bumi dan Allah akan mengabulkan doa hambaNya.
Terdapat pelbagai manfaat bagi individu yang menunaikan solat Tahajud. Antaranya:
Ibadah mampu mendekatkan diri manusia kepada penciptaNya dan solat tahajjud merupakan medium untuk menghapus dosa. Malah, individu tersebut akan dikuatkan iman dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa besar mahupun kecil.
Orang yang selalu bangun menunaikan solat tahajjud akan kelihatan bersinar pada wajahnya. Ini merupakan tanda ketakwaan seseorang hamba kepada Allah Taala.
Kebiasaannya, solat tahajjud akan dilakukan pada jam 3.00 pagi. Pada ketika itu, udara masih segar dan akan dihirup oleh paru-pau. Tubuh kita akan menggerakkan seluruh otot yang akan membuatkan badan segar dan seluruh aliran darah terasa lancar. Oksigen segar akan hilang ketika matahari terbit. Hanya orang yang berjaga malam mampu merasakannya.
Manfaat gerakan dalam solat ternyata mampu memberi efek positif terhadap kesihatan manusia. Gerakan takbiratul ihram sebenarnya membuka rongga paru-paru lebih lebar dan melancarkan pengaliran udara menuju paru-paru. Paru-paru akan menjadi lebih lapang daripada sebelumnya.
Rasulullah pernah mengatakan bahawa sesiapa yang melaksanakan solat tahajjud akan mendapat jaminan syurga. Hal initelah diriwayatkan dalam salah satu hadis, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Wahai manusia, sebarkanlah salam, beri makanlah, sambung tali kasih, salam malamlah saat orang pada terlelap, maka masuklah syurga dengan selamat.” (HR. Al-Hakim, Ibnu Majah, At-Tirmizy)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda bahawa orang yang selalu melaksanakan solat Tahajud akan memperoleh cinta Allah S.W.T. Baginda pernah bersabda pada Abu Darda’ r.a tentang keutamaan solat tahajjud ini. Mereka yang memilih bangun di tengah malam dan meninggalkan kenyamanan tidur, nescaya akan mendapat cinta Allah S.W.T.
Biasanya ramai yang mencari tip di alam maya bagaimana mahu menguruskan berat badan. Tetapi jarang kita membaca perkongsian mereka yang mahu menaikkan berat badan. Baru-baru ini pengusaha Tudung Ruffle, Hanis Arif atau dikenali dengan Nononess, berkongsi di laman instagramnya bagaimana dia menambah berat badan. Pemilik tudung ini memang memiliki tubuh yang sangat slim dan dia memang bercita-cita mahu menambah berat badan dari sebelumnya.
Hi semua, this post khas pada yang dm tanya anis tentang tips naikkan berat badan. Sebelum plan untuk naikkan berat badan, korang kena tahu dulu berapa metabolisme rate badan kita. Dari situ kita boleh agak agak macam mana cara nak makan and juga exercise untuk naikkan berat. Paling penting konsisten. Tak konsisten jadilah macam anis. Naik turun naik turun
Mostly kenapa orang susah naik berat badan, sebab metabolisma dia tinggi. Nak check metabolism rate ni guna penimbang je. Anis beli penimbang yang boleh tengok fat, muscle semua tu. Ada banyak jual kat lazada
Metabolism rate anis 1600. Maksudnya badan anis bakar 1600 calorie sehari. Jadi untuk anis, naikkan berat badan, anis kena amik kuantiti makanan paling kurang 2000 calorie sehari
Dari makanan anis amik tu, 2000 – 1600(badan bakar tenaga), anis tinggal 400 calorie dalam badan, hopefully, 400 calorie tu simpan boleh jadi lemak and otot
Cane nak kira calorie intake ni, just agak, setiap satu pinggan (contoh nasi lauk ayam) dalam 500 calorie. Jadi sehari kena makan paling kurang 4 pinggan nasi(4 x 500calorie). Kalau kurang makan je, calorie intake bawah 1600. Badan takkan naik berat atau jadi makin kurus. Kenapa kena amik weight gain tu, sebab mostly orang kurus ni jenis makan sikit pn cepat kenyang. Jadi weight gain ni boleh tolong untuk tambah calorie dalam badan
Exercise pun penting jugak untuk orang kurus yang cuba naikkan berat badan, sebab dia tolong kita untuk kembangkan otot badan(bagi effect badan tebal). Masa badan tengah nak membesar boleh jadi naik cantik. Takut makan makan tak exercise nanti jadi naik menggelebeh
Conclusion ni, memang makan banyak boleh tolong naikkan berat badan. Makan je, sampai la berat korang naik. Selamat mencuba. Untuk orang yang nak kuruskan badan boleh cuba other way around
Anis dah naik 5 kg since consistent. Tengah aim untuk tambah lagi 6kg. Wish me luck tau
Setakat ni je pengetahuan anis tentang cara naikkan berat badan yg anis belajar dari personal trainer. If anis salah bagi info tolong betulkan ye.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.