Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko tahap kesihatan merundum dan semakin mudah seorang individu untuk dijangkiti penyakit.

Sekiranya, bersikap culas dan enggan mengambil berat tentang faktor-faktor yang menjadi punca utama penyakit adalah tidak mustahil untuk anda dijangkiti beberapa penyakit kronik seperti Darah Tinggi, Kencing Manis, Sakit Jantung, Strok, Kegagalan Buah Pinggan, Kehilangan Memori (Amnesia) dan sebagainya.

Justeru, Hijabista berkongsikan semula tip yang dikongsikan seorang personaliti Televisyen otai yang masih kekal jelita, menawan dan sihat meski diusia 54 tahun, Azizah Ariffin.

Azizah Ariffin Pegang Erat Nasihat Emak!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizah Ariffin (@azizahariffin)

Menurut Azizah dia masih memegang erat nasihat dan kata-kata ibunya tentang pentingnya menjaga kesihatan tubuh badan, terutamanya apabila usia semakin meningkat tua.

“Semasa membesar dulu saya sering diingatkan oleh mak, jangan banyak makan makanan yang masin dan bergaram. Jangan selalu marah-marah nanti kena darah tinggi.

“Apakah punca yg membawa kepada darah tinggi ini. Menerusi pembacaan saya antaranya ialah faktor usia, apabila umur meningkat tekanan darah juga meningkat kerana saluran darah akan menjadi keras dan menyempit disebabkan oleh plak yg tersumbat dari semasa ke semasa,” katanya.

Tambah Azizah lagi, selain pemakanan masalah berat badan juga bakal mempengaruhi tahap kesihatan seseorang individu itu untuk terdedah dengan penyakit kronik.

IKLAN

“Saiz berat badan turut mempengaruhi- semakin banyak kandungan darah atau kuantiti dalam badan maka semakin tinggi tekanan darah.

“Masalah sedia ada seperti buah pinggang kencing manis dan masalah tidur (sleep apnea) boleh meningkatkan tekanan darah.

“Faktor-faktor lain ialah kurang aktiviti fizikal, banyak makan makanan yg tinggi garam, kolestrol dan berproses, merokok dan sejarah keluarga,” ujarnya.

Azizah Kongsi ‘Tip’ Kekalkan Kesihatan Badan

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizah Ariffin (@azizahariffin)

IKLAN

Menerusi hantaran sama, Azizah sempat berkongsikan kepada para pengikut dan juga peminatnya tentang cara yang sewajarnya untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

“Bagaimana nak elak darah tinggi ni? Disini saya share beberapa langkah pencegahannya. Pertama, amalkan pemakanan sihat, iaitu pinggan sihat suku-suku separuh.

“Serta kurangkan pengambilan garam dan daging merah (kolestrol), kurangkan juga pengambilan makanan segera (tinggi garam, lemak tepu, pewarna dan perisa tiruan),” nasihatnya.

Artikel berkaitan: Kulit Seakan ‘Remaja’ Dan Awet Muda! Ini Amalan Azizah Ariffin, Jelita Di Usia 54 Tahun!

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizah Ariffin (@azizahariffin)

Meninjau ke ruangan Instagram milik Azizah, Hijabista mendapati meskipun di usia 54 tahun. Azizah sememangnya seorang yang suka melakukan aktiviti-aktiviti sukan yang mengeluarkan peluh seperti berbasikal, bersenam, hiking bersama suami dan rakan-rakan.

Sebenarnya ramai yang tidak cakna, bahawa melakukan senaman juga merupakan antara terapi terbaik untuk mengawal kadar tekanan dalam badan dengan lebih berkesan. Kerana ketika beriadah melakukan aktiviti sihat, kita akan merasa tenang apabila lebih dekat dengan alam sekitar serta kehijauan.

Sumber: Instagram Azizah Ariffin

Artikel berkaitan: Keringkam ‘Berusia 35 Tahun’ Warisan Seni Berharga Tunku Azizah Khas Buat Muzium Sarawak!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI