Pengurusan jenazah bukanlah suatu perkara baharu. Dalam Islam, pengurusan jenazah merupakan fardhu kifayah dan wajib disempurnakan sebelum jenazah itu dikebumikan. Bahkan dalam anutan lain sekalipun, pengurusan jenazah adalah sebagai penghormatan terakhir bagi orang yang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia.
Semua orang bakal berdepan situasi ini jika ada ahli keluarga, saudara-mara mahupun tetangga yang meninggal dunia. Namun begitu, dalam musim banjir yang sedang melanda di beberapa kawasan di seluruh negara, situasi pengurusan jenazah ini agak sukar untuk disempurnakan.
Bencana banjir yang melanda beberapa tempat di negara kita baru-baru ini memang meruntun hati pelbagai pihak. Ramai mangsa banjir yang hilang tempat berteduh selepas rumah mereka musnah kerana bencana alam tersebut. Bukan sahaja diuji dengan kehilangan tempat tinggal dan kerosakan harta benda, malah ada antara mereka yang diuji dengan pemergian insan tersayang.
Ketika berada dalam situasi ini, satu perkara yang sering menjadi tanda tanya adalah bagaimana cara mahu menguruskan jenazah di kawasan yang masih dilanda banjir.
Salah seorang penceramah bebas iaitu Ustazah Asma Harun, yang banyak berkongsi kemusykilan soal jawab agama tidak terlepas untuk mengulas mengenai isu ini. Ustazah Asma’ telah tampil memberikan pencerahan menerusi satu perkongsian di Facebook baru-baru ini.
Fardu kifayah
Memetik coretan Ustazah Asma’, menguruskan jenazah semasa banjir adalah satu kewajipan dan ia termasuk dalam fardhu kifayah bagi masyarakat di sesuatu tempat. Kewajipan itu hanya akan terangkat apabila ada sebahagian daripada masyarakat menunaikan tanggungjawab tersebut.
Ijma’ Ulama bersepakat bahawa setiap individu yang TIDAK mati dalam keadaan syahid atau berada dalam ihram WAJIB bagi mereka diuruskan dengan empat perkara ini:
Berikut adalah penjelasan dan huraian Ustazah’ Asma mengenai empat perkara tersebut:
#1 Memandikan jenazah
Dalam situasi banjir, dibolehkan bagi seseorang menggunakan air banjir untuk memandikan jenazah. Urusan memandikan jenazah lebih utama diuruskan oleh orang yang sama jantinanya, jika tidak ada maka diharuskan yang berlainan jantina menguruskannya.
Sekiranya pusat penempatan banjir tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi atau air hanya cukup untuk keperluan asas sahaja seperti air minum, jenazah boleh ditayamumkan bagi menggantikan kefarduan mandi jenazah. Orang yang menguruskan jenazah tersebut perlulah menekap atau menepuk tanah dengan tangannya, kemudian menyapu ke bahagian muka dan kedua tangan jenazah tersebut.
Tambahnya, keadaan darurat dan situasi sulit seperti banjir yang menyebabkan simpanan air bersih perlu digunakan untuk keperluan-keperluan asas yang lain seperti air minum menjadikan tayammum dijadikan rukhsah atau keringanan oleh syara’.
Maksudnya: “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu).” (Surah al-Maidah: 6)
Ads
#2 Mengkafankan jenazah
Kafan yang dituntut oleh syarak adalah kain putih yang mencukupi untuk menutup aurat jenazah. Sunat tiga lapis kain putih bagi jenazah lelaki dan lima lapis kain putih bagi wanita. Sekiranya menghadapi kesukaran menyediakan kain kafan yang mencukupi atau yang bewarna putih ketika di dalam situasi banjir, dibolehkan untuk mengkafankan jenazah sekadar untuk menutup jenazah sahaja.
Maksudnya: “Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih kerana ia adalah sebaik-baik pakaian dan kafankanlah yang mati di kalangan kamu dengannya.” (HR Tirmizi, hadis Sahih)
#3 Sembahyang jenazah
Jenazah yang telah dikafankan, wajib disolatkan sama ada secara sendirian atau berjemaah mengikut keadaan.
Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya: “Rasulullah SAW bersabda atas kematian al-Najasyi lalu baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bersolat sebanyak empat kali takbir.”
(HR Muslim, Hadis Sahih)
#4 Mengebumikan jenazah
Jenazah yang sudah disolatkan wajib dikebumikan di kawasan perkuburan yang telah disediakan oleh pihak berkuasa. Sekiranya tidak dapat diuruskan, dinasihatkan untuk menghubungi pihak yang bertanggungjawab bagi menguruskannya. Sekiranya tidak berjaya, maka perlu dilakukan perkara-perkara berikut:
Dikebumikan di mana-mana kawasan atau tanah yang boleh didapati. Setelah banjir surut, jenazah tersebut perlu dipindahkan oleh pihak berkuasa agama negeri ke tanah perkuburan yang disediakan sekiranya diperlukan. Atau;
Menyimpan jenazah di tempat yang sesuai dalam suatu tempoh yang dirasakan tidak akan membusuk sehingga banjir reda dan dikebumikan setelah itu. Atau;
Menghanyutkan jenazah dengan harapan agar ada orang yang menguruskan jenazah itu ketika menemuinya. Atau;
Melakukan apa-apa alternatif lain untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dan memudaratkan orang awam.
MasyaAllah, semoga perkongsian Ustazah Asma’ ini dapat dimanfaatkan oleh semua. Buat yang sedang diuji dengan musibah banjir, semoga diberi kekuatan dan dimudahkan segala urusan. Amin.
Sudah menjadi kebiasaan untuk kita berasa keliru apabila ingin membeli kasut dalam talian. Sudah tentu, kerana anda tidak boleh mencubanya dengan segera, anda teragak-agak untuk menentukan saiz yang betul. Cara untuk mengetahui saiz kasut anda agak mudah, anda tahu?
Kami mempunyai beberapa petua untuk membantu anda menentukan saiz kasut yang betul supaya anda tidak lagi keliru apabila anda ingin membeli kasut dalam talian.
Ukur Panjang Kaki Dengan Pembaris Atau Pita Pengukur
Jika anda sudah mempunyai tapak kaki anda pada sekeping kertas, ukur panjang kaki anda dengan pembaris atau pita pengukur. Jangan lupa untuk menambah panjang tambahan untuk meninggalkan ruang antara kaki dan kasut anda. Kemudian bandingkan keputusan dengan carta saiz kasut standard antarabangsa.
Lukis ‘jejak’ Kaki Pada Sekeping Kertas
Tidak perlu rumit, anda boleh menggunakan bahan yang anda ada di sekeliling rumah seperti kertas, pen, pembaris atau pita pengukur untuk menentukan saiz kasut anda. Mudah sahaja, cuma lukis penanda pada sekeping kertas. Lukiskan garisan dari bahagian atas kaki hingga ke tumit. Setelah selesai, langkah seterusnya ialah mengukur panjang kaki anda.
Semak Panjang Kaki Dengan Saiz Kasut Standard Di Kedai Dalam Talian
Jika anda sudah mengetahui panjang dan lebar kaki anda, anda boleh menyemak saiz kasut standard di laman web kedai dalam talian tempat anda membeli kasut tersebut. Sebagai contoh, saiz kasut tipikal yang biasa digunakan dengan panjang kaki 24.5 cm ialah saiz 39.
Lihat Jadual Piawaian Saiz Kasut Antarabangsa
Jika kedai dalam talian tempat anda akan membeli kasut anda tidak menawarkan saiz kasut standard, anda boleh membandingkan panjang kaki anda dengan carta saiz kasut standard antarabangsa. Anda juga boleh melihat perbandingan saiz kasut dalam saiz EU, AS dan UK yang berbeza. Jadi anda boleh menukar saiz kasut anda dengan mudah.
Kami Mengesyorkan Mengukur Panjang Kaki Pada Sebelah Petang
Jangan salah faham, saiz kaki boleh berubah tau. Masa terbaik untuk mengukur panjang kaki adalah pada waktu petang. Ini kerana saiz kaki akan lebih besar pada masa itu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Saban tahun, berita pergolakkan negara Islam di Timur tengah iaitu Palestin seakan merupakan ‘acara tahunan’ yang menggemparkan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Kita sering ‘dihidangkan’ dengan berita-berita mengenai rakyat Palestin yang sering ditindas.
Malah perperangan serta serangan terhadap negara di bumi anbiya berkenaan seolah tidak berkesudahan meskipun berkali gencatan senjata dilaksanakan, Palestin masih gagal temui kedamaian. Konflik antara Palestin dan Israel yang bermula sejak 1947 masih menjadi isu kemanusiaan yang belum berakhir sampai saat ini.
Lima aktivis yang terdiri daripada wanita-wanita muda ini punya keberanian terutama ketika berucap di persada antarabangsa. Selain aktif dalam bidang sosial, mereka juga lantang menyuarakan hak kebebasan demi membela nasib rakyat Palestin.
Leanne Mohamad, 22, seorang aktivis hak asasi manusia dan penceramah awam dari London. Kerana kedua ibu bapanya berasal dari Palestin, Leanne mengambil pendirian tegas menentang pendudukan Israel di Palestin dan mempertahankan haknya untuk kembali ke tanah air suatu hari nanti.
Dia mula menjadi tumpuan pada usia 15 tahun dalam pertandingan pengucapan awam. Ketika itu, Leanne menyampaikan ucapan bertajuk “Burung Bukan Bom.” Dalam ucapan itu, Leanne mendedahkan kesedihan menjadi warga Palestin dan menyeru kebebasan untuk semua orang yang hidup di bawah penjajahan.
Bagaimanapun, ramai yang memberi respon yang negatif sehingga menyebabkan dia terkeluar daripada pertandingan itu. Namun, detik ini sebenarnya membuatkan ramai yang berminat. Ucapannya, yang menyampaikan mesej yang begitu kuat, menjadi tular.
Sejak dikenali, Leanne menggunakan pentas untuk berucap di pelbagai acara termasuk di hadapan lebih 200 ribu penunjuk perasaan di London. Leanne terus bercakap secara terbuka mengenai jenayah dan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.
Heliza merupakan salah satu penggiat seni yang aktif dalam bidang kemanusiaan masyarakat Islam. Beliau juga sering bergiat bersama adiknya, Hazwani Helmi. Semangatnya untuk memperjuangkan isu ummah ini semakin kuat setelah beliau pergi dan lihat sendiri keadaan di Gaza, Palestin pada tahun 2012.
Walaupun pada mulanya keluarganya tidak membenarkan beliau pergi atas faktor keselamatan, tetapi akhrinya mendapat keizinan, dan beliau dapat berkongsi isu ini kepada masyarakat. Lirik lagu “La Tahzan” diinspirasikan hasil daripada pengalaman beliau menjejakkan kaki di sana pada pertama kalinya.
Beliau merupakan duta Aman Palestin dan beliau juga aktif mengikuti pertubuhan bukan kerajaan NGO yang lain seperti Muslim Care, MAPIM dan banyak lagi. Selain dari isu Gaza, beliau juga sedang memperjuangkan isu kemanusiaan di Syria, dan telah ke sana sebanyak tiga kali.
Seorang penulis Palestin dan penceramah awam dari Amerika Syarikat. Dilahirkan di Kuwait, Laila sering menghabiskan musim panasnya di Gaza. Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Duke dan Harvard, Laila memutuskan untuk berpindah ke Gaza.
Laila mendedahkan masalah dihadapi rakyat Palestin setiap hari semasa bekerja sebagai wartawan Al-Jazeera di Gaza. Laila turut membuka akaun Twitter peribadinya @gazamom di mana dia berkongsi kisahnya membesarkan anak-anak di Gaza.
Selain menyiarkan resipi untuk makanan tradisional Palestin semasa tinggal di AS, Laila masih terus menyiarkan dan meningkatkan kesedaran orang lain tentang keadaan di Palestin, dan mengumpul wang untuk membantu mereka di bawah penjajahan Israel.
Penyanyi yang popular dengan alunan lagu menahan rindu yang pernah menjadi fenomena hingga melonjakkan namanya di persada seni tanah air, Wany Hasrita kini telah bergelar ibu apabila selamat melahirkan cahaya mata sulungnya di sebuah pusat perubatan, pada jam 7.14 malam tadi.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Wany sendiri menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, bertujuan menzahirkan rasa syukur diatas kelahiran cahaya mata perempuan hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Mohd Al-Adib Fahmi Harun, yang dilahirkan secara normal.
“Semoga Jadi Anak Solehah, Penyejuk Mata Penenang Jiwa,” – Wany Hasrita
Sekadar info, Wany sememangnya menjangkakan bahawa dia akan melahirkan cahaya mata sulungnya itu pada bulan ini.
Sehubungan itu, dia dan suamk bersepakat untuk menjalani proses bersalin dan berpantang di ibu negara.
Untuk rekod, Wany dan suami, Mohd Al-Adib yang bertugas sebagai juruterbang di Kuching, mula rapat selepas diperkenalkan rakan baik Wany pada 2019 dan mengikat tali pertunangan pada 26 Februari 2022 dan memutuskan untuk menikah pada Julai tahun lalu.
Mahalini, penyanyi muda berbakat besar menarik perhatian ramai berkat penampilannya yang manis berhijab ketika menunaikan ibadah umrah. Terserlah aura Islamik. Perjalanan kerohanian pertama ini...