Ubah penampilan, kecantikan bekas ahli kumpuan Dolla, Syasya Rizal makin menyerlah selepas berhijab.
Manisnya bila berhijab, nampak lebih sopan dan sejuk mata memandang. Selepas mengumumkan pengunduran dari kumpulan Dolla, Syasya atau nama penuhnya Noor Syasya Afiqah Shahrizal, 23 tahun mula mengubah penampilannya.
Syasya mengakui sudah lama berhasrat untuk berhijab namun walaubagaimanapun terhalang kerana tuntutan kerja.
Menurut temu bual bersama sebuah portal hiburan, hasrat itu akhirnya tertunai selepas beliau mengambil keputusan untuk keluar dari Dolla. Ia adalah masa terbaik untuk berbuat demikian (berhijab).
“Saya jumpa jalan berbeza dalam kehidupan dan buat masa ini saya masih belajar dan masih tercari-cari gaya sesuai dalam penampilan bertudung,” katanya.
Syasya mula dilihat mengenakan hijab sepenuhnya selepas video beliau menyambut Hari Raya Aidilfitri pada April lepas tular.
Ads
Kini Syasya tekun untuk menyelesaikan pengajiannya selain memberi fokus pada rumah tangga yang baru dibina. Beliau juga lebih menitikberatkan soal pemakaian agar tidak kelihatan seksi tau mencolok mata.
Jika dilihat pada raut wajah yang dimiliki, pasti ramai diantara kita yang tidak dapat meneka usia yang dimiliki oleh pemilik nama penuh Sasha binti Mohd Saidin atau lebih mesra disapa sebagai Sasha Saidin ini.
Punyai raut wajah kacukkan membuatkan ramai terkejut saat mengetahui bahawa Sasha kini sudah pun berusia 46 tahun. Mana tidaknya, dalam usia menghampiri 50an kakak kepada pelakon kacak Zain Saidin ini juga amat pandai jaga badan dan penampilanya.
Ketika dihubungi Hijabista, Sasha yang kini menetap di Dubai menzahirkan rasa syukur apabila dikurniakan kesihatan yang baik dan rupa paras jelita. Dalam nada merendah diri, ibu kepada Adam Arya ini berkongsi amalan kecantikan yang diamalkanya.
“Rutin tak banyak mana cuma kami beruntung bila ada yang kata saya dan Zain nampak muda dari usia. Kalau tengok Arya dan Aaisyah (anak Zain dan Che Ta), gen mak keturunan Inggeris memang kuat.
“Dari anak-anak sampai ke cucu warisi gen mak. Alhamdulillah, mak pun nampak muda dari usia, fizikal dan mental.
“Bahkan masa saya remaja umur 13 ke 14 tahun dulu muka saya nampak lebih macam budak-budak lagi. Sebabkan wajah keanak-anakan, saya tak popular dalam kalangan budak lelaki yang ingat saya masih kanak-kanak. Tapi sekarang ia satu kelebihan buat saya,” dedahnya sambil ketawa.
Ketika disoal adakah terdapat sebarang amalan-amalan atau petua kecantikkan yang diamalkanya hingga kini, ini respon yang diberikan oleh Sasha!
“Dari dulu saya pastikan muka bersih dan cuci mekap. Penat macam mana pun saya akan cuci muka dan tak masuk tidur tanpa buang mekap. Saya juga guna skrub di T-Zone dan bahagian hidung. Pakai pelembap, dan letak minyak kelapa dara untuk kesihatan rambut.
“At my age, rambut still sihat. Dari dulu sampai sekarang, saya letak minyak tersebut yang ada bau bunga jasmin sekurang-kurangnya once every two weeks. Sekarang pun saya dah mula pergi gym dulu tak pernah pergi. Pergi sebab suami aktif ke gim. Kalau tak sempat, saya pergi walk at least 5 km or more. To get the heart going and stamina.
“Sejak usia cecah 40 tahun ke atas, jujur berat badan sebenarnya dah naik. Masa remaja dulu saya bertuah sebab high metabolism walau kuat makan tapi tak naik berat. Dalam kalangan Elite pun saya yang paling kuat makan. Bila dah 40, susah nak turun berat badan.
“Sekarang semua kena sederhana. Makan kena cut down. Kalau dah berumur nak kurus macam dulu tak boleh dah. Jadi, saya akan enjoy pergi gim sambil tengok Netflix ke. Tapi tak terlalu ekstrem dan kira kalori makanan. Yang penting, moderation dan terus amal gaya hidup aktif serta sihat,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, Sasha melangsungkan perkahwinan kali ketiga bersama duda anak dua, Sirhan Wahab pada Januari 2020 dan pasangan ini menetap di Dubai.
Empat tahun berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sasha yang juga suri rumah tangga tetap aktif dan bekerja secara sambilan di sana sebagai pengacara majlis, modelling dan memenuhi tawaran nyanyian.
Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit ada juga yang selesa mengamalkan petua secara alami dan bersederhana sahaja.
Bagi Siti Nordiana binti Alias, atau juga dikenali sebagai Nana dia mempunyai rutin penjagaan kesihatan sama ada dari segi luaran dan dalaman. Tidak hairanlah Nana antara selebriti yang sentiasa tampil cantik dan anggun setiap kali membuat persembahan.
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten. Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.
Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal. Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.
Erin Malek, seorang selebriti Malaysia yang terkenal dengan bakat lakonan dan kecantikannya, sering menjadi inspirasi ramai wanita dalam menjaga kecantikan kulit.
Kini lebih menumpukan perhatian kepada keluarga dan jarang kelihatan di kaca televisyen. Namun, Erin Malek masih aktif dilaman sosial miliknya.
Jika diintai di laman instagramnya, dia sering menghabiskan masa bersama keluarga dengan bercuti ke luar negara.Nampak begitu bahagia sekali mereka menghabiskan masa bersama. Pelakon yang mempunyai wajah cantik ini tetap kelihatan seperti gadis remaja walaupun telah punya sepasang anak, lelaki dan perempuan.
Walaupun dalam mood bercuti, penampilan Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek tetap cantik dan menawan. Apa rahsianya yang kini semakin jelita sejak berhijab.
Walaupun dia tidak begitu aktif dalam bidang lakonan, tetapi perkembangan dirinya tetap menjadi perhatian netizen. Malah setiap aktiviti banyak dimuat turut dalam laman sosialnya itu.
Berbicara soal kecantikan, ibu muda yang mempunyai susuk tubuh yang cantik dan kecil molek ini sudah pastinya menjadi idaman setiap wanita di luar sana. Erin Malek, selesa berkongsi rahsia bersama peminat.
Sudah namanya wanita, Erin tidak lari daripada regim kecantikan alami. Intip petua dan rahsia cantik Erin Malek.
Setiap kali bangun pagi, Erin akan mencuci muka. Sama juga rutinnya sebelum tidur malam. Memang menjadi amalan yang tak pernah ditinggalkan!
Erin amalkan minum air putih yang banyak. Kalau boleh, dua liter sehari.
Pilih penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit wajah dan Erin akan menjaga dari segi pemakanan. Selalunya Erin akan kurangkan memilih makanan yang berminyak dan manis dalam menu sehari-harian, senaman jangan pula dilupakan!
Pencuci muka, bedak padat dan pelembap bibir, Erin jarang pakai gincu untuk mengelakkan bibir menjadi rosak.
Gunakan beras untuk dijadikan masker muka. Itu antara amalan turun temurun keluarga Erin.
Buat masa ini, Erin memang tidak ambil sebarang suplemen. Tetapi, Erin tetap mengamalkan makan buah-buahan dan minum jus terutamanya buah limau setiap hari. Paling kurang satu hari Erin akan minum jus limau satu kotak besar sehari. Alhamdulillah, setakat ini ia memang membantu Erin untuk kekalkan kesihatan kulit.
Erin jarang mengunjungi pusat-pusat kecantikan, mungkin setahun hanya dua atau tiga kali sahaja melakukan rawatan di sana.
Erin memang mengikuti kelas ‘kickboxing’ dua kali seminggu bagi memastikan tubuh badan kekal cergas dan aktif.
Campurkan lima sudu besar susu kambing dan campurkan sebiji putih telur kampung kemudian pupurkan pada wajah hingga kering.
Selamat mencuba!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.