Tidak ada wanita yang gembira apabila mempunyai jerawat pada wajah apatah lagi jika jerawat tersebut meninggalkan parut. Kerana ia akan mencacatkan seluruh penampilan, sekaligus mengurangkan keyakinan diri.

Malah, selepas mencuba pelbagai jenis produk masalah parut ini masih tidak dapat diselesaikan kerana kesan parut akibat jerawat, luka dan sebagainya memang sukar untuk dihilangkan. Hingga ada diantara kita mengambil jalan pintas dengan menggunakan filter demi memuaskan hati masing-masing sekaligus mendapatkan sekeping gambar yang sempurna.

Tapi sampai bila nak kena bergantung kepada filter je kan? Justeru, di sini Hijabista kongsikan kepada anda beberapa cara alami yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah parut pada kulit anda dengan segera.

Jom Hilangkan Parut Jerawat!

Sampai Bila Nak Pakai Filter? Jom Rawat Kulit Dengan Cara Ini Dan Tampil Lebih Yakin!

Langkah pertama untuk tidak lagi bergantung kepada filter anda perlu merawat kesan luka dan parut yang berpunca dari jerawat. Caranya mudah sahaja!

Anda hanya perlu sediakan asam jawa. Sangai atau goreng ia tanpa minyak selama lima minit. Biarkan ia sejuk seketika dan kemudian geserkan pada batu atau permukaan yang kasar untuk mengeluarkan serbuknya. Ambil serbuk tersebut dan titiskan sedikit air lalu sapukan pada bahagian yang luka dan berparut jerawat.

Cara kedua pula, hijabi boleh sediakan beberapa keping kulit kayu manis. Tumbuk lumat dan kemudian campurkan dengan sedikit bedak sejuk. Titiskan dengan sedikit air dan kemudian sapukan pada bahagian yang berparut atau bintik hitam pada wajah.

Selamat Tinggal Lingkaran Gelap Bawah Mata!

Sampai Bila Nak Pakai Filter? Jom Rawat Kulit Dengan Cara Ini Dan Tampil Lebih Yakin!

Bagi anda yang selalu sibuk dengan urusan kerja, balik runah pula terpaksa bersengkang mata menguruskan keluarga pula, pastinya ‘panda eyes’ merupakan sahabat baik hingga menjadi signature look anda. Oleh itu, jom atasinya dengan remedi ini! Jadikan tabiat dan anda akan peroleh wajah yang lebih segar dari yang sebelum

Anda hanya perlukan, segengam daun pudina dan tumbukkan daun pudina itu sehingga hancur dan tekapkan pada bawah mata selama 20 minit setiap hari. Kemudian, bilas hingga bersih. Lakukan dengan kerap untuk hasil yang terbaik!

Artikel berkaitan: Kulit ‘Instant’ Lembab Jika Gunakan Produk Ini, Selamat Tinggal Kulit Kering!

Kulit Satu Tona Lebih Cerah Dan Putih Sekata!

Sampai Bila Nak Pakai Filter? Jom Rawat Kulit Dengan Cara Ini Dan Tampil Lebih Yakin!

Anda tak perlu lagi berhabis duit untuk ke spa! Apatah lagi membazir masa mencari produk terbaik untuk putihkan kulit. Hanya menggunakan madu sahaja, anda bolej dapatkan kulit putih yang didambakan, kerana madu sememangnya terkenal dengan bahan semula jadi yang mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Kandungan ini sangat bermanfaat untuk mengawal radikal bebas yang banyak terdapat di sekitar wajah. Cara untuk menghasilkan masker madu juga amat mudah!

Pertama sekali, sapu rata madu pada kulit yang baru sahaja dibasuh dan dikeringkan.
Biarkan selama 15 – 20 minit. Kemudian bersihkan dengan menggunakan kain dan air suam. Akhir sekali, basuh dengan air dingin untuk menutup dan mengecilkan liang pori kulit.

Jika anda rajin mengamalkan kesemua tip diatas secara konsisten, Hijabista yakin anda tidak lagi perlu menggunakan filter dan boleh bergambar dengan lebih yakin kerana mempunyai kulit wajah yang sihat dan bebas dari masalah!

Artikel berkaitan: Ucap Selamat Tinggal ‘Filter’, Jom Rawat Kulit Dengan 3 Cara Mudah Ni!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI