Selalunya ramai yang abaikan solekan di pagi raya muka pucat lesu kepenatan masak rendang semalam pun tak habis lagi. Jangan biarkan gambar raya anda tidak ceria walaupun anda mungkin tidak bersama seluruh ahli keluarga, tetapi kecerian itu harus ditampilkan ketika menyambut lembaran.
Suka dengan tutorial solekan Bella Park yang sentiasa ceria ini, tutorial mekap yang durasi selama 30 minit ini khas untu hijabi yang baru kenal-kenal dengan alatan solekan. Cara Bella Park buat tutorial sambil menjawab soalan memang mudah nak ikut.
Ads
Ads
Ads
Jom ikuti tutorial mekap Bella Park agar pagi hijabi terus ceria dengan solekan ringkas.
Menjadi seorang ibu adalah saat paling terindah buat hidup seorang wanita. Apatah lagi jika dapat menyusukan anak dengan susu badan. Namun kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.
Siapa sangka selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara. Bukan sedih kerana mendapat berita mengejutkan itu, tetapi kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.
Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.
Sepanjang tempoh itu mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah dan turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.
Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.
Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.
“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.
“Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.
“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya yang turut menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.
Bukan itu sahaja setiap bulan dia turun menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei dia sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.
“Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur kerana suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.
“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana baby saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura yang tidak lekang dari mulutnya berzikir berulang kali kepada Allah.
Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.
“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Saya juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.
“Maklumlah payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.
“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertanggung kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.
“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakt) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.
Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.
Terdapat pelbagai cara untuk memastikan kulit wajah menjadi mulus dan anjal. Hanya dengan menggunakan bahan dapur seperti cuka epal juga mampu memberikan hasil cukup menawan. Selain cuka epal, ada juga yang boleh menggunakan tepung pulut bagi tujuan kecantikan. Seperti perkongsian gadis ini yang menggunakan tepung pulut dibuat mask untuk mendapatkan hasil lebih anjal dan mulus.
Berkongsi rahsia keanjalan kulitnya di laman twitter dengan menggunakan nama akaun @jijib0nk. Mendapat ribuan tweet dan retweet dari netizen yang berminat berkongsi petua yang sama.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semua sudah maklum pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar yang menghidap autism. Dia juga rajin muat turut gambar dan posting berkongsi pengalaman menjaga kedua anaknya ini, Azil dan Azal. Namun dalam salah satu posting video yang dimuat turut mengundang rasa sedih di hati netizen. Video ini turut mendapat lebih 1 juta tontonan di laman sosial instagram.
Posting yang dimuat turun tanpa caption panjang sekadar perkataan ‘Azil’ meraih simpati netizen yang turut terkesan dengan melihat video berkenaan.
Situasi dalam kereta menunjukan Azil yang hanya berseluar pendek menangis sambil mengesat mata dengan bajunya beserta perlakuan tanganya seperti melukis tanpa diketahui sebab.
Dia juga turut menggaru kepalanya dan tiada kata-kata yang diluahkan dalam vdeo berkenaan, sekadar sendu tangisannya yang kedengaran.
Tiada kata-kata diluahkan oleh Azil mahuun Zarina. Bukan sahaja Azil yang menangis, Malah Zarina yang duduk di kerusi depan juga turut menangis dan mengelap matanya dengan tisu.
Ternyata perlakuan ini memang mengundang simpati netizen. Malah ruangan komen juga turut mendapat respon daripada follower selebriti ini. Menerima hampir 5 ribu komen termasuk rakan-rakan artis.
Masing-masing terharu dengan ketabahan Zarina menjaga anak autism ini dan memberi kata-kata semangat kepada dirinya.
@dilaabl@zarinazainuddin_salam puan..selalu tgk vid2 puan dgn anak2..tp harini br sy terpangil tuk memberi komen..tiada lain yg dpt sy katakn hny sy doakn pn tetap dan trs tabah tu menghadapi hari2 mendatang selagi hayat dikandung bdn..secare jujur memang bkn semua org boleh jd setabah pn tuk menjaga anak2 yg dikategorikn sbg anak2 istimewa..tp trnyata diantara ramai yg diduga pn antara yg plg tabah menangani mereka..seberat2 mata yg menatap kisah pn berat lagi bahu pn yg mngalas dugaan..tp ternyata allah swt tidak menduga pn klu pn bkn org yg berhati kental yg boleh melalui tiap ujian yg allah swt sudah tetapkn..mg sgl urusan pn dpermudahkn dan mg allah swt je la yg dpt memberi sebaik2 ganjaran buat puan..amin
@lilprincesswa21 Di Syurga kelak dialah jejaka yang sempurna yang tak tergambar kesempurnaannya,di dunia ni hanya sementara,pasti tgnnya akan menarik ibunya bersama-sama ♥️@zarinazainuddin_
@iamfairuzz Sesungguhnya seorang ibu itu adalah seorang yg kuat mengalahkan panglima perang.. Stay strong @zarinazainuddin_rasa mcm hiris bawang pulak dh
@nani.zainDear God…. pls give Kaka kesabaran dan kekuatan untuk menjaga anak2 nya… Dear God pls give kaka semangat agar setiap Hari-Hari nya dpt ditempuh dengan ketenangan… Dear God.. sungguhnya engkau lah pencipta Yg terbaik buat kmi semua.. Akak @zarinazainuddin_Kak memang KUAT!! Ter Haru dan tersentuh hati adik tengok Kak.. sesunggunya.. anak2 kita adalah ahli syurga… akak kuat… akak kuat! Love and hugs dari seorg ibu kepada seorg ibu… love from brunei
@novadedekSabar ya Kak @zarinazainuddin_Allah selalu menyertai umat nya yg selalu bersabar..Allah akan menempatkan kakak dalam posisi tertinggi dihadapannya. Karna kakak adalah ibu yg paling sempurna dan ibu yg paling sabar…selalu kuat ya Kak..
@nesaradiyah_25Coba ibu bacakan di air satu gelas surat al ikhlas 10x setiap pagi bangun tidur dn mau tidur..in shaa alloh semoga ada jalan kebaikan dn kesembuhan
Ramai yang sedia maklum betapa besar pengorbanan Zarina yang setia menjaga anak-anak autism yang dikesan sejak usia mereka 3 tahun lagi. Azil menghidap hyper austism, manakala Azal pula adalah mild autism.
Dia memang sering berkongsi pengalaman menjaga anak-anak austim ini di laman sosial, tetapi video kali ini begitu menyentuh perasaan.
Sebelum itu Azil juga dikatakan mengamuk kerana Zarina menegur sikapnya yang mandi hingga habis basah kawasan sekitarnya. Walaupun bukan berniat untuk marah, tetapi teguran itu menyebabkan Azil berkecil hati.
Semoga Zarina terus kuat dan tabah menjaga anak-anak syurga ini kerana pasti ada hikmah di ujian Tuhan dugaan sebegini hebat.
Sempena hari ini, Hari Autism Sedunia Hijabista ucapkan semoga ibu bapa yang ada anak istimewa ini sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus menjaga dan melindungi anak istimewa.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.