Memakai hijab itu adalah wajib bagi setiap wanita. Bagi yang sudah lama memakainya tidak ada masalah untuk gayakan mengikut stail digemari. Tetapi bagi yang baru berjinak-jinak bertudung agak sukar memilih gaya bersesuaian, lagi-lagi bila tiba musim perayaan.
Pastinya kita mahu bergaya lain dari kebiasaan. Sesuai dengan busana indah yang tersarung di badan. Jangan tak tahu hanya dengan sehelai hijab, kita boleh menggayakannya mengikut beberapa stail tertetu.
Ads
Ayuh kita lihat gaya mudah dan ringkas idea influencer popular, Hanna Faresha dengan pilihan hijab dari Butik Najjah yang sangat mudah diikuti sempena raya nanti.
Ads
Pastinya gaya yang diberikan ini membuatkan penampilan anda lebih memukau dan sangat ‘on point’ sempena lebaran ini.
Bagi umat Islam, berdoa, bersedekah, hingga memakan buah-buahan seperti kurma ataupun madu menjadi salah satu sunnah Nabi Muhamamd SAW agar terhindar dari pelbagai macam penyakit. Kurma merupakan salah satu makanan yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk menjaga stamina dan kesihatan tubuh.
Kurma Ajwa atau dikenal dengan kurma Aliyah, menurut Imam Ibnu Qayyim, merupakan kurma terbaik dari seluruh jenisnya. Bentuknya padat, agak keras dan kuat, namun kurma yang paling lazat, paling harum, dan paling empuk.
Sebagaimana Hadits aosulullah, Kurma Ajwa dianggap mampu menghidari seseorang dari bahaya racun dan sihir.
Dari Abu Huraira ra, ia berkata “ Rasulullah SAW bersabda, “Kurma Ajwah itu dari surga, di dalamnya tedapat penawar terhadap racun dan cendawan (kam’ah) adalah manni, sedangkan airnya adalah obat bagi mata,” (HR Imam At-Toirmidzi dalam Ath-Thib)
Dalam hadits lain, Aisyah RA, Nabi bersabda “Sesungguhnya dalam kurma ajwa dari daerah Aliyah ada obat atau itu Ajwa adalah anti racun di pagi hari.”(HR Muslim).
Dalam keadaan dunia dilanda satu wabak yang sangat berbahaya, anda dikehendaki menjaga sistem pemakanan agar imunisasi badan dapat melawan pelbagai penyakit. Jadikan 3 makanan sunnah rasulullah ini sebagai rutin pemakanan harian agar terhindar dari virus yang menular.
Kurma sering dimakan oleh masyarakat Malaysia untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan. Kurma dipercaya memiliki khasiat untuk kesihatan, menambah kadar gula darah dan mengubati katarak mata. Sedangkan sari kurma dianggap boleh untuk mengubati demam berdarah, melancarkan buang air besar, sakit tekak, dan insomnia. Sedangkan pasta kurma apabila dicampur dengan madu dapat dijadikan ubat untuk mengatasi diet.
Selain Kurma, Rasulullah juga memperkenalkan Habbatus Saudah atau biji hitam sebagai ubat kesihatan. Habbatus Saudah atau dikenal juga dengan sebutan jintan hitam dianggap oleh masyarakat sebagai ubat segala penyakit dan juga untuk menjaga sistem imun tubuh.
Dari Aisyah dari Khalid ibn Sa’id, ia berkata, “Kami keluar bersama Ghalib ibn Abjar, di jalan ia sakit. Saat sampai di Madinah ia masih sakit, Ibnu Abi Atiq menjenguknya lalu berkata kepada kami, ‘Mestinya kalian gunakan Habbatus Sauda ini, ambillah lima atau tujuh butir, tumbuklah, kemudian teteskanlah seperti minyak di sebelah sini dan di sebelah sini,” Aisyah pernah menceritakan kepadaku bahwa nabi Saw berkata, “Sesungguhnya Habbatus Saudah ini adalah obat segala penyakit, kecuali penyakit as-sam,” Aku bertanya, “Apakah as-sam itu?” Nabi menjawab, “Kematian.” (HR Bukhari).
Madu merupakan makanan alkali (zat kimia yang menuetralisi asid atau membentuk garam), kerana mengandung potasium , sodium, kalsium, dan magnesium. Karena itu madu sangat berguna untuk menyeimbangkan kadar alkali dalam tubuh serta membersihkan tubuh dari zat asid yang menghilangkan kekuatan tubuh dan menyebabkan kelesuan.
Selain Jintan hitam dan Kurma, madu juga dianggap sebagai ubat alami untuh tubuh. Allah berfirman, “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang dimudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia,” (QS An-Nahl ayat 68-69).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lipstik menjadi salah satu keperluan kosmetik untuk mendapatkan penampilan wajah yang tampak lebih segar dan menyerlah. Saat memilih warna lipstik, anda biasanya menentukan berdasarkan keperluan untuk tampil natural atau bold serta memilih warna yang sesuai dengan undertone kulit.
Di samping itu, kamu juga boleh memilih warna lipstik yang boleh memberikan efek gigi tampak lebih putih agar penampilan lebih sempurna.
Warna lipstik sejatinya terdiri dari tiga warna dasar, iaitu merah, kuning dan biru. Saat memilih lipstik yang dapat membuat gigi tampak putih, pilihlah yang memiliki undertone warna kuning. Sebab, warna ini memberikan efek kontras sehingga dapat mengurangi tampilan warna kuning pada gigi.
Jadi lipstik warna apa yang memiliki undertone kuning? Ini dia 5 warna yang boleh anda cuba!
Hampir semua wanita menyukai lipstik berwarna nude kerana dapat memberikan kesan natural untuk dipakai sehari-hari. Jadi, saat memilih lipstik nude, anda sebaiknya memilih shade yang memiliki hint warna pink sehingga dapat membuat gigi tampak lebih putih. Lipstik nude dengan hint peach atau coklat justeru dapat memberikan efek yang sebaliknya
Sebagai orang yang biasanya memakai lipstik tebal atau gelap, saya tidak pernah tertarik dengan banyak warna nude yang sesuai dengan warna olive skin (undertone) sehingga saya dapati warna nude S1ngle oleh Fenty Beauty. Ia sangat berkrim dan halus dan menarik di bibir saya seperti krayon lembut. Saya menyukainya kerana ia tetap di bibir saya sepanjang hari. Walaupun setelah beberapa cawan kopi tanpa saya perlu memohon semula. Saya suka memakainya dengan solekan wajah penuh atau penampilan semula jadi yang sederhana. ”
Warna kulit: Olive dengan cool undertones
“Saya sangat suka memakai gincu cecair ini kerana warna peachnya, saya lebih suka daripada warna rosier kerana saya mempunyai kulit wajah warna kuning.”
Warna kulit: warna kuning
“Orang Asia Timur dengan kulit cerah dan warna kuning dan juga gadis yang menggemari lipstik matte. Lipstik dari Stila ini terasa sangat ringan dan tidak melekit, juga tidak menjadikan bibir saya kelihatan kering ketika saya memakainya].” – Sue
Warna kulit: Warm sand dengan warna kuning
Ketika ingin tampil lebih ceria, cuba gunakan lipstik berwarna shocking pink yang buat riasan tampak fresh dan playful. Selain itu, warna ini juga dapat memberikan efek gigi tampak lebih cerah. Pilih lipstik shocking pink dalam shade fuchsia atau magenta yang cerah dan cenderung memiliki sentuhan warna keunguan.
Lipstik ringan dan lembut ini meluncur dengan mudah dan mengandungi moisturizing beeswax untuk membantu mengelakkan kekeringan. Cari formula berkrim dengan kemasan satin untuk mengelakkan penampilan ‘caked-on’ yang ditakuti, “kata juru solek.
Bicara soal lipstik dengan shade keunguan, warna lain yang dapat kamu pilih adalah lipstik berwarna plum. Warna ini memberikan kesan bold yang sesuai digunakan untuk acara malam dan akan membuat penampilan terlihat lebih glamor serta classy. Selain itu, lipstik plum juga memberikan efek mencerahkan gigi.
“Formula kaya kelembapan selama lapan jam ini dibuat dengan 100 peratus bahan semula jadi, seperti minyak jojoba, minyak kendi dan shea butter. Krayon bibir ini terdapat dalam formula matte dan gloss, serta terdapat dalam pelbagai warna liputan sederhana hingga penuh.
Tersedia dalam 14 warna, gincu cecair wangi berkrim, mangga dan vanila ini menawarkan rasa selesa dan pemakaian selama lapan jam. Tekstur seperti mousse menjadikan bibir anda terasa segar, sutera, dan terhidrat.
Bukan rahsia lagi jika lipstik berwarna classic red yang memiliki undertone biru dapat membuat tampilan gigi tampak lebih putih. Lipstik yang identik dengan kesan retro ini dapat kamu fikirkan untuk tampil fresh, bold sekaligus elegan saat menghadiri acara-acara isitimewa.
Dengan barisan lipstik dari Maybelline ini, anda tidak perlu terkilan kerana pemilihannya, semua warna sesuai untuk semua kulit. Barisan warnanya benar-benar universal, tambahan pula formula ini sangat berkrim dan menghidratkan.
Sangat mudah dikawal dan mempunyai konsistensi yang hebat. Selain itu, pembungkusan yang bijaksana dengan aplikatornya direka untuk memudahkan. Ini adalah ukuran yang sempurna untuk sentuhan di mana sahaja, dan kualitinya sendiri buat anda ketagihan.
Selain warna classic red, warna deep maroon juga dapat membuat penampilan terkesan lebih bold dan elegan, serta memberikan efek cerah pada gigi. Warna deep maroon cenderung lebih gelap dari classic red sehingga selamat untuk kamu yang kurang yakin memakai lipstik merah terang.
Lip paint yang dipenuhi pigmen mineral ini tidak hanya akan bertahan hingga akhir, ia akan kering dalam sekelip mata dan yang pasti tidak membuat bibir merekah.
Dinamakan sebagai gincu tahan lama terbaik oleh The Good Housekeeping Institute, lipstik cecair ini mendapat markah tinggi kerana penggunaannya yang lancar dan tepat semasa ujian. Tambahan, ia hadir dalam 21 warna berbeza, dari warna merah standard hingga ungu yang lebih berani.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lain orang lain cara pemikirannya. Ada mereka yang mahu penampilan sentiasa nampak cantik tanpa sebarang cacat cela. Tetapi ada juga yang tidak kisah jika ada masalah lain yang mengganggu atau mencacatkan penampilan, terutamanya di bahagian wajah.
Seperti perkongsian gadis ini di media sosial yang tidak kisah untuk menyambut raya dengan wajah yang mengalami breakout. Malah tanpa segan silu turut berkongsi beberapa keping gambarnya di laman sosial.
Nur Damia Afiqah Mohamed Zulmari 21 tahun yang berasal dari Kota Bharu Kelantan ini mengalami masalah breakout sejak setahun lalu akibat alahan terhadap makanan laut dan masalah habuk.
Sebaik muat turun foto berkenaan, dia tidak sangka mendapat kata-kata semangat dan pujian dari netizen. Katanya sebelum ini dia sering merasa tertekan dan berkecil hati kerana sering diejek takan-rakan walaupun dalam nada gurauan.
Dalam pada itu, perkongsian Nur Damia atau menggunakan nama akaun Mei Ling di laman twitter mendapat lebih 25K tanda suka serta mendapat komen positif yang mengatakan dia nampak comel walaupun wajah alami masalah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.