Tunku Azizah Beri Pujian Bila Gadis-Gadis Ini Jadikan Gayanya Sebagai Inspirasi. Anggun Sangat!

Share

Penampilan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa menjadi tumpuan ramai. Bukan sahaja berada di kelasnya yang tersendiri, malah gayanya yang sopan dan menutup aurat membuatkan sesiapa sahaja tidak jemu melihatnya.

Mengambil inspirasi daripada gayanya, sekumpulan pelajar perempuan daripada SMK Seksyen 24(2) telah menjadikan gaya Tunku Azizah sebagai ikon buat mereka sewaktu mengadakan sesi fotografi kelas mereka.

Kesemua mereka tampil begitu jelita!

Bagai bulan jatuh ke riba, tak sangka Tunku Azizah turut memberi komen terhadap gambar itu dengan memberi pujian kepada mereka!

Seluruh warganet memuji penampilan mereka yang begitu ayu itu.

Menurut salah seorang pelajar itu iaitu Sarah, mereka pinkan selendang di bahu  supaya ia terletak cantik di bahagian hadapan.

Apabila satu kelas bergambar. Memang cantik dan kacak belaka kesemua pelajar ini.

kredit: twitter @sarahmiisha

IKLAN