Tunai Ibadah Umrah Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Zizi Kirana Pertama Kali Jejakkan Kaki Di Kota Makkah Bersama Suami

Share

Hasrat mengerjakan umrah buat kali pertama sudah tercapai, kini penyanyi Zizi Kirana dan suami, Yusuf Bahrin, dapat menjejakkan kaki mereka di Tanah Suci.

Menjadi lebih istimewa adalah tarikh mereka berangkat itu sehari selepas ulang tahun kelahiran buat Zizi. Keterujaan dan kesyukurannya dapat dirasai seperti yang di kongsikan di sosial media.

Artikel berkaitan: Pertama Kali Ingin Tunai Umrah Bersama Suami, Zizi Kirana Akui Rasa Teruja! Sebab..

Semoga Dipermudahkan Segala Urusan…

Pernah menyatakan dirinya tidak sabar untuk mengerjakan umrah buat kali pertama, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin telah pun selamat berangkat ke kota Makkah.

Dia juga memuat naik satu hantaran fotonya bersama suami sebelum berangkat bertujuan meminta semua pengikut serta kenalannya mendoakan perjalanan mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

“InsyaAllah Saya Dan Suami Akan Berangkat Ke Tanah Suci Untuk Menunaikan Ibadah Umrah,

“Kepada Semua Kenalan Kami Dekat Ataupun Jauh ,Kami Menyusun 10 Jari Memohon Kemaafan Atas Segala Salah Dan Silap Dari Kami,

Artikel berkaitan: Kemerduan Berselawat Bersama, Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin Menarik Perhatian Orang Ramai

“Moga Kita Semua Dapat Keredhaan Allah SWT Dan Syafaat Nabi Muhammad SAW In Syaa Allah.” tulisnya.

Foto yang dimuat naik olehnya sangat manis apabila melihat Zizi lengkap berniqab dan memakai abaya berwarna hitam. Manakala, Yusuf Bahrin pula memadankan kopiah dan serba lengkap bersama kurta berwarna putih.

Zizi Kirana telah mengambil keputusan untuk sepenuhnya bertudung sejak Ramadhan 2021. Dia juga telah melangsungkan perkahwinan bersama Yusuf Bahrin pada tahun yang sama.

Sumber: Instagram @zizi_kirana

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN