Tudung Pemain Tertanggal Waktu Perlawanan, Pihak Lawan Buat ‘Benteng’ Lindungi Auratnya

Share

Berhijab semestinya bukan halangan untuk kita meneruskan cita-cita dan minat kita. Tak kiralah jika kita meminati sukan lasak sekalipun, hijab tidak menjadi satu masalah buat kita untuk melakukannya.

Seperti video yang tular di laman sosial ini, semangat setia kawan di antara dua pasukan bola sepak luar negara yang sedang bertanding mendapat pujian ramai apabila mereka membantu salah seorang pemain lawan membetulkan tudungnya yang tertanggal sewaktu perlawanan dengan membuat ‘benteng’ untuknya.

Ramai yang rasa sungguh terharu dengan insiden itu kerana mereka sanggup mengenepikan perlawanan seketika demi melindungi aurat wanita tersebut. Jom saksikan klip video ini di @zayan.my.

Indah sungguh hubungan seperti ini!

Keindahan dalam bolasepak tuan2. Pihak lawan membuat benteng semata-mata untuk menutupi aurat rambut muslimah daripada terdedah ketika hijabnya tertarik oleh pihak lawan semasa perlawanan berlangsung. RESPECT ❤ #IndahDihati

 #ZayanShare

Kredit : @nadibola

Banyak netizen yang memberikan komen ‘respect’ terhadap kejadian tersebut di akaun @nadibola. Tabik sis!

IKLAN