‘Terima Kasih Atas Segala Kesakitan Yang Kau Tahan’- Adik Iqbar Luah Penghargaan Buat Dirinya

Share

Anak pengasas kosmetik Dnars Skincare Allahyarham Hajjah Faziani Rohban, Irdiena Hakim,17, meluahkan penghargaan buat abangnya yang tercinta iaitu Mohamed Iqbar Hakim Jasman, 20, di atas segala pengorbanannya buat keluarga tersayang.

Tulis Irdiena yang mesra disapa Gegirl, biarpun dilanda ujian yang berat dalam hidup, Iqbar tetap menjadi abang yang terbaik buat adik-adiknya dan sentiasa berlagak tenang di hadapan mereka walaupun dalam hatinya mungkin Tuhan sahaja yang tahu.

ABANG IALAH SEGALANYA ,DIA SEORANG ABANG SEORANG AYAH DAN SEORANG IBU DI HIDUPKU❤️

Abang dari kecil hingga dewasa dia diberi pelbagai jenis ujian hidup dan dia jugalah saksi setiap kesusahan hidup bonda ..

abang ialah seorang abang yang bertanggungjawab terhadap adiknya, dia juga seorang anak yang sangat TAAT ..dia seorang yang sentiasa berfikiran rasional dan nasihatnya sentiasa membuat aku menjadi insan yang lebih baik..

Selepas bonda tiada, almost 90% tanggungjawab yang harus dia jalankan serta pelbagai jenis ujian hidup yang harus dia lalui demi kebahagiaan adik-adiknya..

dan sekarang dia juga ditimpa masalah yang sangat besar tapi aku kagum, kerana di saat aku menelefon suaranya sentiasa gembira dan sangat tenang malah masih dengan lagaknya yang melawak (walaupun air matanya mungkin sentiasa mencurah keluar dibelakang aku adiknya)..

abang, aku percaya engkau akan menjadi seorang yang lebih berjaya dari sekarang suatu hari nanti, terima kasih atas segala kesakitan yang kau tahan demi memberikan kebahagiaan kepada keluarga dan demi menegakkan KEADILAN serta demi MEMPERTAHANKAN LEGASI YANG TELAH DITINGGALKAN..aku yakin kau mampu abang, kerana Tuhan takkan uji seseorang itu lebih daripada kemampuannya!💪🏻❤️

Terima kasih kepada semua yang sentiasa support kami..kebenaran pasti datang, keadilan pasti menjelma..semoga Tuhan permudahkan segalanya Ameen

🌹

Di ruang komen, ramai yang memberi sokongan buat mereka dan mengharapkan agar mereka terus kuat menghadapi ujian dalam hidup.

Tersentuh hati rasanya apabila membaca luahan hati daripada Irdiena ini. Moga urusan mereka dipermudahkan dan sentiasa berada dalam lindungan Tuhan bagi menegakkan kebenaran. Amin.

IKLAN