Al-Quran merupakan kalam Allah yang memiliki bahasa begitu tinggi. Setiap surah-surahNya memiliki keagungan, manfaat dan keutamaan tersendiri. Salah satunya adalah surah al-Kahfi yang memiliki banyak manfaat terutamanya bila dibaca pada hari Jumaat.
Antara manfaat yang boleh kita dapati apabila mengamalkan surah al-Kahfi adalah terhindar dari fitnah dajjal, memperoleh pengampunan dosa di antara dua Jumaat, menerangi di Hari Kiamat dan dipancarkan cahaya sejauh dirinya dan Kaabah.
Sebenarnya, surah al-Kahfi tidak hanya mampu elak fitnah dajjal. Rupa-rupanya ada 4 kisah utama di sebalik surah ini yang tidak pernah kita tahu. Perkara ini telah dikongsi oleh seorang lelaki bernama Nahar di akaun Twitter miliknya.
Ayuh kita baca perkongsiannya.
Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:
Pemuda gua (al-kahf)
Pemilik kebun dan rakannya
Nabi Musa & Khidir AS
Zulqarnain
Ramai tahu ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal. Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat :
Pemuda gua – Fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun – Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir – Fitnah ilmu
Zulqarnain – Fitnah kekuasaan
4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! Dah mula nampak perkaitan surah al-Kahfi dengan dajjal?
Di sinilah relevannya baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya bercerita, tapi bagi solusinya juga! Bagaimana?
Ads
Fitnah aqidah – bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat.
Fitnah harta – mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat.
Fitnah ilmu – kena tawadhu’/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir.
Fitnah kekuasaan – Kena tawadhu’ & ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan diri bahawa kekuasaannya dari Allah.
Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi. Tema utama surah ini ialah DAKWAH! Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?
Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah? Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?
Ads
Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya? Rupa-rupanya utk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita & orang ramai dari fitnah-fitnah ini. Aslih nafsak, wad’u ghairak!
Fitnah dajjal. Ada 4. Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa. Bagaimana?
Fitnah Iman: Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan orang mati apa semua.
Fitnah Harta: Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.
Fitnah Ilmu: Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.
Ads
Fitnah Kuasa: Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).
Kalaulah baca & amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah-fitnah lain! Maka marilah kita istiqamah & beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!
Hanya Allah maha mengetahui setiap sesuatu kejadian.
*SURAH AL KAHFI*
(Hadith)
Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit.
Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal.
Dahulu kita sering dengar mengenai kes yang berkait tentang seseorang individu yang menjadi mangsa kepada gejala menghendap secara fizikal. Tambahan pula zaman moden kini, kes menghendap atau stalk berlaku secara maya.
Ramai juga mangsa stalker secara maya ini mengalami masalah untuk sosial secara terbuka di sosial media dan ada juga yang terpaksa berpindah atas sebab keselamatan.
Rasa seolah-olah di perhatikan dari jauh
Gejala menghendap atau stalking ini merupakan satu perbuatan yang melibatkan satu individu atau berkumpulan yang mempunyai niat untuk memerhatikan seseorang. Tujuan stalker atau penghendap ini lakukan perkara ini bergantung kepada niat mereka samada telah obses kepada seseorang atau ingin mengancam seseorang itu.
Tambahan lagi, media sosial menjadi ruang untuk seseorang individu berkongsi kehidupan seharian mereka kerana aktiviti ini telah menjadi norma baharu buat zaman sekarang. Walaupun sebenarnya sosial media ini menjadi satu rujukan buat seseorang individu untuk mencari matlumat tak kira gaya fesyen, senaman, ataupun hiburan, ianya semua bergantung terhadap niat pengguna media sosial tersebut.
Jenayah jika stalk berulang-kali di alam maya
Dahulu, mangsa yang di hendap secara maya tidak dapat untuk membuat apa-apa aduan berkenaan kegiatan ini kerana ianya di anggap tidak mengancam mereka. Isu ini menjadi perdebatan kerana ia sukar untuk di ambil tindakan undang-undang terhadap perlaku tersebut.
Mengikut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata walaupun perlaku membuat kegiatan menghendap secara atas talian dan tidak mengakibatkan ancaman atau kecederaan kepada mangsa, undang-undang tetap di laksanakan oleh kerana gangguan mental dan emosi yang di alami oleh mangsa.
Kelakuan ini menjadi satu tindakan jenayah jika ia di lakukan berulang kali di mana perlaku akan di sabitkan bawah Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574). Manakala menurut temubual bersama Bernama, Datuk Mas Ermieyati juga memberi penjelasan bagaimana undang-undang ini di laksanakan.
“Sebagai contoh, berlaku insiden A telah berpisah dengan B, namun B sering mengganggu A dengan pelbagai mesej dan sebagainya.”
“Apabila A tukar nombor telefon, B masih lagi menghubungi A di media sosial dengan mengubah pelbagai nama samaran sehingga ada sampai 10 ke 20 akaun (media sosial) hanya untuk memastikan hidup A tidak tenteram.”
“Apabila (mangsa) pergi ke balai polis untuk membuat laporan, polis tidak boleh ambil tindakan… sebab tidak mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Sebab itu (ada) mangsa yang sampai berhenti kerja dan sanggup keluar negara kerana khuatir diekori lagi,” katanya dalam temubual itu.
Oleh kerana itu, Datuk Mas Ermieyati menekankan bahawa pentingnya untuk meluluskan rang undang-undang ‘anti menghendap’ itu untuk melindungi mangsa secara menyeluruh dan bukan hanya tunggu mangsa di cederakan pada kemudian hari.
“…kalau tidak ada satu undang-undang yang benar melindungi mangsa, saya khuatir akan (berlaku) lebih banyak (kes menghendap) sehingga mendatangkan kecederaan (pada masa akan datang),” katanya lagi.
Sementara itu, Datuk Mas Ermieyati sangat optimis dengan rang undang-undang yang di jangka akan di bacakan kali kedua dan ketiga pada Mesyuarat Ketiga mulai Oktober depan itu, akan di luluskan di Parlimen pada hujung tahun ini.
Pada 4 Ogos lalu, pindaan Akta 574 untuk memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah sudah di bentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.
Selepas ini, sis semua tidak perlu risau jika ada individu yang cuba untuk menghendap sis melalui alam maya. Lindungi diri sis dan jangan takut untuk berkongsi masalah yang di hadapi.
Banyak amalan yang boleh dilakukan di malam Jumaat untuk memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT dan janganlah sesekali kita mengharapkan keutamaan semata-mata sehingga kita lupa bahawa semuanya itu merupakan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan. Pada malam Jumaat ini banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan.
Di antara amalan-amalan malam Jumaat tersebut adalah:
Membaca Surah Al-Kahfi
Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat itu, Allah mengampuni dosanya dari Jumaat ke Jumaat. Ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat.
Sabda Rasulullah ﷺ: “Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad ﷺ. Baginda bersabda:Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)
Membaca Surah Yassin
Amalan yang kedua yang harus kita amalkan ialah membaca surah Yaasin.
Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah ﷺtelah bersabda ; “Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”
Mengenai keutamaan surah Yaasin, Nabi Muhammad ﷺ telah menyebut dalam hadisnya: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al_Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.” (HR Tarmizi)
Berselawat
Selain itu, kita harus memperbanyakkan zikir, doa dan selawat. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi. Diantaranya ialah; Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat –Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya(Nabi).” (Al-Ahzab:56)
Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)
Dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: “Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)
Dari Abu Hurairah ra ia berkata Rasulullah ﷺ bersabda: “Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat kepadaku, kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku, di mana kamu berada.” (HR Abu Daud)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tular di laman sosial apabila ada antara pembeli barangan secara online di laman sesawang FashionValet tidak sampai pada tarikh yang dikehendaki. Malah lebih mengejutkan barang tersebut amat penting untuk kegunaan barang hantaran.
Namun kita patut kagum dengan cara Vivy Yusof dan team mereka dalam menangani isu ini. Rupa-rupanya ini bukan kali pertama terjadi malahan sebelum itu pernah berlaku ketika musim raya.
Bertanya sendiri kepada Vivy dan menjawabnya dengan tenang perkara ini bukan kali pertama berlaku, malahan pernah terjadi ketika musim raya lalu.
Apa yang mereka boleh bantu team FashionValet sendiri menghantar barang pesanan mengikut alamat yang tidak menerima parcel lagi.
Lebih mengagumkan lagi sekiranya ada 5 buah negeri, mereka akan membahagikan team kepada 5 tempat berasingan.
Walau bagaimanpun apabila pesanan melalui laman sesawang pembeli kena tahu risiko berhadapan dengan global internet sistem.
2018 tahun kolabrasi dengan pelbagai jenama
Rezeki Allah itu datang dalam pelbagai cara asalkan kita berusaha untuk terus maju. Alhamdulilah walaupun dilabel jenama tudung mahal dan banyak pihak menciplak rekaannya, namun Vivy Yusof tidak pernah melatah dengan isu ini.
Jika sebelum ini peminat tegar dUCkscarve dapat menjangka rekaan tudung istimewa akan di bawa pada waktu tertentu atau sesuatu perayaan tetapi lain pula pada tahun ini.
Pelbagai kejutan dari pihak dUCk mengeluarkan tudung khas di mana rekaan dUCk bersama berkolabrasi dengan jenama-jenama terkenal.
Scarf in cheers! Kolabrasi terbaharu Disney x Duck di mana rekaan ini mengimbas kembali zaman kanak-kanak beliau.
The Walt Disney Company Malaysia telah memilih untuk berkolabrasi bersama The dUCk Grup bukan sekadar rekaan skarf, malahan beberapa peralatan tulis beserta pouch bag dan buku nota.
Terdahulu The Duck Grup berkolabrasi dengan Martell Malaysia menghasilkan rekaan skarf untuk patung Barbie dan juga berkolabrasi dengan Big TIME mengeluarkan grocery untuk beg guna semula.
Ulang Tahun Persahabatan Bersama MIMPIKITA
Bertemu dalam sesi perasmian rekaan khas sempena 10 tahun persahabatan dengan Zukifli Sisters Mimpikita bersama FashionValet baru-baru ini ternyata kesemua rekaan mengimbas kembali hubungan persahabatan ini.
Bermula dari berbalas email, keakraban mereka bukan di bidang perniagaan sahaja malahan lebih dari itu.
Berkongsi perihal peribadi, gossip dan segala-galanya mengikat persahabatan dan perniagaan penuh pahit dan manis.
Kolaborasi khas ini menampilkan 6 rekaan khas menceritakan persahabatan mereka dalam minat berfesyen dan diperbaharui mengikut perkembangan semasa.
Rekaan Istimewa Hujung Tahun 2018
Koleksi duck scarve terhangat 2018
Apabila dikejutkan dengan kolabrasi bersama Disney, ramai D yang tertanya-tanya ‘what next’? Mungkin adakah lagi keluaran khas dari The Duck Grup.
Menjawap dengan tenang soalan ini, Vivy Yusop sambil berseloroh berkata “mungkin ada”. Hijabista percaya walau banyak mana rekaan yang didatangkan khas dari The Duck Grup, D akan setia menanti dan mendapatkannya hanya yang original bukanlah keluaran Made In Vietnam.
Insyallah!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin menyifatkan peluang membuat persembahan pada majlis makan malam rasmi bagi meraikan Presiden China Xi Jinping serta delegasinya...