Anda semua tahu betapa sukarnya untuk membuang lemak berlebihan terutama di bahagian perut. Usia remaja telah berlalu, metabolisme anda juga akan berlalu dengan pantas.
Tetapi walaupun bagi anda yang telah membentuk gaya hidup aktif dan tabiat pemakanan yang sihat, menyingkirkan lemak perut yang degil itu boleh menjadi satu cabaran yang nyata. Tetapi jangan risau, mungkin beberapa teknik ini akan membantu anda mencapai misi membuang lemak di bahagian perut.
Urutan ini perlu anda lakukan selama dua minit dua kali sehari. Ia berfungsi sebagai senaman dalaman yang membersihkan dan menyahtoksik kawasan tersebut serta mencairkan lemak.
Ads
Anda perlu faham bahawa teknik ini sahaja tidak akan berjaya jika anda penggemar makanan segera dan minum soda setiap hari. Tetapi ia berkesan untuk mereka yang kerap bersenam tetapi masih tidak dapat menghilangkan lemak perut.
Arahan urutan:
Anda disarankan agar melakukan teknik ini dua kali sehari: sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur.
Berbaring telentang di atas permukaan yang rata.
Gosok tangan anda dengan kuat sehingga ia terasa panas.
Letakkan sebelah tangan anda rata pada pusar anda.
Mulakan perlahan-lahan menggosok perut dengan tekanan lembut dalam bulatan kecil mengikut arah jam di sekeliling pusar dan secara beransur-ansur besarkan bulatan. Setiap bulatan perlu mengambil masa antara 1 dan 2 saat.
Fokus pada haba yang mula berkumpul di kawasan perut.
Teruskan selama dua minit, kira-kira 40-50 bulatan. Adalah penting untuk memastikan perut anda hangat semasa melakukan senaman.
Mencairkan lemak bukanlah satu-satunya kelebihan yang ditawarkan oleh teknik ini. Ia juga meningkatkan penghadaman, mempercepatkan metabolisme, dan meningkatkan peredaran darah di kawasan perut sambil merangsang organ perut. Dan perkara yang terbaik ialah anda tidak perlu bangun dari katil!
Jika mempunyai batu pundi kencing, buah pinggang atau pundi hempedu
Jika menghadapi hipertensi
Anda hamil
Mempunyai hernia;
Mempunyai ulser usus atau perut
Mengalami keradangan rahim, pundi kencing, ovari, atau tiub fallopio.
Dhanurasana (posisi yoga)
Ads
Postur tunduk sesuai untuk menguatkan teras dan mengetatkan otot perut. Ia menawarkan regangan badan penuh yang meningkatkan tenaga dan menggalakkan penghadaman yang mudah.
Hari ini sudah memasuki hari ke-16 umat Islam seluruh dunia berpuasa. Bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan bagi orang-orang yang beriman. Ia merupakan bulan yang mulia dan mempunyai banyak fadilat dan keistimewaannya.
Ketika berpuasa, ada perkara-perkara yang perlu dibataskan agar tidak membatalkan puasa anda. Mungkin anda rasa ia perkara biasa tetapi ia sebenarnya satu kesilapan yang sering terjadi apabila tiba bulan Ramadan. Perkara ini turut dikongsikan oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman menerusi akaun Facebooknya. Nak tahu apa? Jom kita baca sama-sama.
Biasanya sebaik saat melahirkan, kebanyakan selebriti atau personaliti popular memastikan penampilan diri mereka kelihatan sempurna sebelum muat turut foto bersama anak yang baru dilahirkan. Tetapi bagi isteri jutawan kosmetik, Datin Seri Shahida bersedia berkongsi kegembiraannya di laman sosial di samping anak mereka dengan hanya bersandarkan pada wajah polos tanpa mekap serta menyarung tudung ‘awning’.
Beliau yang selamat melahirkan anak keempatnya masih sempat tersenyum ketika gambarnya diambil. Tanpa mempedulikan imejnya yang sebelum ini sentiasa kelihatan cantik dan anggun, beliau tetap kelihatan manis biarpun wajahnya sedikit pucat dan lesu.
Malah netizen turut memuji penampilannya itu yang tidak menunggu sebulan untuk kongsi wajah terbaru selepas bersalin. Beliau dipuji cantik dan sedap mata memandang.
@melah_crush Jutawan.. Xyah beria makeup nak bersalin.. Xyah nak tunggu sebulan baru nak up picture… Datin tetap cantik.. Sejuk mata memandang… Humble sgt.. Solute!!!… Ni yg dipanggil wanita cantik..
@has_aziz_73 Cantiknya datin….tahniah..sedap nama anak….
Ada juga yang memuji wajah Datin Seri Shahida seperti budak sekolah dengan kecantikan semula jadi serta terserlah keikhlasan seorang ibu.
@idahmardhatillah Tahniah dato n datin….semoga menjadi anak yg soleh penyejuk hati ibu ayah….Subhanallah datin tak pakai make-up natural beauty gitew…mcm wajah budak sekolah
@bbqlambkemensahmaam Alhamdulillah..tahniah..sucinya muka.u…bersih tanpa make up..terserlah keikhlasan seorang ibu..
@rahmaharahman1 Cantiknya datin walau tanpa make up, natural beaty, tahniah
Bayi lelaki comel ini selamat dilahirkan di sebuah hospital terkemuka di ibu kota dan terus dinamakan Yusof Alqardawi. Nama yang sangat sedap ini merupakan nama alim ulama kerana bapanya mahu anak ini menjadi alim ulama satu hari nanti.
Pastinya Syawal kali ini menjadi lebih bermakna buat keluarga jutawan kosmetik ini dengan kelahiran anak lelaki ini.
Tidak seperti selebiriti yang menunggu lama untuk muat turut foto anak mereka, Datuk Aliff Syukri lebih bersikap terbuka dengan memuat turun foto anak bongsunya itu beberapa jam selepas dilahirkan.
Untungnya juga baru beberapa jam dilahirkan Yusof Alqardawi sudah mempunyai akaun instagram sendiri. Akaun menggunakan nama @yusoffalqardawi ini sudah mempunya 71 ribu follower sebaik didaftarkan oleh Datuk Aliff Syukri.
@asnursharah Subhanallah..indahnya&sempurnanya anugerah Allahswt ni..semoga jd soleh ya boboy!
@wanemelin Allahh !! Allahurabbi .. Allahu … sangat bijak .. cerdik .. Semoga menjadi anak yang taat kepada ibu bapa dan semoga menjadi anak yang soleh . in shaa Allah
Terdahulu dalam instagram Datin Seri Shahida beliau turut memuat turun status mengucapkan terima kasih pada Allah atas anugerah yang cukup bermakna ini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ibu mertuanya Bonda Rozita Ibrahim yang telah masakkan makanan berpantang.
Serta tidak lupa juga mengucapkan terima kasih juga kepada kedua ibu bapanya yang sentiasa menemani dan mendoakan dirinya sepanjang proses bersalin. Juga tidak ketinggalan rakan media sosial serta suami yang begitu teruja menanti kehadiran Yusoff Alqardawi.
Diakhir statusnya dia mendoakan agar baby Yusoff Alqardawi akan menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia serta akhirat.
Masyarakat kita memang mudah terpedaya dengan segala bentuk promosi tentang sesuatu produk terutama jika ianya membabitkan produk kecantikan.
Pantang mendengar atau melihat iklan produk yang boleh memutihkan atau mencerahkan kulit wajah, pasti akan segera mencarinya di pasaran.
Namun begitu, jangan terpedaya kerana ada sesetengah produk kecantikan yang dijual ini sangat merbahaya kerana dipercayai mengandungi merkuri.
Berikut laporan daripada BERNAMA
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan sembilan produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual termasuk merkuri dan hydroquinone. Produk berkenaan ialah Deeja Cosmetics Laika Cream (merkuri), Dejaa Cosmetics Zulai Cream (hydroquinone), Deeja Cosmetics Yus Cream (hydroquinone), dan Dnars Luvee Cream (Normal & Sensitif) (hydroquinone).
Lima lagi produk kosmetik ialah Dnars Gold Lifthing Serum (Night) (merkuri), Sparkle Beauty Cream (hydroquinone, tretinoin & betamethasone 17-valerate), Sparkle Sun Day Cream (merkuri), Qeziger Age-locking Recharging Spot A.M Cream (merkuri) dan MS Skinz Night Cream (merkuri).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, KKM melalui Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi telah membatalkan notifikasi sembilan produk terbabit dan susulan itu, semua produk berkenaan tidak dibenarkan dijual di negara ini.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
“Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini,” katanya.
Justeru, penjual dan pengedar produk kosmetik terlibat perlu menghentikan penjualan dan pengedaran dengan serta-merta kerana penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.
Dr Noor Hisham menyarankan kepada orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik tersebut agar segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.