Tak Tahu Nak Kemana Pada Cuti Hujung Minggu? Jom Lepak Kat 8 ‘Cafe Awesome’ Ini!

Share

Bila hujung minggu pastinya anda mahukan suasana yang santai dan relaks. Maklumlah, otak dah penat bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat.

Selain berehat di rumah, anda boleh luangkan masa dengan ‘melepak’ di sekitar kafe-kafe hispter yang turut memberikan anda ketenangan. Kopi dan kek, memang satu kombinasi yang paling sempurna untuk hujung minggu anda.

Hijabista paparkan 10 yang boleh anda kunjungi hari ini.

1. Wondermilk, Damansara Uptown

Wondermilk sememangnya mempunyai hiasan dalaman yang cantik dan santai. Malah, persekitarannya juga mesra dan mempunyai tempat duduk yang luas. Wondermilk memang terkenal dengan kek cawannya yang cukup lazat.

2. A Pie Thing – Damansara Uptown

Cukup dikenali dengan pelbagai jenis pie yang tidak boleh anda jumpa di mana-mana restoran lain. Memang sedap!

3. Artisan Roast Coffee – Taman Tun Dr Ismail (TTDI)

Sesuai dijadikan tempat berkumpul bersama rakan-rakan, Artisan Roast Coffee merupakan kafe yang digemari ramai. Admin kalau pergi sini, tak sah kalau tak order mocha. Terbaik mocha di sini.

4. Foodsbury, Shah Alam

Buat pencinta kopi, anda boleh dapatkan pelbagai jenis kopi di sini seperti Cappucino, Mocha, Cafe Latte dan Mocha Caramel. Buat penggemar desserts, anda boleh cuba Almond Salted Caramel Cake dan Cheese Cake Brownies. Power habis!

Artikel berkaitan: Ubat Kerinduan Hijabi, Kafe Baharu Suasana Paris Ini Pertaruhkan Menu Ala Perancis. Menarik!

5. Chemistry Cafe + Lab, Shah Alam

Kafe yang cukup unik! Dekorasi kafe ini membayangkan anda seperti berada di dalam makmal kimia dan merupakan kafe pertama yang menggunakan konsep makmal dalam kafe. Menariknya, kafe ini turut menggunakan peralatan makmal seperti tabung uji, bikar, kelalang kon dan lain-lain lagi.

6. Wood & Steel, Kota Damansara

Wood & Steel sentiasa menyambut para pelanggan dengan keharuman aroma kopi yang cukup memukau. Susu berbuih di atas cawan yang seimbang dengan rasa kopi yang lazat menjadikan setiap sisipan begitu berbaloi.

7. Cake Jalan Tiung, Shah Alam

Buat penggemar kek, kafe ini merupakan antara kafe yang wajib dikunjungi. Mempunyai hiasan dalaman  yang ringkas namun menarik, kek yang dijual di sini memang enak dengan harga yang berpatutan.

8. Rimba & Rusa, Kota Damansara

Terletak di Sunway Nexis, Kota Damansara, Rimba & Rusa mempunyai rekaan yang cukup menarik. Sesuai buat para hijabi yang gemar berselfie. Makanan yang dijual juga menarik dan lazat-lazat semuanya.

Sumber: says.com & harianpost.com

Artikel berkaitan: Dari Gerai Tepi Jalan Dan Van ‘Usang’, Kini Kafe ‘Hipster’ Hasil Renovasi Dua Hijabi Cetus Inspirasi!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN